Assalamualaikum. Hari ni nak share detik2 paling bermakna dalam hidup saya, saat bergelar seorang mama ;)
20/2/2012
2 hari sebelum bersalin, makan sepuas2 nya.Nampak perut montel tu? :D
Doktor nasihatkan supaya saya lahirkan baby awal dari EDD (induction labour) sebabnya baby agak besar. Ukuran BPD,AC, LF (ukuran masa scan baby 36w) semua dah matang.BPD baby masa tu dah 39w. Jadi doktor kata kalau tunggu lagi 4 minggu (which is baby's EDD), dikhuatiri baby akan membesar lagi dengan sihat.Masa dengar doktor kata macam tu terus hati dup da dup dap. Risau, takut semua ada. Tanya dengan doktor prosedur induce macam mana, ada side effect ke apa,boleh ke induce even masa tu takde bukaan pangkal rahim (dilation).Semua saya tanya, tanya, dan tanya. Yela, kalau boleh taknak induce, nak tunggu sampai betul2 sakit kuar tanda kan. Tapi lepas bincang ngan suami , mama, family semua, akhirnya saya setuju untuk bersalin awal. Keputusan yang memang susah saya nak buat ;'). Masa tu hanya fikir nak baby lahir dengan selamat je. 2, 3 hari jugak hati runsing fikir, tak putus2 berdoa.Ya Allah, tetapkanlah hatiku dah permudahkan segala urusan ku..
22/2/2012. Rabu.
Saya dimasukkan ke wad, siap sedia untuk di induce.
*Dalam cuak2 sempat lagi nak bergambar ;p*
22/2/2012. Labour room.
Bacaan oren (heartbeat baby), bacaan hijau (contraction)
Jam 9 pagi, proses induction dibuat. Doktor masukkan ubat dari "situ" dan buat sweeping ( tolong bukakan bukaan rahim). Erghh..prosedur sweeping tu memang sakit. Huhu. Dan darah keluar agak banyak. Lepas 1 jam, nurse check contraction & heartbeat baby via CTG machine. Perut saya dah terasa memulas2 time tu, bacaan contraction dah ada,tapi sangat rendah. Doktor nasihatkan suruh banyak berjalan untuk cepatkan dilation. Jalan2 lah saya dalam wad, pusing2 hospital ditemani encek hubby tersayang.Semakin lama, terasa makin sakit perutnya, berpeluh2, bacaan contraction pun makin tinggi (40-60). Nurse kata, bacaan tu still dalam moderate range.
Sabar menunggu dalam labour room.
Jam 3 petang, doktor check bukaan. Still takde dilation. Ya Allah, masa tu memang rasa sedih. Sebabya ingatkan dah ada bukaan at least 1cm. Contraction pula makin sakit. Doktor masukkan ubat induce kedua.Dia kata jangan sedih sebab selalunya anak sulung memang lambat bukaan nya.Masa tu memang saya think positive je dan sabar. Mulut tak lekang dengan "La illahailla anta subhanaka inni kuntum minazzolimin".
Nurse pantau contraction & hearbeat baby setiap 2 jam. Bila tengah malam, saya dapat rasa yang contraction makin kurang. Masa tu memang dah risau. Esok paginya 23/2/2012 (Khamis) jam 8 pagi, sekali lagi doktor check bukaan.Sedihnya, keputusannya masih sama. No dilation. Masa tu hati saya memang sebak. Doktor bagi 2 options,1. Buat induction kali ke tiga which is the last induction. Tak boleh lebih dari 3 sebab takut effect kat baby.2. Terpaksa buat c-sect.Masa dengar doktor cakap macam tu, memang hati saya sebak sangat. Saya bagitau doktor, kalau boleh saya saya taknak c-sect, jadinya saya di induce kali ke tiga.
Jam 3 petang, sekali lagi doktor check bukaan. Masa tu dalam labour room, ditemani mama tersayang. Doktor check, still no dilation. YaAllah..sedihnya. Doktor cakap induction failed, 1/2 cm dilation pun takde.Jadinya kena buat immediate c-sect. Masa tu memang dah nangis2 dah. Ntahlah, rasa teramat sedih. I'm not prepared mentally & physically for c-sect.Memang saya tak jangka. Muka mama pun nampak sedih, tapi tak putus2 bagi kata semangat kat saya. Dia kata jangan takut, kena kuat, ni semua takdir. Dia peluk n cium dahi saya. Sedih sangat masa tu. Mama keluar, encek hubby pula masuk, temankan saya. Memang masa tu saya sangat emosi, asik menangis je. Sampaikan nurse tegur, janganlah nangis..takut blood pressure saya naik.Ok, lepas tu saya cuba cool down kan diri, encek hubby pun mulalah buat lawak2 dengan harapan saya terhibur. Kakak, makcik2 saya semua masuk bagi kata2 semangat. Alhamdullilah lepas tu saya dapat terima.Redha. Kuat. Tabah dengan keputusan ni. Ni semua ketentuan Allah.
Lebih kurang jam 4 petang, saya dipasangkan tiub kencing & drip, ditukarkan baju semua. Masa tu memang berdebar2 sangat. . Nurse kata saya akan dibius separuh badan je, jangan risau, masa bedah tak rasa apa2 katanya. Ya Allah..memang saya takut sangat.Sangat2!
