Pages

JB = Johor Bahru bukan Justin Bieber


Ya Ampunn..banyak nye cerita pending. Kisah "JB part 3" belum taip lagi, dah ada kisah "3 dara pingitan di rumah kosong". Kisah "ketagihan terbaru" belum sempat karang lagi, dah ada kisah "JB part 4" pulak. Tengok! Punyalah banyak benda nak cerita sebenarnya tapi amatlah ketiadaan masa. Bila masa dah ada, ketiadaan mood pulak melanda. Ish ish ish. Oklah, secara pantas,ini ialah kisah JB part 4. Kisah JB part 3 belum sempat taip lagi, lompat part 4 dulu. Boleh pulak main lompat2 eh? Boleh kan aje.


Alkisahnya sekarang, di waktu ini, aku di bumi JB. Sekali lagi.Seperti biasa, atas urusan kerja. Pagi2 seawal 710 dah berangkat terbang ke sini.Ok, macam ni lah ala2 krologinya pada hari ini ye.Gigih bangun pagi,pukul 430. Sebabnya baju tak pack lagi. Then pukul 6 terus memandu laju ke Subang Airport. Ciss..ingat Subang Airport tu jauh sangat lah kan cam nak pergi KLIA. Tengok2 pukul 615 dah sampai.15 minit je dari rumah.Takpe biar cepat asal selamat.


 Mata sembab kesan dari tak cukup tido.Sangat sembab.




 Pukul 810 selamat tiba di Airport Senai, JB.





Pertama kali naik firefly. Kapal terbang kecil bewarna oren.


Dari airport terus ke tempat kerja.Harini banyak menghabiskan masa di bakery room. Belajar cara2 nak buat kek dan roti sambil2 buat observation. Guna marjerin & shortening keluaran Sime Darby.

Sebenarnya mix pakai mixer, bukan pakai tangan macam dalam gambar. 
Ni aksi semata



Belajar buat topeng Halloween pakai doh roti juga.
Bha ha ha. Happy Halloween semua.
Takut tak?



 Hasil roti dari doh buat topeng tadi. Haha.
Tipu je




 Kek yang sedap gila!!


Masa nak balik tadi lalu kat store room ternampak ni pulak. Disebut sebagai Kemkot, tapi ejaannya agak mengelirukan disitu.



 Hahahahaha
Tetiba gelihati ;p



Dan balik dari tempat kerja terus check in dekat Dorsett,JB. Sangat kagum. Hotel yang super cantik. Satu malam RM200. Awesome! Kalau tak cantik tak tahulah nak cakap apa.


Oh ye, kali ni pergi berdua. Dengan officemate dan semestinya lah dia seorang wanita.
Oklah, mau tido suda. Selamat malam.
Assalamualaikum ;)


Monday, October 18, 2010

Nyawa

"God grant me the serenity to accept the things I cannot change,
 the courage to change the things I can and the wisdom to know the difference"


Dalam hidup ni, kita kena belajar menerima perkara yang kita tak boleh ubah. Menerima dengan tenang dan redha. Contohnya kematian, kematian yang pasti. Kita tak boleh ubah kematian yang dah ditentukan oleh Allah. Bila kita kehilangan orang yang kita sayang, contohnya ahli keluarga, mak, ayah, pasti sedihnya tak dapat kita bayang. Tapi kita kena sabar, kuat, terima dan redha. Setiap kali dengar cerita member2 yang kehilangan mak atau ayah mereka, kematian secara tiba2 atau yang dah sakit lama, mesti aku sebak. Sebak sangat. Kadang2 si pencerita lagak biasa2 je, tapi aku yang over sebak. Berlinang airmata. Sebab aku pasti, mama & ayah akan tinggalkan aku jugak satu hari nanti.Mereka kata memang sedih,sangat sedih tapi lama2 boleh terima dengan tenang. Tapi kadang2 rindu yang teramat. Mereka kata lagi, yang di atas sana pun tak mahu pemergian dia ditangisi lama2. Apa yang boleh kita buat ialah doa. Doa jelah yang menghubungkan mereka dengan yang tiada,yang sekarang dah berada di alam yang lain.  Putus doa, putuslah jugak hubungan antara mereka.

