Pages

Friday, July 01, 2011

Bersyukurlah~

Kadang2 kita cemburu dengan orang tu sebab dia ada kerja bagus, gaji besar.Mewah.Tapi kita tak tahu, dalam masa yang sama, orang tu pun cemburu dengan kita sebab walaupun kita hidup serba sederhana, kita ada family yang bahagia.Anak2 yang comel.

Kadang2 kita cemburu dengan orang tu sebab dia dapat kerja yang kita idam2kan.Pergi pejabat, jadi orang hebat.Tapi kita tak tahu, dalam masa yang sama, orang tu pun cemburu dengan kita sebab kita pun dapat kerja yang dia idamkan, duduk rumah jaga anak2. Siapkan makan minum suami. Jadi surirumah hebat.

Kadang2 kita cemburu dengan orang tu sebab dia bergaya,pakai barang branded2, berkereta mewah, gah.Tapi kita tak tahu, dalam masa yang sama, orang tu pun cemburu dengan kita sebab kita bergaya sempoi je tapi tetap nampak menarik. Kita pandu kereta kecil, senang nak cilok2 time jem dan yang penting, kita dah habis bayar hutang kereta.

Kadang2 kita cemburu dengan orang tu sebab dapat sambung belajar tinggi2.Tapi kita tak tahu, dalam masa yang sama, orang tu pun cemburu dengan kita sebab kita dah ada pengalaman kerja yang lama. Dah settle bayar hutang PTPTN pulak tu.

Kadang2 kita cemburu dengan orang tu sebab badan dia kurus, slim melim je.Tapi kita tak tahu, dalam masa yang sama, orang tu pun cemburu dengan badan kita yang montok lagi gebu ni.

Kadang2 kita cemburu dengan orang tu sebab dia bijak dan pandai. Tapi kita tak tahu, dalam masa yang sama, orang tu pun cemburu dengan kita sebab kita ni peramah dan ada ramai kawan. Semua orang senang dengan kita.

Kadang2 kita cemburu dengan orang tu sebab dia ada lebih semuanya.Tapi kita tak tahu, dalam masa yang sama, orang tu pun cemburu dengan kita sebab kita ada semua yang dia impikan. 

Kita cemburu dengan orang tu tapi kita tak tahu yang sebenarnya orang tu pun cemburukan kita.Jadi, bersyukurlah. Bersyukurlah dengan apa yang kita perolehi selama ini. Jangan membandingkan diri kita dengan orang lain.Jangan rasa rendah diri. Allah menjadikan setiap manusia itu istimewa.Dia memberikan tubuh badan dan minda yang sihat dan sama kehebatannya antara seseorang individu dengan individu yang lain.Jadi, bersyukurlah ;)


Bersyukur, tanda terima kasih kita kepada Allah ;)


11 comments:

  1. huhu saling mencumburui....misscha bersyukur dgn ape yg dianugerahkan....aminn

    ReplyDelete
  2. betul tu ena..marilah kite sama-sama mensyukuri nikmat Allah kepada kita dan berusaha untuk memperolehi ape je yang kite hajati.. :)

    ReplyDelete
  3. i like this entry so much ena...u r rite..ppl never satisfied dgn ape yg ade...so syukur tue susah nak capai...again much2 thanks :D

    Happy Friday

    ReplyDelete
  4. akak la yg slalu cemburu tu. huhuuhuhu

    ReplyDelete
  5. dem..apsal sume contoh cemburu ko tu ada pada aku..ko cemburuinye aku pn ke adoii?

    ReplyDelete
  6. Entry yang sungguh ohsem Cik Puan Erina.... so true my dear ;-)

    ReplyDelete
  7. betoi..bersyukurlah...apa kelebihan dan kekurangan kita menjadi pelengkap bagi orang yang tak memiliki & memilikinya... faham x??? *akceli aku pon x brape pham ape aku ckp..lalala...

    ReplyDelete
  8. misscha:
    betul..cemburu mencemburui tu tak salah untuk bg kite semangat tuk jadi yg lebih baik..tapi pokok pangkalnya..bersyukur ;)

    Lynn:
    Aminnn..marilah kita sama2 bersyukur ;)

    ReplyDelete
  9. Linda:
    Most welcome Linda, ni pun entry spontan based on keadaan sekeliling..apapun semoga kita diberkatiNya ;)

    Kak Masy:
    Cemburu tuk kebaikan takpe kak..tapi kena bersyukur jugak tau ;)

    ReplyDelete
  10. Hemy:
    koserlah nak mencemburuinya dikau adoyai pun..tuk contoh je pun.Hoho

    Ibu:
    thank u ibu. betul kan? ;)

    ReplyDelete
  11. Pojie:
    Betul..aku stuju. Aku paham je maksud ko, maksudnya kalo diri kita ade kekurangan & tak setanding dengan orang lain, jadikanlah kekurangan tu sebagai satu kelebihan & keistimewaan. Besyukur;)

    ReplyDelete

Sangat hargai segala komen mengomen anda.Sila jangan lupa letak nama.Terima kasih ;)