Raya Aidiladha kami memang sempoi. Macam dekat Muar, raya Aidiladha memang rileks sikit banding raya Aidilfitri. Kalau Aidilfitri lepas solat raya, lepas makan2 juadah raya, terus semangat nak menziarah sanak saudara kan. Tapi raya Aidiladha, lepas solat raya, makan2, yang lelaki terus ke kandang lembu. Semangat nak sembelih lembu korban. Jadi yang para2 ibu ni merileks saja dirumah. Masak2 :)
Daging korban yang dah siap dilapah untuk didermakan kepada orang2 kampung. Alhamdulillah, tahun ni tok ayah korbankan sekor lembu untuk cucu2nya ;)
Macam biasa, kalau dah Aidiladha..menu pagi raya tu je ada nampak ayam. Menu seterusnya untuk makan tengahari, dinner, dan hari2 esoknya adalah daging. Sup tulang lah, daging rendang, daging masak kicap, daging asam pedas, tapii yang paling the bomb..daging salai cicah sambal kicap. Perghh! Sedapnyaa!! Memang semua pun daging jelah.
Aqil, biasalah..kalau kat kampung memang jadik kampung boy. Happy bukan main. Yelah,dapat main ngan abang2 sepupu dia. Orang main Ipad, dia pun nak main Ipad. Tak tahan sampai pandai berebut tu dengan abang dia. Pandai pulak dia tolak2 abang nak kan Ipad orang tu. Abang2 main kejar2..dia pun nak join. Lari sakan dia kejar abang2 pakai walker. Siap menjerit2. Dah nampak dah riuhnya raya akan datang macam mana bila Aqil dah dapat kaki, pandai berjalan berlari. Kompem lagi riuh umah atoknya.
Dekat kampung pun Aqil diramah mesra kan dengan binatang2 peliharaan makcu Caca nya. Kucing la, ayam lah. Ayam makcu dia sekor ni memang lah jinak. First time jumpa ayam sejinak ni. Dah macam kucing pun ye.Kalau nampak orang datang,punyelah menceceh dia lari ke kita. Jinak sungguh.
Aqil & Selasih :)
Dia geli2 sebenarnya dengan Selasih tu, tu buat muka seriau je tu.Hehehe.
Selasih uolss nama ayam ni. Kelass. Sebab bulunya cantik macam biji selasih.Dan makcu kompiden je ayam ni betina. Kalau dah besar tetiba baru tau jantinanya jantan, kenalah tukar jadik DotCom (refer biji selasih dekat CoolBlog).Hahaha.
Esoknya kami mengisi masa cuti dengan berjalan2. Shopping2. Sempat lagi tu nak menyopping.Aqil dapat ni..
Sprockets sweater yang comeyy!! Rawrr!! Little monster!! Mekasey kat ayah GG sebab belikan Aqil sweater ni. Bolehlah Aqil pakai masa kat Kundasang nanti :)
Gitulah kisah raya Aidiladha kami yang sempoi2 saje. Takde pakai baju raya pun. Ngeehehe.Kalau dekat area pantai Timur mesti sambutan Aidiladha meriah semeriah Aidilfitri kan? Betul tak?
hehe samalah kita takde pakai lawa2 pun. Time orang laki g masjid, kita2 duk rumah siapkan makanan. Dorang balik masjid, makan2 gitu je lah. Kumpul2 family je :)
ReplyDeleteaa, ciknaa penah raye aji kt umah mertua kt johor tahun lepas..suasana? oh suam-suam sajork! hehe. mmg beza cket ngan kg ciknaa kt phg tu :)
ReplyDeletecomel la sweater aqil ada gigi..garrrrr! geget org..hehe.
ei budok debab ni. geram momy cha. mikha dah kurus gitew. ala2 nak style k-pop jer gayanya, kurus cekeding.
ReplyDeletepic kenit tu dgn selasih comei sungguh kalo hanto ke pa&ma harus dapat baby comei hehehehehe :)
bila nak mandi kat wetworld itew?musim ujan loni tak best...tgu tak ujan nanti kita pegi togeter2 :)
same lah..takdenye nk pakai baju kurung cantik2...melepek depan tv je..
ReplyDeleteaqil ni pandai betul amek gambo..
meriah lah jugak tuh...aty lagi plan nak beraye haji kat rawang nih jer tau..raye sendiri2..masak rendang sendiri...konon2 nak soh laki gi joint korban lembu kat mesjid umah nih..tapi ape yang dirancang tak menjadi..biler makcik meninggal betul2 pagi raye tu..[innalillah] jadi..kami tetap balik ke shah alam..bukan beraye..
ReplyDeletetok jugak...lebih kurang je...org kata meriah..aku dh 2 tahun rasa takde beza sangat lah pantai timur
ReplyDeleteIzza:
ReplyDeletekann..same lah. Tak semeriah Aidilfitri. Kita rilek2 je. Tapi semangat raya tu datang everytime dengar takbir :)
CikNaa:
hehehe..memeng suam2 sajok CikNaa. Light & easy je bak kata omputih.
Metacey. Sila belikan utk Razin..kompem lagi comey Razin pakai sweater ni :D
MommyCha:
ReplyDeleteTakpe, abang lom Mikha kurus sikit sebab dah aktif lagipun taknak susahkan mama nak carry dia. Cian kt mama.Kalau debob2 camne lah mama nak carry kan. Hee. Tp abang lom maintain encem hoccay.
Ok, nanti bila dah tak musim ujan gita gi mandi wetworld ok.Pastu gi makan Fradoo! :D
Lynn:
Samelah lynn..santai2 je.
Dia dah alert ngan kamera. Hehe
Aty:
ReplyDeleteInnalillah. Alfatihah buat makcik Aty. Tula, kekadang kita dah merancang tapi Allah ada perancangan yg lebih baik untuk kita. Takpe, tahun depan pulak eh raya Aidiladha dekat Rawang :)
Hemy:
oooo eh?Ngape kawan aku duk kelantan dia punya Aidiladha lagi meriah dari Aidilfitri? mungkin tengok tempat gok kan
kiut na si agil ya eh....geram kmk ngr muka nya ya...hehehe
ReplyDelete