Kakak ipar aku (Along) baru kehilangan maknya yang tersayang genap sebulan lepas.Emaknya demam panas,  tiba2 kena strok , koma, dan terus pergi menemui Illahi. Ditahan di wad cuma 2 hari. Kehilangan mak secara tiba2.Sesiapa pun mesti sedih. Dia sebagai kakak sulung kepada 5 orang adik  memang kena tabah. Terpaksa tabah.Sebab kalau dia lemah, adik2 yang lain pun turut lemah. Ye, bukan senang untuk menerima kehilangan seorang emak. Tapi dia redha. Setiap kali aku dengar cerita saat2 emaknya hendak pergi, mesti aku sebak. Turut menangis sama. Bayangkan masa Aidifitri bergembira satu keluarga menyambut bersama, seminggu lepas tu, maknya pergi untuk selama2nya. Sedih. Sangat2. Sekarang, dia yang baru berumur 25 tahun menggantikan tempat emak kepada adik2.Besar tanggungjawab.Dengan adik2 yang masih belajar dan sekolah,dia terpaksa kuat.  Sebab tu Along selalu nasihat, sementara mama dan ayah masih bernyawa, sayangilah mereka.Berjasa lah kepada mereka. Tunjuk kan kasih kepada mereka setiap hari, minta maaf dengan mereka dan doakan mereka setiap hari sebabnya kita tak tahu bila masanya mereka akan pergi. Mereka hanya pinjaman sementara  dan Allah boleh ambil mereka bila2 masa sahaja kalau masanya dah tiba.Jangan sampai menyesal.Semoga Along dan adik2nya tabah menerima kehilangan ni.Dan kita sebagai anak,ingatlah, sentiasalah gembirakan hati ibu bapa kita dan janganlah sesekali buat mereka menangis kerana setitik air mata ibu bapa jatuh, keberkatan dan kebajikan anak akan hilang. Nauzubillah.






Nyawaku~

"Ya Allah Ya Tuhanku
ampunkan lah dosa2 kedua orang tua ku, 
berkatilah kedua mereka ini,
 sihatkan tubuh badan lah mereka
 murahkan lah rezeki mereka
 panjangkanlah usia mereka
 jauhilah sebarang bahaya dan 
Kau peliharalah dan lindungi lah mereka seperti 
mereka memelihara aku sewaktu kecil"
Sesungguhnya Engkaulah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang



Amin Ya Rabbal Alamin~


Mari sama2 kita sedekahkan Alfatihah tuk arwah mak Along dan mendoakan semoga rohnya tenang disana dan ditempatkan dikalangan orang yang beriman. Alfatihah~






P/s: Sebenarnya entry ni dah lama aku taip tapi tak pernah habis2, sebab setiap kali nak sambung taip mesti jadik sebak. Dan harini berjaya jugak aku menghabiskan taip entry ni. Dengan air mata jatuh berderai2. Tak tau kenapa, kalau sentuh pasal mak ayah, mesti hati aku jadi auto sebak.Sebab tak dapat imagine macam mana kalau aku takde mama dan ayah nanti.Ahh..tak nak imagine (T_T). Ya Allah, sangat sayangkan mereka.



Thursday, October 14, 2010

Kembara Johor Erina : Bahagian 2

Alhamdullilah,sepanjang kerja kat JB, semuanya baik2 belaka. Sebagai seorang perantau yang merantau di tempat orang (eceh..perantau katanya), kita mestilah kena pandai jaga diri dan mesra dengan semua colleague baru. Buat apa nak sombong2 kan, dahla pergi tempat orang, zero, tak tau apa2, lepastu nak sombong2 pulak, apa yang ko dapat? Dapat kerugian disitu.


