Erina Asmawani

My photo
La Tahzan. Allah ada. Dia maha mengetahui, maha pengasih lagi maha penyayang :)

Your Friendly Coway Agent

Your Friendly Coway Agent

Friday, February 27, 2009

Kucing Ajaib


Ia pandai menjelirkan lidah secara automatik semasa gambarnya dirakam. Mungkin dalam hati kecilnye berkata "Duuhhh..gambar aku pon ko nak tgkap ke? Aku tau la aku hensem lagi macho". Selain pandai bergambar sambil menjelirkan lidah, ia juga pandai berposing di atas laptop kesayangan aku tanpa arahan. "Like i care.." mungkin dalam hatinya berkata lagi. Oh kucing..ko mmg ajaib~


* Ini adalah entry tuk release kan tension. Sok aku ade test. 2 test lagi pulak tu. Ye..ye..sok ari Sabtu, semua gi keluar jejalan, gi dating tapi aku ade test. Nak wat camne. Uitm kan best. Hakhak. Ok2. Sebelum aku tersasar lebih jauh, kawan2..WISH ME LUCK ;)


Wednesday, February 25, 2009

Jom pekena ABC

Perghh..kalau time panas2 camni, syoknye kalau dpt makan ABC..nak2 lagi kalau ABC FRADOO. Nikmatnyaaaa~ *Haha..promote jgn tak promote



Nyummm! Nyumm!
*saje nak bagi korang terliur..hakhak*




~Sila..sila..jemput makan ABC~
*anak tokey pun nak gak..haha


Jom ramai2 gi Fradoo eh =)


Monday, February 23, 2009

Uuu..La..Laaa..

Mentang2 la takde kelas harini, jadinya aku pergilah beriadah. Beriadah di mana? Di Gulati's dan Kamdar. Semalam dah pergi, hari ni pergi lagi. Hahaha..Tak kisah la pergi berapa banyak kali pon, yang penting aku dpt temankan si bestie beli brg2 tuk persiapan kawen dia. Dapat gak aku menyumbangkan idea2 (menyumbangkan duet tak mampu lagi..ngeee).


~Si bakal pengantin & adik beliau yg comel~


Oh, dan hati aku sgt happy harini sebab dapat purse baru. Lalalala..gumbira ok. Yah went to Jakarta last 2 weeks and she bought me this gojes LV's purse. Sgt cantek dan aku sgt2 suka! Hee..Tima kaceh Yah =). Ai sayang yu lebih tau. Hee..


Cantek kan? ;)


Ok, cukup2. Its time for me to study now. Enjoy2 jugak, study jangan lupa. Hehe. Daa~



P/s: Dan sememangnya jugak harini aku byk gila makan. Mana diet aku pergi ni? Huhu..Diet..Diet..sila kembali pada diriku ini..Haih~

Kronologi aktiviti hari Ahad

Pukul 10.40 pagi: Gerak ke rumah Yah comot




Pukul 11 pagi: Jemput bidadari2 yg lain



Pukul 1 ptg: Sampai di Jalan TAR dan terus ke Jakel


Pukul 1.20 ptg: Jalan ke Kamdar pulak


Pukul 1.30 ptg: Operasi mencari kain tuk bidadari2






Pukul 1.50 ptg: Hampaaa..sebab kain kat yg atas tu tak cukup
10 meter.Tak jadik beli dan terus ke Jakel balik

Pukul 2.00 ptg: Singgah Mydin jap tgk set kain lace yg cantik


Pukul 2.10 ptg: Carik kain yag sama macam yg kat atas tu. Tapi takde.
Hampaaaaaa...sekali lagi. Keputusan terakhir, pergi Kamdar balik


Pukul 2.15 ptg: Singgah Mydin pulak lagi nak tgk set kain lace yg tadi tu.Tapi tak beli pon.


Pukul 2.20 ptg: Pusing2 carik kain kat Kamdar sekali lagi.


Pukul 2.40 ptg: Alhamdulillah. Jumpe gak kain yg bidadari2 berkenan.





Finally, this is the super lovely kain 4 us= The Bidadaris
*Pakai sempena wedding Yah nanti =)


CANTEEKKKKKKK!!!!

Pukul 3.30 ptg: Makan kat Semua House

Pukul 4 ptg : Balik.Huhu. Rush hour sungguh!




P/s: Thanx a lot Yah!! Sayangggg ko sgt. Sgt2 la!

Friday, February 20, 2009

Happy birthday mama =)

Comel tak?


Cuppies made by me =)


1st time wat cuppies..hee..syukurlah menjadik. Senang je rupenye wat cuppies ni. Pas ni ley wat cuppies lagi.Lalala..

