Erina Asmawani

My photo
La Tahzan. Allah ada. Dia maha mengetahui, maha pengasih lagi maha penyayang :)

Your Friendly Coway Agent

Your Friendly Coway Agent

Wednesday, January 02, 2013

Natalicious & Natalshape :)

Salam Rabu semua.Dah masuk tahun 2013. Harap semua ok sihat sejahtera sihat ceria di hari ke 2 tahun baru ni. Harini saya nak share pasal bestnya susu keluaran Natalia ni iaitu Natalicious dan juga Natalshape.Sejak dah masuk majalah Mingguan Wanita aritu kannnn.. *heee..maluuu*, teruja  nak kongsi dengan korang semua tentang khasiat susu2 ni. Sudi2kan luangkan masa untuk baca ye :)


Memperkenalkan...
Natalicious

Susu bernutrisi pre-natal pertama dipasaran yang mengandungi sumber makanan Sunnah.


Adik ipar saya, Lily yang mula2 memperkenalkan produk Natalia ni.Dia pengguna tegar Natalicious. Dia start minum masa usia kandungan dia 3 bulan. Memang nampak perubahan dekat dia sejak dia minum Natalicious.Sepanjang kehamilan yang kedua ni, dia memang sentiasa aktif, sehat & cergas. Kalah orang yang tak mengandung. Bayangkan dengan nak uruskan anak yang usia setahun lagi, uruskan rumahtangga lagi, tapi dia tetap bertenaga. Tak nampak lesu lemahnya. Kata dia lagi, sejak minum susu ni, dia tak alami cramp kaki dah malam2. 

Susu kambing, delima, kismis, alfalfa, bayam dan pisang adalah antara khasiat yang sangat2 diperlukan untuk ibu mengandung. Selain membekalkan tenaga kepada si ibu, ia juga memberikan nutrien yang cukup pada bayi dalam kandungan. Jom kita tengok lebih details pasal bahan2 kandungan susu best ni.



Susu Kambing

Susu kambing sangat sesuai untuk ibu mengandung kerana  kaya dengan protein, enzim-enzim dan Vitamin A yang penting untuk kesihatan. Pemakanan yang sihat bermula dari awal kehamilan dapat membantu proses tumbesaran bayi yang sihat, cergas dan pintar. 

Susu Rendah Lemak

Susu rendah lemak memberikan kalsium, vitamin dan mineral yang sama di dalam susu penuh krim tetapi kandungan lemaknya adalah rendah.



Kalsium

Ibu mengandung memerlukan kalsium yang cukup dalam badan. Kekurangan kalsium sewaktu hamil akan menyebabkan ibu berisiko untuk mendapat osteoperosis.Selain dari  mencegah osteoperosis, kalsium juga diperlukan untuk mengekalkan kesihatan tulang dan gigi, membantu penghantaran maklumat saraf dan pembekuan darah, melegakan pedih ulu hati serta membantu individu yang mengalami masalah tekanan darah tinggi. 

Delima

Pengambilan buah delima semasa mengandung dapat melindungi otak bayi semasa kelahiran. Delima juga mengandungi potassium dimana dapat mengelakkan kekejangan kaki yang biasanya dihadapi oleh ibu mengandung pada waktu malam. Delima juga membantu menghasilkan bayi yang sihat dan kulit yang cantik. Sabda Nabi Muhammad saw, “ Tidak ada delima yang tidak mempunyai buah dari delima syurga di dalammya” (HR Abu Nu’aim)

Kismis

Nabi Muhammad SAW bersabda: "Biasakanlah memakan kismis kerana kismis dapat menghilangkan kepahitan (hempedu/cairan kuning), menghilangkan lendir,menyihatkan badan, membaguskan rupa, menguatkan saraf dan menghilangkan letih".

