Pages

Wednesday, March 27, 2013

Degree of breastfeeding :)

Alhamdulillah, 13 bulan dah menyusukan Aqil Hamzah dengan penuh kasih sayang. Syukur Allah murahkan rezeki Aqil untuk minum susu ibu lagi secara ekslusif. Pernah jugak cuba bagi Aqil minum susu formula tapi dia taknak. Taknak kan susu formula tu dan juga taknak minum dalam botol. Masih taknak. Anti betul dengan botol susu sekarang. Nak botol susu original jugak. Dekat taska pun rela dia minum airkosong dari training cup dia dari minum susu dari dalam botol. Mujur hantar dia separuh hari je dan dia pun dah makan. Jadi tak risau dia lapar atau haus. Tapi dalam masa yang sama tetap juga nak ajar dia terima botol susu, yelah..dah besar kan. Dah macam abang2 dah. Tak macho tau abang ngempeng lagi :P

Mama Aqil pula sampai sekarang masih amalkan minum Natalshape lagi. Untuk supplement. Ibu menyusukan anak memang perlukan supplement. Untuk bekalkan tenaga, tambahkan kalsium dan segala vitamin yang diperlukan. Alhamdulillah Natalshape memang sesuai lah ngan badan ni, jadi "milk booster" juga. Susu sentiasa ada. Kekadang smpai bengkak2 jugak sebab Aqil kan sekarang dah makan, jadi kurang minum susu. Tapi kekadang terasa "kosong" je especially masa nak period. Perubahan hormon. Sebab tu perlukan supplement. 

Oh, nak cakap pasal milk booster, tak semua mommies milk booster nya sama. Lain orang lain milk boosternya. Ada yang makan ni, melimpah ruah susunya, tapi tak kat orang lain. Orang lain cuba yang lain, berkesan pulak kat dia. Macam tulah. Kena cuba dan usaha. Kena sesuai dengan diri. InsyaAllah, kalau niat kita bebetul ikhlas, usaha doa dan tawakkal, akan dipermudahkan :)


Pada mommies yang susu nya dah merudum, tak berkesempatan nak fully breastfeed anak lama2, takpe.. janganlah sedih. Susu formula pun bagus juga. Kita semua dulu pun minum susu formula jugak kan, cerdik pandai je skarang *senyum angkat2 kening*. Kalau takde rezeki untuk breastfeed anak sulung, manatau rezeki untuk anak kedua dan seterusnya melimpah ruah kan. Allah kan Maha Pemurah. Always think positive :)


Natalshape ni susu feveret mama kita! :D
Baik untuk mama kita, baik untuk mama kawan2 kita juga :)
InsyaAllah.






P/s: Sesiapa yang berminat untuk beli Natalshape boleh sms saya ok. Pn Erina 0126424061 :)

Thursday, March 21, 2013

Rakaman JJCM :)




Alhamdulillah. Semuanya berjalan lancar. Happy! InsyaAllah dalam bulan 4 atau awal bulan 5 akan ditayangkan. Nak cerita banyakkk ni..dari A sampai Z tapi skrg tersangatlah busy. Busy sangat2. Nanti ada masa kita buat karangan panjang2 ok. Bye


Friday, March 15, 2013

Fradoo Abc dalam Jalan Jalan Cari Makan :)

InsyaAllah. Petang ni dalam pukul 3,akan diadakan rakaman Jalan Jalan Cari Makan di Fradoo.Ye..Fradoo! Macam tak percaya Fradoo dipilih untuk JJCM musim baru ni. Dulu kalau tengok JJCM mesti terdetik dalam hati "Bilelah Diorang nak datang Fradoo ni", sekali bebetul diorang nak datang. Rezeki. Syukur Alhamdulillah. Jom datang Fradoo untuk memeriahkan lagi suanana jom samil2 pekena abc special. Jom2! :D

Nak bergambar dengan Qi pun boleh. Ye..hos JJCM musim baru ni ialah Qi.Ehem ehem :P



Jom support Fradoo Abc!! :)



Monday, March 11, 2013

Perkembangan terkini Aqil Hamzah :)