Thursday, February 19, 2009

Untuk mama tercenta =)

Sok beday mama. Yay! Haruslah ada hadiah tuk mama kan. Tahun ni tak susah sgt fikir nak hadiahkan apa tuk mama sebab mama dah gitau awal2 apa yang dia nak. Heheh. Jadinya, lepas kelas tadi, aku terus gi kedai yang ada jual barang yg mama idam2kan tu.





Aku ke Tupperware Store. Hakhak. Tak pernah aku sampai tupperware store ni ok. Dahla memula aku tak tau tupperware store kat Shah Alam ni kat ne. Selalu yang aku tau barang2 tupperware ni order dari catalog je. Tapi bila aku google, rope2nye ada storenya kat Shah Alam ni. Kat seksyen 24. Hee..Nasib baik dekat je.


Masuk2 kdai tu, kakak kat situ punya lah peramah. Pot pet pot pet. Padahal aku ni datang nak beli 1 benda je. Dia suh aku jadik ahli la..itu la..ini la. Huhu. Aku cakap aku nak beli benda ni (sambil tunjuk kat catalog), suh akak tu ajar sket camne nak pakai benda tu. Puas hati, aku bayar terus blah. Tak boleh duk dalam tu lama2, kang terus migrain.Ngee..


Ini lah yg dibeli tadi..
Jeng..jeng..water container yg best tuk mama..hee..



Tapi, sebenarnya mama nak yg jenis ni....



tapi aku tengok yg tadi tu lagi smart dari yg mama nak ni. Ni cam simple sgt. Lagipun yang tu ada holder, cam best je. Senang nak bawak gi mana2, mana tau nak gi piknik ke nanti kan. Lalala..


Pastu trus gi gift shop berdekatan sbb nak carik kotak besar nak taruk water container ni dalam tu. Sekali tgk takde plak.Kotak yg paling besar pun tak muat nak letak water container tu. Huhu. Jadi, aku beli je paper bag yg paling besar kat situ ngan reben comel :p


Sampai umah, mulakan operasi mencantikkan hadiah. Dan hasilnya..


Tomey tak? Hee..


Harap2 mama suka la nanti. Ok, pasni operasi wat kek plak. Wish me luck =)

Tuesday, February 17, 2009

Rape me in my thighs?? know u love my cock??

Wakakakaka.Aku penat ketawa terkekek2 sampai sakit perut. Sampai keluar air mata. Gila lawak mamat nih. Pada sesiapa yg dahagakan lawak gila babi atau yang dah lama tak ketawa, sila tgk video ni, aku dapat dari Perempuan Jomblo. Adeh..deh..sakit perut weh. Semput..Fuh..fuh.


*tunggu loading abes dulu baru best tengok..haha

~Enjoy the show~




Misi 20 Februari 2009

20 Februari 2009 bersamaan ngan hari Jumaat yakni harilahir mama tercenta. Jadi, misinya ialah....


Ehemm...ehemmm..

Tungggguuuuuuu.......



* Perhatian kepada ahli keluarga..sshhh..ini adalah rahsia besar ok!

Sunday, February 15, 2009

Just another wedding "kompang"

Buat pertama kali nya dalam hidup, aku stuck dalam jam selama 1 jam. Kejadian ini berlaku semalam, apabila aku ngan kawan2 aku nak gi wedding kawan kami, Arfah namanya kat Rawang, nak lalu highway Guthrie, tapi jalan kat situ kena tutup. Disebabkan apa? Accident? Bukan.Road block? Bukan. Ada manusia buat mogok? Bukan. Semuanya adalah kerana Le Tour De Langkawi. Yee...Punya barai kitorg dalam kereta. Dari kul 1230 tghari, time matahari tgh panas terik yg amat sampai pukul 130 ptg. Ciss..sampai kan driver2 dan penumpang2 dalam kerete, keluar duk melepak kat divider jalan sbb tak sanggup dah nak duk dalam kereta lama2. Tapi aku tetap gigih duk dalam kereta, ada air-cond, lagi sejuk dari lepak kat luar. Tapi tahap kebosanan kami mmg tak boleh nak kata apa. Aku rasa mcm nak je ketuk pintu kereta makcik sebelah pastu pinjam paper dia jap. Bosan gilaaaaaaa!! Dah la perut aku punyelah berkeroncong mak yong. Kreeuukkk..kreeeaakk..krriiukkkk~~


Apa yg kami buat dalam kereta tuk hilangkan bosan? Tgk aksi2 org yg melepak kat divider jalan, berangan2 jadik artis dan yg paling penting menangkap gambar. Hakhakhak..