Jam 5.30 petang, saya ditolak ke opreation theater (OT).Encek hubby temankan saya, sorongkan katil sampai betul2 depan OT. Encek hubby tak putus2 bagi kata semangat "Jangan takut ye syg, selawat banyak2." Sambil gosok2 kepala saya :').Masuk je OT, badan saya dah mula menggigil, menggigil takut ditambah lagi dengan bilik OT yang sangat2 sejuk. Macam dalam peti ais.Dalam OT, saya ditukarkan katil, betul2 atas katil bedah yang atasnya tu ada lampu besar. Masa tu mulut saya tak henti2 selawat. Memang takut. Lepas dibius separuh badan, saya mula mamai. Tapi still sedar, saya dengar apa yg nurse & doktor borak2, cakap2. Muka saya dicover dengan palang berkain. 15 minit lepas dibius, check tekanan darah, heartbeat semua, saya dapat rasa perut saya digoncang2. Goncang ke kiri ke kanan. Tapi saya tak rasa sakit. Badan saya memang dah menggelatar sangat masa tu. Tiba-tiba dengar doktor & nurse semua cakap "Allahuakbar..Allahuakbar"..terus dengar suara baby menangis!! Uwekk..uwekk..Ya Allah. Hebatnya kuasa Mu! Terus termenangis time tu. Saya nampak nurse bersih2kan baby, dan terus dibawa ke saya..nurse cakap,"Tahniah Erina, dah jadi mama, nampak tak baby boy ke girl". Dalam keadaan mamai, terharu, takut segala, saya gigih jawab "Baby boy" ;').Baby saya selamat dilahirkan jam 5.53 petang.
Lebih kurang pukul 6.30 petang, saya ditolak keluar dari OT, direhatkan sekejap dekat satu bilik ni sebab badan saya masa tu menggigil sangat. Nurse selimutkan saya dengan selimut panas dan muka saya terasa gatal2. Nurse cakap tu effect dari ubat bius.Dari pinggang ke bawah memang saya tak rasa apa2. Kebas. Kemudian saya ditolak keluar ke wad, encek hubby setia menunggu kat luar. "Terima kasih sayang" sambil gosok2 kepala, cium dahi pipi saya semua sambil dia tersenyum2. Masa tu saya memang dah mamai, ngantuk teramat.Tapi saya still ingat lagi senyuman encek hubby time tu, senyuman seorang ayah :,)
Sampai di wad, mama menuggu.Mama cium dahi saya. "Alhamdullilah, semua dah selamat".Memang pengalaman yang saya takkan lupa sampai bila2.Sakit? mestilah sakit.2 hari lepas operate baru saya terasa betul2 sakit, berdenyut2. Tapi lepas makan pain killer, Alhamdulilah ok. Hari Sabtu, saya dibenarkan balik. Terima kasih tidak terhingga dekat Dr Marzita (my gynae), nurse2 yang merawat & layan saya dengan sangat baik sekali sepanjang 4 hari saya dekat sana. Memang saya puas hati sangat2 dengan service di DEMC. Terima kasih juga dekat encek hubby tercenta, mama, ayah, adik beradik, family in law, kawan2 tersayang yang tak putus2 bagi semangat dekat saya dari awal sampai selamat segalanya.
Terima kasih Ya Allah.
Saya sekarang seorang mama :')
My Little Khalifah.
Date of Birth: 23 Feb 2012
Time: 5.53 pm
Weight: 3.52 kg
Mode of delivery: EMLSCS due to fail induction.
Our first family picture :')
11 comments:
ena,
saya pulak yang ter-menangis baca... kuasa Tuhan..besar tak terhingga... Alhamdulillah...tahniah...peluk cium untuk lil khalifah k.. :)
ena..hari yg same kawan kerja aku pon bersalin n c-sect jugak..jantung baby lemah..tp semua selamat..comel sgt little khalifah ena n amir..
huwaaa akak pulak rasa nak nanges T__T apepon alhamdulillah budak montel tu selamat gak dikeluarkan. selamat bpantang yeeee mucuk2
3.5+..!! memang sihat..!! :) tak per lah...c-zer pon yang penting 2-2 selamat..alhamdulillah...:)
T______________T nangis baca..
campur takut pun ye. Congrats yunk !!
memang sedey bila kena c-sect...aku masih ingat saat doktor kata kat kami "susah camni..kena c-sect gak"
tp mujur wawa teran abes2an gak. cam ko tak buka jalan mmg la takleh wat pape..
yang penting aqil sihat...alhamdulillahhh
syukur, yang penting semuanya selamat. =)
Sedey,, meleleh gak la air mata ni,, papepun alhamdulillah dh slamat smuanye,,
Bagus la penulisan ena ni! Sukeee.. Hampir menitis air mata..Macam i pulak yg tengah dalam labour room tu :')
Alhamdulillah.. normal birth @ c-sect janji both baby and mommy selamat ;-)
Now kuatkan semangat jaga baby and bf okie! ;)
Congrats akk..sokseksoksek dalia baca story nye uhuhu bak ate boboiboy..terbaekk~! ;)
tahniah yunk...happy for u...
Post a Comment