Assalamualaikum.
Semalam genap 2 bulan Aqil Hamzah meninggalkan kami. 2 bulan tanpa Aqil Hamzah.Bagaimana perasaan kami? Bagaimana kehidupan kami?? Tiada ayat yang mampu kami tulis untuk menggambarkan perasaan kami. Tapi kami bersyukur, Alhamdulillah..semakin hari kami dapat rasakan yang kami semakin baik. Betul, bila kita meredhai sesuatu perkara, ujian dari Allah, hati kita akan merasa tenang. Kami juga insan biasa, hambaNya yang lemah..sangat lemah. Tapi Allah itu Maha Adil, Dia mengambil semula Aqil, pinjaman terindahnya daripada kami dan memberi kekuatan kepada kami.
Dalam masa 2 bulan ketiadaan Aqil, kami mencari, banyak membaca, bertanya pada doktor, pakar kanak-kanak tentang penyakit Aqil. Ada juga ibu bapa diluar sana yang email, pm kami di fb, untuk kami menceritakan apakah2 simptom2 penyakit Aqil, apakah cara melindungi dari penyakit itu? Jadi kami bertanggungjawab untuk menjawabnya. Kami juga ibu bapa, jadi kami faham perasaan mereka yang sentiasa risau akan kesihatan anak. Di sini saya akan kongsikan secebis ilmu pengetahun yang kami dapat.
Sebelumnya Aqil seorang anak yang sihat dan aktif. Bermula dengan hanya demam yang kami sangkakan demam biasa. Aqil tak batuk atau selsema kuat. Doktor kata hanya demam biasa. Demam Aqil on off. Berlarutan hingga 3 hari. Hasil ujian darahnya ok, takde virus atau bakteria. Doktor memberi antibiotik untuk dihabiskan dalam masa 3 hari. Selepas diberi antibiotik, Alhamdulillah demam Aqil kebah tetapi dia selalu merengek. Merengek hingga tak tido satu malam. Aqil pucat dan nampak letih. Esoknya kami ke hospital lagi untuk kali ke 3 dalam masa seminggu..dan pada waktu itu doktor mengesyaki sesuatu yang "tidak kena" dengan Aqil. Aqil dikesan menghidapi pneumonia (jangkitan paru-paru) setelah hasil xray menunjukkan paru-paru kanannya "putih" diselaputi "sesuatu"."Sesuatu" yang pada awalnya doktor mengesyaki yang itu ialah tumor. Setelah dibuat ujian darah, dan dari blood culture Aqil, doktor mengesahkan ianya bukan tumor tapi jangkitan kuman. Lobar pneumonia yang mana sebelah paru-parunya telah dipenuhi dengan nanah akibat jangkitan bakteria Strepcoccus pnueumoniae (pneumokokus). Penyakit ini juga dikenali sebagai pneumokokal (neu-mo-ko-kal).
Penyakit pneumokokal adalah jangkitan dari pneumokokus bakteria yang mana bakteria merbahaya ni dengan senangnya oleh dijangkiti dari udara. Menurut sumber abc4pneumococcal.com, ia biasanya ditemui di dalam pernafasan kanak-kanak dan disebabkan melalui batuk dan bersin. Kanak-kanak di bawah umur 5 tahun, mereka yang mempunyai sistem imun yang rendah dan kanak-kanak yang tinggal di pusat jagaan harian antara yang perlu dilindungi dari penyakit ini. Terdapat banyak strain (jenis) pneumokokus ini dan boleh menyebabkan penyakit pneumokokal yang serius dan sedang bersifat kebal antibiotik. Pneumokokus menyerang beberapa bahagian tubuh yang berbeza. Bakteria merbahaya ini boleh mengakibatkan
1. Pneumonia (jangkitan paru-paru)
Antara simptom-simptomnya adalah demam panas, batuk, sesak nafas, pernafasan cepat, nampak lesu dan pucat.
2. Meningitis ( Jangkitan selaput otak dan saraf tunjang)
Antara simptom-simptomnya ialah demam dan menggigil, lesu, sensitif pada cahaya,hilang selera makan, sering mengantuk, loya dan muntah2.Dan kepada bayi kerap menangis dengan nyaring.
3. Otitis media (Jangkitan bahagian telinga tengah)
Antara simptom-simptomnya ialah sakit telinga, selsema, hilang pendengaran seketika, selalu menarik2 telinga ( menunjukkan ketidakselesaan). Kepada bayi, selalu menangis dan menarik2 telinga.