Manna

Manna atau dikenali juga sebagai Arabic Gum,kaya dengan fiber diet boleh larut yang memudahkan sistem pencernaan. Membantu proses gastrointestinal badan. Mengandungi serat yang membantu mengurangkan gas dalam badan. Menggalakkan pembiakan bakteria sihat di dalam perut dan ia mencegah kanser kolon, sembelit dan cirit-birit. Membantu melawan penyakit kencing manis dan jantung. Memberi rasa kenyang yang berpanjangan.

Bayam

Bayam kaya dengan sumber vitamin K, A, C, B2, B6, folat, magnesium, besi, kalsium dan kalium. Bayam juga merupakan sumber baik untuk serat pemakanan, protein, fosforus, zink dan vitamin E. Selain itu, bayam juga merupakan sumber baik asid berlemak omega 3, niasin dan selenium. Terdapat 13 jenis sebatian flavonoid yang berfungsi sebagai antioksidan dan agen anti kanser. Folat dalam bayam juga diperlukan bagi pembesaran fetus terutamanya untuk pembentukan sistem saraf yang lengkap. Kecacatan seperti bibir sumbing atau spin bifida boleh terjadi disebabkan kekurangan folat.

Pisang

Pisang mengandungi magnesium, fosforus, iodine, kuprum, vitamin B1, B2, B6 & C, niasin, dan folat. Pisang mengandungi asid, enzim, dan sebatian kimia penting. Ia juga mengandungi tiga jenis gula semula jadi iaitu sukrosa , fruktosa dan glukosa. Bagi ibu hamil, dengan memakan buah pisang dikatakan mampu memastikan tahap gula dalam darah meningkat dan keadaan ini mampu mengelakkan anda daripada mengalami masalah 'morning sickness'.

Stevia

Ciri paling unik mengenai stevia ialah ia merupakan pemanis semula jadi yang tidak mengandungi kalori. Di percayai secara tradisional, stevia mengandungi sifar kalori, lemak, kolestrol, gula dan karbohidrat. Stevia mengandungi vitamin A, B, C dan mineral penting untuk pertumbuhan kanak-kanak. Amat bagus untuk ibu hamil dan juga ibu yang menyusukan anak kerana dapat mengawal paras gula dalam darah dan mengelakkan dari diabetes.

Alfalfa Klorofil

Alfafa merupakan sejenis tumbuhan yang mempunyai struktur akar yang unik di mana ia boleh menyerap pelbagai zat galian, vitamin dan lapan jenis asid amino dan amat kaya dengan metionin, vitamin A, C, D dan K. Alfafa sememangnya diketahui kaya dengan klorofil iaitu sekurang-kurangnya empat kali lebih tinggi daripada sayur-sayuran biasa. Alfalfa amat kaya dengan Asid Alfa Lipolik (ALA), Zink, Selenium, Vitamin A, C, E dan mineral lain seperti kalsium dan fosforus.

Marin Collagen

Kajian klinikal menunjukan keberkesanan penggunaan kolagen adalah mengurangkan bilangan, kepadatan dan kejelasan kedutan, memastikan keanjalan kulit serta memberi kesegaran kepada kulit.Sangat berkesan untuk mengatasi masalah kulit kering, kusam, tidak sekata, berparut dan berkedut.

Vanilla

Merupakan bahan pewangi dalam makanan dan mengandungi antioksidan tinggi. Membantu mengawal nafsu makan. An mencantikkan dan mencerahkan kulit. Menenangkan urat saraf, membangkitkan mood dan membantu menurunkan berat badan.