Dah setahun dah umur anak mama ni. Kejap je kan. Serius terasa macam kejap. Bila belek2 gambar dia masa baru lahir tu rasa macam baru je lahirkan dia. Setahun umur Aqil bermakna dah dekat 2 tahun jugak status kerja aku sebagai surirumahtangga yang berjaya. Maybe dah sampai masa untuk mama Aqil cari kerja ?? Oklah, yang tu cerita nanti2. Ni nak cerita pasal Aqil Hamzah. Macam2 akal dah sekarang.Kekadang tengok kerenah dia tu melucukan hati :)


  • Dah pandai berdiri sendiri, meniti sekeliling rumah. Meniti sofa, katil, semualah yang dia boleh pegang sambil berdiri dan berjalan. Oh, mandi pun dah tak pakai bath tub sekarang. Mandi berdiri je. Kaki dia dah betul2 kuat Tapi yang kelakarnya nak duduk dari berdiri tu tak reti lagi. Kalau dia dah penat berdiri nanti ekk ekkkk..merengek panggil kita suruh duduk kan dia. Manja! ;)

Kusyuk nak pilih mana 1 yang berkenan dihati :)

  • Suka makan. Tapi bubur nasi & nestum je la.Macam biasa. Yang lain2 macam buah ke biskut ke big no no. 2 minggu sudah Aqil kena muntah2. Apa yang masuk dalam perut dia, tu yang terkeluar balik. Membuak2. Ni semua gara2 mama Aqil bagi Aqil makan mushroom soup. *Sigh* Marah dengan diri sendiri sebab sukahati sumbat makanan kat mulut anak. Dah la mushroom. Haihh. Doc kata stomach upset. Mujur bukan sebab keracunan ke apa. Lepas dari kejadian tu Aqil macam hilang selera makan. Dia macam fobia takut muntah. Alhamdulillah minggu lepas dia dah ada selera balik. Suka makan dengan banyaknya. Barulah mama senang hati :)
  • Mam..ma, nenn..nen, aa..yaaaa. 3 words ni memang obvious dengar dari mulut dia sekarang. Kejap2 mam..ma panggil mama. Nak susu nen..nen (sambil selak2 baju kita carik nenen). Kalau nampak ayah..aaa..yaaa. Comel je dia cakap! :)
  • Pandai bye bye dan aminn (raup muka). Lepas baca doa makan, aminnn..cepat2 dia aminnn.
  • Dah mula faham arahan jugak. Kalau dia pegang something macam tisu ke,toys ke, kita cakap.."Aqil, give mama",nanti dia pun bagi apa yang ada kat tangan dia tu ke kita :)
  • Hi5, Tayo, Pororo, Chiro, Mickey Clubhouse..haa..ni semua kegemaran terbaru dia. Siap menari2 geleng2 kepala lagi kalau dengar lagu hotdog Mickey tu.

Menari nari ;)

Ni nak menari Gangnam Style ke??
*Ok, mama fengsan*
  • Suka mengajuk (meniru). Kalau dengar bunyi cerek berbunyi masa masak air tu, dia pun menjerit nyaring jugak macam bunyi cerek tu. "Eeeeeeeeeeee" dia jerit. Baby nangis pun dia ajuk kan jugak. Macam2 Aqil Hamzah ni. Memang lucu bila tengok keletah dia.

Ada ciri2 sukakan kucing juga. Macam mama dia :)
Tengoklah aksi Aqil, memula macam takut2, sekali bila nak kucing tu dah manja2 dengan dia, tak takut dah. Dia pegang, cubit telinga dan cucuk2 perut kucing tu. Hahaha


Ni lah antara perkembangan terbaru Aqil. Oh..Aqil belum kena MMR jab lagi. Patutnya dia ada checkup 2 hari lepas birthday dia, tapi disebabkan dia tak sihat haritu, terpaksalah dipostpone.

