Erina Asmawani

My photo
La Tahzan. Allah ada. Dia maha mengetahui, maha pengasih lagi maha penyayang :)

Your Friendly Coway Agent

Your Friendly Coway Agent

Wednesday, December 29, 2010

Tak ternilai harganya..

Hari Ahad lepas, pergi shopping barang2 hantaran dengan encik tunang. Perasaannya sangat happy ;) Memang lain dari shopping2 biasa sebelum ni. Masa ni lah nak demand2 kan. Ngeh ngeh. Lepas shopping2, ke rumah abang encik tunang, malam tu ada solat berjemaah & baca yassin bersama2 dengan family encik tunang a.k.a my-future-family-in law. Pengalaman yang sangat tak ternilai harganya. :) I'm so grateful to be part of the family. Alhamdulliah ;)



P/s: Dalam hati ada taman bunga  ;)

Monday, December 27, 2010

Christmas exhange gift party~

Last week ada exchage gift party kat ofis. Seronokkkk! ;)

 Dominos heavennnnn ;)


  
Dapat hadiah besar dari ofismate, Sally ;)


Dapat towel pokodot-riben-biru yang sangat comel gila.
Thank u Sally ;)
Oh, teddy bear tu sangat cute  kan. Jeles kat orang yang dapat ni!


Bagus jugak exchange gift party ni sebab masing2 happy dapat hadiah. It's a good therapy to release tension. Nanti nak request kat boss suh buat party camni lagi. More often ;) hoho


Okla, happy Monday blues everybody! ;D

Tuesday, December 21, 2010

Hantu Mak Limah Balik Rumah

Alkisahnya pada Khamis minggu lepas, lepas kerja, ke Tebrau City, ajakan member tersayang tuk menonton pilem hantu mak limah. Haruslah pergi tengok sebab anak buah yang berumur 3 tahun pun dah pergi tengok, inikan pula makciknya yang dah berumur 26 tahun ini. Walaupun agak risau, malam tu kena tido hotel sesorang, malam Jumaat pulak tu, tapi bila dengar orang cakap yang cerita tu bukan cerita hantu,baiklah..aku setuju! Sebelum pergi menonton mak limah, isi lah perut dulu agar tidak berkeroncong. Maka ke Chicken Rice Shop la kami. Pak pak pakk! (bunyi ayam chicken rice).


Saya memilih ini!



Grilled butter chicken is back bebeh!
I'm lovin' it!
Apakah selera bakal pengantin begini?
(-_-")


Lepas makan, bergerak pantas la kami ke panggung wayang. Lagi 5 minit nak start.Dah sampai panggung wayang, check2 tiket wayang takde lah pulak. Sah! Tertinggal atas meja makan tadi. Huhu..bergegas la kami ke chicken rice shop balik yang jaraknya adalah dalam 100 langkah. Macam peserta amazing race lagaknya. Lari2 anak nak pergi kat pitstop. Sampai2 sana, pheww! syukurlah tiket tu ada lagi, buatnya kalau adik waiter tu kijam, slumber je tengok wayang tiket free. Tak ke terkilan kami ni?


Tiket mengada yang sesuka hati meniggalkan dirinya.
Pheeww! Penat tau tak!
Padahal salah diri sendiri
Takpe, exersice selepas makan makanan berlemak.


Dalam panggung wayang, memula cerita ni start, agak scary tengok mak limah nya. Huhu.Even filem komedi, tapi elemen seramnya agak menyeramkan jugak. Terkejutt aii tau! huhu. Tapi lawak dia memang kelako la. Kite bako! kite bako! hoho. (hanya orang dah tengok je paham ye ;p) Jadik kesimpulannya, bagi 3 bintang. Biasalah, dah nama filem abang mamat khlid kan, memula memanglah kelako, bile dah lama2 lawaknya jadik tak kelako.Ni bagi pandangan aku lah, orang lain aku tak tau. Macam tak berbaloi je tengok pilem ni ngan harge RM12. Agaknya pilem kat Tebrau City memang mahal kot.Haa..kan aku dah cakap peghok ni, penangan mak limah betul la. Oklah, bersurai dulu. Assalamulaikum.






