Hari Sabtu lepas kami ke birthday party Aish Yusuf, anak bujang Erin. It's a pool party yo! Masa memula Erin invite, dah semangat dah mama Aqil dengan swimsuit Aqil, dengan pelampung bagai sampai ingatkan birthday Aish 20 hb. Punyalah semangat kan.Sekali tengok balik invitation card, 27hb hokey.Tapiii di hari event berlangsung.. Aqil tak berapa sihat, demam.. so tak dapat lah Aqil bermandi manda di swimming pool.
Sesampainya dekat Elais 2, Bukit Jelutong, masa tu lebih kurang pukul 4.45pm .Ingatkan kami dah terlambat. Call Erin rupanya majlis birthday belum start lagi. Dia still kat atas (majlis aqiqah tengah berlangsung). Oh ye, majlis ni sekali ngan majlis aqiqah. Masuk je kawasan apartment tu memang nampak tersergam cantik khemah merah putih dekat area swimming pool. Wow! Meriah sangat. Jumpalah dengan Wawa, mama Naila dan Nurul, bonda Daaliya. Alahaiiii..nyomey sangat anak dara memasing. Dah besar dah diorang. Naila dah boleh jalan. Last jumpa Naila masa birthday Aqil aritu dia baru meniti2.Daaliya pulak makin meninggi dan sangatlah peramah.Senyum je manjang :)
Dengan anak memasing. Eh..mama Aqil pinjam Naila sat :)
Aqil a bit moody. Tengok swimming pool pun macam takde perasaan je. Huhu
Naila dah main cecah2 air dalam swimming pool.
Aqil ngan Daaliya main lumba lari merangkak. Comey je diorang ni.
Cepat2 jalan ye comel2 sekalian.
Naila ngan Daaliya dah merengek2 nak terjun kolam, apelagiii..kasi bugel itu 2 orang anak dara..kecebushhh!! Amboiii..suka sangat memasing. Bonda Daaliya sebelum tu mention yang anak dia tak berapa suka air. Tak berapa suka air??? Masuk je dalam kolam Daaliya lah yang paling seronok! Terlompat2, siap kuak lentang. Excited.Happy sangat dia. Berpeluh aunty Wawa & bonda kena buli ngan Daaliya. Hahaha. Bonda Daaliya, sila belikan kolam plastik untuk Daaliya ok biar Daaliya boleh prektis berenang lepas ni. Naila pun seronok sangat!! Aqil pulak tengok dari atas je. Ciannn dia. Memang takde mood. Takpe, next time bila Aqil dah sihat, kita datang umah Aish ,berenang kat swimming pool sama2 ngan Aish ok. Eh eh..sukasuki je nak datang rumah orang :P
Yang lagi best, anak dara 2 orang ni tak mo naik! Bila angkat je punyalah mengamuk sakan memasing. Kelakar nengok gelagat memasing. Tak puas diorang berendam.
Kemudian kami masuk dewan kejap untuk acara potong kek birthday Aish. Good boy je Aish sepanjang event. Yang paling comel time semua nyanyi lagu birthday kat, dia senyuummmm je. Very the comel! Sekali masa tiup lilin..Pakkkkk!! Tangan Aish tepuk atas kek. Gamat kejap suasana! Hohoho. Pastu daddy Aish suakan muka Aish dekat kek, ngap ngap..dia makan kek tu. Comel sangat! :D
Comel kan kek Aish. Tema Elmo :D
Aqil pun datang pakai baju Elmo, ikut tema :)
And yes..meet another gojes mommy, Nadia & her baby Saif :)
Nice to meet u Nad.
Oh kejap, nak cakap pasal makanan. The foods were GREAT! Macam2 ada. Dengan kambing golek, laksa, pulut kuning, mi goreng. Semuanyaaa sedap! Memang kami balik dengan kekenyangan perut. Alhamdulillah. Birthday party yang best! Thank you so much Erin & family for invited us :)
To Aish Yusuf, Happy Birthday dear! Membesar dengan sihat dan bijak ye. Be a good boy. Dengar cakap mommy & daddy ok :)