Pages

Friday, November 23, 2012

Aqil Hamzah 9 bulan.

Syukur Alhamdulillah. Bertambah lagi sebulan usia Aqil Hamzah. Terasa macam baru je buat entri dia 8 bulan haritu..tup tup dah masuk 9 bulan dah. Macam2 perkembangan baru Aqil bila masuk 9 bulan ni. Antaranya dah pandai berpusing2 masa meniarap, menyusur pun dah boleh sikit2, belum laju lagi.Kalau tak sebelum ni reverse je kalau meniarap. Dah angkat2 badan macam buat pumping tu..macam nak merangkak tapi montot berat lagi. Heee. Dah boleh makan yang keras2 sikit. Kalau dulu makan bubur kena bebetul halus blend bubur tu, sekarang dah boleh dah makan yang kasar2. Pandai dah dia kunyah kalau bagi yang kasar2, takde dah nak termuntah dah.Good boy! Kalau makan biskut (biscotti atau baby bites) pandai dah pegang sendiri & makan sampai habis.Tapi memang kena ada dekat dia lah masa makan biskut tu sebab kekadang bila biskut tu dah sampai hujung2, dah tinggal pendek je,dia sumbatkan semua dalam mulut. Haaa..kekadang termuntah sebab biskut tu besar kan, takut tercekik. Huhu. So far Aqil memang takde masalah makan, dia makan je.

Pon pon! Bagi laluan..Aqil Hamzah nak lalu :D

Dah pandai berdiri (kita yang diri kan), kalau kat sofa ke, adalah dalam 3 saat dia berpaut diri kat sofa tu. Kaki nak joget2 je bila kita dirikan..macam menari Gangnam style.Ayokk!! Mulut pun dah riuh..kejap2..mamamamaa..kejap2..tatatata. Dah pandai nangis kalau tegok ayah dia pergi kerja. Dia berlari (pakai walker), nangis2, kejar ayah dia ke pintu kalau tengok ayah dia nak keluar. Oh..sebaknya tengok dia nangis gitu. Jalan penyelesaian, main2 dengan dia kat bilik masa ayah dia nak keluar tu, biar dia tak nampak ayah dia keluar. Sekarang ni memang terserlah lah manja Aqil dengan ayahnya. Anak ayah. Lagi satu..sukaaaa sangat tengok Upin Ipin. Dia suka tengok starting cerita tu yang "Haii..saya Upin, ini adik saya Ipin", dia dengar je starting tu dah jerit sengih2 excited sambil tepuk2 tangan. Lepastu kusyuk dia tengok sampai habis episod. Kekadang tersenyum2 sambil tengok tu. Macam paham je.Kalau tengok cite lain takdelah sekusyuk tengok Upin Ipin. Agakanya dia suka dengar suara Upin Ipin kot.

Pagi semalam masa tengah suapkan dia makan, terasa sesuatu masa sudu tu terkena gusi dia. Macam ada gigi. Ehhh..dah tumbuh gigi ke anak mama ni?? Masuk suapan kedua still rasa lagi sudu tu macam terkena sesuatu. Lepas abes makan..cuba ngangakan dia, sebab nak tengok apa yang rasa sesuatu tu. Nampak ada garisan putih atas gusi dia. Belah bawah. Bila rasa2, keras..yelahhh! Aqil dah tumbuh sebatang gigi. Hehehe.Alhamdullilah.Takdelah dia meragam ke merengek ke masa nak tumbuh gigi ni. Cuma perasan lately air liur asik meleleh je lah. Ayok..saspen pulak camne nanti nak nyusu bila gigi dia dah banyak.Takut kena gigit!! Oklah, sekian cerita perkembangan Aqil masuk 9 bulan. Have a nice weekend eerybody. Boiboi :D


 Semoga membesar dengan sihat & aktif anak mama :)



10 comments:

  1. wah 9 bulan dh...dh makin byk keletah mmg best..

    ReplyDelete
  2. ewah2 nak diri dh dia ea.. razin pn gitu.. geram bl dia sebut etatatataa... hihi.semaga sihat selalu ye aqil..cayang dia..

    ReplyDelete
  3. wahh dh besar hero comel nie...terserlah betul anak mama nie..sebiji muka mcm mama...jeles..tp xper, baby boy ikut mak sejuk org ckp...kalu baby girl kne ikut ayah bru sejuk dgn mak.. hepi 9month aqill...muahhhmuahhh

    ReplyDelete
  4. cepatnye...nnti 1 yo..aqil big boy..

    ReplyDelete
  5. hi abam aqil..aqilah kirim salam..muaah!

    ReplyDelete
  6. Semakin bijak..:-) tembam bulat seketul aqil nih...

    ReplyDelete

Sangat hargai segala komen mengomen anda.Sila jangan lupa letak nama.Terima kasih ;)