Erina Asmawani

My photo
La Tahzan. Allah ada. Dia maha mengetahui, maha pengasih lagi maha penyayang :)

Your Friendly Coway Agent

Your Friendly Coway Agent

Thursday, October 06, 2011

Trimester kedua ;)


Alhamdullilah, sekarang dah masuk trimester kedua. Banyak perubahan berlaku antaranya yang paling ketara ialah selera makan. Kalau masa trimester pertama dulu memang takde selera makan, siap kena paksa2 lagi sampai nangis kalau nak makan, sekarang dah kembali normal. Kalau lambat sikit makan mulalah perut masuk angin.Berat pun dah bertambah.Senang hati tengok berat naik, kalau berat semakin menurun,tu lagi buat saya susah hati. Mual2, muntah semua dah hilang. Syukur. Semakin banyak tenaga, tak lembik2 dah, cumanya selalu ngantuk.Penyakit ngantuk ni still tak boleh hilang dari dulu cuma kalau masa awal2 mengandung dulu rasa macam nak tido 14 jam sehari je, tapi skrg dapat tido 8 jam pun dah cukup. Kalau dapat bantal tu syoknyelah baring2 tido. Hehe.Kalau dulu paling tak boleh terima bau bawang tapi sekarang dah boleh, siap boleh masak lagi. Alhamdullilah. Betul lah orang kata masuk je trimester kedua je semuanya akan hilang. Yang penting sabar dan banyak berdoa ;)


Hari Isnin lepas pergi monthly checkup dekat DEMC. First time ke sini, selalu ke Umra dan klinik kerajaan. Gynae yang kami jumpa, Dr Marzita, sangatlah baik orangnya. Banyak info dia bagi. Masa scan baby adalah time yang paling happy kalau buat monthly checkup. Boleh nampak perkembangan si khalifah kecil kami yang makin membesar dengan sihat ni.. Minggu ni baby dah masuk 18 minggu, masa doktor scan tu kami dah nampak dia punya tengkorak muka, tulang belakang, tulang kaki, tulang tangan semua dan baby bergerak sangat2 aktif.  Ada sekali tu nampak macam baby tengah pandang menghadap kami dan angkat sebelah tangan macam say "Hai" dekat mama & ayah dia. Hehe.Dan dah nampak gender baby juga! ;).Alhamdullilah, baby sihat. Saya pun sihat.

Dan saya pun dah dapat rasa baby bergerak. Masa first time rasa tu,memula saya ingatkan angin, tapi bila letak tangan dekat perut saya dapat rasa baby bergerak. Dup dup! Kuat baby tolak. Masa tu perasaannya tak boleh nak describe.Its a great feeling!! Subhanallah. Ada nyawa lain dalam badan saya :').Dan sekarang memang kerap rasa baby gerak, especially kalau lepas makan. Sangat aktif. Dup Dup Dup! Dia bergerak2.Kejap rasa belah kiri, kejap belah kanan.Comell! Mungkin baby pun tengah happy makan time tu sambil kicking & punching. Hee.

Lepas checkup dekat DEMC, kami ke klinik kerajaan pula. Kebetulan hari appointment sama. Jadinya hari Isnin lepas memang hari monthly checkup sedunia lah ;p. Saya lebih suka chekup dekat klinik kerajaan sebenarnya banding dengan swasta sebabnya dapat buat buku merah ( yang dinasihatkan dekat semua ibu mengandung harus ada buku merah ni) dan dekat klinik kerajaan checkup nya sangat details. Dari tahap hemoglobin dalam darah, paras gula, air kencing, semua di checknya dan tak perlu kena bayar apa2. Tapi yang lemahnya klinik kerajaan ni, kena tunggu lamaaaaa sangat sebab ramai orang. Kalau dekat swasta (yang so far saya pergi), hanya check berat dan blood pressure je. Tapi yang bestnya dekat swasta, dapat jumpa si khalfah kecil kami ;). Everytime checkup diorang akan buat scan. Klinik kerajaan takde scan. Klinik kerajaan & hospital swasta memasing ada kelebihan & kelemahannya, ikut keselesaan & kemampuan kita tuk pilih yang mana ;).

Barang2 yang wajib saya bawa kalau ke mana2 sekarang ;) Diari Hamil, Buku merah & supplements yang doktor bagi.*Obimin & obical tu sangat besar, kekadang rasa nak tercekik masa menelannya

Buku Diari Hamil tu sangat comel, sebab semua info pasal hamil ada dalam tu.Perkembangan baby setiap minggu, doa2 dan surah2 yang patut diamalkan masa mengandung, tips2 untuk bakal ibu dan ayah dan resepi menu berpantang pun ada. Semua lengkap ;)


Ni perkembangan baby masa minggu ke 13.Masa ni dah nampak kepala, badan, kaki dan tangan dia ;)


Perkembangan si khalifah kecil kami minggu ni. Minggu ke 18 ;)

Alhamdullilah, semoga perjalanan saya tuk menjadi seorang mama di permudahkan olehNya. Dan semoga baby kami membesar dengan sihat dan bebas dari sebarang penyakit. Aminn ;) 

9 comments:

Izzatul Azma said...

:) happynya baca. Dari mula sampai habis tersenyum je. So happy for you, tak sabar nak tunggu lil khalifah keluar.

Masy said...

mcm pernah ku makan obical ittew. hohooh.

bagus bagus dah ade selera makan. mari kita bertutti fruti heheh

HEMY said...

siap diari tu...dasak..hehehehe

zonaku said...

happy for u. x sabar nk jumpa memuah junior ke-3.


yang sulung dah x lama kan anul?

Unknown said...

jg diri yee ririn...yeaayyy dh nk ade baby!!!!

Erina Asmawani said...

Izza:
hee..sabar yunk.5months to go.mama dia x beli satu ape pun lagi tuk lil khalifah ;) nanti turn izza plak.wee

Kak Masy:
oo..akak penah makan eh? besau kan...

jommmmmm! :D

Erina Asmawani said...

Hemy:
Diari tu beli kat pesta buku dulu, seminggu pastu nmpak double line..hehe..chemistry kuat kan.

Kak Zona:
Macehhh kakak ;) Memuah jr yg sulung tgh tunggu hari je nak jenguk dunia. Hope everything goes well. Aminn~

Erina Asmawani said...

Pojie:
Baik uncle babah..wahh! prektis panggil uncle k..hehe

pRincESs_N said...

bestnyer dpt diari hamil...bagus tuu...ubat2an...sila mkn jgn skip ekk...









Copyright to ERINA ASMAWANI
Designed by UMIESUEstudio 2015