Pages

Thursday, January 29, 2009

Cinta Baru Aku

Nama cinta baru aku Aboy. Dia comel. Comel sangat. Rambut dia warna hitam keperang-perangan. Mata dia bulat sgt, warna kuning coklat2. Jari jemari dia kecik comel2 je. Kuku halus. Tapi dia ni sgt hyperactive. Tak boleh duduk diam.

Masa memula aku jumpa dia, dia taknak ngan aku. Aku gagahkan diri gak pujuk dia supaya dia nak kat aku. Aku hulur tangan tuk salam. Tapi dia taknak. Huhu. Pastu aku hulurkan tangan lagi tuk kali kedua. Dia taknak jugak. Buat bodoh je. Kali ketiga aku hulurkan tangan, baru dia sambut. Kitorang bersalam. Heee..aku suka! Aku suka! Pastu dia dah tak takut ngan aku. Dah semakin mesra. Meh aku kenalkan korang ngan Aboy. Tapi jgn kacau dia tau. Aku punya tu..haha.





Inilah ABOY...
~Lil baby monkey!! Hakhak~
*comelll kan?*




Haa..tengokk..suke je Aboy bergambar ngan aku..
~Aboy siap2 senyum2 lagi..haha (tak nampak cam senyum pun)~




Dia dah mula sayang kat aku time ni..
~Peluk tangan aku sampai taknak lepas~
*Alololor..manjenye ko!*



Aboy dah menujukkan bakatnya..





Tengok tu! Slumber je dia bertenggek kat bahu aku..




Mungkin aku mempunyai bakat terpendam tuk menjadi "monkey trainer" kot..*Hahahahaha*




Masa ni Aboy betul2 tak nak lepaskan aku. Punyalah kuat dia peluk tgn aku
Aku yang cuak. Haha..padan muka aku.




Tapi akhirnya dia turun gak pastu. Dan2 dia turun je kat tanah terus kencing. Hahaha.Terus aku tak nak main ngan dia dah. Nasib dia tak kencing masa tgh main2 ngan aku tadi. Aboy..aboy..geram sungguh aku ngan ko! Aboy ni monyet peliharaan keluarga Romi. Balik dari mandi sungai tu, kami singgah rumah Romi jap.Makan2. Mak dia masak sedapp woo!! Haih..bila lagi aku dapat jumpat si Aboy ni kan. Pasni mesti dia dah membesar ngan sehat pastu dah tumbuh taring. Wuu..mesti dah tak boleh nak manja2 camni dah. Selamat tinggal Aboy. Hakhak..cinta baru aku bertahan 30 minit je.




~Bye..bye..Aboy~
*kalau ada jodoh kita jumpa lagi..lol*


Tuesday, January 27, 2009

Aktiviti Tahun Baru Cina 09 (part 2)

Lepas pergi Empangan Pertak kat Kuala Kubu Baru (entri sebelum ni), kami terus gi mandi sungai. Aku tak tau la pulak nama sungai ni. Yang pasti dalam kawasan kampung Orang Asli kat Kuala Kubu Baru tu. Nak masuk dalam kawasan sungai tu punyalah mencabar kewarasan. Nasib baik bukan aku yang drive, kalau aku drive tu mau dah meraung. Huu..


~Jalan sempit gila dan berlubang2 yg amat dahsyat~



Akhirnya..
~Sungai yg sgt cantek!!!~
*model lelaki ni ialah adik Romi. Dan Romi ialah tunangan Yah. Hee~




~Muka excited sbb dah 4 tahun tak mandi sungai~
*ish..ish..ish..kesian nye aku*


Masa bermandi-manda..Best woooo!
!



~2 budak bulat cuba mengapungkan diri...hakhakhak~


~Model2 sungai~




~Ni lepas mandi~

Pas mandi, perut lapar sesangat. Naik darat, makan. Aku tambah mee hoon berkali2. Haha. Diet tak diet. Peduli la. Masa tu sgt lapar. Pas makan dorang terjun balik dalam sungai. Aku tak. Perut dah kenyang, takut terjun balik dalam sungai nanti tak boleh timbul pulak sebab dah berat. Hakhak. Oh..tuk pengetahuan, sungai ni sgtla tak sesuai tuk org yg tak expert berenang. Sebab dalam gila .Tak jejak kaki . Kat tengah2 (tmpat kitorang mandi tu je yg tak dalam). Tapi aku tabik springla ngan budak ni..dia sgt pandai berenang. Kagum.Kagum. Slumber je dia terjun dari batu pastu berenang2 ngan gembira. Ish..jeles tau.




