Mcm2 ragam manusia aku tgk sepanjang "part time" kat Fradoo. Sangat banyak. Ada yang yg menjengkelkan, ada yang sangat tak boleh blah. Antaranya:
1)
Jenis tak tetap pendirian. Contohnya seperti..
Datang sorang lelaki
Lelaki: Dik, bungkus air tembikai 1
(aku taruk air gula, dan terus mencedok air tembikai dari balang.Baru je nak masukkn air tu dalam plastik...tiba2..)
Lelaki: Eh, dik.Cancel la..tak jadik air tembikai..bungkus air kelapa
(aku pergi kat balang air kelapa pulak, baru je nak cedok air kelapa tu..tiba2 lagi..)
Lelaki: Eh..eh..tak jadikla dik..nak air tembikai la ( sambil buat muka tak bersalah)
Aku: *dalam hati* Haih..Mengong la mamat ni, kejap air kelapa, kejap air tembikai..apa kata kau bungkus air ni sendiri. (muka maintain tersenyum)
Perhatian: Sila buat keputusan ngan tepat lagi jitu sebelum meng'order'.2)
Jenis cerewet. Contonya seperti..
Datang sorang makcik
Makcik: Dik, bungkus ABC 3. Mmm..dalam tu makcik taknak cendol, taknak cincau, taknak 'telur katak', taknak sagu..
Aku: Ok (muka tersyum)
Makcik: Lagi makcik taknak kacang merah..tapi coklat makcik nak lebih, kacang goreng nak lebih, nata de coco nak lebih, jagung pun nak lebih...
( aku pun bagitau si pembuat ABC, apa yang makcik tu nak dan taknak..Bila dah siap, masa nak taruk aiskrim, si pembuat ABC taruk aiskrim coklat)
Makcik: Eh..eh..makcik taknak aiskrim coklat..aiskrim keladi ada?
Aku: Aiskrim keladi takdelah makcik..Ada aiskrim coklat,vanilla ngan strawberi je..
Makcik: Mm..makcik nak aiskrim vanilla..
Aku: Ok
(si pembuat ABC tarukla aiskrim vanilla, pastu taruk coklat..taruk lebih)
Makcik: Taruk lebih lagi ye dik coklat tu, pastu taruk kacang goreng lebih, jagung lebih (dia ulang lagi ayt yg sama td tu)
Aku: * dalam hati* makcik buat sendiri ABC pasni eh..
Perhatian: Sila jangan memeningkan kepala si pembuat ABC.3)
Jenis kaya berlagak. Contohnya seperti...
Datang sorang perempuan beli ais 50 sen je..diulangi ais 50 sen je..
Masa nak bayar, bagi duit RM50..
Aku: Mmm..takde duit kecik ke?
Perempuan: Takdelah, ni lah note yang paling kecik yang ada dlm purse I skrg..
Aku: *dalam hati* Cheh, kalau takde ckp jelah takde, tak payah nak berlagak!
Perhatian: Sila sediakan wang kecik sebelum membayar, kalau nak bayar guna wang besar, sila beli dalam kuantiti yang banyak.
4)
Merpati berjola joli. Haih..ni mmg menyampah. Ramai pulak tu customer camni. Datang gerai. Order air. Minum. Pastu berborak tgn masing2 nak merayap. Tangan laki usap2 belakang pompuan. Tangan pompuan dekat celah peha laki. Pastu siap cium2 pipi, cium2 dahi.
( tak malu ke org lain tgk? Aku yang tgk pun malu..ish..ish..)
Perhatian: Sila jangan membuat 'onar' di Fradoo. Sila dtg minum dan makan je.Nak usap2. Cium2. Pergi tmpat lain.Syuh!Syuh!
5)
Jenis suka buat drama.Biasanya mmg couple2 la yg suka buat drama ni. Kalau ada masalah pun, yang lelaki tak payah la kau nak tengking2, jerit kuat2 kat si pompuan. Yang pompuan pulak tak payahla nak menangis sakan macam org bru lepas mati laki. Tu semua mengundang mata2 org lain tuk tertumpu kat meja korang yang tgh buat drama tu. Belum lagi kes bila si lelaki mengamuk sampai baling kerusi kat sorang lelaki lain yang tak dikenali sbb lelaki tu duk ushar awek dia. Laa...yang kau bwk awek ko bersinglet putih dan berbra hitam serta bermini skirt duk mkn kat gerai watpe?. Memanglah semua org pandang. Bukan takat lelaki tu je, makcik2, pakcik2 yang tengah minum pun geleng2 kepala, mengucap panjang tgk awek kau tu. Kau nak emo2 sampai baling kerusi apa hal? Kau ingat kerusi tu bapak kau punya? Haih..tak paham..tak paham
Perhatan: Sila berpakaian dan berperangai sopan di gerai2. Dan kalau aweknya seksi teramat jangan bawa minum dan makan di gerai. Sila pergi ke tempat yang meletup dan high class ok.