P/s: Kagum jap dengan anak buah aku, camne la ayah dia boleh bawak tengok cite ni? agak2 dia seram tak eh? huhu

Saturday, December 18, 2010

Edisi B2B: Wedding Preparation (1)

 Mulai sekarang akan ada segmen B2B, entry khas tentang preparation for my big day. Bride-to-be ;) Sukanya ada title ni. Dulu asik berangan je bila terjah blog B2B yang busy prepare tuk wedding diorang, sekarang giliran saya pulak. Yeayyy! :D Memandangkan bulan 12 ni agak busy dengan kerja, so far, ini je yang sempat di buat:

1) Kusus Kahwin: Done ;)

JAIS, Shah Alam
Fee: RM 80 per person for 2 days
Kurus kahwen kat sini sangat seronok. Tak boring.

2)Baju Nikah: Done ;)

Beli dah siap kat Butik Pengantin Four H, PKNS Shah Alam. Dah beli untuk buat hantaran masa tunang haritu. Beli dah siap je senang sebab kalau nak beli kain dan tempah, takut tak cukup masa. Lagipun, masa ni butik ni tengah sale, jadi sangat2 jimat.Suka2! :)



 Dua orang bakal pengantin yang gedik. Haha

Masa ni tengah excited try2 baju.Masa tengok encek tunang (masa ni lom tunang lagi..hehe) lengkap berpakaian baju melayu putih,sampin dan songkok, terus cair..jatuh cinta ke berjuta2 kalinya. Oh kacaknyaa beliau.Err..diharap anda semua tidak muntah ye ;p

3) Mak Andam 

Bride side = Booked ;) Jauh pulak mak andamnye, sampai ke Banting. Ni sekali merangkap pelamin,baju sanding & baju malam berinai.

Groom side = InsyaAllah, book by end of this month :)


4) Theme : Done :)

Bride side

Hantaran: Merah putih (maksudnya yang pihak lelaki akan bagi nanti)

Ala2 begini. Gambar ihsan google

Pelamin : Merah putih juga ;)
Baju bersanding: Lace putih ;) 

Groom side 

Hantaran: Puple putih (yang saya akan bagi kepada pihak lelaki)

Ala2 begini, Gambar ihsan google 

Pelamin : Purple putih juga
Baju bersanding : Dark purple :)


5) Photographer: Booked! :) 

For both side photographer yg sama iaitu Encik YusdiYusoff. Pic dia tangkap sangat cantik & package nye pun sangat berpatutan. Recommended by my officemate, wedding dia dulu, encik YY ni yang jadik photographer, lepas tengok pic wedding dia terus jatuh centaaa~


Ihsan gambar dari blog beliau :)
Dah berangan dah nak posing camni tuk outdoor nanti. Hehe


6) Dewan. Both Side : Booked ;)

Bride side :  Reception on 2 April 2011
Dewan Warisan Kompleks Warga Emas Seksyen 24, Shah Alam (dekat kolam pancing tu)

Dewan yang simple & cantik ;)
Untuk tahun 2011 nanti,kerusi, meja & alas kerusi meja, ribbon semua included. Sesiapa berminat, boleh contact :03 55411507(Pejabat Am)

Groom side: Reception on 9th Aprl 2011.
Dewan AU, Keramat (dekat JUSCO AU)
Sorry ,takde gambar pulak.

So far, ini je preparation yang dah di buat. Banyakkkkk lagi perkara yang kena buat ni.Huhu.Takpe2, jangan nervous Erina, u can do it. Kalo nervous kang lagi kelam kabut.

Ni To-do- list untuk bulan 1 pulak:
1) Caterer  
2) HIV & Talasemia Test.
3) Siapkan borang nikah.
4) Beli 60% of barang2 hantaran.
5) Tempah kad kahwin
6) Survey barang kemas untuk nikah
7) Survey doorgift
8) Lose weight : 2 kgs :D



Harap2 semua ni dapat dibuat dalam bulan 1 nanti.Semoga segala perancangan berjalan lancar. InsyaAllah, kita hanya merancang, Allah yang tentukan. Haa..untuk para2 B2B sekalian, jom ke Karnival Pengantin di Stadium Melawati Shah Alam pada 31/12/2010-2/1/2011.Mesti dapat banyak info yang sangat membantu. Cadang nak pergi dengan mama & encik tunang, harap2 dapatlah caterer  yang mama berkenan & pekej kad kahwin murah2 nanti. Jom2 ;)




P/s: 3 months & 2 weeks to go. Pheww~

Thursday, December 16, 2010

Chocolate Heaven


Jom kita buat coklat. Mula2..