4. Bakteremia (jangkitan dalam darah)
Antara simptom-simptomnya ialah demam panas, kulit pucat, tangan dan kaki sejuk, pernafasan cepat, tekanan darah rendah.
Seriusnya penyakit pneumokokal ini ialah ia boleh mengakibatkan kerosakan otak, hilang pendengaran dan kematian. *sebak rasa dada ni*
Pada Aqil Hamzah, bakteria merbahaya ini menjangkitinya di paru-paru. Dan semuanya berlaku amat pantas sekali. Setelah Aqil pergi, dan apabila kami membaca fakta-fakta tentang penyakit ini, simptom-simptom pneumonia yang disenaraikan, ada pada Aqil. Walaupun dia tidak batuk, tetapi dia demam dan pernafasan nya cepat menunjukkan paru-paru dia dijangkiti. Kami first-time parents, paranoid. Setiap kali Aqil tak sihat, kami bawa dia jumpa doktor, berubat juga cara Syifa'. Dan bila doktor dan ustaz kata Aqil demam biasa, kami lega. Kami takde medical background, jadi kami tak tahu. Tapi kami tidak terkilan. Kami tak pernah menyalahkan sesiapa mahupun diri sendiri. Kami yakin kami dah buat yang terbaik untuk Aqil. Doktor dan ustaz yang merawat Aqil dulu juga telah buat yang terbaik. Mungkin penyakit ini hanyalah asbab, penyebab untuk Aqil pergi. Kami redha. Perancangan Allah adalah sebaik2nya.
Bagaimana untuk melindungi anak kita dari pneumokokal? Menurut sumer abc4pneumococcal lagi, penyakit ini boleh dirawat dengan antibiotik. Boleh di "flush-out" dengan antibiotik.Tapi sejak beberapa tahun kebelakangan ini,bakteria ini didapati bersifat kebal terhadap antibiotik (antibiotic resistant). Ini membuatkan rawatan menjadi sukar dan menakibatkan tempoh rawatan di hospital menjadi panjdai dan kos perubatan menjadi tinggi.
Cara terbaik untuk melindungi daripada penyakit pneumokokal ialah melalui vaksinasi. Kini terdapat 2 jenis vaksinasi penumokokal untuk kanak-kanak
1. Pneumoccocal Conjugate Vaccine 10-valent (PCV10)(Synflorix)- melindungi kanak-kanak dari 10 jenis bakteria pneumokokus.
2 Pneumococcal Conjugate Vaccine 13-valent (PCV13) (Prevenar)- melindungi kanak-kanak dari 13 jenis bakteria pneumokokus.
Vaksin ini boleh diambil seawal anak berusia 2 bulan hingga 5 tahun. 4 dos kesemuanya. 3 dos sebelum anak berumur setahun dan 1 dos selepas setahun.Buat masa sekarang, vaksin ini hanya boleh didapati di klinik dan hospital swasta sahaja. Doktor pakar yang merawat Aqil di ICU juga ada mengatakan cara melindungi dari penyakit pneumokokal ini ialah dengan mengambil pneumokokal vaksin dan dia sekarang sedang berusaha untuk menggesa Kementerian Kesihatan Malaysia untuk mewajibkan vaksin ni di seluruh klinik kerajaan sebab terlalu banyak kes penyakit ini dikalangan kanak-kanak sekarang. Teringat kami sewaktu membawa Aqil ke monthly checkup Aqil di Klinik Kesihatan waktu Aqil umur 6 bulan dulu. Ada kami bertanyakan pada nurse tentang vaksin ini, nurse tu kata vaksin ini "tidak penting".
Setelah apa yang terjadi..kami sedar yang vaksin ini amat penting. Seperti yang ditulis tadi, kami tidak pernah menyalahkan sesiapa mahupun rasa bersalah dan menyesal. Mungkin ianya "tidak penting" kerana tiada kes pneumokokal dilaporkan di kawasan klinik kesihatan tersebut atau mungkin sebabkan kosnya yang agak mahal sebab tu mereka mengatakan ianya "tidak peting". Mungkin. Di hospital swasta, vaksin ini adalah optional. Tidak diwajibkan. Tetapi doktor akan menerangkan kepada ibu bapa tentang bahayanya penyakit ini dan pentingnya pneumokokal vaksin ini. Banyak negara telah mewajibkan vaksin ini dan memberikan vaksin ini secara percuma di negara mereka kerana penyakit ini banyak meragut nyawa kanak-kanak di sana. Antaranya ialah Australia, Singapura, Macau dan Hongkong. Dan sekarang, kempen Yes! sedang dijalankan dari sebuah pertubuhan NGO untuk menggesa KKM meberikan vaksin ni secara percuma, dan semoga kempen ini dapat direalisasikan satu hari nanti. InsyaAllah.
