Erina Asmawani

My photo
La Tahzan. Allah ada. Dia maha mengetahui, maha pengasih lagi maha penyayang :)

Your Friendly Coway Agent

Your Friendly Coway Agent

Friday, May 10, 2013

Perginya seorang permata hati indah, Aqil Hamzah

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

Entry ini ditulis, bukan untuk meminta simpati apatah lagi untuk membuat kalian berasa sedih meratapi. Ini adalah sebagai  kenangan, kenangan terakhir kami bersama anak yang dikasihi.Aqil Hamzah. Permata hati yang cukup indah dipinjamkan oleh Allah kepada kami.


25 April 2013 (Khamis)

Genap Aqil setahun 2 bulan. Aqil mula demam. Hari2 sebelumnya dia seorang anak yang ceria, aktif macam biasa. Makan pun berselera. Comel dengan keletahnya.Kami ingatkan demam ni mungkin demam nak "tambah akal" atau nak tambah gigi. Sebab kebiasaanya Aqil akan demam bila masuk "bulan" baru. Tapi kami tak pernah pandang remeh kalau Aqil sakit. Risau tu sentiasa ada. Petang tu kami ke DEMC, suhu Aqil 38.3. Dr. Aida check Aqil. Check telinga, nafas, heartbeat. Semua ok. Alhamdulillah. Doktor kata demam dan tekaknya merah sikit. Nafas pun ok takde bunyi. Doktor bagi paracetamol syrup dan ubat selsema. Aqil selsema sikit sebab doktor kata dalam hidung Aqil ada macam berkuping2 (hingus kering).

Lepas makan ubat, Aqil ok. Demam kebah. Aktif. Kami bagi dia ubat setiap 4-5 jam. 2 hari lepastu kami perasan Aqil demam lagi. Demam dia akan kebah 1-2 jam lepas makan ubat, tapi lepas tu panas balik. Masa demam dia kebah, dia aktif. Kami sempat ke birthday party Aish Sabtu tu. 

28 April 2013 (Ahad)

Badan Aqil panas. Panas dari demam yang sebelumnya. Hanya Allah yang tahu betapa risaunya kami haritu. Kami ke DEMC semula. Kali ni jumpa Dr Gulam. Suhu Aqil 39.7. Ya Allah. Tinggi sangat. Dr Gulam check  nafas Aqil, dia cakap ada bunyi sikit. Aqil kena neb. Lepas neb Aqil nampak lega. Blood test Aqil pun ok, Doktor kata takde virus infection ataupun denggi. Alhamdulillah. Kami lega. Doktor bagi paracetamol dan antibiotik. Antibitiok yang wajib dihabiskan dalam masa 3 hari. Kalau lepas habis antibiotik,dan Aqil masih demam,doktor nasihatkan ke DEMC semula.

29 April 2013 ( Isnin)

Esoknya Aqil dah tak demam. Syukur. Cuma kami perasan,dia selalu merengek. Bukan menangis,merengek.  Merengek sambil ketap mulut. Taknak menyusu. Makan nak,cuma nak yang lembik2 je. Masa ni memang ingatkan dia sakit gusi sebab perasan ada gigi baru.2 gigi bahagian atas. Dia merengek je. Dan nak mintak dukung sentiasa. Bila letak dia menangis. Malam tu kami risau sebab Aqil taknak tido.Merengek nak ayahnya minta dukung. Di bagi susu (direct), dia takmo. Tapi bila dibagi air kosong dari dalam botol air, laju je dia sedut. Bersungguh2. Aku pump,bubuh susu dalam botol air. Barulah dia minum. Malam tu kami pun tak tido, berusaha macam2 cara untuk tenangkan dan tidurkan Aqil. Bila dia dah tido, sekejap je..lepastu dia akan merangkak ke atas perut ayah dia mintak dukung. Ya Allah..sebaknya tengok dia. Manja sangat dengan ayahnya. Merengek je. Aqil masa tu nampak penat.

30 April 2013 (Selasa)

Terus kami bawa Aqil ke DEMC sebab risau tengok keadaan dia. Badan Aqil panas sikit. Nafas pun nampak kuat. Aqil nampak letih sangat, pucat. Memang kami bertekad, nak Aqil berehat dalam wad sebab kesian dia tak tido. Syukur Dr Gulam yang bertugas masa tu. Dia semacam terkejut tengok Aqil sebab 2 hari lepas dia jumpa Aqil aktif. Menangis2 masa neb. Kali ni Aqil nampak letih dan pucat. Perasaan aku masa tu hanya Allah yang tahu. Doktor check nafas Aqil, katanya agak kuat. Dada pun dengar bunyi sikit. Aqil kena neb. Lepas neb, Aqil kena amik darah untuk buat blood test. Dr datang dengan muka risau. Masa tu aku tau ada yang tak kena dengan Aqil. Ya Allah..kau beri kanlah aku dan suami kekuatan atas segala kemungkinan yang berlaku. Doktor kata sel darah merah, platlet sel darah putih Aqil turun mendadak dari blood test hari Ahad haritu. Masa tu memang sedih sangat. Kenapa dengan anak mama ni?? Mesti ada yang tak kena. Doktor buat xray dekat dada Aqil. Dr Ahmad, paedtrician DEMC pun ada sekali masa tu. Nampak Dr Gulam dan Dr Ahmad tengah berbincang sambil tengok xray Aqil. Aku dapat rasakan sesuatu masa tu. Dr Ahmad dan Dr Gulam datang pada kami. Masa tu Aqil baring dia atas badan ayahnya sambil buat neb. Xray Aqil menunjukkan paru2 Aqil sebelah kanan putih, ada "sesuatu". Penuh dilitupi dengan "sesuatu". Ya Allah..kau selamatkan anak ku. Tapi doktor pun tak pasti apa "sesuatu" tu. Mungkin pneumonia (jangkitan paru-paru). Tapi bukan pnuemonia biasa sebab kalau pnuemonia, sel darah tak berkurang. Aqil kemudian dipasangkan tiub oksigen, untuk bekalkan oksigen yang cukup dalam badan dia. Aqil admitted di High Dependy Unit (HDU). 