1) Mixing
Coco powder, sugar, etc.


2) Moulding


3) Demoulding.


4) Letak choc atas biskut. Makan!!
Aummm!


5) Letak choc dalam beaker kecik




6) Kacau2 pakai sudu kecik.




7) Masukkan dalam mulut. Aummmm lagi!
Heaven. Heaven.
(^_^)
Tak hirau nak makan banyak2 sebab kita tau ingredients choc ni.


Hantu mak Limah balik rumah.
Hohohohoho.
Encek tunang nak kawen ngan saya tak kalo gigi saya camni? hoho

Breakfast coklat, lunch coklat, dinner coklat.
Heavennnn ;D
Gumuk! Gumuk!

Tuesday, December 14, 2010

Iklan AHB

Ayah: Amir, tokla hadiah harijadi Amir.
Amir: Nok ne?
Ayah: Yalah semua. Bangunan nok tinggi ya..ya..ya 


Suka mek nangga iklan AHB ya dekat tv. Tiap kali iklan ya keluar mesti mek senyum2 jak. Tok sikda kena mengena ngan Amir tunang mek ya ok. Hehe.Eee..rindu eh ngan kawan2 mek di Sarawak. Rindu mok kelaka Sarawak juak.Juh kelaka Sarawak ngan kamek juh ;D




P/s: Tok sebab bosan gilak diam dalam bilik hotel tok, yalah semua iklan di tangga nya.Paham? ;p

Monday, December 13, 2010

JB lagi ;)

Bersiap sedia dengan hati ceria ke JB




Sepanjang perjalanan..
cuaca yang cerah & awan yg cantik ;)


Confectionery lab, Sime Darby Kempas


Sampai hari Jumaat di sini. Memproses coklat.Suka! Aku selalu ulang alik JB ni sebab labnya dekat JB.Dekat tempat kerja sekarang ada lab tuk buat analisis minyak je. Jadi, kalau nak buat coklat, kena la turun JB. Coklat..coklat..siapa mau coklat? :D

Friday, December 10, 2010

Tahniah! Tahniah! Tahniah!

Pertama. Tahniah! kepada adik ipar kesayangan kerana telah mengandung 4 minggu ;).Syukur Alhamdullilah, bertambah fruitbaby lagi sorang tahun depan. Dapat imagine raya tahun depan macam mana. Mesti super meriah ;) Best2! Tahniah! jugak buat adikku, terserlah kelelakian mu wahai adik. Ha ha ha ;p

Tahniah wahai  bakal abah & ummi ;)


Tahniah! kedua adalah untuk kazen tercinta ini. Tahniah! on ur convocation day yang lalu dan tahniah! juga kerana berjaya mendapat dean list untuk sem pertama degree ini. So happy for u my dear ;)

Tiada apa yang dapat menggembirakan hati seorang 
ibu dan ayah selain melihat kejayaan anak2nya ;)


Dan Tahniah! ketiga adalah untuk diri sendiri kerana berjaya mendapat MC untuk harini (-_-"). Ok, ini tak perlu tahniah, lebih kepada takziah. Huhu. Bangun pagi, kena period cramp yang amat dahsyat, bukan setakat di perut, malah kaki pun cramp. Sangat luar biasa sungguh. Tak pernah pulak sekronik ini, selalu sakit manja2 je. Pergi klinik depan rumah, terbongkok2, gaya jalan dah macam nenek nenek si bongkok 3. Huhu.Yang bestnye klinik depan rumah ni, doktornye mungkin ada kuasa saiko yang tinggi. Sebelum bagitau sakit apa dia dah tau dah. Macam tadi, baru je duduk, katanya aku ada penyakit anak dara. Senggugut. Magik betol doktor ni. Lepastu sambungnya lagi, ubat untuk period cramp ni senang je.Awak kena kahwin dan cepat2 dapat baby. Lepas dapat baby 1st, InsyaAllah awak tak akan menderita sakit ni lagi. Awak kena berusaha keras hari2 untuk dapat anak ye lepas kawin nanti. Wahhh..doktor guna istilah "berusaha keras" tu tak tahan. Baik doktor, saya akan berusaha keras hari2 nanti, cepat bagi saya ubat dan MC. Jawab aku dalam hati. Really meh lepas dapat anak nanti dah takde period cramp? Bagus nih! :D


