Pages

Thursday, October 14, 2010

Kembara Johor Erina : Bahagian 2

Alhamdullilah,sepanjang kerja kat JB, semuanya baik2 belaka. Sebagai seorang perantau yang merantau di tempat orang (eceh..perantau katanya), kita mestilah kena pandai jaga diri dan mesra dengan semua colleague baru. Buat apa nak sombong2 kan, dahla pergi tempat orang, zero, tak tau apa2, lepastu nak sombong2 pulak, apa yang ko dapat? Dapat kerugian disitu.


Memperkenalkan kawan2 baru saya yang very friendly & helpful :)

 Nozee, Ina, Mirah :)


Masa ni Abg Fendi belanja lunch dekat Old Town Masai. Mekasey bang ;) Tapi mahapla, kepalanya tu tak masuk frame pulak. HAHA



Kat sana kena buat frying test, nak menguji kualiti minyak yang dihasilkan. Oh..ni ada sedikit tips pasal minyak masak. Kalau nak tau minyak tu berkualiti baik dan hebat, minyak masak tu mestilah kurang buih dan juga kurang asap masa tengah menggoreng tu.Kalau korang masak guna minyak baru, belum apa2 dah berbuih hebat dan berasap kepul2,maknanya kualitinya tak bagus lah tu. Kemungkinan tu minyak lama. Jadi, silalah gunakan minyak masak Alif keluaran Sime Darby Food.Dijamin berkualiti tinggi dan sehat. Eceh, sempat promote pulak ;p


Amir Sayang (eh, iklan jap ;p)

Hari2 goreng fries, naik muak.5 hari=30 kg fries. Lepasni tak mau makan fries kat mana2 lagi.Anda tak tahu rahsia yang tersembunyi dalam fries2 tu. Wuuuu (T_T)



Ok, dah..sambung cerita lain pulak, ni cerita gembira dan sadis.Pada hari Khamis malam, bertarikh 7/10/10, kami berempat ke Steamboat & Grilled Cottage hasil cadangan sepupuku sorang ni. Dia beria2 ajak makan sini. Bayar RM18, all u can eat! 


Lelaki comel yang berbaju biru polos tu la sepupu ku, Ijad namanya. Study kat UTM.Yang tengah tu Tajul, colleague baru juga dan kanan sekali Mirah. Oh, sedap2! Semua ada, makan lah selagi boleh. Yang bestnya kedai ni ialah..



Ada satayyyy!Flaming ada? Tak da kan..Johnny's ada? Memang tak la kan. Hohoho



 Nom nom nom..gumuk2!

Dalam pukul 11 camtu, kami pun bertolaklah balik. Masa ni lah permulaan tragedi yang amat sadis sekali. On the way balik, masing2 tengah pokpekpokpek berborak, tetiba dengar bunyi yang amat pelik dan scary dari enjin Cik Lisa. Terus panik, parking tepi jalan, tekan hazard light. Bunyi apakah itu??? Eeee..cuak2. Dahla  betul2 sebelah jirat cina. Nangissss.Huhu



 Cik Lisa sakit.

Memasing keluar, bukak bonet depan, tengok enjin. Tak berapa nampak, gelap. Tengok bawah enjin pulak, kot2 terlanggar apa2 ke. Tengah tertunggeng2 tengok bawah enjin tu, sekali aku nampak satu tali ni. Terus tarik. Tali apakah? Huhu..aku bab2 enjin kereta ni memanglah kosong. Tau tempat isi air je.








Tali misteri

Nasib ada si Tajul, dia taulah bab2 enjin kereta ni. Katanya belting enjin dah putus. Whattt?! Huhuhuhu. Dia pun call kawan dia tuk bantuan, dan syukur Alhamdullilah kawan dia ada bengkel kereta, dan masih bukak lagi masa tu.


Duk sms centahati pasal tragedi yg menimpa.

