kasut kesayangan telah HILANG!!!
lebih menyedihkan lagi..
kasut tu hadiah harijadi daripada bestfriend tercenta
Sedihhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh
(T_T)
~Fermantle War Memorial Park~
Then, berdesup kami ke E-Shed markets. Tmpat menjual souvenir yg terkenal kat Perth ni. Kat sini lah kami borong segala souvenir tuk fam & member2 tersayang. Borong sakan memasing. Kami memborong kat satu kedai je, owner kdai tu Indonesian. Price barang2 kat situ murah banding kedai2 lain. Masuk2 kedai tu mmg aku rasa dah macam kat Malaysia je la sbb mostly customer yg membeli kat situ ialah warga2 Malaysia & Indonesia. Rambang mata masa kat sini weh, rasa cam nak borong banyak2 tapi memikirkan AuD 3.16 kali ganda RM, terpaksa sekat2 belanja. Sekat belanja pun habis AuD 100 gak kat sini ;p
~E-Shed Markets~
Dah penat memborong, kami semua ke King's Park. King's Park ni ada botanic garden and one of war memorial park jugaklah. Pemandangan kat sini mmg sgt2 cantik. Tak tau nak describe apa lagi, enjoy the pics je la eh.
Our L.O.V.E
Tapi V tak berapa nak jadik. Haha..
Our L.O.V.E lagi..
~The University of Western Australia~
Indah bukan??
Mencari ilham di bawah pokok kononnya..
Then, after semua dah berkumpul kami terus gerak ke AQWA ( The Aquarium of Western Australia). Hmm..sama macam Aquaria KLCC tu. Tempat ikan2 comel beriadah. Tuk org yg dah pergi dua kali ke Aquaria KLCC tu cam aku, bila pergi ke AQWA ni rasa cam biasa je. Mmglah ada sikitttt rasa excited tapi takde apa yg boleh dibanggakan. Dalam tu semua lebih kurang sama je ngan aquaria, so bagi aku agak membazir duit jugak pergi sini. Excited lagi pergi sunday market. Tihihi. Tapi nak buat camne kan, ini semua dah ada dlm tentative program, nak tak nak, kena ikut jugak. Pasrah jo lah..
In AQWA
Beramah mesra dengan Mr Ray. Dalam gambar ni nampak cam berani, hakikatnya aku gerun weh..ikan ni sangat ramah sampai macam dia nak terbang & makan tangan aku. Huhu..mungkin imaginasiku terlalu tinggi..
One of my fav pic!! Indah bukan ciptaan Tuhan ni?? Subhannallah..
Lepas dah boring tengok ikan, ikan pun dah boring tgk kami..kami semua gerak ke Sorento Quay untuk lunch. Hanya berjalan kaki sebab jaraknya dengan Aqwa dekat je. Kami lunch di Fish & Chip. Lepas cuci mata tengok ikan, isi perut dengan ikan jugak. Mungkin hari itu wajar dinobatkan sebagai hari "Sayangilah Ikan Sedunia". Haha..
Lepas konyang perut, kami para2 gadis melakukan aktiviti jejalan di Sorrento Quay, manakala para2 jejaka ke msjid berdekatan tuk solat Jumaat.
Berposing ala2 flying high beybeh.Di depan Sorreto Quay ada pantai yg sgt best. Masa ni angin pantai sgt sejuk. Even dalam gambar tu nampak cam panas, hakikatnya sngat sejuk menusuk tulang. Tapi still gak sun burn.Huhu. Masa ni aku tersangatlah gayat.Gigil2 kepala lutut nak duduk atas batu tu. Sebabkan kat Perth, gigh jugak aku turun bergambar, kalau kat Malaysia ni, kirim salam jo lah.Gayat beb..gayat.
Destinasi seterusnya kami ke Edith Cowan Unirversity (ECU). Universiti kedua yg kami lawat pada haritu. Kalau WAU tadi penuh dengan ciri classy, ECU ni pulak penuh ngan ciri2 moden. Memang cantik & kagum. ECU ni terkenal dengan course biotech engineering & bussiness.
Inilah dia Edith Cowan University. Kami berlatar belakangkan bangunan business (if I'm not mistaken) which the building is like "kapal terbalik" shape. Smart gila kan??Separuh dari building tu diperbuat dari kayu. Cantik bangat!
Kami dibawa ke computer lab, library & hostel di ECU ni. Staff di ECU ni very welcoming, sgt friendly, siap bagi beg ECU & lollipop sorang satu lagi for free. Universiti kat Malaysia ada tak buat gini? Tihihi..
Masa balik tu kami singgah di park berdekatan tuk minum petang. Ku tak ingat nama park tu. Disebabkan banyak gila burung parrot jinak, boleh tak aku namakan park tu "Parrot Park'. Haha. Sukati aku je kan. Tak kisah lah, yg penting kat situ mmg banyak gila burung,semua jenis ada, merpati, parrot, itik,semua ada. Kita bawak makanan je kat dorang, pastu semua duk menyerbu kita. Wahh..bestnyaaa..rasa cam puteri burung pulak~
Itik kat situ sangat notty ok. Dia gi sodok kaki aku. Agaknya dia geram aku asik fokus kat parrot je bukan kat itik. Haha
Destinasi terakhir pada haritu ialah berjalan2 area Hey Street area Perth City. Masa ni memasing energy dah flat se flat bateri kamera memasing. Especially aku lah, kamera bateri dah habis, haruslah aku duk diam2 kan. Tapi sempat jugak pinjam kamera si Haizun yg dah nyawa2 ikan baterinya tuk snapkan pic aku ni.
Gambar terakhir tuk entry ini.Terimalah..
Sekian. Terima kasih ;)
P/s: Bloggers tersayang, souvenir korng de lagi kat tangan aku..lum sempat nak post. InsyaAllah in this week ok ;)