Best kannn??? Memang kandungan yang lengkap. Ada kolagen lagi yang dapat membantu mommies-to-be kat luar sentiasa kelihatan cantik dan berseri2 :) Natalicious bukan saja sesuai untuk ibu hamil tapi juga sesuai untuk wanita yang merancang untuk hamil

Ok, sekarang nak share pasal kebaikan Natalshape pulak. 
Natalshape
Susu bernutrisi post-natal pertama di pasaran yang mengandungi sumber makanan Sunnah

Semestinya saya ialah pengguna Natalshape.Susu ni memang banyak khasiatnya. Selain memberi nutrien yang secukupnya untuk badan saya yang sedang menyusukan anak ni, ia dapat membekalkan tenaga sepanjang hari juga.Kalau dulu masa lepas berpantang,memang saya sentiasa lesu dan lemah je. Lembik! Nak buat kerja rumah rasa tak larat je.Alhamdullilah..memang banyak perubahannya lepas saya minum Natalshape ni. Masalah lemah lembik lesu longlai memang tak ada dah.Natalshape ni pun sesuai dengan saya as a "milk booster". Pernah satu masa dulu masa Aqil umur 4 bulan, susu saya mula merudum.Masa tu memang panik dan down sangat. Lepas 4 hari minum Natalshape, Alhamdullilah susu kembali banyak.Syukur sangat. Masih diberi peluang untuk menyusukan Aqil secara ekslusif sampai sekarang. Rezeki Aqil :) 

Sama seperti Natalicious, Natalshape juga mengandungi kebaikan susu kambing, susu rendah lemak, kalsium, delima, manna dan marine collagen. Bahan istimewa yang terkandung dalam Natalshape ialah kurma, manjakani dan juga kacip fatimah

Kurma

Kaya dengan unsur zat besi, kalsium, fosforus, sodium, niasin, serat, vitamin A dan C, zat galian iaitu potassium , magnesium dan kalsium. Memudahkan ibu-ibu untuk bersalin. Potassium diperlukan untuk sistem saraf untuk merangsang daya ingatan, membangkit nafsu kelamin dan meningkatkan sistem pertahanan badan. Mencegah barah payudara dan rahim.


Manjakani

Kaya dengan tannin, asid tanik, antioksidan, serat, zat besi, karbohidrat, vitamin A dan C, kalsium, protein serta elemen astringent, anti-mikrobial dan anti radang. Merawat keputihan, gatal-gatal, sakit tekak, ulser dan masalah kulit. Antioksida untuk melambatkan proses penuaan sel, mencegah barah payudara dan rahim. Asid galik mencegah kencing manis dan lelah. Bersifat astrigen iaitu berupaya membasmi bakteria dan kuman pada faraj, berupaya mengecutkan tisu-tisu dalam faraj, berupaya menyerap lendir dan lelehan faraj. Menegangkan dan mencantikkan kulit serta dapat mencegah jerawat. Mengawal kulit dari kering dan berminyak. Tanin membantu memulihkan otot dalaman, menegangkan otot dalam faraj dan merapatkan bahagian yang longgar atau kendur. Membaiki dan menganjalkan otot-otot payudara. Meningkatkan hormon estrogen. Melancarkan sistem pencernaan. Membersihkan dan membina rahim bagi wanita selepas bersalin atau haid. Mengurangkan selulit.

Kacip Fatimah

Mengandungi elemen antioksidan dan phytoestrogen. Mencegah pembiakkan sel pra-kanser. Memantapkan tisu yang memerlukan hormon estrogen. Mengukuhkan struktur tulang dan melambatkan proses penuaan. Merawat masalah keputihan. Membuang angin dalam badan. Melancarkan proses kelahiran bayi. Mengembalikan kecergasan selepas bersalin dan membantu pengecutan rahim. Melangsingkan badan dan membantu menegangkan otot-otot.




Memang best kan bahan2 yang terkandung dalam Natalshape ni?  Selain dapat memberikan tenaga kepada ibu yang menyusukan bayi dan dijadikan sebagai "milk booster", ia juga dapat membantu untuk mengecutkan rahim selepas melahirkan anak. Masa berpantang tak perlu lagi nak ambil jamu2 untuk mengecutkan rahim dan menjaga sistem peranakan (dikhuatiri baby akan terkena jaundis akibat mengambil jamu sewaktu pantang), kebaikan kacip fatimah dan manjakani ada dalam kandungan Natalshape ni. Selamat untuk diminum :) Memang sesuai untuk ibu yang melahirkan anak secara normal mahupun secara pembedahan.