Memperkenalkan kawan2 baru saya yang very friendly & helpful :)

 Nozee, Ina, Mirah :)


Masa ni Abg Fendi belanja lunch dekat Old Town Masai. Mekasey bang ;) Tapi mahapla, kepalanya tu tak masuk frame pulak. HAHA



Kat sana kena buat frying test, nak menguji kualiti minyak yang dihasilkan. Oh..ni ada sedikit tips pasal minyak masak. Kalau nak tau minyak tu berkualiti baik dan hebat, minyak masak tu mestilah kurang buih dan juga kurang asap masa tengah menggoreng tu.Kalau korang masak guna minyak baru, belum apa2 dah berbuih hebat dan berasap kepul2,maknanya kualitinya tak bagus lah tu. Kemungkinan tu minyak lama. Jadi, silalah gunakan minyak masak Alif keluaran Sime Darby Food.Dijamin berkualiti tinggi dan sehat. Eceh, sempat promote pulak ;p


Amir Sayang (eh, iklan jap ;p)

Hari2 goreng fries, naik muak.5 hari=30 kg fries. Lepasni tak mau makan fries kat mana2 lagi.Anda tak tahu rahsia yang tersembunyi dalam fries2 tu. Wuuuu (T_T)



Ok, dah..sambung cerita lain pulak, ni cerita gembira dan sadis.Pada hari Khamis malam, bertarikh 7/10/10, kami berempat ke Steamboat & Grilled Cottage hasil cadangan sepupuku sorang ni. Dia beria2 ajak makan sini. Bayar RM18, all u can eat! 


Lelaki comel yang berbaju biru polos tu la sepupu ku, Ijad namanya. Study kat UTM.Yang tengah tu Tajul, colleague baru juga dan kanan sekali Mirah. Oh, sedap2! Semua ada, makan lah selagi boleh. Yang bestnya kedai ni ialah..



Ada satayyyy!Flaming ada? Tak da kan..Johnny's ada? Memang tak la kan. Hohoho



 Nom nom nom..gumuk2!

Dalam pukul 11 camtu, kami pun bertolaklah balik. Masa ni lah permulaan tragedi yang amat sadis sekali. On the way balik, masing2 tengah pokpekpokpek berborak, tetiba dengar bunyi yang amat pelik dan scary dari enjin Cik Lisa. Terus panik, parking tepi jalan, tekan hazard light. Bunyi apakah itu??? Eeee..cuak2. Dahla  betul2 sebelah jirat cina. Nangissss.Huhu



 Cik Lisa sakit.

Memasing keluar, bukak bonet depan, tengok enjin. Tak berapa nampak, gelap. Tengok bawah enjin pulak, kot2 terlanggar apa2 ke. Tengah tertunggeng2 tengok bawah enjin tu, sekali aku nampak satu tali ni. Terus tarik. Tali apakah? Huhu..aku bab2 enjin kereta ni memanglah kosong. Tau tempat isi air je.








Tali misteri

Nasib ada si Tajul, dia taulah bab2 enjin kereta ni. Katanya belting enjin dah putus. Whattt?! Huhuhuhu. Dia pun call kawan dia tuk bantuan, dan syukur Alhamdullilah kawan dia ada bengkel kereta, dan masih bukak lagi masa tu.


Duk sms centahati pasal tragedi yg menimpa.

Ahhhhh..aku dah betul2 susah hati masa ni. Nak pulak budak baju biru tu asik dok sakat2 aku pasal jirat cina sebelah tu, tambah2 serabut mental aku dibuatnya.Kuang asam jawa punya budak.Aku lagi dah susah hati, dia lagi senang2 hati mau takut2kan aku. Uhuk. Tapi nasib jugak ada dia, jadik bodyguard aku sepanjang malam.Maceh Ijad muk2 ;p


Para2 penyelamat

Akhirnya, 20 minit lepastu bantuan pun sampai. Kawan2 Tajul. Setelah bincang2 semua, aku pun setuju tuk bawak Cik Lisa gi bengkel malam tu jugak, dan sanggup tunggu sampai siap, sebab besoknya, Jumaat, aku nak berangkat balik dah.Jauh tu perjalanan.