~Aku, Kerol & Lan~
*Psst..Lan masih single..sape berminat sila gtau eh..haha



Lepas kul 130 ptg camtu barulah kereta boleh bergerak. Sampai tol Rawang lebih kurang kul 2 ptg. Nak mencari rumah pengantin pun mencabar gak. Sesat2. Huhu. Syukur jumpa gak akhirnya, masa tu dah pkul 2 lebih. Pengantin pun dah lepas makan beradap, tgh busy layan tetamu. Kami pas mkn (lauk kenduri Arfah sedap bangat! =p), bergambar2 ngan pengantin, balik. Penat woo. Walaupun penat tapi puas hati + happy sbb dpt attend wedding member. Member dah jemput, tak baik tak pergi. Kalau ada org yg tak pergi wedding member dia sbb nak celebrate valentine, meh sini aku siku dia. Apa daa..wedding member bukan hari2, celebrate valentine tu bukan penting pun. Dari wat benda2 yg tak berfaedah tu, baik gi wedding member. Dapat gak pahala. Hee. Cakap pasal valentine, best gak kan nikah + wedding time valentine, nanti org lain sibuk celebrate valentine yg ntahapa2 tu, Arfah & hubby celebarate anniversary dorang.Wee..sweetnya~




To Arfah & Hubby: Congratz! Moga berbahagia ke akhir hayat =)
*Arfah sgt tantek tau time wedding dia. Terpesona ngan matanya =p




Ambik berkat bergambar bawah pintu gerbang. Boleh? Haha..



Saturday, February 14, 2009

2 thumbs up for GENG!!!



Malam tadi, aku ngan seangakatan Geng ku pergi ke Summit tuk tgk movie GENG: Pengembaraan Bermula. Kesimpulan yg aku boleh buat dari movie ciptaan Les Copaque ni ialah.. MEMANG BEST!!!! Filem animasi terbaik Malaysia! Even Geng ni cerita animasi je, jalan ceritanya best, 3D nye cam gempak, cukup ngan unsur2 kelaka sampai ketawa terkekek2, seram sampai terangkat badan sbb terkejut, nervous sampai mata terbukak besar, sedih sampai airmata bertakung..semua adalah. Dari awal start cerita tu sampai habis, tak de pun scene yg bosan. Kalau korang rasa diri tu dah tua tuk layan cerita cenggini, silap besar la. Cerita ni bagi aku mmg sesuai tuk semua peringkat umur.Jangan ingat Upin & Ipin ni tuk kekanak je. Bapak kekanak, mak kekanak, atuk kekanak, nenek kekanak, sume boleh layan cerita ni. Kalau tak caya, weekend ni sila pergi tgk cerita ni. Bawak 1 family. Nak bawak kekaseh sempena hari kekaseh hari ni pun takpe. Haha. Tak kan terasa membazir nya RM1o tuk beli tiket wayang cerita ni. Sekali lagi aku simpulkan..cerita ni mmg comel, mmg best, best, best, best, lagi best dari cerita MAUT, lagi best dari cerita QUARANTINE, lagi best dari cerita THE DAY THE EARTH STOOD STILL.Betul..betul..betul..bak kata Ipin. Hee..



~Angkatan GENG ku~


Jom layan "Lagu Damai" dalam cerita ni. Syok!

Thursday, February 12, 2009

Seekor kucing gigih..

Apabila seekor kucing gigih nak jadikan laci simpan duit di Fradoo sebagai tempat tido nya, inilah gamaknya yang terjadi..



1. Masuk ke dalam laci simpan duit dan buat2 muka tak bersalah




2. Adjust posisi




3. Tido ngan slumbernye.Zzzzz...


Ish..ish..ish..kucen2..nape dalam laci ni jugak yg nak ko jadik kan pot tido?
*naseb ko comel


Monday, February 09, 2009

Hari ini Fradoo di datangi artis

Tgh busy gila layan customer..tiba2 datang 2 orang lelaki..

Lelaki pertama: Kak, bagi tembikai 1 bungkus eh. *dengan nada yg sgt sopan..

Aku: Sambil pandang muka dia.Ehh..muka dia ni familiar gila * dalam hati

Sambil membungkus air tembikai dari dalam balang air, aku pandang lagi lelaki tu sambil buat dahi kerut sikit. Mamat tu agaknya perasan aku pandang dia ngan sgt obvious, tersengeh2 malu. Dengan ringan mulutnya aku bertanya..

Aku: Eh, muka adik ni look so familiar la..mcm pernah nampak..

Lelaki pertama: Eh..ye ke kak? * sambil tersenyum2 control comel

Lelaki kedua: Mmgla familiar kak..dia kan artist..

Aku: Senyum. Oo..Patutlaa..hehe..korang ni student UiTM eh?