Ni lah budaknya...
~Inas namanya (adik Yah)~
*badan je kecik, tapi power berenang tu...*


Pasangan romantik
~Romi & Yah~
*Eceh ceh ceh..eceh ceh ceh*
Hemoh..hemoh..hemoh ;p


Akhirnya merasa gak aku mandi sungai. Puas hati. Pasni, tak payah nak merengek2 ngan cintahati suruh bawak gi mandi sungai. Tul tak syg? Lalalala..



Aktiviti Tahun Baru Cina 09 (part 1)

Semalam, aku pergi ke sini..

~Indahh sangattttttttttt...~



~Aku teruja yg amat~




~Sedang menghayati keindahan ciptaaan-Nya~




~Kami sedang berjiwang~
*aku ngan siapa ni? Jeng..jeng..jeng..*



Thursday, January 22, 2009

Gerai baru FRADOO

Perhatian! Perhatian! Gerai baru FRADOO akan dibuka tak lama lagi.



Petang tadi, aku gi terjah gerai baru FRADOO. Lokasinya bertempat di Seksyen 2, betul2 depan sekolah menengah seksyen 2 tu. Tak jauh pun dari gerai yg sekarang ni. Wuu..cantik oo gerai baru ni. Ala2 medan selera. Lama gila nak tunggu gerai baru ni siap. Ada lah rasanya lebih kurang 5 tahun. Bayangkanlah dari aku study diploma kat Sarawak dulu, sekarang dah nak abis degree baru siap. Terpaksa bermastautin kat gerai sementara tu 5 tahun. Huu..gerai sementara, biasalah, kemudahan nya pun cam ala2 kadar je la. Sempat la ayah aku glamer jap sebab kena intebiu tuk rancangan 360 ( pengacara si Mazidol tu), gara2 gerai sementara ni lah. Haih.. Tapi kat gerai sementara ni best sebab banyak meja. Banyak meja=ramai customer=income masyukkk. *Mata duitan sungguh aku ni*. Haha.

Meh aku bawak jejalan tengok gerai FRADOO baru ni.

Jeng..jeng..jeng..
~Gerai FRADOO bernombor 14 ye~



~Tempat duduk yang selesa~



~Jiran2 FRADOO~
*rasa sayang hei..rasa sayang sayang hei*




~Aku pon tak tau gerai jual pe ZUEREY NELSON'S ni~
*maybe jual majalah2 kot?*



Gerai baru ni takde lah besar sangat sbab berjiran ngan gerai2 lain. Jadinya, haruslah meja2 ni dikongsi2. Dalam gerai tu pon kecik je. Huhu. Macam mana ntah nak letak barang2 kat gerai ni nanti sbb gerai FRADOO yg sekarang ni banyak barang. Dengan peti ais, tmpat ABC, meja2, kerusi2, mcm2 lah.

Medan selera ni ada byk sgt gerai. Lebih kurang 5o gerai kot. Tadi aku rajin, aku g la tawaf medan selera ni dari gerai no 1 smpai habis. Agak kagum jap sebab bukan takat jual makanan ngan minuman je..


~Ada gerai jual baju~
*ntah..aku main agak je gerai ni jual baju..tak taulah btol ke tak.haha*


~Gerai jual roti pon ada~


Dan yang paling BEST ialah ini...hahaha

~Ada wireless tu tau..nanti boleh la aku megupdate blog masa duk kat FRADOO~
*Yay..yay..aku suka!*


Sambil2 aku menawaf tu, tgk2 nama gerai lain, aku tersengih sesorang. Sebabnya aku jumpa macam2 nama gerai nyang pelik2 (FRADOO pun termasuk dalam nama yg pelik..haha). Cuba korang tgk nama2 gerai kat bawah ni..