Cik Lisa siap sedia tuk dibawak ke hospital. Adehh


Lebih kurang pukul 3 pagi, baru siap Cik Lisa kena rawat. Gigih tu kami menunggu. Aku memang dah mamai2 dah. Syukur sangat sebab ada nya Tajul ngan kawan2 nya, sepupu aku si Ijad & Mirah sebagai peneman.Terima kasih tak terhingga ye semua ;).Dapat imagine tak kalau aku sorang2? Mau meroyan nangis2 tepi jalan. Hehe. Cian Cik Lisa ni, maybe dia terkejut kot aku bawak dia travel jejauh. Pengajarannya disini ialah, berkawan biarlah beribu2 lemon dan ikhlas tu penting. Kalau kita ikhlas nak berkawan ngan orang, orang akan ikhlas tolong kita dalam susah atau senang. Dan lagi satu, setiap apa yang terjadi pasti ada hikmahnya.Duit terbang melayang pun kena sabar. Redha. Sekian, tamatlah sudah bahagian kedua. Nanti sambung lagi bahagian tiga.    

Wednesday, October 13, 2010

Kembara Johor Erina : Bahagian 1








Bermulalah cerita, pada hari Jumaat yang dah lama lepas, bertarikh 1/10/10, lepas waktu kerja aku menggigihkan diri balik ke kampung Muar sebab malam tu ada majlis berinai adik aku merangkap majlis menyambut menantu juga. Gerak dekat pukul 6 petang, sampai dekat pukul 8 malam.Alhamdullilah. Orang ramai dah penuh kat ruang tamu, baca doa selamat. Aku yang terpinga2 keseganan ni pun masuklah rumah pakai pintu belakang. Masa ni orang ramai tengah sibuk2 buat kerja, sebab esok paginya ada kenduri. Oh ye, kenduri kahwin pada esok pagi nya ialah versi 2 in 1. Maksudnya majlis kenduri adikku dan juga sepupuku ;) Kiranya ada 2 pasang pengantin lah. Tapi adikku dan isterinya tak bersanding, dah bersanding masa malam berinai ni kan. Adakah anda semua paham apa yang cuba aku sampaikan ni? Ini baru mukadimah ye, banyakkkk lagi nak aku cerita ni.Disebabkan malam tu aku agak kelam kabut dan penat, ditambah pulak bateri kamera yang flat, jadi takde pulak aku snap pic adik aku  masa majlis berinai tu. Meriahh!! Siap mercun merdeka 60 das rasanya.




Seekor lembu telah dikorbankan.

Ni yang best buat kenduri dekat kampung. Semua orang bekerjasama. Masing2 buat kerja. Muhibah je rasa. Kalau kat bandar susah nak dapat suasana macam ni.

Esok paginya,Sabtu (2/10/10), aku ngan sepupuku (adik pengantin) ditugaskan tuk amik kek pengantin 3 tingkat yang dah ditempah kat kedai kek dekat bandar Muar.Kedai kek pulak betul2 depan kedai mee bandung paling sedapppppp marvelles kat Muar tu, mi bandung errr..ape ntah nama kedai dia. Lupa pulak! Tapi mee bandung kat kedai tu memang sedap. Super terbaikkk! Yang bestnya, kitorang sempat singgah kat kedai tu, pekena mee bandung ngan sate kejap. Masa tu pukul 10 pagi , pukul 11 Kak Ija bernikah. Kami rilek2 lagi makan mee bandung enak. Hahaha

                          
Mee bandung terbaik! Serius sedap gila!!
Ishhh..tak puas hati dok ingat nama kedai ni dari tadi tapi tak muncul2 jugak. Huhu. Sesiapa orang Muar, harap bantu ye.

