Ini ialah sambungan dari From Lanchang with love (Part 1). Sebelum tu diberitahu awal2 yang entry ni penuh dengan gambar2 haiwan.Kang jangan pengsan pulak melihatnya .Wokeh, kita sambung balik,disebabkan malam sebelum tu kami gigih main saidina sampai pukul 3.30 pagi kan, jadinya esok pagi nya aku terasa macam ada kura2 atas mata. Punyalah susah aku nak bukak mata ni .Ngantoookkk!Tapi memikirkan aktiviti yang nak dijalankan pada haritu, terus aku bersemangat waja bangun siap2. Setiap masa di Lanchang adalah sangat berharga.Yeahhh!!Haiwan2 tersayangggg..tunggu aku melawatmu!! Ye, pecinta haiwan sejati memang macam ni, excited dia lain macam sikit. Haha.Lebih kurang pukul 945 pagi macam tu kami pun gerak ke tempat destinasi
Kami yang bersemangat waja.
Dari kiri Kak Masy & Kak Aima
Destinasinya ialah ke Deerland. Oh, i'm lovin' it. Tempat ni ala2 macam zoo tapi versi kecik. Yang bestnya kat sini, semua haiwan2 kat sini kita boleh bagi makan & pegang2. Bukan takat pegang2, nak gomol2 diorang pun boleh. Comel2 sekelian, come to mommy come. Haha
Sebelum masuk bayar tiket RM7 sahaja.
Kak Masy selaku model tiket. Hehe
Memula harusah bagi si rusa2 ni makan. First time ok bagi makan kat rusa. Memula excited gila, tapi masa nak bagi tu, terasa cuak2 sikit, takut digigitnya tangan kita sekali. Gigi rusa tu dah la besau. Tapi bila dah lama2 dah tak takut dah. Rusa yang takut dengan aku.Haha. Ish..geram tau. Penat aku aku kejau sekor2 nak bergambar2 ala2 mesra peluk2 gitu, tapi harammm..semua malu2 kucen rusa. Aku PANG! montot tu kang baru tau. Haha
Aloloh..meh mommy suap keledek meh.
Apesal aku tengok rusa ni macam anjing plak dah.
Nak lagi?
Lompat..lompat..come and catch it!
Kau mampu bagi makan rusa sambil mulut muncung macam tu?
Hahaha. Agak sengal disitu
Masa untuk masuk ke dalam sangkar rusa untuk mencarik mangsa.
( kekonon aku jadik musang lah ni).Hohoho
This one very good boy.Aloloh
(Eceh, masa ni nak pegang tapi ala2 macam takut sikit, sebab tu pegang jejauh ;p)
This one very very notty anak rusa.
Haipppp! Biasa lagi dia nih!
(anak rusa tunduk bersalah)
Come deer. Catch this! Come!
Kekonon nak ajar rusa ni lompat macam kucen la.
Bersama rerusa yang comel. Rasa macam nak duk lama lagi dalam kandang rusa ni tapi tak tenteram aku tiap kali ada sekor burung unta tu datang dekat.Takut dia patuk!! Kesian pun ada ngan burung unta tu, dah la sekor2 je tersesat kat kandang rusa tu, tidak disenangi orang ramai pula. Huhu. Poor ostrich.Mesti dia lonely.
Kemudian ke tempat burung puyuh pulak. Kompiden la pulak aku ingat tu burung kiwi. Hoho. Yela, dia tak terbang, setahu aku burung kiwi je burung yang tak terbang kan.Burung kiwi ada kat Malaysia ke? LOL
Bagi makan dedak.Chip! Chip! Chip!
(ok, tipu..burung puyuh takde bunyi)
Comel sangatttt! Rasa nak keronyok sekor2!
Btw, pic ni niceeee kan. Good job adik Keri ;)
Kemudian kami ke...jeng..jeng..jeng...bermesra bersama ULAR! Ye..sesiapa yang gelik dengan ulau skip laju2 ok pic seterusnya. Heee..