~Dik beradik sushi king ngan beger king..hehe~


~Simple je nama kedai ni~



Yang ni nama gerainye takdelah pelik..tapi caption tu..
~Best in Town 2nd in the World tu..meletops~



~ABC baikkk punya..hehe~

Best la gerai baru ni, aku suka!. Persekitarannya pun cam rileks je. Ada tempat parking, dekat ngan bustop plak tu, nanti student2 Uitm turun je dari bas, boleh terus menyinggah kat FRADOO. Hakhak.


~Tempat parking~

Kalau diikut kan mmg gerai2 kat sini dah siap sepenuhnya. Air dah ada, eletrik pun dah ada. Memang dah boleh pindah sini dah awal tahun haritu. Masalahnya ialah...



Nak kena tunggu "benda" ni siap!!!
Pe benda plak nih kan?

Ye, tuk makluman korang, benda ni terletak kat hujung medan selera ni. Dan ia ialah sebuah KFC. Di ulangi KFC!! Patut ke KFC bukak kat medan selera ni? Kesian tau gerai2 yg jual ayam goreng, nasi ayam. Nanti mestila ramai org menyerbu KFC ni kan? Tak pun, awal2 bulan KFC ni penuh. Bila dah tengah2 bulan ke hujung2 bulan ke mesti gerai2 kat situ plak penuh. Hehe..

Tak sabar nak pindah gerai baru ni weh. Korang2 jemputlah dtg nanti tau. Nanti aku bagi diskaun, tapi tuk student Uitm je la, sila pamerkan kad matrik anda semasa membuat pembayaran.Ngee...



Wednesday, January 21, 2009

Bersihkan rumah kura-kura

Kat rumah nia ada 2 ekor anak kura2 yg comel. Dua2 takde nama, tapi yang pasti sekor jantan, sekor betina. Kura2 ni si Ammar yg punya. Aku ngan Ani (pembantu rumah aku), memang ditugaskan tuk bersihkan rumah kura2 ni. Huhu..kura2 ni, kalau lebih seminggu je tak tukar air, pergh..pergh..pergh..dia punya bau, memang boleh bawak ngigau. Sampaikan org selsema yg hilang deria bau pun tetiba boleh bau air kura2 tu. Hebat kan penangan kura2 yg sgt "wangi" ni. Huu..comel mmg la comel, tapi sekali dah berak, hilang terus comel.

Tghari td pas blik kelas, aku tgk rumah kura2 ni dah start kuar bau "wangi". Huhu..haruslah proses pembersihan dilakukan. Haih..bak kata Wonderpets "Apa yg penting..kerjasama!". Aku kenalah berkerjasama ngan kura2 ni, harini aku tolong dorang, mana tau sok lusa dorang tolong aku plak (Hakhakhak..tetiba je).



Ni tengah tukar air..2 ekor kura2 tu kena bubuh dalam gayung tu, kalau tak laju je dorang lari..kalau dah lari tu, tak menyempat nak tangkap..huhu..kura2 zaman sekarang dah tak lembab ok.



Yang sekor ni kesian..mata dia buta, macam ada selaput. Dulu tak buta, sekarang dah buta. Rasanya dia ni elergik air kotor sbbnya kalau aku rajin tukar air rumah dia, macam 2 hari sekali, mata dia ok, kalau lama sikit tak tukar, ada balik selaput kat mata dia tu. Sekarang dah buta balik.Alahai..kesian nya.Mesti mata dia pedih.Huu..rasa cam kejam je ;(


Dengan tiba2 nya, masa duk tgk tukar air tu, aku mendapat ilham yg bernas lagi sgt bijak pandai. Memandangkan aku kekadang busy, tak smpat nak tukar air rumah kura2 ni selalu, dan tak mau menyeksa kura2 comel yg bermata sensitip ni. Maka..



Haha.Aku transferkan kura2 comey tu kat kolam ikan ni. Hehe. Mereka sgt gembira ok. Masa aku masuk kan tu, terus berenang2. Cam happy sgt je. Yela, sebelum ni rumah dorang cenonet je. Nak berenang pun tak boleh. Dalam ni bebas sikit, ada ramai kawan. Ikan emas ada, bandaraya ada, udang besar ada. Barulah Wonderpets. Hakhak. Senang kan, aku tak payah bersihkan rumah kura2 lagi, mata kura2 tu moga2 tak alergik lagi. Selamat bergembira kura2 comel =)

~APA YANG PENTING..KERJASAMA!~



P/s: Ngah, cik letak kura2 dalam kolam tau. Jgn risau, ikan tak mkn dorang. Ngehngeh..