Ok,mari meninjau2 di sekitar majlis perkahwinan. Masa ni ramai dah tetamu yang hadir. Ayah ngan mama nak buat kelainan sikit dalam kenduri kali ni. Ada booth kecik2 ala2 bazar ramadhan. Siap ada kumpulan ghazal. Suara kakak nyanyi tu serius merdu macam pakai cd, dari pagi sampai petang gigih menyanyi hiburkan para tetamu, tapi sayangnya aku lupa nak snap gambar kumpulan ghazal tu. Huu. Tapi aku gembira hati mengsnap gambar2 makanan.Hehe


Antara makanan yang dihidangkan 

 
Ayam golekk!Sedap sangat!
Makanlah sampai tergolek



Rojak petis.
Haaa..jangan memain.
Ni memang rare nih.


Bubur kacang anyone?


Nasi minyak itu wajib. Makan pulak sekali ngan lauk2 ni..

Ayam golek tadi




Daging lembut yang enak


Ditambah pulak dengan ni.Pastu minum air bandung soda pulak. Perghh!! Memang terasa cam nak tambah2 je.

Dalam pukul 1 macam tu, pengantin pun berarak (sepupuku, Kak Eja namanya) diiringi ngan paulan kompang. Seperti biasa, tugas aku ialah  untuk mejadi pengapit. Ingat lagi dulu2 orang kata, orang kata ye..kalau jadi pengapit nanti cepat kawin, sekarang dah kali ke 4 jadik pengapit, sampai member aku masa aku first2 jadik pengapit dulu, dia sekarang dah nak masuk anak dua, tapi aku tak kawin2 jugak ni apa cita? Nampak sangat kata orang tu tak boleh diguna.Mitos betul. Haha.Jodoh kan ditangan Allah ;)


Gaya pengapit bertauliah. 




Dan beliau lah queen of the day. Kak eja. Super gorgeous. Cantik. Menawan. Menggoda. Semua adalah.Congratz kak Eja. Semoga berkekalan ke akhir hayat bersama suami mu. Mesti kak Eja selalu tergelak2 je nanti kan, abg tu sangat funny ;) Abg tu? Aku pun tak tau nak panggil abg apa lagi.Hehe. Oh, dan baru ku tahu kak Eja ni rupanya senior sekolah sama Wafa & Jard, kecik betul la kan dunia ni.



Satu bas dari Kolej Komuniti Kulim datang.
Kawan2 mama.


Doorgift  berwarna warni tuk para tetamu.

Ok, tamat sudah cerita hari Sabtu. Sekarang masuk ke cerita hari Ahad pulak. Esok harinya, Ahad (3/10/10), lebih kurang pukul 1 petang, aku ngan sepupuku tercenta, si Ina, berangkat ke Pasir Gudang. Buat apa kat sana? Atas tuntutan kerja. Outstation bak kata omputeh. Kena kerja sana 5 hari. Dari Muar ke Pasir Gudang amik masa 2 jam lebih jugak. Belum masuk jam dan sesat2 lagi. Kiranya dalam 3 jam lebih jugaklah. Ni first time aku pergi Pasir Gudang. Bawak Cik Lisa je, memang hebat lah Cik Lisa ni. Setelah upacara tawaf menawaf kawasan kilang kat Pasir Gudang tu dekat 1 jam, akhirnya jumpa jugak destinasi yang nak dituju. Syukur Alhamdullilah, terima kasih dekat pemuda yang tolong tunjukkan jalan :)


Formerly known as Kempas Edible Oil

Lepastu, terus cari hotel2 berdekatan. Pilihan aku ialah hotel ni. Masai Utama. Kurang 10 minit ke tempat kerja aku. Hotel baru 2 bulan beroperasi. Super selesa dan yang penting murah ;)

~HMU~

Check in bilik single bed je. Ingat nak queen bed tapi tetiba terasa seram pulak sebab aku tido sesorang je pun, buat ape nak katil besau2, kang terbayang scene dalam filem jangan tegur tu kang. Huhu (T_T). Scary nak mati ok.