Aqil nampak macam dah kurus sikit kan?? 
Orang kata dia nak ringan2 kan badan, nak cepat berjalan. Takpelah kurus sikit, asalkan anak mama sihat, aktif & ceria :)


Friday, March 08, 2013

Jom Like :)

 *Sticky Post*

Natalicious & Natalshape. Susu bernutrisi pre & post natal pertama di pasaran yang mengandungi sumber makanan Sunnah. Natalicious mengandungi segala kebaikan yang diperlukan oleh oleh ibu mengandung seperti susu kambing, kismis, delima, bayam dan pisang.Dapat membekalkan nutrien yg cukup untuk ibu dan bayi serta memberikan tenaga. Natalshape pula mengandungi khasiat kurma, kacip fatimah dan manjakani. Sangat sesuai untuk ibu selepas bersalin dan yg sedang menyusukan anak. Dapat memberikan tenaga agar ibu cergas sepanjang hari dan juga sebagai "milk booster". Info lebih lanjut tentang Natalicious & Natalshape.Baca juga testimonial saya tentang Natalshape di sini. 


Please like to show ur support. Tenkiu so much! :)

Jalan-jalan cari makan :)

Memula moh kita ke restoran Upin Ipin. Lama dah menyimpan hajat nak awak Aqil makan kat sini,Aqil kan peminat no 1 Upin Ipin, tapi tak berkesempatan. Akhirnya minggu2 yang sudah, dapat juga bawak dia kat sini. Restoran Upin Ipin dekat seksyen 7, Shah Alam belakang Jakel yang gah tu.

Masuk je restoran tu, Aqil dah senyum2. Suka la tu nampak Upin Ipin terpampang besar kat dinding. Mama Aqil pun tumpang suka jugak. Eksaited!(eh, mama pulak eksaited).Restorannya memang penuh dengan karakter Upin Ipin. Bersih, selesa & berhawa dingin. 


Moh tengok menu nye pulak


Macam2 set ada. Set nasi opah, set Upin Ipin. Banyaklah. Sekali dengan air.

Setiap set harga RM10 ke atas. Boleh tahan

Sambil tunggu makanan sampai, anak2 terpaku tengok Upin Ipin kat tv

 Kusyuk!!


Ini ialah set Nasi Ayam Upin Ipin


Lily pilih set nasi ayam masak lemak
Ololoh..adik Dhiah comey.


Kakak Intan pilih set kanak-kanak. Which is ada seketul ayam goreng drumstick dengan fries. Harga RM9 tak silap. Sekali ngan air.


Setelah apa yang kami order sampai, ada sedikit kiciwa lah dihati. Sebab nya makanan dah sejuk.Huhuhu Rasa makanan ok tapiiiiii fries kakak Intan macam digoreng dengan minyak recycle T_T. Mungkin expectation kami tinggi bila nengok buku menu nampak makanan macam "Whoahh!" tapi bila makanan sampai dan makan "Oh, ok". Haa..gitulah. Apa2 pun we had a great time. Tak baik komplem2 makanan ye dok, rezeki tu. Ramai orang makan kat sini. Bebudak nampak sangatlah enjoy. Tapiii..sekali sekala awak anak2 makan sini oklah kot, kalau selalu..kempis poket ayahnya. Hehehe. Boleh bagi 3/5 bintang untuk restoran ni :)

Jom ke restoran Mak Tim pula. Terletak di bulatan Keramat, KL. Bab2 KL ni ayah Aqil lah terer. Mama Aqil terer area Shah Alam je. Restoran ni kan masuk Jalan-Jalan Cari Makan aritu, terus berkobar2 hati nak ke sini. 

Mak Tim 
"Sajian Asli Warisan Johor"

 Mak Tim short form untuk Mak Timah kot. Mohle kita terjah ke dalam.

Restoran nya besar, selesa & open air :)

Aqil nak makan apa sayang??
*termenung*

Kami mestilah nak makan nasi beryani!! Nyummm! Memasing awak perut lapar. Tapiiii..kiciwa hampa nya kami bila waiter kedai tu kata nasi beryani dah habis. Ada nasi tomato je. Huhuhuhu. Nangis. Disebabkan dah lapar, nasi tomato pun nasi tomato lah. 

