Lepas bersalin, automatik semua akan berubah. Takde lagi tido yang lena, makan yang sedap2 (berpantang kan), masa yang cukup untuk diri sendiri..banyak lagi. Emosi dan fizikal lepas bersalin pun automatik berubah. Penat sebab tak cukup tido memang buat emosi tak stabil, fizikal pulak makin mengurus (yang ni sangat seronok sebenarnya.hoho). Oh,walaupun happy sebab dah turun berat badan,tapi jangan disangka perut yang licin tanpa strecth mark masa mengandung akan kekal licin mulus lepas bersalin ok. Macam saya, sebelum ni memang happy tengok perut bebas strecth mark tapi lepas bersalin,bila perut dah meleper terus nampak stretch marknya. Huhu. Walaupun sikit je (bahagian bawah perut) , tetap jugak rasa stress sebab terasa perut ni dah tak sexy.Mengundang ketidakstabilan emosi juga. Haha. Tapi tu perasaan kejap je, lama2 dah ok.Boleh terima.Bukan masalah besar pun.Ni lah pengorbanan menjadi seorang mama kan.Betul lah orang cakap, lepas bersalin, emosi memang ke laut.Benda kecik2 pun nak stress.Sebab tu kena banyak bersabar & istigfar banyak2.Tapi memula je emosi tak berapa betul, dalam seminggu pertama..lama2 kelamaan dah mula biasa :) Dah tahu nak uruskan masa dan diri sendiri macam mana. Tau dah macam mana nak susukan baby (masa mula2 agak kekok sebab festime kan, tambah pulak ngan c-sect, jadinya memang kekok bila nak kendong baby masa menyusu tu).Tau dah nak tukar pampers, pakaikan baju baby segala. It's a learning process for me & encek hubby.Bila dah pandai menyesuaikan diri dengan keadaan yang baru ni, stress pun hilang.Terus rasa enjoy menghabiskan masa membesarkan si kecil ;)
Alhamdullilah harini dah 26 hari saya menjadi mama. Jadi saya nak kongsi sikit apa dan siapa yang sangat2 diperlukan lepas bersalin..
Yang pertama sekali, mama & mak kesayangan.
Tok mama & Aqil Hamzah :)
Mama sangat2 diperlukan lepas bersalin. Mama yang tolong jagakan saya dan baby. Walaupun dalam masa yang sangat emosi, tapi bila mama datang tolong, semua stress tu hilang sekelip mata. Aura penenang seorang mama memang menakjubkan. Lagi satu, segala makan pantang saya beliau yang jaga. Tak kira kena makan ikan bilis & ikan haruan hari2, tapi bila mama yang sediakan, saya makan berselera (bila BF, memang sangat lapar & haus ok). Tak tolak & mengeluh pun sebab saya tahu mama tahu apa yang terbaik untuk saya.Standard la makan masa berpantang, yang rebus2, bakar2,halia banyak.Jangan nak banyak songeh sangat memilih makan. Nama pun berpantang kan. Lepas pantang nanti makan la sedap2 sesuka hati.Hee.Mama memang penjaga yang terbaik. Terima kasih sangat2 mama :') Dah jadi mama ni barulah saya tahu macam mana perasaan seorang mama tu macam mana. Sentiasa buat yang terbaik untuk anak2 nya.
Opah & Aqil Hamzah :)
Masa ni opah tengah bagi Aqil kurma & madu.
Mak mertua juga penting sebab beliau bagaikan mak sendiri. Mak pun ada pengalaman melahirkan anak secara c-sect, jadi banyak nasihat & kata2 semangat yang mak bagi. Lagipun mak dulu bekerja sebagai ketua jururawat, jadi kalau ada apa2 nak tanya pasal luka c-sect ke pasal baby ke cepat2 refer kepada mak. Kalau ada apa2 yang saya blur pasal menyusukan baby, baby kembung ke apa, saya tanya je dekat mama & mak.Diorang masing2 ada pengalaman menjaga anak kan.Lebih tau segalanya. Jadinya tak payah susah2 google kat internet.Tanya je kat mereka.Saya lebih percaya kepada mereka dari percaya dekat encek google :D Saya bersyukur sebab adanya mereka dalam hidup saya.
