Pages

Friday, May 06, 2011

Review: Dewan + Pelamin + Wedding cake

Dengan ini, saya men "declare" kan hari ini sebagai hari mengreview-review. Banyak yang nak diriview hari ini.Cop..cop.Apa motip review ni ye? Nak berlagak? choii..bukan ye adik2,takde niat sekelumit pun dalam hati ini nak berlagak mahupun bermegah2. Tujuan review ni ialah untuk memudahkan lagi kerja B2B yang tengah search apa yang terbaik untuk majlis diorang nanti. Saya share apa yang patut. Membantu memudahkan kerja mereka. Lagi satu sebagai kenangan..kawen bukan hari2.Sekali seumur hidup.Hari kebesaran kita yang indah, mestilah kita nak simpan menjadi kenangan terindah juga ;) Nanti anak2 nak kawen,senang..diorang refer je blog mama dia ni. Ecewahh..jauh planning nye tu. Hee. Ok first, saya nak review pasal dewan majlis saya haritu.

Psss..gambar telah ditukar, since OP dah bagi gambar, kita pakai gambar yang OP bagilah ye .Heehe

Inilah dewannya ;)
Dewan Warisan Kompleks Warga Emas, Seksyen 24, Shah Alam


Dewan yang cantik & selesa sangat.Cantik disini membawa maksud bersih dan kemas. Walaupun takdelah sebesar dewan2 gah, tapi cukup selesa untuk tetamu yang hadir.Supposely masa majlis saya tu dah ada aircond, tapi diorang tak sempat pasang lagi. Jadinya pakai kipas yang ada air yang besar lagi nyaman tu.Yang bestnye pasal dewan ni ialah diorang provide sekali kerusi & meja & sarung kerusi meja. Semua kerusi beriben ye. Skirting meja buffet & meja makan beradap pun pihak dewan provide sekali.  Sesiapa yang berminat boleh ke website ini.Oh..jap, harga sewa yang tertera kat website tu harga untuk last year, harga sewa tahun ni dah dinaikkan. Apa2 boleh contact je nombor telefon kat situ ok ;)

Ok, review pelamin pulak. Saya sangat sangat sangat sangat sukakan pelamin ini.Sebabnya, first ianya sangat cantik. Memang memenuhi kriteria yang saya nak.Kedua,pelamin impian saya which is one of my dreams came true lah ni. Hehe. Ketiga, sebab mama saya pun suka pelamin ni. Keempat sebab under my budget. Yess! Everything perfecto! :)

Pelamin tiang roman dan high back chair ;)


Saya rekues dekat Abg Man (owner butik pengantin untuk pelamin ni) untuk gunakan sepenuhnya stage tu, maksudnya saya nak pelamin tu nampak besar. Dan ye, ini lah hasilnya. Memang besar. Suka! :)




Untuk flower stand pulak, saya nak kan yang simple je. Saya gunakan fresh flower sebab nak dewan tu rasa segar (as requested by my mom also), jadinya saya tunaikan lah permintaan mama. Saya rekues kat Abg Man untuk buatkan simple fresh flower bouquet.



As simple as it can be ;)
Combination of red roses & red kekwa rasanya.

Untuk pekej pelamin saya ni, Abg Man provide 8 flower stands. Untuk buat kelainan sikit, saya rekues 4 fresh flower bouquet, 4 lagi sangkar kaca yang ada lilin wangi dalam nya. Hmmm..tak reti nak explain. Macam yang dalam gambar ni..


Sangkar kaca berlilin wangi.Niceeee..i love it! :)
Is it sangkar? Belasah jelah panggil sangkar..hehe



Pelamin tiang roman+ kerusi highback+ 8 flower stands( 4 fresh flower bouquet+ 4 sangkar kaca berlilin) dengan harga bawah 2k. Diulangi bawah 2k. Memang harga yang sangat berbaloi bagi saya.Puas hati sangat dengan hasil kerja Abg Man ni & servicenya pun tip top! Sesiapa berminat, boleh hubungi Abg Man (nak no phone pm saya ok). Butiknya dekat Keramat. Takde website pulak Abg Man nih. 