Nasi tomato ayam masak merah dengan nasi tomato kambing.

Sedapp!! Serius. Portion pulak adalah banyak.Puas makan.Lepasni kena makan nasi beryani nya jugak.Harga nasi tomato ni ialah RM10. Berbaloi2.

Ni ais jagung. RM3.50.
Aaaaa..memang nyaman!! Sedap sungguh. Festaim minum ais jagung sesedap ini. Siap minum 2 gelas lagi. Terlalu teruja plus hari yang tengah panas terik. Perghh. Memang layanlan minum ais jagung ni.Nak cuba buat kat Fradoo lah nanti :D Macam2 menu ada kat Mak Tim ni, masakan Johor macam mee bandung, soto, tauhu bakar, sotong kangkung pun ada.Restoran Mak Tim ni kami bagi 4/5 bintang :)

Sekian jalan-jalan cari makan dari kami. Hari minggu nanti bolehlah bawak family makan kat sini. Dan tak lupa, Selamat Hari Wanita untuk semua wanita2 di dunia. Kita insan hebat! :)









Wednesday, March 06, 2013

Tuesday, March 05, 2013

Gyro bowl yang super best!!

Sebab apa gyro bowl ni best?? Sebab makanan2 dalam mangkuk ni takkan tertumpah. Bila ada ada anak yang semakin membesar ni kan..semua kalau boleh nak buat sendiri. Makan sendiri terutama sekali. Pastu, bila dah makan sendiri..konfem2 makanan akan bertaburan keluar dengan riangnya lebih dari masuk mulut anak sendiri kan. Sobs. Sadis. Mak2 yang pening nak membersihkannya. Bila pakai gyro bowl ni, masalah makanan bertaburan dah takde lagi. The food bowl that never spills! Haa..macam iklan smartshop tak?? Hihihi

Ok, meh nak tunjukkan demo.
*Siap ada demo lagiiiii*

Yang diperlukan ialah 1 gyro bowl dan 1 peket choco puff Upin Ipin.
Eh..cereal brand lain pun takpe. 

Bubuh cereal dalam gyro bowl.
Bagusnya gyro bowl ni siap ada penutup sekali, so nak bawak makanan anak ke mana2 senang.


Kita pusingkan gyro bowl 90 darjah.
See..cereal tak jatuh pun.


Even kita terlangkupkan gyro bowl 360 darjah, cereal still tak tumpah!!
Magic kan :)

Moh kita test kat kakak Intan makan pakai gyro bowl ni..

 Disebabkan gyro bowl ni boleh berpusing2, jadi..makan tak tumpah


Tengok kakak Intan pegang gyro bowl, steady je :)
"Kakak, makan apa tu?? Aqil nak sikit boleh??"


"Tak boleh la Aqil, ni kakak punya..Aqil kecik lagi"


"Nah, Aqil amik gyro bowl kosong takpe"


"Sampai hati kakak bagi kita mangkuk kosong je..Aqil majuklah"
*muka sedih*

Hohoho. Siap berdialog pulak 2 budak kecit ni. Memang terbukti gyro bowl ni best. RM18 sahaja termasuk post. Memang berbaloi. Berminat tak? Kalau berminat bolehlah order di Little Intan. Atau boleh wassap2 je dengan Lily (adik ipar) 0192444986. 

Macam2 ada kat Little Intan. Antaranya ni

Carter's romper 5 in 1.

Comey2!!
1 set  RM30
2 set RM55

Baby safety pun ada..bagus menda ni boleh letak dekat bucu2 meja yang tajam tu.
Jadi tak perlu risau kalau anak kita terkena bucu meja lagi

1 set ada 4 = RM10 sahaja

Fisher Price Diaper Caddy
RM37 including postage


BabyGap's pyjama.
Macam2 corak yang menggeramkan!
RM 24

BabyGap 2 set
Comey sangatlah.
RM24 sahaja


Aqil..customer tetap Little Intan.
Bahagia dalam dunia Elmo dia. Hehehe.

Feel free to visit at Little Intan. Ada macam2 lagi produk baby yang comel2.