Lama tak main tag2 nih. Hee. Latest tag dari sepupu ku yg best ini. Kak Eja. Dia mmg best.Saya jeles dengan dia. Jeles yg baiklah, mahu berjaya mcm dia (err..jauh panggang dari api kot ;p), bukan jeles busuk hati tu. Tag yg simple tapi menarik.Pasal happy ;)
10 perkara yg menghepikan saya :
1) Saya happy kalau dapat jumpa si cintahati. Kami mmg jarang jumpa,sebulan sekali dua je kot, jadi kalau berjumpa terasa hati ini berbunga2. Tak kisah lah jumpa 10 minit je pun.Dah cukup menghepikan saya ;))
(^_^)
2) Kalau si cintahati bagi kad & souvenir tiap kali dia gi jalan2 jauh.Contohnya macam ni..
Kad2 yg dia bagi. Kalau baca balik tersengih2 sampai pipi. Dengan ayat dia, dengan tulisan dia, dengan ke"kreatifan" nya lagi. Hehe ;p
Belikan t-shirt yg comel ni masa dia gi Phuket dulu. Long long time ago ;)
Even masa dia gi Pangkor pun dia bagi saya souvenir ini..Keluarga kekura yg boleh menggeleng2kan kepalanya ke kiri dan kanan. Haha. Gila comel.Banyak lagi souvenir yg lain, tapi yg 2 ni feveret saya.
3) Dapat hadiah dari family & kekawan tersayang juga ;) Tak semestinya hadiah mase harijadi je tapi bebila masa pun kalau dapat hadiah mmg menghepikan saya.Tak kira lah hadiahkan key chain ke, tabung ke, teddy bear ke, baju tidur ke. Semua suka!!Siapalah tak happy kalau dapat hadiah kan :)
4) Kalau dapat belanja family saya makan. Oh, memang seronok. Kalau ada duit lebih je, beli KFC ke Pizza Hut ke, Satay ke belanja diorg. Happy lah. Happy melihat mereka happy ;)
5) Kalau dapat belanja mama pergi mengurut di Kakiku. Pergi urut sama2. Happyyynye rasa.Nak belikan mama & ayah kerusi urut Gintell tak mampu lagi, bawak gi tempat urut pun jadilah ;)
6) Dapat shopping baju dan kasut. Shopping hand bag & seluar tak berape minat sgt tapi kalau bajuuu & kasut, memang minat! Happy je rasa! Nampak cantik je terus beli ;) Hemy, pompuan & kasut mmg tak boleh dipisahkan lah. Terima jela hakikat ini.Hehe
Wedges terbaru. Ahaks ;p
Kalau lipan tengok koleksi kasut aku dia pon kompius, ni manusia ke lipan. Hoho
7) Dapat berjumpa kawan2 kesayangan saya. Nak2 yg dah lamaaaa gila tak jumpa. Oh, I mish them much!
8) Happy kalau dapat pergi bercuti. Bercuti mmg seronok & menggembirakan. Tak kiralah bercuti..
Dalam negara ;)
Mahupun..
Luar negara. Yay! ;)
9) Dapat bagi hadiah kat org2 yg tersayang sempena hari penting mereka. Tak kira lah mase birthday ke, kahwin ke, konvo ke. Suke je bagi2 hadiah ni.Terasa happy.Mcm Santa Claus ;) Sbb saya tahu mereka happy dapat hadiah, jadi saya pun turut happy juga. Hohohoho (gelak santa claus)
10) Bile saya dapat jumpe ketiga2 pengerang jantung hati saya ni.Happy nye! Nak2 yang paling comel nih!!!
Baby Iman Dani! Holoh holoh holoh. Comeynye awak! Picit2!
Wekkk!
Ammar & Ayish comel lotey ;)
Banyak lagi perkara2 lain yg menghepikan saya tapi ni antara 10 yg teratas. Ok, sekarang saya nak mengetag mereka2 ini. Saya nak tahu ape yg menggembirakan mereka ;)
1) Kak masy
2) Wafa
3) Arabella
4) Jard
5) Kak Zonaku
6) Hemy
7) Keri
8) Pn Ibu
9) Yatie Sb
10) Bapak
P/s: Harini feeling " saya-saya"pulak. hehe