Ok, sekarang review pasal weding cake pula. Weee.
Wedding cake 3 tiers yang cantik 

Nampak tak cake tu?Actually wedding cake ni disediakan oleh pihak catering. Included dalam pakej sekali. Jadinya ianya FREE! Hehe. Butter cake yang enak. Nyam nyam. Dapat makan sikit je pun sebab waktu potong cake tu amatlah busy. Dan sebenarnya kan, cake tu, tingkat atas sekali dan bawah sekali tu just dummies je, cake betul2 yang center tu je. Hee..ate..cake free kan, jangan nak banyak komplen. Saya tak komplen pun, saya puas hati sangat2 ;).

Disebabkan wedding cake impian saya nak macam ni, yang jenis ada kapkek2 comel tu kan, jadinya saya saya tempah kapkek red velvet comel love2 untuk letak dekat bawah wedding cake tu. Heee :)



Inilah red velvet kapkeknya. Comel kan. Dah la comel, sedap lagi enak pulak tu. Wuuu..teringat2 lagi cream cheese dia atas tu. Nyammmm!! Untuk hiasan simple macam ni, 25 pcs = RM55. Berbaloi kan? ;) Cuba kalau beli red velvet kat restoran luar tu, satu slice kompem2 RM10 ke atas kan. Berminat nak order? Sila tempah ngan Kak Mar di sini, Jasmeen Home Delight.Cake yang dia buat semua comel2 & sedap!! 


Dan hasil wedding cake saya....


 Tadaaaaa!!
My dream wedding cake came true.Hehe
(^_^)




Cake cutting time :)
Bestnyaaa time kawen, rasa nak ulang balik je.Hehe

Alhamdullilah,everything went well. Oklah, itu saja review kali ni. Kalau ada masa petang kang nak review pasal doorgift pulak. Selamat hari Jumaat semuaaaaa :)

17 comments:

  1. aa pelamin tu mmg murah!! cantik! semua cantik!

    ReplyDelete
  2. best gila pelamin harga bwh 2k. rata2 skang package pon dah 5K... hmmm :) thanks for the share :)

    ReplyDelete
  3. Izza:
    kan?Ena pun x sangka masa memula tu..jumpe booth abg man ni masa g karnival pengantin dulu..hehe..berbaloi2 :)

    r3bl:
    yup..mostly untuk pelamin roman & kerusi highback gtu mmg RM2k above. Yang penting kena selalu survey harga & package. Most welcome ;)

    lynn:
    nampak sedap, rasanya pun sdap. glah tmpah lynn ;)

    ReplyDelete
  4. kak erina, boleh tak bg no phone abg man tu..best tgk pelamin akak.. :)

    email kat sini ye camy_bubblegum@yahoo.com

    thanks kak! <3

    ReplyDelete
  5. hi,kak..

    boleh mintak no. tel abg man?..
    mg cantik lah pelamin dia..

    Tq

    ReplyDelete
  6. aduhh tolong la email saya no phone abg man tu. puas saya carik pelamin under 2k.pls pls email me licatlica@gmail.com

    ReplyDelete
  7. hi..

    bole tak mintak no phone abg man tu? email kat mizpalermo@yahoo.com .
    sangat murah if rm 2k and cantik pulak tu. thanks a lot ya!

    ReplyDelete
  8. As Salam Reina

    Tahniah dan Selamat Pengantin Baru...(bulan April masih baru) Akak berkenan dengan hasil kerja Abang Man....boleh bagi no hp dia...sms pada akak 019-2634707. Terima kasih Reina

    ReplyDelete
  9. Lupa lak nak bagi email address........noorsiah@salam.uitm.edu.my....Tq

    ReplyDelete
  10. hi.. boleh email contact details abg man tak..? sarahishak@ymail.com. thanks.. :)

    ReplyDelete
  11. hi miss.

    can i have abang man contact number?

    u can email me at nurazz02@gmail.com

    thank u so much :)

    ReplyDelete
  12. Cik boleh email saya ctc no abg man pelamin? archimella@yahoo.com

    ReplyDelete
  13. emm..menarik...bole bg no fon nye x...emel sy k..shazz.kawaii@gmail.com..^.^

    ReplyDelete
  14. lupa nk ckp...no fon abg man..hehe...=))

    ReplyDelete
  15. kak, boleh tak email kan no abg man tu?

    annishrahman@gmail.com

    thankssss

    ReplyDelete
  16. Salam. Boleh emailkan saya no phone abg man? Email ke : syraiskndr@yahoo.com. terima kasih :)

    ReplyDelete

Sangat hargai segala komen mengomen anda.Sila jangan lupa letak nama.Terima kasih ;)