Monday, January 19, 2009

Potong Jambul & Maut.

Semalam, aku ngan Bubud gi kenduri potong jambul anak kwn rapat kitorang, Baby, kat Klang. Wii..anak dia dah besar. 4 bulan dah dia. Muka pun dah lain. Masa lahir lain, sekarang lain. Yg penting, comel itu wajib! Hee..

~Haii..nama saya Aidil Zaquan. Comel kan saya?~
*Siap angkat kening sebelah lagi..comel!~

Eyyy..tgkla si Aidil ni. Comeyyy gila ok. Ngan putihnya, ngan blusher semulajadi nya. Cam anak patung tau. Masa kitorng sampai, agak lambat sikit, acara potong jambul dah habis. Huhu. Tak dapat nak tengok. Tapi takpelah, dapat tgk Aidil pun dah happy =)

Masa kat kenduri tu jumpa Umi & Abg Boya sekali. Lama gila tak jumpa "partner in gossipping" aku ni, Umi. Hee. Biasalah kan, bila kitorg dah jumpe, gamat la sebentar suasana.Macam2 cerita kuar. Pastu buat kenduri tu cam kitorang punya kenduri pulak. Haha. Jadi,tuk mengelakkan kejadian2 yg tak diingini berlaku, haruslah kami semua mintak diri dulu.


~Umi, Bubud, Baby~
(gambar ehsan dari Abg boya. Hee)

Pastu kami pergi Bukit Raja. Ingat nak gi beli barang, tapi terrr..tgk wayang sekali pulak. Kitorang tgk cerita MAUT. Huhu..


Preview kat iklan cam gempak je, sekali dah tgk. Huhu. Rasa nak nangis. Bukan sebab sedih, tapi sebab tak best. Jalan cerita Maut ni lemah sgt, tak sampai pun maksud yang Encik Bade tu cuba sampaikan. Hmm..dah la byk element "kelaka". Tak suka tgk Danny dalam cite ni, mcm spoil je. Pastu ada scene"seksaan neraka". Aku tak berapa suka dengan scene ni. Hmm..aku setuju ngan pendapat Fynn Jamal pasal benda ni. Aku rasa lakonan yang best dalam cerita ni ialah pakcik yg jual ayat2 suci. Tu je. Lakonan pelakon2 lain tu cam biasa2 je. Pastu ada part yang cam tergantung, contohnya cam scene accident, kereta JJ (lakonan Que Haidar) tergolek dalam longkang, JJ merangkak keluar dari kereta tu, tetiba terjumpa sorang budak yg ngeri ni. Siapa budak tu? Apa dia buat kat situ? Hantu ke? Entahlah. Lain orang, lain pendapat dan pemahamannye kan. Bagi aku cerita ni tak sehebat iklannya lah. Aku bagi 4/1o.


Kami tak boleh berjumpa..

Kalau jumpa, masing2 akan hilang kawalan diri dan menjadi tak berapa nak betol tuk seketika. Haih..


~Siapa lagi macho? Hakhakhakhak~

Yah, muka ko sgt macho ok ade misai. Lol. Malam sabtu haritu kami gigih ke IKEA untuk satu tujuan murni. Apakah tujuan itu? Jeng..jeng..jeng..


MEATBALLS & SLICE OF CAKE

Ye..kami pergi memakan ini. So nyummy nyummy. Huu..sgt diet kan kami. Pastu lepak2 kat situ sampai kul 11 mlm, semua org dah balik. Tinggal kami berdua je. Dan apabila tinggal berdua je, tanduk setan mula tumbuh, ditambah pulak ngan perot masing2 tgh kenyang gile. Maka, terjadilah kejadian di bawah ini. Hohoho..