Ahhhhh..aku dah betul2 susah hati masa ni. Nak pulak budak baju biru tu asik dok sakat2 aku pasal jirat cina sebelah tu, tambah2 serabut mental aku dibuatnya.Kuang asam jawa punya budak.Aku lagi dah susah hati, dia lagi senang2 hati mau takut2kan aku. Uhuk. Tapi nasib jugak ada dia, jadik bodyguard aku sepanjang malam.Maceh Ijad muk2 ;p


Para2 penyelamat

Akhirnya, 20 minit lepastu bantuan pun sampai. Kawan2 Tajul. Setelah bincang2 semua, aku pun setuju tuk bawak Cik Lisa gi bengkel malam tu jugak, dan sanggup tunggu sampai siap, sebab besoknya, Jumaat, aku nak berangkat balik dah.Jauh tu perjalanan.


Cik Lisa siap sedia tuk dibawak ke hospital. Adehh


Lebih kurang pukul 3 pagi, baru siap Cik Lisa kena rawat. Gigih tu kami menunggu. Aku memang dah mamai2 dah. Syukur sangat sebab ada nya Tajul ngan kawan2 nya, sepupu aku si Ijad & Mirah sebagai peneman.Terima kasih tak terhingga ye semua ;).Dapat imagine tak kalau aku sorang2? Mau meroyan nangis2 tepi jalan. Hehe. Cian Cik Lisa ni, maybe dia terkejut kot aku bawak dia travel jejauh. Pengajarannya disini ialah, berkawan biarlah beribu2 lemon dan ikhlas tu penting. Kalau kita ikhlas nak berkawan ngan orang, orang akan ikhlas tolong kita dalam susah atau senang. Dan lagi satu, setiap apa yang terjadi pasti ada hikmahnya.Duit terbang melayang pun kena sabar. Redha. Sekian, tamatlah sudah bahagian kedua. Nanti sambung lagi bahagian tiga.    

9 comments:

  1. perghhh timing belt putus. berapa kene tu?

    pasni nk jln2 kene bawak org ramai2, supaya mudah di kemudian hari hehe

    ReplyDelete
  2. naseb bek bteman yunk...klo sorg2..adoilaa..ketaq lutut...bahaya gak belting putus ni kn...

    ReplyDelete
  3. woih...cik lisa comey lote sakit..
    adus..sian..bagus ek ko smpt lg promote minyak masak alif =P

    ReplyDelete
  4. alahai..... siannya ciklisa putus timing belt



    lagi kesian tuan ciklisa nyer poket..


    er... cikPuteri balik karang nk kene cek dia betul2 la....


    dan mmg x rugi berkawan ramai kan.......

    ReplyDelete
  5. alalala ririn...sian sama cik lisa kamu....takpe..pas nie boleh travel jejauh lagi...bg cik lisa immune...neway, satay kamu nampak "shhhhheeedapppppp"

    ReplyDelete
  6. nasib la ramai2 yang.. siyes klo sorang mmg scaryyyyyyy

    ReplyDelete
  7. Kak Masy:
    Kak..bukan timing belt yg putus la..belting engine jela..huhu..

    ye..memang kena bawak reramai

    N:
    kalo sorng sumpah sangat cuak N. Nangesss :(

    Lyn:
    Tulaa..cian dia..huhuk
    eh, haruslah promote produk company..hehe

    ReplyDelete
  8. Kak Zona:
    ye kak..sila pastikan keadaan puteri sehat supaya x terjadi kejadian yg tak diingini cam kat atas..huhu..

    sangattt x rugi kan ;)

    Linda;
    dah kena rawat, dah bagi antibiotik, vitamin semua..harap2 pasni oklah. InsyaAllah. Memang shedappppp sgt linda ;)

    Izza:
    tula..alhamdullilah..huu..sediakan payung sebelum hujan (eh, kena mengena ke? ) eheh

    ReplyDelete
  9. sokong ko ckp..bkwan bia 1000 bermusuh bio xde....

    ReplyDelete

Sangat hargai segala komen mengomen anda.Sila jangan lupa letak nama.Terima kasih ;)