Apa tu FRADOO? Yang penting ia mmg lgsung takde kena mengena ngan Frodo (LOTR). FRADOO dalam bahasa Thailand ialah pokok sena. Ia sebenarnya nama sebuah gerai minuman bernombor 39 yang terletak di Seksyen 2, Shah Alam (betul2 depan wetworld) dan dimiliki oleh Haji Abu Bakar B Yusof. Ye..beliau ialah ayahku yg tercenta. Aku kerja "part time" kat sini la. Shif aku dari kul 3 ptg sampai kul 6 ptg. Time ni ayah aku balik jap, berehat. So, aku lah yang take over jadik bos. Lady boss. Hoho. Best dapat tolong ayah aku kat gerai ni. Dapat tgk mcm2 perangai manusia, mcm2 drama dan yg pling best dapat upah RM10, 1 jam. Cuba kira kalau sebulan aku dapt berapa. Tu blum masuk overtime lagi. Ngengeh..tak ke masyukkk tuk aku yang masih sorg student lagi.Tapi aku takla direct sebulan, kekadang aku gilir2 dengan adik lelaki aku. Kalau petang tu dia ada kelas, aku jaga. Kalau aku pulak ada kelas ptg, dia jaga. Sem nie memndangkan aku takde kelas petang, mmg selalu akulah yg jaga gerai petang2. Dan ni lah aktiviti wajib aku setiap cuti sem. Mengisi masa lapang dan mengisi "poket kosong". Haha. Apa yang best kat FRADOO? Macam biasa, macam gerai2 minuman lain, ada segala jenis air panas, segala macam air sejuk, segala jus buah, mcm2 warna air balang, tapi yang luar biasanya kat FRADOO ni mestilah ABC specialnya...
Ye..ngan ada aiskrimnya, coklat kokonya, segala longan, anggur, kacang ngan "bhn2 dalamannya" yg mmg superb. Malas nak cakap byk, dtg sendirila rasa. Haha. RM2.50 je pulak tu. Mari ramai2 kita ke Fradoo. *promote pulak..hee*
~ Air balang yang warna warni~
*mata kucing, kelapa, bandung, j agung, asam boi, tebu, mangga, soya*
~ Air balang yang warna warni~
*mata kucing, kelapa, bandung, j agung, asam boi, tebu, mangga, soya*
Kalau weekday, mmg relaks skit, customer tak padat sgt, sempat lagi aku duk baca majalah, baca notes, gurau ngan pekerja2 FRADOO yg agak sewel2, tapi kalau weekend mmg tak menang tangan la. Kerja aku duk jdik cashier je, tapi kalau dah ramai customer, pekerja2 lain pun dah sgt busy, mmg akulah yang tolong dermakan tangan tuk handle segala air dalam balang. Tolong masukkan air dlm cwn dan tolong bungkus. Masa memula belajar bungkus air, mmg failed lah aku, sbb lembik je plastik tu, siap air mengalir keluar lagi betapa tak kuatnya aku ikat. Tapi sekarang da expert dah. Tak lembik2 lagi. Haha..
~ "Lady boss" membungkus air~
*bungkus air pun nak senyum ke? hoho..*
~ "Lady boss" membungkus air~
*bungkus air pun nak senyum ke? hoho..*
Aku dah biasa duk gerai ptg2. Ada member2 aku tanya gak "tak penat ke nanti?", "malam nanti mcm mana nak study?" ( lebih2 lagi kalau dekat nak exam). Alah, aku duk gerai kejap je..balik umah nanti kalau penat tidolah jap. Pastu bangun, studyla, buat notes. Tak menjejaskan pun status aku sbgai sorang pelajar. Berbanding ngan ayah ayah duk lama kat kdai, tiap2 hari, berdiri lama2. Haih..kesian kdg2 tgk dia. Patutnya dia skrg dah boleh relaks kat umah besarnya kat kampung tu. Petang2 boleh beriadah masuk kebun buah dia. Tapi ayah aku mmg tak suka duk diam, sgt suka kerja kuat. Apa2 hal pun, aku sbgai anak haruslah membantu dia. Bukan je dapat pahala, upah pun dapat. Hehehe..
P/s: Fradoo ialah sebuah gerai minuman dan sila jangan bandingkan persekitarannya dengan persekitaran yg meletup dan high class mcm DOME, Starbucks dan sbgnya. Sesungguhnya aku paling menyampah org mcm ni.
P/s: Fradoo ialah sebuah gerai minuman dan sila jangan bandingkan persekitarannya dengan persekitaran yg meletup dan high class mcm DOME, Starbucks dan sbgnya. Sesungguhnya aku paling menyampah org mcm ni.
5 comments:
kemahen pomot nmpak..!
tapi xpe.. konsider dah bejaya..
nnt g s'alam aku godek2 la cari. menawan qolbu betol ABC itu..
sila2..dtg reramai..
nanti ley dpt diskaun..hehe
air cendol ada?
mestilah ada..laicikang pon ada..mcm2 ada..
terliurrrr nye melihatkan ABC tu di petang2 hr yg panas ni
NAK!!!!!
Post a Comment