Pages

Monday, January 16, 2012

Agenda Terkini

Salam. Happy new year 2012! ( dah 16 hari berlalu baru nak wish ;p). Tatkala menaip ni, si khalifah kecil sangat aktif di perut mama dia. Beralun2 perut ;)Alhamdullilah..semoga semakin aktif dan sihat baby mama ye.Huihh..lama sungguh tak mengupdate apa2 ye. Jadinya mari saya update serba sikit secara ringkas apa agenda terkini.

Firstly, minggu lepas checkup 32 minggu. Alhamdullilah both baby & mama sihat. Berat baby dah 2 kg. Wee..si comel comel! Gynae kata perut saya nampak kecil (kecil eh? saya rasa besar..hehe) tapi baby membesar sihat. Syukurlah ;) Cumanya berat saya turun 600 g. Sepatutnya ibu mengandung kena gain weight 2 kg every month kan,tapi mungkin disebabkan last month saya demam panas & batuk kuat. Jadinya takde selera makan & berat turun. Uhuk. Risau!Tapi gynae & nurse kata dun worry..pasni kena banyak makanan berkhasiat tuk gain weight balik. Oh, bercakap pasal demam panas & batuk kuat..memula saya memang tak makan apa2 ubat (sebab takut makan ubat sebarangan ) tapi demam & batuk makin menjadi2.Tak boleh jadi. Encik hubby kata kalau takmo pergi klinik, jom terus gi DEMC, admit je kat sana.Terus saya ke klinik. Uhuu..taknak kena admit wad.Doktor bagi ubat batuk, antibiotik & ubat demam yang sesuai untuk ibu mengandung. Alhamdullilah..lepas dah habis makan semua ubat2 yang doktor bagi barulah demam & batuk perlahan2 beransur pulih. Huihh..kalau tak, setiap kali batuk terasa sakit kat perut.Sampai terkeluar air mata menahan sakitnya. Minum air madu campur perahan limau jugak membantu untuk legakan batuk. Thank u Kak Masy for the petua ;) Jadinya untuk para2 ibu mengandung, kalau sakit, demam ke batuk ke jangan takut untuk ke klinik & makan ubat yang doktor bagi ok. Jangan dibiarkan sakit tu melarat tanpa makan ubat, jangan risau..doktor tau ubat apa yang sesuai untuk ibu mengandung. Fikirkan baby dalam kandungan.Usaha, doa & tawakal ye.InsyaAllah :)

Lagi..agenda paling excited sekali ialah laundry day!! Hehe..minggu lepas gigih saya membasuh baju2 si khalifah kecil. Mama kata dah boleh basuh & prepare almari baby & beg untuk dibawa ke hospital nanti. Bila dah ada green lite dari mama & encek hubby haruslah mama-to-be ni excited me"laundry" kan. Encek hubby volunteer nak basuhkan tapi kesian pulak kat beliau,penat kerja segala, alang2 kat rumah saya takde buat apa, jadinya biarlah saya yang buat. Exercise ni. Handwash, basuh ala kadar je, setakat rendam kejap ngan baby detergent & bilas & keringkan. Masa sidai baju2 ni..holoh holoh holoh..comeynya semua2 ni. Geram! Hilang terus penat membasuh ;D Tujuan membasuh ni sebab nak bersihkan baju2 baby ni dari segala kotor & habuk. Memanglah baju baru kan,nampak bersih suci je..tapinya kita tak tahu kotor2 yg berselindung disebalik baju2 baru ni (pesal ayat skema tetiba ni). Dan betul lah, masa rendam kejap baju2 & towel2 baby, air yang jernih sebelum tu berubah jadi keruh, means kotorla tu kan. So, better basuh dulu baju2 ni. Kulit baby kan sensitip.

Newborn-3 months old attires ;)
Mostly warna putih & biru je. Ada jugak beli warna merah, hijau, kuning semua tu, tapi untuk 6-9 months. Saya tak basuh sekarang, bila baby dah besar sikit & dah boleh muat baju saiz tu baru basuh.Next batch punya laundry day.


Mittens& booties comel. Ikan2.Ni sebab ayahnya hobi memancing la ni, nak jugak ada unsur2 ikan kat baju baby. Hehe

Bila dah kering semua, lipat elok2 bubuh dalam almari. Wangiiiii! 