Apa rasa susu ni?? Sedapppp!! *Untuk hantu susu macam saya*. Walaupun ada susu kambing, tapi percayalah..takde rasa susu kambing pun.Jangan risau.Susu ni berperisa vanilla yang enak. Nyummm! 
Natalicious warna agak kehijauan sebab kandungan alfafanya. Natalshape warna macam susu biasa :)


Produk Natalia ialah produk bumiputra yang dijamin kualitinya.Dan semestinya halal

Sijil Halal oleh Jakim untuk produk Natalicious& Natalshape



Sekotak Natalicious atau Natalshape (15 sachets) RM80 EM/RM90 WM sahaja :)
Postage EM/WM:RM6/RM8



Mana nak cari Natalicious dan Natalshape?? Disebabkan saya ialah pengguna Natalshape yang sangat berpuas hati dengan produk ni, saya kini ialah substokis produk Natalia ni. Yeay! :D Alhamdullilah. Produk ni memang sangat sangat recommended untuk mommies sekalian. Good for me, good for mommies too. InsyaAllah :) Jika berminat untuk beli Natalicious atau Natalshape, bolehlah email ke erinaasmaa(at)yahoo(dot)com atau sms atau whatsapp no saya Erina 012-6424061. COD pun boleh, area seksyen 18 Shah Alam atau dekat Fradoo.Sambil2 tu boleh pekena ABC special ye dok? Hehehe. Marilah sama2 menikmati khasiat produk Natalia yang dijamin suci dan halal.Spread the goodness of milk :)



11 comments:

Aty Fared said...

Macam menarik..since aty pon ngah mencarik produk dalaman...sejak 2 menjak nih rase bdn tak larat..hurrmmm....

diary_ciknaa said...

haih dh kate nak energy, ngandong nk kne jaga yg dalam, yg luar plak tgh melasak.. kne beli nih.. hehe.

Mimy Hamid said...

nak slim boleh try tak...mcm best..

m@m@yAyA said...

Nak try jgkla..since da tkr job br ni mn thu byk kje nti lg btmbh pnat tkut je laut plak nk proses stok susu sb skrg pn bdn asik ltih lesu..

Erina Asmawani said...

Memang bagus susu ni mommies..mehla cuba. Kak Mimy..memang dapat membantu kuruskan badan sebab lepas minum Natalshape, perut akan rasa kenyang je. Sms Ena k mommies :)

Asz Miza said...

Da lama bca pasal produk natalia ni since preggy, nk try tak tertry2 lg..skg ni d bersalin rasa nk tambah kalsium sbb rasa xckup..natalshape mcm best je..

Anonymous said...

assalamua'laikum..jika saya merancang untuk hamil,boleh ke saya ambil produk ni lebih awal sbb saya memang mengalami alahan teruk sewaktu mengandungkan anak pertama dan kedua...

Erina Asmawani said...

Asz Miza:
Cubalah..memang best. Saya pun minum ni Alhamdulillah dah takde masalah letih..susu pun meriah :)

Anon:
Waalaikumsalam. Boleh minum awal untuk merancang kehamilan. InsyaAllah, puan dan baby akan dapat semua kebaikan susu ni. Adik ipar saya minum susu ni dari awal kehamilan dia, memang tak mengalami muntah2..tapi lain orang lain badannya. InsyaAllah ok juga untuk puan lepas minum susu ni :)

Kusya Suffiya said...

Assalamualaikum.. nak tanye.. 1box ada bape sachet ek???

Unknown said...

assalamualaikum..

susu natalshape boleh naikkan berat bayi x? saya masih menyusu badan dan anak saya 8 bulan 7.4kg.

Unknown said...

assalammualaikum,
tumpang tya, susu ni minum brp x sehari? 1 kali sehari atau 2 kali sehari. tk









Copyright to ERINA ASMAWANI
Designed by UMIESUEstudio 2015