Mulai sekarang akan ada segmen B2B, entry khas tentang preparation for my big day. Bride-to-be ;) Sukanya ada title ni. Dulu asik berangan je bila terjah blog B2B yang busy prepare tuk wedding diorang, sekarang giliran saya pulak. Yeayyy! :D Memandangkan bulan 12 ni agak busy dengan kerja, so far, ini je yang sempat di buat:
1) Kusus Kahwin: Done ;)
JAIS, Shah Alam
Fee: RM 80 per person for 2 days
Kurus kahwen kat sini sangat seronok. Tak boring.
2)Baju Nikah: Done ;)
Beli dah siap kat Butik Pengantin Four H, PKNS Shah Alam. Dah beli untuk buat hantaran masa tunang haritu. Beli dah siap je senang sebab kalau nak beli kain dan tempah, takut tak cukup masa. Lagipun, masa ni butik ni tengah sale, jadi sangat2 jimat.Suka2! :)
Dua orang bakal pengantin yang gedik. Haha
Masa ni tengah excited try2 baju.Masa tengok encek tunang (masa ni lom tunang lagi..hehe) lengkap berpakaian baju melayu putih,sampin dan songkok, terus cair..jatuh cinta ke berjuta2 kalinya. Oh kacaknyaa beliau.Err..diharap anda semua tidak muntah ye ;p
3) Mak Andam
Bride side = Booked ;) Jauh pulak mak andamnye, sampai ke Banting. Ni sekali merangkap pelamin,baju sanding & baju malam berinai.
Groom side = InsyaAllah, book by end of this month :)
4) Theme : Done :)
Bride side
Hantaran: Merah putih (maksudnya yang pihak lelaki akan bagi nanti)
Ala2 begini. Gambar ihsan google
Pelamin : Merah putih juga ;)
Baju bersanding: Lace putih ;)
Groom side
Hantaran: Puple putih (yang saya akan bagi kepada pihak lelaki)
Ala2 begini, Gambar ihsan google
Pelamin : Purple putih juga
Baju bersanding : Dark purple :)
5) Photographer: Booked! :)
For both side photographer yg sama iaitu Encik
YusdiYusoff. Pic dia tangkap sangat cantik & package nye pun sangat berpatutan. Recommended by my officemate, wedding dia dulu, encik YY ni yang jadik photographer, lepas tengok pic wedding dia terus jatuh centaaa~
Ihsan gambar dari blog beliau :)
Dah berangan dah nak posing camni tuk outdoor nanti. Hehe
6) Dewan. Both Side : Booked ;)
Bride side : Reception on 2 April 2011
Dewan Warisan Kompleks Warga Emas Seksyen 24, Shah Alam (dekat kolam pancing tu)
Dewan yang simple & cantik ;)
Untuk tahun 2011 nanti,kerusi, meja & alas kerusi meja, ribbon semua included. Sesiapa berminat, boleh contact :03 55411507(Pejabat Am)
Groom side: Reception on 9th Aprl 2011.
Dewan AU, Keramat (dekat JUSCO AU)
Sorry ,takde gambar pulak.
So far, ini je preparation yang dah di buat. Banyakkkkk lagi perkara yang kena buat ni.Huhu.Takpe2, jangan nervous Erina, u can do it. Kalo nervous kang lagi kelam kabut.
Ni To-do- list untuk bulan 1 pulak:
1) Caterer
2) HIV & Talasemia Test.
3) Siapkan borang nikah.
4) Beli 60% of barang2 hantaran.
5) Tempah kad kahwin
6) Survey barang kemas untuk nikah
7) Survey doorgift
8) Lose weight : 2 kgs :D
Harap2 semua ni dapat dibuat dalam bulan 1 nanti.Semoga segala perancangan berjalan lancar. InsyaAllah, kita hanya merancang, Allah yang tentukan. Haa..untuk para2 B2B sekalian, jom ke Karnival Pengantin di Stadium Melawati Shah Alam pada 31/12/2010-2/1/2011.Mesti dapat banyak info yang sangat membantu. Cadang nak pergi dengan mama & encik tunang, harap2 dapatlah caterer yang mama berkenan & pekej kad kahwin murah2 nanti. Jom2 ;)
P/s: 3 months & 2 weeks to go. Pheww~