Pages

Thursday, July 11, 2013

Ramadhan yang indah

Alhamdulillah.Kami diberi peluang oleh Allah untuk menjadi tetamuNya. Ketika menaip entry ini,kami berada di Kota Suci Madinah. Subhanallah..tidak dapat diucap dengan kata2 bila menjejakkan kaki ke sini. Sedih, sayu, gembia.Bercampur baur. Betapa baiknya Allah pada kami, hambaNya yang sangat kerdil dan lemah ini.InsyaAllah..kami tidak akan mensia-siakan peluang yang diberi. Kami akan berusaha bersungguh2 untuk mengejar pahala sebanyak yg mungkin. InsyaAllah :')

Teringat sewaktu menunggu Aqil di depan High Dependency Ward dulu, mama ada cakap "Cik, bila Aqil dah sembuh nanti kita bawa dia sama2 ke umrah ye". Perancangan Allah adalah sebaik2nya. Walaupun Aqil tak sempat ke tanah suci, kami gembira kerana Aqil sekarang dah berada di syurga yang indah.

*sebak*

Semoga ibadah kami diterima dan dipermudahkan segala urusan. Maaf jika ada salah dan silap sepanjang saya berblogging. Dan terima kasih kepada semua yang tak putus2 memberi kata semangat dan doa untuk kami dan Aqil. Terima kasih semua. Dan salam Ramadhan kepada semua, moga Ramadhan kita kali ini lebih baik dan semoga Allah memberkati kita semua.

21 comments:

  1. sabar lah dgn dugaan tu ye kak.moga akk dpt menjalani ibadah dgn tenang =)

    ReplyDelete
  2. selamat berpuasa you. semoga terus tabah

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah! Itu yang sebaiknya. Mengadu pada Allah, di rumah Allah. Semoga mendapat ketenangan dan pahala yg banyak sepanjang berada di sana...

    ReplyDelete
  4. Semoga selamat pergi dan kembali..semoga Allah melimpahkan ganjaran utk sis dan fmily..slmt beribadah..

    ReplyDelete
  5. Jaga diri ena. Selamat menunaikan ibadah umrah dan berpuasa. Salam Ramadhan. Al Fatihah buat Aqil. :')

    ReplyDelete
  6. doakan akak tau ena. selamat beribadah! jaga kesihatan.. :)

    ReplyDelete
  7. Salam Ramadhan buat Erina & Family..

    Semoga Erina & keluarga akan terus diberikan keredhaan dan ketenangan oleh Allah S.W.T

    Al-Fatihah buat Aqil.. saya pasti Aqil gembira bermain2 di taman syurga..

    Saya doakan agar kesedihan Erina ini akan digantikan dengan ganjaran yg lebih besar.. syurga yang abadi.. janji Allah adalah pasti..


    -Ummi Eirfan-

    ReplyDelete
  8. salam ramdahan ena..selamat berpuasa ye..

    ReplyDelete
  9. Salam Ramadhan Ena & kuarga...semoga Ena & kuarga diberkati dan dipermudahkan segalanya dalam menjalani ibadah umrah & puasa...;)

    ReplyDelete
  10. Salam ramadhan kak erina, semoga ramadhan tahun ni membawa seribu makna kepada kita semue♥

    ReplyDelete
  11. Salam Ramadhan Erina.. :) Moga Allah swt anugerahkan ganjaran yang melimpah ruah buat Erina dan suami. Tabahlah dan enjoy your beautiful Umrah in Mekah. :,) My dua is always with both of you..

    ReplyDelete
  12. Salam Ramadhan. Semoga semuanya baik-baik saja. :)

    ReplyDelete
  13. ena..bestnye dapat p tanah suci...

    ReplyDelete
  14. Semoga akak dan husband tabah menghadapinya..saya juga baru kehilangan seorang puteri 24.4.13 yang lalu..2 bulan lebih tapi dirasakan bertahun..anak saya pergi secara mengejut di hospital..tidak tunjukkan tanda2 kritikal,hanya cirit 2 hari pastu admit wad masuk air..ari ketiga Allah menjemputnya..doktor suspect secondary meningitis..macam tak percaya,susah nak menerima..saya perlukan kekuatan dan sedikit masa ..tapi lama kelamaan saya sedar anak itu amanah dan anugerah Allah buat kami,dia pergi dulu tanpa dosa utk membantu ibu dan ayahnya yg belum tentu nasib di sana,memohon syafaat nabi dan membawa air ketika kita kehausan di akhirat nanti..saya bersyukur anak itu ahli syurga,tanpa hisab,mizan..juga adik aqil..bermacam dugaan time saya pregnantnya,kes placenta previa tahap 2,high risk tapi kuasa Allah rupanya anak itu istimewa..semoga anak-anak kita menjadi saham di alam sana untuk ibu dan ayahnya...

    ReplyDelete
  15. erina- saya harap awak tabah hadapi hari mendatang saya tau awk seorang ibu yang kuat, tak mampu digambarkan jika perkara camtu terjadi pada saya. InsyaAllah satu hari nanti Allah akan mengantikan kesunyiaan awak dengar kehadiran permata hati. saya doakan awak kuat n tabah ok. salam ramadhan.

    ReplyDelete
  16. Salam Ramadhan & selamat berpuasa. Semoga anda tabah menempuh hari2 yang mendatang..

    ReplyDelete
  17. salam ramadhan, mungkin aqil xsempat ke mekah tp insya allah, doa ibu tersayang dari mekah akan sampai terus ke Aqil.

    ReplyDelete
  18. salam ramadhan, mungkin aqil xsempat ke mekah tp insya allah, doa ibu tersayang dari mekah akan sampai terus ke Aqil.

    ReplyDelete

Sangat hargai segala komen mengomen anda.Sila jangan lupa letak nama.Terima kasih ;)