Pages

Wednesday, March 27, 2013

Degree of breastfeeding :)

Alhamdulillah, 13 bulan dah menyusukan Aqil Hamzah dengan penuh kasih sayang. Syukur Allah murahkan rezeki Aqil untuk minum susu ibu lagi secara ekslusif. Pernah jugak cuba bagi Aqil minum susu formula tapi dia taknak. Taknak kan susu formula tu dan juga taknak minum dalam botol. Masih taknak. Anti betul dengan botol susu sekarang. Nak botol susu original jugak. Dekat taska pun rela dia minum airkosong dari training cup dia dari minum susu dari dalam botol. Mujur hantar dia separuh hari je dan dia pun dah makan. Jadi tak risau dia lapar atau haus. Tapi dalam masa yang sama tetap juga nak ajar dia terima botol susu, yelah..dah besar kan. Dah macam abang2 dah. Tak macho tau abang ngempeng lagi :P

Mama Aqil pula sampai sekarang masih amalkan minum Natalshape lagi. Untuk supplement. Ibu menyusukan anak memang perlukan supplement. Untuk bekalkan tenaga, tambahkan kalsium dan segala vitamin yang diperlukan. Alhamdulillah Natalshape memang sesuai lah ngan badan ni, jadi "milk booster" juga. Susu sentiasa ada. Kekadang smpai bengkak2 jugak sebab Aqil kan sekarang dah makan, jadi kurang minum susu. Tapi kekadang terasa "kosong" je especially masa nak period. Perubahan hormon. Sebab tu perlukan supplement. 

Oh, nak cakap pasal milk booster, tak semua mommies milk booster nya sama. Lain orang lain milk boosternya. Ada yang makan ni, melimpah ruah susunya, tapi tak kat orang lain. Orang lain cuba yang lain, berkesan pulak kat dia. Macam tulah. Kena cuba dan usaha. Kena sesuai dengan diri. InsyaAllah, kalau niat kita bebetul ikhlas, usaha doa dan tawakkal, akan dipermudahkan :)


Pada mommies yang susu nya dah merudum, tak berkesempatan nak fully breastfeed anak lama2, takpe.. janganlah sedih. Susu formula pun bagus juga. Kita semua dulu pun minum susu formula jugak kan, cerdik pandai je skarang *senyum angkat2 kening*. Kalau takde rezeki untuk breastfeed anak sulung, manatau rezeki untuk anak kedua dan seterusnya melimpah ruah kan. Allah kan Maha Pemurah. Always think positive :)


Natalshape ni susu feveret mama kita! :D
Baik untuk mama kita, baik untuk mama kawan2 kita juga :)
InsyaAllah.






P/s: Sesiapa yang berminat untuk beli Natalshape boleh sms saya ok. Pn Erina 0126424061 :)

13 comments:

  1. tQ ena.. bg semangat utk next baby.now tgh menggugel psl susu ibu, cik B terase berdenyut2 je.. hihi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Chaiyok2 CikNaa. Moga murah rezeki.Best bf anak ni :)

      Delete
  2. Suka ayat ayat Ena. Lain mommy, lain milk boosternya. Juga FM tu bukan tak bagus. Suka, inspired !!! Tengah usaha nak fully BF Kasih :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thank u Izza. Chaiyokk! MOga dipermudahkan..always think positive k :)

      Delete
  3. sesuai dengan semua ibu2 k? saya ingin nak syor kan kan member saya..

    done follow sini.. jom follow n singgah blog teman.. heee..

    http://tengkubutang.blogspot.com/

    klu minat kucen leh follow blog ni jugak.. =)
    http://kucenkucenbelog.blogspot.com/

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sesuai ngan semua mommies. InsyaAllah..kandungannya memang selamat, suci & halal :)

      Delete
  4. tahniah..moga murah rezeki aqil hingga 2 tahun..amin..

    ReplyDelete
  5. Same ar ngn qaleef..tak nk pakai botol..yg heran tu..letak air masak boleh jer minum..tp biler letak susu tau pulak tak nak....huhu

    ReplyDelete

Sangat hargai segala komen mengomen anda.Sila jangan lupa letak nama.Terima kasih ;)