1 bakul khas untuk towels, napkins & selimut ;)


1 bakul khas untuk mittens& booties, barut baby & towel kecik ;)



1 bakul kecik bawah tu khas untuk letak segala toilettries (bedak,minyak yuyi, cotton buds) semua ;)Dan itu sahaja baju si khalifah kecil yang dah dibasuh. Tersesat legging pink polkadot pulak. Comel sangat, tu yang beli jugak warna pink.Hoho.Nampak macam sikit je kan baju2 ni, tapi saya rasa mencukupi. InsyaAllah. Baby kan cepat membesar ;)

Dan perasan tak background almari tu ada gambar2 kereta comel2 tu? Disebabkan nampak kosong je belakang tu, jadinya saya lekatkan dengan wall sticker bagi nampak ceria sikit. Ngihiihi. Wall sticker beli kat kedai serbaneka, RM3.90 je.

Ni lah wall sticker tu sebelum dilekatkan ;)

Disebabkan murah & berkualiti (gam nya kuat), saya beli 2! Satu lagi saya beli yang ini..


 Cute height measurement scale chart ;) Deco dekat bilik khalifah kecil.


 Sebelum 


Selepas 

Cute kan?? Hololoh..Nanti boleh deco2 lagi ;) Hmm..nak cerita banyakkk lagi ni tapi stop sini dulu la. Montot dah lenguh duduk lama sangat. masa untuk rehat & membaringkan diri. Wehee..sambung esok ya ;) 

14 comments:

  1. bab laundry baju walaupon teruje saye memang mengalah..saye tak suker ngadap menjemur n melipat baju..huhu..

    ReplyDelete
  2. Saye pun lepas laundry duk cium2 baju tu..wangi kannn???

    Pastu masa gantung comel2 je..tak abis2 jenguk2 kat ampaian..hehehe

    ReplyDelete
  3. wah...siap ada pengukur tinggi dah haa...mmg byk baju ko beli..tak macam aku...ahahahaha

    ReplyDelete
  4. Kak Masy:
    hololololoh...meow! (tetiba bunyik kucen ;p)

    Aty:
    nak ikutkan sebelum preggy, itulah mende yg ena x suka buat jugak..tapi masa ngandung ni rajin pulak melaundry..hehe..dah tukar

    ReplyDelete
  5. Puan Nadira:
    wangiiiii!! ahaha..betul la Nadira..masa kat sidai tu asiklah jenguk ampaian, pastu kejap2 rasa..nak tengok da kering ke tak..padahal baru stengah jam menjemur ;p

    ReplyDelete
  6. Hemy:
    kebetulan ade wall sticker tu..aku amik jela..ade kegunaan di masa akan dtg nanti. Hehe..tu nasib terkawal napsu..kalo x, mau terbeli lagi banyak. Tak sedar..beli sikit2, sekali tengok2 banyak dah bajunya..

    ReplyDelete
  7. su pun dah basuh baju baby..berat turun jugak..sebab batuk 2 minggu..

    ReplyDelete
  8. ala..tak sihat ke ena..take care ek! :)

    comel sgt sume baju kecik2 warne biru tu..

    ReplyDelete
  9. ena..mana beli sticker tu?
    menarik btul..
    nak juga utk ltk kat bilik baby..
    -ieja-

    ReplyDelete
  10. Sue:
    skrg mmg musim batuk kan Sue,tapi Alhadumllilah sekrg dah ok..risau kan berat turun..kena makan bebanyak pasni..take care ye ;)

    Lynn:
    Alhamdullilah skrg dah hilang batuknya lynn..ok lynn. Thank u ;)
    Comeyy kannn..geram!

    ReplyDelete
  11. Ieja:
    ena beli kat kedai serbaneka sebelah mcD seksyen 18, area giant 18 tu..nanti ieja gi la tengok eh :)

    ReplyDelete
  12. Ena!!!

    Comelnyeeee!! Aarghhhh geram geram!!!


    Kreatif la u nie!! Ade je jumpe sticker comel2.. *jealous* hiks!

    ReplyDelete
  13. comelnyaa ! sticker tu dah la murahhhh comel gila pulak tu !

    ReplyDelete

Sangat hargai segala komen mengomen anda.Sila jangan lupa letak nama.Terima kasih ;)