Garfield sedang menjilat2 tangan ku.
Sambungan dari Wordless Wednesday semalam. Anda tahu kenapa kucing ini menjilat2 tangan semua orang? Bukan2, bukan sebab tangan manusia itu sedap, bukan juga sebab masin. Sebabnya kucing ini kekurangan kasih sayang. Haaa..betul. Tak percaya? Ayahcik selaku tuan punya kucing ni yang ceritakan kepada kami. Masa ni aku baru first time ke rumah ayahcik ni (keluarga belah encek hubby), masa tengah duduk2 sambil dengar mereka bersembang2, datang lah sekor kucing ni yang dibagi nama Garfield. Aku dah lah spesies tak boleh tengok kucing. Dibelainya2, digomol lah si Garfield tu. Ntah macam mana tetiba dia jilat2 tapak tangan aku. Ok, memula ingat sebab tangan aku ada bau makanan ke kan, tapi lama2 makin ganas pulak dia menjilat. Beria2 tu tau. Dua2 belah tangan. Sambil jilat sambil sondol2, gigit2 sikit plak tu. Lepastu aku sorok la tangan aku dekat belakang badan, dia pun pergi jugak belakang badan aku nak cari tangan!! Tetibe nebes..OH EM G! Kenapa kah kau kucingg??
Sekali ayahcik cerita, dengan semua orang pun dia jilat tangannya. Sebabnya dia ni kurang kasih sayang. Aku macam, "Heh, kurang kasih sayang?".Masa kekecik, umur 2 hari, maknya si Garfield ni dah meninggal kena langgar kereta. Dia berjaya survive hidup sampai sekarang. Tapi tulah, tak pernah rasa menyusu badan emaknya agaknya, jadi bila jumpa tangan, dia akan jilat2 tangan orang & sondol2 macam nak menyusu la kiranya tu. Macam nak kan perhatian pun ye jugak.Ohh..macam tu kisahnya.Kesiannye la wahai si Garfield. Tapi first time pulak aku tengok kucing menjilat2 tangan gini. Ingatkan dia tetiba kena sawan jilat ke apa.Menurut ayahcik lagi, semua kucing yang kekurangan kasih sayang akan buat gini. Jilat2 tangan orang.Kawan2 ayahcik yang ada kucing macam ni pun akan cakap benda yang sama bila nampak Garfield jilat2 tangan orang. Kucing kurang kasih sayang. Nasiblah aku ni suka kucing kan, kot kena dekat orang yang fobia kucing, tetiba kucing kekurangan kasih sayang datang jilat tangan dia, kompem kena lempang kucing tu. Haha.Sekianlah kisah kucing penjilat tangan. Kedengaran aneh kan? Tapi percayalah kerana ianya benar. Mi~ Mi~ Mi~
P/s: Berbuat baiklah sesama makhluk Allah. Kalau tak suka or fobia kucing sekali pun, janganlah sampai sanggup sepak atau tempeleng atau mencederakan kucing tu. Benci orang yang jahat2 ngan kucing ni! iskk!
huhuhu sian kucing tu..tapi aku nih penakut kucing..mi mi mi
ReplyDeleteoo.. gitu..
ReplyDeleteingat dia horny sama pengantin baru...
50-50 tahap kesukaan pada kucing.
errrr tak bape suka kucing jd jgnla ada kucing penjilat dtg kt izza. hehe.
ReplyDeletetp betul, x ske ke fobia ke jgnla smpi disepak2 kan..
berbuatlah baik walaupun kepada kucing yg ada hand fetish
ReplyDeletesian nye gafild tuuu...kire hebat laaa dia bole hidup sendiri smpai beso cm tu...tp sian laaa entry ni ririn....1st time ok dgr cite cm ni..rupenye kurang kasih syang ek..
ReplyDeleteyup2!
ReplyDeletesygi kucing2 anda!
Bella:
ReplyDeletecian kan? huhu..hololoh..penakut kucen upenye..takut xpe, jangan sepak kucen ok..
Kak zona:
OMG!! kucing horny kat manusia? skeriii! Hahaha
kucen comel la kak..mi mi mi~
Izza:
ReplyDeletesorang lagi x suke kucen..huhu..betul2, jgn seksa binatang comel ni.miaww~
Hemy:
hand fetish? hahaha..bongok
Pojie:
ReplyDeletekannnn..kesian kan..aku pas dengar ayahcik cite tu terus bagi tapak tangan bagi dia jilat2..cian dia kurang kasih sayang..hmm
Lelaki ini:
betulll ;)
Eeee kucing awk sama warna dgn kucing sy... momo ... ptg td pon momo sy ni jilat tangan sy. TekeDu kejab... heeee
ReplyDelete