Kalau bertanya kepada kami, adakah vaksin ini penting? Ye..kami akan jawab ianya penting. Dan Alhamdulillah, ramai ibu bapa,ahli keluarga, kawan-kawan kami, saudara-mara dekat mula sedar akan penyakit pneumokakal ni dan berikthiar melindungi anak mereka dengan mengambil vaksin ini. Pemergian Aqil memberi kesedaran kepada ramai ibu bapa, kepada kami juga yang sebelum ini tidak pernah tahu akan betapa bahanya penyakit ini. Mungkin ini adalah salah satu hikmah pemergian Aqil.
Bukankah susu ibu adalah vaksin yang terbaik? Ye..itu memang tidak di nafikan. Vaksin semulajadi anugerah Allah yang saya beri pada Aqil sepenuhnya dari saat dia lahir hingga akhir nafasnya adalah yang terbaik. Tapi menurut pakar kanak-kanak, Dr. Yong Junina, antibodi dalam susu ibu mungkin tidak dapat melawan kesemua bakteria atau virus yang bersifat kebal yang merbahaya sekarang ini.Saya disini bukan hendak berdebat tentang mana bagus antara hospital kerajaan atau hospital swasta, tentang vaksin atau tak vaksin. Tidak. Siapalah saya untuk berdebat2 perkara ni. Saya hanyalah ibu yang kehilangan anak tersayang yang sama2 ingin berkongsi secebis ilmu dan pengetahuan dengan ibu bapa diluar sana tentang penyakit ini. Kami tidak mahu ibu bapa di luar sana merasa "sakitnya" kehilangan anak, sama seperti apa yang kami rasa.
Setiap ibu bapa mahukan yang terbaik untuk anak-anak mereka. Dan masing-masing ada cara tersendiri untuk melindungi anak mereka. Kita berdoa, usaha, cari ilmu, ikthtiar dan tawakkal. Sesungguhnya penyakit itu adalah dari Allah dan Allah Maha Penyembuh. Rugilah kami kalau tidak berkongsi pengetahuan dengan ibu bapa diluar sana tentang apa yang kami tahu pasal penyakit Aqil ni. Walaupun hanya secebis je pengetahuan yang kami ada, kami berusaha untuk berkongsi dengan orang ramai diluar sana. Usaha kami, tanggungjwab kami. Luangkanlah sedikit masa untuk membaca lebih lanjut tentang penyakit pneumokokal ini dan tunjuk tanda sokongan anda terhadap kempen ABC ini. Aim for Boarder Coverage. Kempen kesedaran tentang penyakit pneumokokal. Baca lah.
Di sini juga saya kongsikan senarai klinik dan hospital yang menawarkan pneumokakal vaksin serta kosnya per dosage untuk rujukan semua. Senarai ini dikongsikan kepada saya daripada ibu bapa yang telah mengambil vaksin ini untuk anak mereka.
Selangor
Polikinik Shaik. Kota Kemuning, Shah Alam : RM50 1st dos, RM220 dos seterusnya.
KPJ Shah Alam: RM240++
DEMC: RM200++
KPMC, Kajang : RM240
An-Nur Specialist Hospital, angi: RM250
Pusat Rawatn Islam Az-Zahra, Bangi: RM250
Klinik Medi Nur, Puchong: RM200
Klinik Pakar Kanak-Kanak Chua, Kota Damansara: RM290
Klinik An-Nur, Presint 15, Putrajaya: RM245
Poliklinik UKM: RM180
Kuala Lumpur:
Hospital Pusrawi : RM227
Klinik Seri Indah, Taman Samudera, Batu Caves: RM210
Hospital Columbia Asia, Setapak : RM245
Hospital Al Islam, Kg Baru: RM250
Klinik Fauziah, Ampang: RM210
Melaka
Poliklinik Wahidah, Ayer Keroh: RM220
Pahang
Klinik Al Farabi/ Hospital PRK Muip, Kuantan : RM220
Kami gembira jika dapat menolong ramai ibu bapa di luar sana. Kami yakin Aqil juga pasti tersenyum gembira di atas sana melihat usaha kami. Alfatihah buatmu sayang. Semoga rindu kami sampai padanya :')