2 pain killer. Kuning = extra strong. Makan sebiji. Tido setengah hari
Kuning hijau = not too strong

Ok doktor. Terima kasih. Ni baru bangun tido lepas makan sebijik yang extra strong tu.Mujarab sungguh. Bangun2, terus rasa tak sakit dah.Tapi siap mimpi2 hantu tu yang tak best tu. Huhu (T_T).Oklah, nak gi exercise kemas rumah bagi keluar peluh. Hiyahh! Hiyahh!

Thursday, December 09, 2010

Entry khas buat adik Keri


Pagi2, macam biasa, masuk opis awal 15 minit. Sebelum buat kerja, bukak laptop, layan fb dulu kejap.Kejap je. Bukak2 fb pagi ni, hati menjadi sangat lucu. Lucu sampai tak boleh berhenti ketawa. Macam kena sawan ketawa dibuatnya. Ni semua gara2 budak ni.Mari kita lihat kronologi lucu ini..


1) Adik keri bertwit twit ini. Ok. Biasa je. Takde hati nak komen


2) Tiba2..dia tukar twit pulak. Di sini lah sawan ketawa bermula.

 Bukak mata besau2.
Nampak tak? 
Sayang?? Sayang??

Dan dari situ bermulalah operasi menyakat budak nih
Ha Ha Ha Ha Ha


3) 2 minit kendian, beliau tukar twit baru

tanpa sayang.
Ha ha ha ha ha ha ha ha lagi


Tak tahan cara dia coverline balik tu.
Katanya :
 "aku kan baru balik dari kampung, mesti lah slang terengganu lekat lagi.
mesti tambah NG kat belakang"
 
 
Buat aku sakit perut ketawa.
Nasib opismet tak datang lagi.


Terima kasih adik Keri sebab menceriakan hidup ku pada pagi ini. Fiuhhh..semput napas aku pagi2! :D Ni kalau face to face ni mesti lagi kelaka. Macam HOMAIGODD!! dulu tu. Sesak napas aku ketawa. Haha. Keri..Keri..



P/s: Nama penuh si Keri terpaksa disensored kan, takut nanti kena gangguan seksual pulak dia dari cik anon. Bawah umur lagi budak ni.Haha. Ni entry gegurau je tau, adik Keri, ko jangan ngade nak terasa eh. Peace :D Wafa, kalau tersedak kat Aussie tu ampun bebanyak eh ;p

Monday, December 06, 2010

Ke kursus pra perkahwinan ;)

Sabtu dan Ahad lepas, kami ke
kursus pra perkahwinan dekat JAIS Shah Alam.
Bagunan depan Masjid Shah Alam tu.
(^_^)

Hari pertama, kursus start pukul 830 pagi sampai 5 petang tapi kena datang awal pagi tu, 730 sampai 8 kena buat pendaftaran. Lepas mendaftar dan bayar yuran RM80 sorang, setiausaha kat situ akan bagi 1 beg. Ada buku, risalah2 pasal perkahwinan dalam tu.  Dan ye, makanan disediakan. Breakfast, makan tengahari dan minum petang.


Buku gerbang perkahwinan yang di bagi
Dalam buku ni lengkap serba serbi pasal isu perkahwinan.
Dari prosedur pernikahan sampai ke isu cerai.

Hari kedua dari pukul 8 pagi ke 4 petang. Lepas habis kursus tu akan terus dapat sijil.Bila dapat sijil rasa happyyyyy je, mata siap bersinar2 (haha..over!),akhirnya sekeping sijil pre wed berjaya dimiliki. Alhamdullilah. Banyak ilmu yang dipelajari. Celik sikit mata ni.



