"God grant me the serenity to accept the things I cannot change,
the courage to change the things I can and the wisdom to know the difference"
Dalam hidup ni, kita kena belajar menerima perkara yang kita tak boleh ubah. Menerima dengan tenang dan redha. Contohnya kematian, kematian yang pasti. Kita tak boleh ubah kematian yang dah ditentukan oleh Allah. Bila kita kehilangan orang yang kita sayang, contohnya ahli keluarga, mak, ayah, pasti sedihnya tak dapat kita bayang. Tapi kita kena sabar, kuat, terima dan redha. Setiap kali dengar cerita member2 yang kehilangan mak atau ayah mereka, kematian secara tiba2 atau yang dah sakit lama, mesti aku sebak. Sebak sangat. Kadang2 si pencerita lagak biasa2 je, tapi aku yang over sebak. Berlinang airmata. Sebab aku pasti, mama & ayah akan tinggalkan aku jugak satu hari nanti.Mereka kata memang sedih,sangat sedih tapi lama2 boleh terima dengan tenang. Tapi kadang2 rindu yang teramat. Mereka kata lagi, yang di atas sana pun tak mahu pemergian dia ditangisi lama2. Apa yang boleh kita buat ialah doa. Doa jelah yang menghubungkan mereka dengan yang tiada,yang sekarang dah berada di alam yang lain. Putus doa, putuslah jugak hubungan antara mereka.
Kakak ipar aku (Along) baru kehilangan maknya yang tersayang genap sebulan lepas.Emaknya demam panas, tiba2 kena strok , koma, dan terus pergi menemui Illahi. Ditahan di wad cuma 2 hari. Kehilangan mak secara tiba2.Sesiapa pun mesti sedih. Dia sebagai kakak sulung kepada 5 orang adik memang kena tabah. Terpaksa tabah.Sebab kalau dia lemah, adik2 yang lain pun turut lemah. Ye, bukan senang untuk menerima kehilangan seorang emak. Tapi dia redha. Setiap kali aku dengar cerita saat2 emaknya hendak pergi, mesti aku sebak. Turut menangis sama. Bayangkan masa Aidifitri bergembira satu keluarga menyambut bersama, seminggu lepas tu, maknya pergi untuk selama2nya. Sedih. Sangat2. Sekarang, dia yang baru berumur 25 tahun menggantikan tempat emak kepada adik2.Besar tanggungjawab.Dengan adik2 yang masih belajar dan sekolah,dia terpaksa kuat. Sebab tu Along selalu nasihat, sementara mama dan ayah masih bernyawa, sayangilah mereka.Berjasa lah kepada mereka. Tunjuk kan kasih kepada mereka setiap hari, minta maaf dengan mereka dan doakan mereka setiap hari sebabnya kita tak tahu bila masanya mereka akan pergi. Mereka hanya pinjaman sementara dan Allah boleh ambil mereka bila2 masa sahaja kalau masanya dah tiba.Jangan sampai menyesal.Semoga Along dan adik2nya tabah menerima kehilangan ni.Dan kita sebagai anak,ingatlah, sentiasalah gembirakan hati ibu bapa kita dan janganlah sesekali buat mereka menangis kerana setitik air mata ibu bapa jatuh, keberkatan dan kebajikan anak akan hilang. Nauzubillah.
Mari sama2 kita sedekahkan Alfatihah tuk arwah mak Along dan mendoakan semoga rohnya tenang disana dan ditempatkan dikalangan orang yang beriman. Alfatihah~
P/s: Sebenarnya entry ni dah lama aku taip tapi tak pernah habis2, sebab setiap kali nak sambung taip mesti jadik sebak. Dan harini berjaya jugak aku menghabiskan taip entry ni. Dengan air mata jatuh berderai2. Tak tau kenapa, kalau sentuh pasal mak ayah, mesti hati aku jadi auto sebak.Sebab tak dapat imagine macam mana kalau aku takde mama dan ayah nanti.Ahh..tak nak imagine (T_T). Ya Allah, sangat sayangkan mereka.
Nyawaku~
"Ya Allah Ya Tuhanku
ampunkan lah dosa2 kedua orang tua ku,
berkatilah kedua mereka ini,
sihatkan tubuh badan lah mereka
murahkan lah rezeki mereka
panjangkanlah usia mereka
jauhilah sebarang bahaya dan
Kau peliharalah dan lindungi lah mereka seperti
mereka memelihara aku sewaktu kecil"
Sesungguhnya Engkaulah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang
Amin Ya Rabbal Alamin~
P/s: Sebenarnya entry ni dah lama aku taip tapi tak pernah habis2, sebab setiap kali nak sambung taip mesti jadik sebak. Dan harini berjaya jugak aku menghabiskan taip entry ni. Dengan air mata jatuh berderai2. Tak tau kenapa, kalau sentuh pasal mak ayah, mesti hati aku jadi auto sebak.Sebab tak dapat imagine macam mana kalau aku takde mama dan ayah nanti.Ahh..tak nak imagine (T_T). Ya Allah, sangat sayangkan mereka.
Al- Fatihah utk mak along tu...
ReplyDeletesama lah dgn kita... tak pernah lagi merasa kehilangan ayah dan mak... sedangkan tak jumpa smggu pon dah mcm2 rasa apatah lagi nanti... langsung tak jumpa...
sama2lah kita berbakti pada mereka selagi mereka masih ada... ingatan utk sy juga ~
nyawa hanya pinjaman............
ReplyDeletealfatihah untuk arwah..
ReplyDeletebetul tu ena..sementara ada mak bapak..aku merayu tolongla hargai mereka.sebab kalau da takda nnti..baru tahu susah payah hidup kat dunia ni tanpa mereka..time tu menyesal pon tak gune :(
al fatihah untuk arwah...
ReplyDeleteal-Fatihah untuk arwah mak Along Erina...
ReplyDeletesemoga Along Erina & adik2nya tabah menghadapi kehilangan ini...
mati itu pasti.kena la terima dengan reda..tkpe nak bersedih...lumrah..tp perlu mengingati mereka dengan baik a..dengan doa
ReplyDeleteal-fatihah untuk ibu kak ipar ko erina...
ReplyDeletekdg2, kematian yg paling hampir dgn kita baru menyedarkan erti sebuah keberadaan tatkala masih hidup bukan ??
visit my newest entry:-
Tiga Kali Tekan, Berakhir Jadi Tekanan..
(http://aidyshahiezad.blogspot.com)
alfatihah..
ReplyDeletebetul la anul cakap, kematian tu pasti.. cuma tatau siapa yg tinggalkan siapa. siapa yg pegi dulu - mak ayah atau kita? huhuhu
terima kasih semua kerana mendoakan mak Along..moga rohnya tenang disana~
ReplyDeleteririn, linda paham perasaan dia...kerna linda pun ilang mama secara tetiba...namun segala ketentuan ALLAH ada hikmah...yg hidup pasti kan pergi...itu sememangnya fitrah...maka sebagai anak, doakan semoga ayah n mama kita sentiasa di dalam redha Ilahi, x kirelah sama ada mereka ada di sisi atau pun dah pergi menemui Ilahi...
ReplyDelete