RM58 satu malam. Ok lah kan. Selesa je. Kemas.
Makanan dia pun sedap ;)

Lebih kurang pukul 4 petang camtu, kami gerak ke airport Senai, nak hantar si Ina, beliau balik Sabah, flight malam tu. Oh ye, Ina kerja kat Sabah, dentist ;). Dah hantar beliau, aku  pun memulakanlah pengembaraan secara solo menjelajah Johor. Eceh. Ayat nak poyo je. Masa perjalanan balik tu, hari dah mula gelap, aku sebagai orang baru yang datang ke tempat baru mestilah menjadikan signboard sebagai bestfriend. GPS belum beli lagi. Elok je aku ikut sign Pasir Gudang, tetiba aku termasuk kat highway ni. Dah la gelap, takde lampu, takde kereta pulak  tu!!. Cuakkkkk! Huhu. Dalam hati dah mengucap, berzikir, beselawat semua. Sekali nampak kereta arah bertentangan lalu, legaaa sangat rasa. Walaupun sebijik je yg lalu,tapi dah cukup buat aku lega lah. Aku ingat macam highway ni nak bawak aku ke alam lain tau. Seriuss! Gelap nak mam..pastu sunyi, takde kereta lalu. Tak ke dalam otak aku dah fikir bukan2? Haishh.

Bila nampak je kotak segiempat tu (tempat bayar tol), hati aku dah keriangan dah. Yesss..akhirnya! Budak tol gate tu siap tanya "akak berani eh lalu highway ni sesorang memalam, gelap highway ni, highway baru, tak banyak kereta lagi lalu sini". Aku senyum je. Padahal dalam hati "kau ingat akak nak lalu sini, ni pun sebab ikut singboard la ni, kalau akak tau sebegini azab lalu highway ni, memang TAK lah nak lalu sini". Huhu.

Highway gelap!

Dan nak dijadikan cerita lagi, aku yang terlalu tak sabar nak masuk bandar, nak masuk ke jalanraya yang berlampu, telah termasuk exit yang salah. Patutnya masuk exit Pasir Gudang, aku rilek2 je masuk exit Masai. Nahhh..berpusing2 kejap aku kat Masai. Rasa nak nangis pun ada. Rabbi Yassir Wa la Tua'ssir. Akhirnya bila penat berpusing, aku jumpe jugak jalan nak ke hotel aku tu.Syukurrrrr Alhamdullilah.

Sampai hotel, mandi2, terus landing rehatkan badan. Ahhh..capek bangat perjalanan hari ni. Disebabkan terlalu penat, aku berjaya tido secara berseoranagan dengan nyenyaknya tanpa ada apa2 gangguan.Sekian pengembaraan Erina bahagian pertama. Penat tak korang baca? aku penat menaip nih. Hehe.


Zzzzz..tido TV terbuka sepanjang malam.


Sunday, October 10, 2010

Kembara Johor Erina selama 9 hari

@ Hotel Masai Utama, Pasir Gudang,JB

Secara ringkasnya, pengembaraan telah bermula pada 1/10 yakni Jumaat lepas. Hala tuju pertama ialah ke Muar. 3/10 terus ke Pasir Gudang sampai 8/10.Dan pengembaraan berakhir pada esok harinya,9/10 dekat Kota Tinggi. Nahhh..betul2 pusing Johor ni. Banyak kisah suka dan duka sepanjang pemgembaraan ni. Nanti akan update satu2. 



P/s: Harini 10/10/10. Ramai betul orang buat kenduri kahwin.Termasuk lah angkasawan negara kita. Aku tak tengok pun persandingan kayangan tu sebabnya pergi wedding member si cintahati kat MITC. Jadi,indah tak persandingan Dr SMS kita tu? Kayangan tak?

P/s lagi: Pada kak zona & kak masy. Maaf bebanyak sekali lagi sebab terpaksa kensel plan last minute (T_T). Kak zona, betul2 rindu akak. Huu. Tak de rezeki nak jumpe kali ni. InsyaAllah, kalau dapat book flight gi penang Air Asia RM1o ni, saya gi jenguk akak kat sana ok. Jaga diri kak ;)