Ini terjadi apabila nafsu tuk bergambar meningkat








Oh, ok2..dua gambar je cukup. Tak boleh taruk banyak2. Nanti ada org pengsan. Haha. Masa ni kami buat mcm kafe IKEA tu kami yang punya, bergmbar sambil tidak menghiraukan pekerja2 yg tengah sibuk membersihkan kafe. Tiba2, datang seorg lelaki (pekerja kat situ), meng"offer"kan diri tuk tolong tgkapkan gambar kami. Memula kami tolak, "Terima kasihla bang". Tapi abg tu nak tolong jugak. Aku pun kesian tgk abg tu, bagi jelah hp aku kat dia mintak tolong dia tgkapkan. Pastu kami pun buatla pose yg menarik sambil tersengih girang. Tiba2 lagi..hp aku terus habis bateri. Hahaha..abg tu tak smpat nk tekan pun. Kami pun pasrah dan terus balik. Ada bagusnye jugaklah hp tu abis bateri, kalau tak smpai IKEA tu dah tutup baru balik kot. Hee..


Sunday, January 18, 2009

Autofest D'Kajai @ UKM

~Wajah excited seorang Erina~
*pipi kembung cam hamster..huhu*

Semalam aku excited gila nak pergi UKM, Bangi sebabnya madu aku, si Gino masuk Autofest D'Kajai kat sana. For the first time beybeh. Mestilah excited kan. Nak support centahati. Hee. Bertemankan Yah sebagai "navigator" comel, pukul 12 tghari, kami gerak pergi ke Bangi.

Sesampai UKM, dekat pukul 130 ptg, hmm..tetiba berlaku kejadian drama swasta. Aku sebagai pelakon wanita utama, centahati sebagai pelakon lelaki utama dan Yah sebagai camerawoman. Ceritanya sgt sadis sehinggakan berlakunya pertumpahan air mata yg banyak. Tapi cerita ni berakhir ngan very happy ending.(Oh, cerita ni hanya aku, centahati ngan Yah je yg tau..lalala). Nasib Yah ada, kiranya die penyelamat keadaan la. Tima kaseh Yah. =)

Ok2, abaikan je cerita tadi. Sampai je kat autofest tu, centahati dah menunggu aku. Wee.Aku sgt happy gile time ni. Mestilah happy. Lama gila tak jumpe dia kot.Rindu! First thing to do ialah pergi melawat madu aku dulu. Gino..oo..gino..


Tadaaa...
~Gino comel in da house~
*Lalala*

Ye.madu aku mmg comel. Tapi tak boleh mengalahkan kecomelan aku lagi la. Lol. Dah puas hati tgk Gino, kami gi jejalan, pusing2 tgk kereta2 comel yg lain. Banyak tu kawan2 Gino. Macam2 jenis & warna ada. Tapi biasalah, mata aku mesti attract kat warna pink2 je. Hehe.


~Ni Mr. Gino Yellow namanya~


~Wuu..Hello Kitty..pinky2~


~Wohoo..Comey gila pink nih~

Cuaca semalam sgtla sesuai tuk autofest ni. Cerah, panas yang amat. Selalunye sekarang ni petang2 kan selalu hujan tapi syukurlah semalam cerah. Dah la tak bawak payung, gigih gak kami jln2 tengah panas tu semata2 nak cuci mata tgk kereta2 lain. Hee..


~Maintain kiut walaupun di bawah cahaya matahari terik~


~Pasangan bahagia.Hee~

Tapi aku kejap je kat sana. Dalam kul 4 ptg camtu, aku ngan Yah gerak balik dah sbb aku kena jaga gerai pastu. Sebelum balik, kami haruslah berposing2 ngan Gino jap. Memula centahati tak nak tangkap gamba sekali ngan Gino sbb segan, nanti kena bahan ngan kawan2 dia (sbbnya tuan punye kereta tak boleh bergambar ngan keretanya sendiri, nampk cam poyo..Huu). Tapi aku paksa dia gak. Yela, ni kan 1st time Gino masuk autoshow, mestilah nak tgkp gamba kenangan. Cian cintahati kena bahan pastu.Lalala..aku tak bersalah ;p.


~ Gino Rangers.Lol~

Yang penting aku sgt happy semalam. Thanks syg. =)