Pages

Monday, March 11, 2013

Perkembangan terkini Aqil Hamzah :)

Dah setahun dah umur anak mama ni. Kejap je kan. Serius terasa macam kejap. Bila belek2 gambar dia masa baru lahir tu rasa macam baru je lahirkan dia. Setahun umur Aqil bermakna dah dekat 2 tahun jugak status kerja aku sebagai surirumahtangga yang berjaya. Maybe dah sampai masa untuk mama Aqil cari kerja ?? Oklah, yang tu cerita nanti2. Ni nak cerita pasal Aqil Hamzah. Macam2 akal dah sekarang.Kekadang tengok kerenah dia tu melucukan hati :)


  • Dah pandai berdiri sendiri, meniti sekeliling rumah. Meniti sofa, katil, semualah yang dia boleh pegang sambil berdiri dan berjalan. Oh, mandi pun dah tak pakai bath tub sekarang. Mandi berdiri je. Kaki dia dah betul2 kuat Tapi yang kelakarnya nak duduk dari berdiri tu tak reti lagi. Kalau dia dah penat berdiri nanti ekk ekkkk..merengek panggil kita suruh duduk kan dia. Manja! ;)

Kusyuk nak pilih mana 1 yang berkenan dihati :)

  • Suka makan. Tapi bubur nasi & nestum je la.Macam biasa. Yang lain2 macam buah ke biskut ke big no no. 2 minggu sudah Aqil kena muntah2. Apa yang masuk dalam perut dia, tu yang terkeluar balik. Membuak2. Ni semua gara2 mama Aqil bagi Aqil makan mushroom soup. *Sigh* Marah dengan diri sendiri sebab sukahati sumbat makanan kat mulut anak. Dah la mushroom. Haihh. Doc kata stomach upset. Mujur bukan sebab keracunan ke apa. Lepas dari kejadian tu Aqil macam hilang selera makan. Dia macam fobia takut muntah. Alhamdulillah minggu lepas dia dah ada selera balik. Suka makan dengan banyaknya. Barulah mama senang hati :)
  • Mam..ma, nenn..nen, aa..yaaaa. 3 words ni memang obvious dengar dari mulut dia sekarang. Kejap2 mam..ma panggil mama. Nak susu nen..nen (sambil selak2 baju kita carik nenen). Kalau nampak ayah..aaa..yaaa. Comel je dia cakap! :)
  • Pandai bye bye dan aminn (raup muka). Lepas baca doa makan, aminnn..cepat2 dia aminnn.
  • Dah mula faham arahan jugak. Kalau dia pegang something macam tisu ke,toys ke, kita cakap.."Aqil, give mama",nanti dia pun bagi apa yang ada kat tangan dia tu ke kita :)
  • Hi5, Tayo, Pororo, Chiro, Mickey Clubhouse..haa..ni semua kegemaran terbaru dia. Siap menari2 geleng2 kepala lagi kalau dengar lagu hotdog Mickey tu.

Menari nari ;)

Ni nak menari Gangnam Style ke??
*Ok, mama fengsan*
  • Suka mengajuk (meniru). Kalau dengar bunyi cerek berbunyi masa masak air tu, dia pun menjerit nyaring jugak macam bunyi cerek tu. "Eeeeeeeeeeee" dia jerit. Baby nangis pun dia ajuk kan jugak. Macam2 Aqil Hamzah ni. Memang lucu bila tengok keletah dia.

Ada ciri2 sukakan kucing juga. Macam mama dia :)
Tengoklah aksi Aqil, memula macam takut2, sekali bila nak kucing tu dah manja2 dengan dia, tak takut dah. Dia pegang, cubit telinga dan cucuk2 perut kucing tu. Hahaha


Ni lah antara perkembangan terbaru Aqil. Oh..Aqil belum kena MMR jab lagi. Patutnya dia ada checkup 2 hari lepas birthday dia, tapi disebabkan dia tak sihat haritu, terpaksalah dipostpone.

Aqil nampak macam dah kurus sikit kan?? 
Orang kata dia nak ringan2 kan badan, nak cepat berjalan. Takpelah kurus sikit, asalkan anak mama sihat, aktif & ceria :)


8 comments:

  1. haaa bila dah berjalan aqil nanti, mama la pulak yg makin kurus, penat mengejar..hehe. Aish dari position berdiri tu dia main lepas je tangan terus jatuh terduduk..main hentam je budak tu, kita risau dia sakit pinggang.

    ReplyDelete
  2. wah byk dh perkembangan dia..ada words jelas...xiyad banyak ckp..tp bhsa tarok moktu dia la..ayat mak, ayah ke mam ke takde lagi yg spesifik

    tp masih tough lagi last jumpa birthday dia ari tu..hehe

    ReplyDelete
  3. heii..aqil suke kucing? afiq suke ayam.. budak kampung sikit afiq ni.. hoho.

    ReplyDelete
  4. alolo comel die main kucing tuh..sama dengan hannah..bising mulutnya nampak kucing..

    ReplyDelete
  5. comel aqil main kucing tu.anty doakan aqil cpt jln..nnt boleh main nagn aqilah kat tasik shah alam tu.ok?

    ReplyDelete
  6. airiell pun dh susut...nmpk kurus..sedey lak tgk die dh susut.. :(

    ReplyDelete
  7. hahahaha... x pe, susut sket nk bjalan.... sedang2 je ok lahh.....
    ada gak ayat dia, sara sampai sekarang berat nk sebut perkataan, even mulut dia meriah. samada 'aaaaaaaaa' or huruf 'A'. habis satu buku abc dia baca 'A'.

    ReplyDelete

Sangat hargai segala komen mengomen anda.Sila jangan lupa letak nama.Terima kasih ;)