Lepas jumpa little khalifah semalam, saya berjumpa dengan kawan kesayangan pula. Kawan kesayangan masa study sama2 dulu, nun jauh dari Sarawak beliau datang. Eee..rindu! Last jumpa beliau masa 5 bulan lepas tak silap.Memula sesi mengisi perut & "bergambeh" dulu, lepaskan rindu.
Meet my lovely friend, Maria ;)
at PapaRich, Seksyen 7.
Shah Alam dah ada Paparich! Weeehuuuu!
Dah puas bercerita segala hot story, perut pun dah kenyang, kami ke i-city pula. Saja nak bawak Maria jejalan dekat sana,dia belum pernah jejakkan kaki kat sana lagi.Lagipun saya pun dah lama gila tak pergi i-city tu. Sampai je kat sana..Wahhh! Dah banyak berubah. Macam theme park dah. Kalau dulu penuh dengan pokok2 yg berlampu tu je,sekarang pokok2 tu dah kurang, banyak permainan2, dah ala2 macam Sunway Lagoon pun ada. Disebabkan kami pergi masa tu dalam pukul 5 petang, jadi tak ramai orang, boleh berposing tangkap gambar sesuka hati. Ramai orang suka pergi memalam sebab suka tengok pokok berlampu2 tu, kalau malam memang cantik! Tapi saya suka pergi siang.Entahlah, tak tahu kenapa saya dari dulu pun suka pergi i-city waktu siang, mungkin sebab malam terlampau ramai orang kot. Pening.Nak2 tengah cuti sekolah macam sekarang ni kan, kompem memalam sangat ramai..Oh, sekarang nak masuk i-city tu dah kena bayar parking, nak main permainanan semua2 tu pun kena bayar jugak, nak masuk snow walk pun kena bayar lagi. Semuanye lah berbayar.
Meh tengok wajah baru i-city.
Cuteness!
Tema ala2 dalam laut gitu.
Kalau pergi memalam mesti tak nampak cantik background tu dalam gambar kan. Gelap!
^_^
Saya sebenarnya excited nak naik yang atas tu. Macam roller coaster mini. 2 seated, siap ada pengayuh lagi macam basikal.Tapi ofkos lah big no no dari encek hubby kan.Hehe. Jangan nak mengada. Masa kami pergi semalam benda tu bergerak je, kosong takde orang naik.
The biggest marry-go-round I've ever seen!
2 tingkat tu.Geram nak naik jugak. Tapi kali ni big no dari Maria pulak. Jangan nak mengada kata dia. Haha. Pasrah.
Sama je perut dengan si biru tu :D
Mario bross! :)
Love this pic! Macam ala2 dekat oversea la pulak kan :D
Pusing2 dalam ni kejap je sebabnya hujan dah mula turun tapi puasla bergambar.Masa nak balik tu (dalam kereta), sempat pusing2 dalam i-city lagi. Nampak kapal besar yang berpusing macam dekat Sunway Lagoon tu, buaian banyak2 yang berpusing macam dekat Genting tu pun ada. Ada indoor funfair lagi. Tapi macam banyak lagi permainan yang still in progress.Wuiyoo..ni semua tarikan sempena cuti sekolah lah ni. Meriah2. Sesuai la bawak adik2 dan anak2 ke sini masa cuti sekolah ni. Kedai makan pun dah banyak, dah ada KFC, 7 eleven, bank. Kalau dulu harap gerai2 makanan tepi jalan tu jela.Best2! Boleh datang sini lagi bawak si Caca :D
17 comments:
ala kak....bestnya I-City skrang...nak gak main kuda pusing2 tuu...:)) marry-go-round
bestnye lama dah tak gi i-city dulu2 jaman mudo2 jer dok gi situ..nak main salji feeling-feeling kat obersi..hihihihihi
aku p mase mule2 bukak dulu je..time tu ade pokok2 je dan masuk takyah bayar lagi...pastu tak sanggup nak pi sebab ramai org sangat sangat..huhu
lame xpi cni..selalu lalu jer..hehe..penat jugak jalan kat situ kan..
wahhhh dah mcm2 ada rupanya. ms pergi dulu cuma ada lampu2 yg bercahaya bermcm2 btk je. skrg mmg advance & 100% berubah
hari tu mar pon ada g b4 raya haji tu..mmg dah lain gila...yg penting semua kena bayar ye...hehehe
Princess xleh g icity mlm2 panas.dia tak tahan panas..insyallah akan mencuba dtg siang2 pulak macam mama erina ;)
memang betul-betul berubah ler.
ni kena gi jejak lagi ni.
siang kene bayau gak ke? (soklan bongek)
saye duduk shah alam tak pernah sampai lagi i-city ni..giler sadis..dari awal2 bukak dulu ajak tunang...[mase tu] sekarang dah kawen..dah penah ngadung 2 kali [gugur sekali] pon die tak nak bawak lagi..huhu..
wah maria datang ek.. mariana rindu kat maria..:) rindu kat mak buyung gak.. :) bestnya i-city baru.. pasni bawak aidil memang siapla kena kopak kan.. hehe..
Asfiza:
sila pergi dik..tula, macam best je naik kuda tu..hehe
Tasha:
kannn..feeling2 obersi gitu. Ena x penah masuk snowworld tu lagi..tp kalo ngandung ley masuk ke ha?
Lynn:
ye..dedulu masuk free, semua pun free, pokok lampu banyak..teruja. skrg pokok lampu da pupus pastu semua pun dah kena bayar..sigh~
Sue:
oh..sangat penat sue, kalo time berbadan satu dulu pun dah penat berjalan apetah kite yg tengah berbdan dua ni..
Qaseh:
betul tu, mmg dah sangat berubah. Lepastu mcam banyak lagi permainan yg akan ditambah, still in progress.
Mar:
Dah lain kan Mar..huhu..nanti g sesiang pulak eh. Baru best nak main semua tu, kalau memalam xtaulah game ni beroperasi ke x.Tp agak scary la kan nak main memalam yg roller coster mini tu..huu
Keri:
Sila sila. Pastikan bawak bawanyak duit juga untuk dilaburkan.Hehe
Kak Masy:
Oh, semestinya kakak..masuk tu je pun dah kena amik tiket parking. Pastu setiap game ni dah ade org menunggu kat kaunter tuk kutip duit..huhu
Aty:
Sila pergi yunk..kali ni mesti encik suami aty bawak punya. Tapi nasihat ena gi siang la ye, kalau malam..ya ampunnnnn..ramainye la manusia. Tak sesuai tuk ibu2 ngandung..
Baby:
Rindu baby jugak! Sangat! Oh, mmg kena bersedia B, tp okla dah ade banyak kedai makan dah bukak..kalau dulu nak beli air pun susah..huhu
maria mai sbb de conference kn ririn aritu???
yup..yup..pastu dia nak settlekan proposal defense dia..
Post a Comment