Tadaaa!
Dah ada sijil da.Suka! ;p


2 hari berkursus kat sini memamg best.Best sebab ustaz2 yang bagi ceramah semua kelakar & sporting habis. Takde masa mata ni nak ngantuk.Lepas tu apa yang diceramahkan memang related dengan isu kahwin sekarang. Kiranya very up to date.Pasal kesihatan (penyakit kelamin semua tu, siap ada gambar2.Wuwu) pasal nak manage kewangan bila dah kahwin nanti, pasal nak tangani stress. Macam2 la. Tak tahan, dalam isu kesihatan keluarga, ada tunjuk video perempuan bersalin. Huhu. 3 video pulak tu, yang normal, yang kena gunting kat toooott dan yg ceaser. Insaf terus. Lepastu ustaz tu sound "Haa, yang bakal2 suami, tengok video ni, tengok macam mana susah & peritnya isteri awak nak melahirkan anak awak, jangan tahu nak buat anak je!". 

Bilik kuliah pun ok, dapat duduk sebelah encek tunang. Memanglah kena duduk asing  lelaki perempuan,tapi duduk sebelah2 antara gap lah. Mm..paham tak? tak paham ..takpelah, abaikan. Hehe. Tiap kali kalau ade point best je yang ustaz huraikan, nak2 pasal merokok, laju je bagi sms kat encek tunang. Nyakat dia. Hehehe.


 
Sijil  saya dalam bahasa jawi ;)
Eh..ke semua sijil pra kahwin dalam bahasa jawi eh?


Encek penunang & Cik petunang yang gembira ;) 
Sebab tu dua2 pun dah montel.


Habis je kursus semalam, encik tunang dengan baikhatinya membelanja cik tunangnya ini makan pizza yang terbaru tu.Yang ada 6 jenis cheese extreme dalam pizza tu.Dia saje je la tu nak bagi cik tunangnya ini lebih penuh lemak berkrim. Tapi aku suka je, orang dah belanja kan, mana boleh tolak.Hoho :D


Marvellous!!! Nyummayyy!
Terima kaseh encik tunang :D

Jadi, kepada sesiapa yang mahu ke kursus pra perkahwinan, aku cadangkan ke JAIS, Shah Alam. Dijamin puas hati. Syarahan menarik, tempat selesa, dekat pun dekat (for those yang duduk Shah Alam la).Kalau nak tau lebih lanjut pasal kursus pra perkahwinan..nah, klik website JAIS ni.




P/s: Majority yang pergi kursus ni haritu no ic start dari 88,87. Ada tu lagi pulak lahir tahun 90. Huhu. Aku umur 20 tahun tak penah terpikir pasal kawhin pun.Kursus kawen pun tak tahu.Budak2 zaman sekarang  ni memang advance.

Saturday, December 04, 2010

Dari mana asalnya ais krim potong?

Dari sebongkah ais krim sebesar batu bata.
Kemudian di potong.


 Lalu dicucuk kan lidi ditengah2 nya.



 Tadaaaaaa!!
Inilah hasilnya..
AIS KRIM POTONG!
Hohohoho


Siap sedia untuk dimamam.
Aummm! 

Ais krim potong rare ni memang tak dapat di mana2
kecuali di MAHA 2010.
Harga singgit je.
Sedap lemak berkrimmm! Nyummm.

Sape2 lom gi MAHA rugi wooo..
Gi cepat :D




P/s: Bangun pagi harini, mahu ke kursus kahwin bersama encik tunang ;)

Thursday, December 02, 2010

Terima kasih dan selamat tinggal..

Kau memang baik. Selalu bersama aku saat suka mahupun duka.Saat susah dan senang. Saat hujan dan panas.Kau sentiasa di sisi aku selama ini. Untuk jangkasama yang agak lama. Kau memang peneman setiaku. Tak ada siapa yang sanggup berbunyi tak kira masa untuk mengejutkan aku. Kau je yang sanggup. Takde siapa yang sanggup melayan aku sehari suntuk berfacebook, takde siapa yang sanggup menangkap gambar aku dan juga orang lain setiap waktu, tapi kau sanggup. Kau memang luarbiasa. Kau memang banyak berjasa dengan aku selama ini. Merapatkan silaturrahim aku antara keluarga, teman2 dan juga kekaseh hati.Tanpa kau hidup ini gelap. Gelap!