Yang kedua adalah encek suami
Suami adalah penting juga. Dia adalah peneman & juga pemberi semangat. Lepas bersalin, encek suami kena banyak bersabar & kena rajin ringan tulang untuk tolong si isteri. Yela, isteri masih dalam keadaan lemah kan, nak menstabilkan emosi & mental lagi, jadinya dengan adanya encek suami di sisi, betul2 membantu.Kekadang terfikir sebenarnya encek hubby saya adalah orang yang lebih penat berbanding saya.Yela, masa mengandung, penat melayan karenah saya selama 9 bulan, lepas bersalin,penat menolong saya dan baby pula. Walaupun saya tahu encek hubby saya penat, tapi dia tak pernah mengeluh atau say no. Sentiasa ada disisi saya sepanjang proses kelahiran anak kami,gigih tukarkan pampers Aqil, gigih bangun malam2 untuk panaskan susu, encek hubby berusaha belajar untuk jadi ayah yang terbaik. Terharu :') Kekadang macam tak percaya je bila tengok dia tukarkan pampers Aqil semua, dia tak kekok. Terima kasih sayang untuk segalanya :').Jadinya para2 encek suami, cubalah menjadi suami dan ayah yang terbaik ye. Lepas isteri bersalin, rajin2 kan tulang untuk tolong si isteri.Kalau kekok nak uruskan baby, tolong lah dari segi lain, basuhkan baju baby ke, urut2kan badan si isteri ke, sediakan makan si isteri ke. Banyak yang boleh dibuat.
Ayah Aqil superdad! Sambil cakap tepon, sambil bedung si Aqil :D
Yang ke tiga yang sangat diperlukan ialah Breastpump!
Yup..ianya sangat penting lepas bersalin sebab walaupun kita DF (direct feeding), tetap jugak bila sampai satu2 masa miss B akan membengkak sebab susu dah penuh. Bila miss B bengkak, dah semestinya sakit sangattt, baby pula masih kenyang, jalan penyelesaian ialah pump! Pump sampai lega dan kumpul stok BM (breastmilk) banyak2 untuk kegunaan masa depan. Dan juga nasihat saya, breastpump tu jangan terus beli yang mahal2 dulu, sebab kita tak tahu susu kita banyak mana lagi, cukuplah awal2 tu beli yang termampu dulu (tapi berkualiti) macam Avent manual,bila susu dah mula banyak mencurah2, barulah beli yang mahal (ikut kemampuan). Sebab bila kita spend mahal2 untuk breastpump, tapi bila kuantiti susu sangat sikit masa awal2 tu, kita akan stress.Avent manual memang sangat selesa dipakai, ia ada silicon massager, jadi tak sakit bila mengepam. Memangla agak lambat sikit sebab manual kan, tapi memang berkesan. Saya pakai ni masa awal2 berpantang dulu (masa susu tak banyak lagi). Sekarang saya guna Spectra3, memang bagus dan laju. Jadi saya recommend mommy-to-be sekalian kedua2 brand ni :D Dan BF baby adalah sangat menyeronokkan :)
Dan yang keempat ialah Nursing cream @ nipple cream.
Ini bagi saya penting sebab masa lepas bersalin, baru nak belajar menyusukan baby, kita jadi kekok, lepastu cara menyusukan tak betul. Bila cara menyusukn tak betul,baby hisap pun tak betul jadinya nipple akan sakit dan crack. Nipple crack amatlah sakit Huhu .Jadinya, nursing cream adalah penyelamat. Saya gunakan Palmer's Cocoa Butter Nursing Cream. Memang sangat berkesan. Saya apply pagi, tengahari tu dah boleh BF baby macam biasa, dah tak sakit dah. Jadinya mommy-to-be sekalian, sediakanlah nursing cream ni awal2 before bersalin ye, supaya senang nanti. Macam saya langsung tak terfikir nak beli nursing cream ni sebelum bersalin, bila dah sakit, baru emergency mintak tolong encek hubby carikan, mujur dia tahu nak cari nursing cream mana yang bagus :)
Lagi satu, saya nak share dengan mommy-to-be sekalian, prepare yourself mentally & physically for labor. Bersedia dengan sebarang kemungkinan yang terjadi. Walaupun kita yakin yang kita boleh melahirkan anak secara normal, setiap kali antenatal checkup, semuanya ok,takde tekanan darah tinggi, takde kencing manis, takde penyakit2 yang berisiko,tapi kita kena bersedia untuk c-sect juga. Kita hanya merancang tapi sebaik2 perancangan adalah dari Allah. Jangan bersedih kalau ditakdirkan tak dapat melahirkan anak secara normal sebab setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya :) Macam kes saya, sebabkan takde masalah setiap kali antenatal checkup dan yakin boleh lahirkan anak secara normal, tak prepare langsung untuk c-sect. Sebab tu bila kena c-sect, saya jadi terlalu sedih. Jangan2 sedih2 ok, lahirkan anak secara normal ke c-sect ke, masing2 ada kelebihannya, yang penting baby dan mama selamat :) Dan saya yakin semua wanita nak lahirkan anaknya secara normal, tapi kalau dah ditakdirkan c-sect, kena terima dengan redha dan tabah. Sebenarnya, c-sect takdelah seteruk yang disangka ;)
Hilang segala stress bila tengok keletah si kecil ni :')
Aqil..Aqil..kekadang mama rasa kamu ni macam dah besar :)