Mari beriang ria bersama si ular
Ular diletakkan kat bahu macam nak pakai mafla gitewww. Haha
Gumukkkk! Ye ditujukan kepada aku, bukan kepada ular ye.
HOMAIGOD! Montel betul pipiku itu
Apesal gambar ni jadik gini? huhu. Auto rotate pulak.
Sebenarnya ular ni tengah menahan diri dari menyahtinja a.k.a beraks sebab pakcik yang jaga ular ni kata perut ulau tu tengah bengkak. Tu salah satu tanda dia nak melepasss la tu. Lepastu Hemy pulak pegang ulau ni, dan2 lepas Hemy bagi balik je kat pakcik tu, KECEBURR!! Ulau ni beraks ok.Hoho. Bunyi dah la kuat. Semua dok kagum tengok najis ular.Warna putih, macam muntah susu tu. Hallooo..Mr David Teoh, bak kata pepatah, jangan dipanjat bukuit yang tinggu, kami semua sudah tengok ulat ular berak. Kami sudang matang kan?Hahaha. Boleh pepatah gitu?
Dan binatang terakhir yang kami beramah mesra
ialah si gebusss in...
Yeahh.. si beruang matahariiii...
Suka gila pic nih!
Best sangat pergi tempat ni. Berbaloi la bayar RM7. Banyak lagi haiwan2 lain dalam Deerland ni macam kucing bengal, ferret, rabbit, segala burung cantik2. Bestlah! Rasa nak pergi lagi dan lagi dan lagi kat sini.Sebenarnya nak sambung banyakkkkkkkkkkkkk lagi pasal aktiviti kitorang haritu tapi mata dah ngantuk. Huhu. Nanti2 lah sambung ye. Jom2, kita baca entry Lanchang outing versi mereka2 pulak.Serious kelakar habis. Sakit perut ketawa ok. Hoho.
Kak Masy punya entry:
Entry versi Hemy pulak:
Ni entry Wafa, selaku tuan rumah ;)
mcm best je..nk pi jugakla nnti bawak adik2 aku..hehe..
ReplyDeleteulat berak la pulak, ULAR laa hahahaaahah
ReplyDeletetp betul la kan. berak menderu gitu! mesti dia dah penat kemut masa korang dok pegang2 dia hahaaah
gambar dewa ular tak tempek?
ReplyDeletehahahaha!
ena...berani guilerr pgg binatang2 tuu..klo N da lari jaohh kot...
ReplyDeletekat ne ni ririn???cm best jee...lain dri laen ni..
ReplyDeleteular beraks?? 1st time dgr. mcm jakun kejap x terbyg ular berak cemane. keluar kot celah mna ena? hahahaha
ReplyDeletehaha...dewa ular royalti tinggi nak tepek suka2..
ReplyDeleteko mesti rasa lagi best tgok entri bukit tinggi aku nnt..ekekeke..
tungguuuu
Lynn:
ReplyDeleteVery2 recommended! serius..adik2 ko mesti happy nanti..x jauh pun..atas sikit je dari bukit tinggi..
Kak Masy:
hahahaha..maceh kak sebab gtau awal2, kalo keri baca dulu kompem kena chop king og typo lagi..haha
tau xpe...agaknye masa kita pegang, ulau tu duk terkemut2 tahan beraks kot kak.lol
Keri:
ReplyDeletehahahaha..xmoooo!!!
N:
ena sukaaaa! rasa nak picit2 sekor2..hehe
Pojie:
Kat lanchang, pahang..atas sikit je dari bukit tinggi..nice place. Pegila pojie..best!
Izza:
ReplyDeletetula..ena pun 1st time tengok..kuar kat perut..hehehe..mmg terkedu kagum jap kami semua masa tngok tu..dahla najis warna putih ;p
Hemy:
cepatlaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa!!!
ni mesti ada nak membahan aku ni kan..huhu
wah makin berseri2 je muka bakal pengantin ni lah..seri pengantin tu..heheh
ReplyDeleteTilla:
ReplyDeleteSeri pengantin dah naik, badan pun naik yunk..huhu ;p