2 hari lepas, sewaktu aku dan kau sama2 menunggu char kueh teow sedap yang di order di kedai depan rumah, kau duduk elok digenggaman ku. Sambil aku berpeluk tubuh, kau baik budi duduk dalam genggaman aku. Tapi entah mana silapnya, kau terlepas dalam genggaman ku tak semena2. Gedegangg! Kau terus gelap. Dalam fikiranku mungkin kau hanya pengsan, nanti sedar la tu, tapi aku silap. Rupanya2 kau dah tenat.Aku panik!! Rasa nak menangis.


Sesampai je di rumah. Aku terus buka baju pink kau secara rakus! Nak tengok kot2 ada cedera parah. Memang parah! Kau cedera dengan amat teruk sekali. Tak sangka walau jatuh dari tempat tak berapa tinggi tapi kecederannmu amat serius. Aku goncang badan kau, dengar macam ada bunyi benda bergerak dalam tu. Tulang kau patah!! :( Sedih teramat masa tu. Air mata dah mula bertakung. Aku bukak2 badan kau, lepastu pasang balik, bukak lagi, pasang balik, berkali2,bagi renjatan elektrik. Kau tetap gelap. Gelap tak bernyala lagi.


Mengadu pada encek tunang akan kondisi dia. Encek tunang kata bersabarlah. Mungkin dah sampai masa dia. Nak rawat dia mungkin tak berbaloi, lagipun insurans dah lama mati. Ada rezeki nanti dalam 4 bulan lagi mungkin dapatlah pengganti baru. InsyaAllah.Huhu (T_T). Yang baru tak mungkin sama macam dia. Dia satu dalam beribu.






Selamat tinggal sayang. Berehatlah kau dengan aman selamanya :(
Terima kasih atas segala jasamu selama ini.


Keadaan kau sangat parah. Sampai berlubang (T_T)


Amcam?Boleh jadi penulis novel cinta dramatik tak? Huhu. Gitu lah alkisahnya BB kesayangan ku. Akhirnya sampai jugak masanya untuk berehat selamanya. Unexpected betul. Jatuh dari tangan pun, impak sangatlah dahsyat. Pengajarannya disini ialah, kat mana2 pun kecekelakaan boleh berlaku. Jadi sentiasalah beringat dan berwaspada.Sedih memanglah sedih,sangat2 sedih, tapi nak buat camna. Tahap tertinggi aku bersedih pun bukan dia dapat hidup balik. Patutlah kebelakangan ni dia selalu buat hal, kamera rosak lah, tak dengar lah. Mungkin tu sign dia akan tinggal kan aku kot. Huhu. Buat masa sekarang, pakai hp back-to-basic. Hasil belas ehsan Caca. 


Berwall paperkan kucing (T_T)

Semalam start pakai hp ni, jari kekok nak menaip sms. Yang paling tak tahan, semalam asik dengar bunyik ringtone nokia basic je yang "Nenene ne nenene ne nenene" (ala..yang ringtone nokia femes tu). Ingatkan siapalah yang malas sangat nak jawab hp tu, rupenye bunyi hp sendiri. Sadisnyaaaa. Huhu. No more lagu fergie ke, lagu taylor swift ke. Takde2, jangan nak mengada.

Kepada encik tunang, harap awak paham keadaan saya yang sedikit murung kebelakangan ini. Bukan senang nak terima kehilangan benda yang kita sayang. Tapi kalau awak taknak saya murung lama2. Silalah hadiahkan saya pengganti nye. Tak dapat Blackberry, Nokia C3 pun jadilah. 

Yang macam ni ok :D
Yeayy!
Aik? Dah tak sedih pulak.
Hehe











Copyright to ERINA ASMAWANI
Designed by UMIESUEstudio 2015