Lelaki kedua: Ha'ah..terima kasih kak *sambil bayar dan ambik air tembikai yg dah dibungkus oleh aku tu

Aku: Akak minat gila payung pink & baldi pink awak, boleh pinjam tak? Hakhakhak* dalam hati je la..


Mmg betul la mamat tu seorang artis. Mau nye aku tak kenal, aku tgk cerita lakonan dia tu lebih 10 kali kot. Kalau aku bosan2 atau nak ketawa2, aku layan la tgk cerita dia. Dia sgt pandai berlakon dan cerita lakonan nya tu mmg best pon. Kisah "adik2" yg comel.Hee.. nak tau sape artis tu? Ni haa...


Adik@Sutun


Tak kenal eh? Sesiapa pernah tgk cerita Sutun 1 & Sutun 2 kenal lah kot sbb aku rasa dia berlakon tuk cerita ni je. Cerita2 ni dah lama dah tayang kat TV1. 2-3 tahun lpas kot tapi baru2 ni Astro Ria rajin plak ulang tayang cerita ni. Yang penting aku sgt suke tgk cerita Sutun 2. Mmg best giler! Siapa yg tak pernah tgk tu sila lah download. Dapat tgk mamat ni berlakon ngan bestnye.Aauww..i like adik =p



Sunday, February 08, 2009

Hari minggu..Hari bergumbira..

Hilangkan rasa curiga..duka dan nestapa..
Mari kita menyanyi lagu..Sha..na..na..na...na..
Esok kerja jadi hari ini kita berjumpa
dengan si dia yang tercinta..




~Aaaaummmmmm...~




~Hemoh..hemoh..hemoh ;p~



* Ok..sok cuti..tapi aku ade kelas..apa kes? Huhuu...



Friday, February 06, 2009

Chop & Steak, Serdang

Semalam aku dinner di sini..


bersama2 my abg & his fam =)



Faris tunjuk gigi..Ngeee



Sabar menanti hidangan..



Air sampai...


Mix lamb chop & Lamb chop sampai...



Roaster chicken sampai...



Chicken Boxing sampai....
~
~
~
~
~
~
~
~
Alhamdullilah..konyang~



P/s: Chop & Steak, Kampung Baru lagi sedap kot..huhu

Thursday, February 05, 2009

Ini adalah kenikmatan

~DUREN DUREN~



Dengan ini diisytiharkan bahawa Big Appple Donuts & Coffee dah dibuka di SACC, Shah Alam. Waaallllaaaa...hahahaa..tak payah pergi jauh2 lagi ok. Nyuuummmmmyyyyyy!!


Wednesday, February 04, 2009

Ultraman kan kuat..

sebab tu Ammar pun kuat =)


P/s: Ammar masuk wad haritu sbb demam panas. Tengok tangan dia tu..huu..sadisnye =( Alhamdullilah..sekarang da kuar wad dan semakin sehat.Ultraman akan kembali mengganas..hee

Tuesday, February 03, 2009

Aaaaarrgghhhhh!!


Aaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaarrrrggggggggggggggggggggggggggggggggggggggg
gggggggghhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh
hhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh
hhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh
hhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh!!


Pandai! Pandai! Pandai! Pandai! Pandai! Pandai! Pandai! Pandai! Pandai! Pandai! Pandai!Pandai! Padai! Pandai sgt!!!!!!!!!!!! Pandai yg amat!! Pandai teramat pandai!!!!!


Apakah perasaan korang, bila petang tadi korang dah meleburkan Rm140 tuk membeli 2 bijik cartridge tuk printer Hp kesayangan korang, sekali dah pasang kat printer. Printer rosak!! Macam harammmmmmmmmmmmmmmmm kan?


Sekarang lepas 3 jam aku cuba betulkan printer pandai tu, still tak boleh jugak. Kepala dah pening ni, darah semua dah naik atas kepala. Tension gila! Tensionnnnnnnnnnnnnnnnnnnnn!!! Baru je semangat berkobar nak buat assignment. Terus hilang mood. Badan penat! Hati sakit!



Aaaaaaaaaaaaaaaaaaaarrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrggggggggggggggg
ggggggggggggggghhh!!!!!!



P/s: tolong bagi tips sat camne nak simpan cartridge tu supaya inknya tak kering..huhu..otak buntu..

Sunday, February 01, 2009

Tunggu aku di Kuching..Meeowww!!


Tiket dah booked. Bulan 7 nanti. Murah gila!! RM138 pergi balik naik MAS. Thanks Mama kerana men"sponsor" anakmu ini. Wahaha..bestnya gi holiday kat sana. Sesungguhnya aku sgtla rindu kat Kuching. Jom korang gi Kuching jom..=)


P/s: Sik sabar aku tok eh!!! Ngehehe...








Copyright to ERINA ASMAWANI
Designed by UMIESUEstudio 2015