Sepanjang dalam wad, Aqil kena neb setiap 1 jam. Malam tu Alhamdulillah Aqil nampak tenang. Dia menyusu macam biasa dan tido. Cuma sesekali terjaga bila kena neb. Dr Ahmad datang check Aqil malam tu, dia arahkan tiub oksigen Aqil dibuka sebab bacaan oksigen Aqil dah ok. Syukur. 

1 Mei 2013 (Rabu)

Lepas Subuh nurse pasangkan balik tiub oksigen dekat hidung Aqil sebab bacaan oksigen Aqil rendah semula. Aqil nampak pucat tapi bertenaga banding hari sebelumnya. Pagi tu elok je dia, tak merengek.Kami suapkan dia breakfast. Dia nganga, buka mulut, makan. Suka kami masa tu tengok Aqil nak makan. Masuk suapan ke 4, Dr Ahmad masuk. Riak muka risau. Dia check Aqil..nafas, heartbeat. Rasa perut Aqil. Pandang kami dengan muka yang risau. Katanya, Aqil bukan pneumonia. Kalau pneumonia, kanak2 masih aktif. Aqil nampak lemah dan pucat. Diperiksa perut Aqil tadi, nampak membengkak. Hati dan limpa Aqil mula membengkak. Masalah Aqil serius. Dia terpaksa refer kes Aqil ke Hospital Kuala Lumpur haritu jugak sebab di sana ada lebih ramai doktor pakar. Ya Allah..anakku!!! Air mata berjujuran tak boleh disekat2 lagi.  Encik suami cuba untuk tenangkan aku, tapi tak boleh. Aku rasa takut setakutnya. Takut kehilangan anak tercinta. Ya Allah, kau selamatkan Aqil Hamzah. 

Jam 11 pagi, kami ke HKL dengan menaiki ambulans. Aqil ku peluk erat. Dalam hati tak putus2 berdoa agar Allah kuatkan Aqil. Sembuhkan penyakit Aqil. Kalau boleh nak amik sakit Aqil tu, biarlah mama yang sakit. Bukan Aqil. Sesampainya di Institut Paedratik HKL, Aqil dimasukkan di wad Kanak-Kanak 1. Ramai doktor2 mengelilingi Aqil. Doktor praktikal, doktor pakar. Ramai. Aqil nampak lemah. Taknak senyum. Taknak makan, dan minum. Sekali sekala Aqil terbatuk, dan macam nak termuntah. Mungkin tekaknya kering. Bibir Aqil kering. Aqil kemudian dibawa masuk ke 1 bilik, kami terpaksa tunggu di luar bersama kesayangan Aqil yang lain. Tok ayah, tok mama, opah, maklong, ayahlong, makngah, ayahngah, ibu, ayah GG semua ada dekat luar tunggu Aqil. Semua risaukan Aqil. Dalam bilik tu darah Aqil di amik untuk dibuat blood test. Seorang doktor datang, tanya ada ahli keluarga yang ada kanser? Kami jawab takde. Family aku dan family suami memang takde kanser. Hati ku memang berdebar2 sangat masa tu. Sedih, takut. Mereka suspect Aqil ada kenser darah atau luekimia sebab sel darah Aqil pecah2. Sel darah merah dan darah putih Aqil makin merosot. Ya Allah. Luluh hati ku dengar apa yang doktor tu kata. Datang lagi seorang pakar, katanya kemungkinan "sesuatu" di paru-paru kanan Aqil tu ialah tumor atau lymphoma ( kanser darah). Tak tertahan lagi rasa sedih kami. 

Tak lama lepastu datang lagi doktor, terangkan yang takde abnormal cell dalam darah Aqil, maksudnya kemungkinan bukan kanser. Syukur, rasa lega bila dengar penjelasan doktor. "Ya Allah, kau selamatkan lah Aqil". Doktor kata Aqil kena dijalankan "blood transfusion" dengan segera sebab Aqil makin pucat. Aqil tak boleh makan dan minum sebelum blood tranfusion dijalankan. Aku rindu sangat nak susukan Aqil masa tu. Sedih. Sebab bibir Aqil makin kering. Aku lembabkan bibir Aqil dengan vaseline. Petang tu Aqil dipindahkan di High Dependency Ward (HDW). Wad penjagaan separa rapi. Masa di sini, badan Aqil dah dipasang dengan 3 jenis wayar di badannya untuk memantau heartbeat dan nafasnya. Wayar di ibu jari. Tiub ubat dipasang di tangan kanan dan kiri. Sedihnya tengok keadaan Aqil. Malam tu "blood transfusion" dijalankan.Dimulakan dengan suku beg darah putih, kemudian separuh pain (kira2 200 ml) darah merah dimasukkan ke dalam badan Aqil. Aqil tido sepanjang proses dijalankan. 

Alhamdulillah aku diberi katil di wad sebelah untuk tido disitu. Susah nak lelapkan mata, walau badan penat, terasa macam nak sentiasa berada disamping Aqil. Pukul 2 aku masuk ke HDW, tengok Aqil tengah tido nyenyak. Ku usap rambutnya, bisik dekat dia " Aqil kuat ye sayang..mama tau anak mama kuat". Air mata memang jadi peneman setia sepanjang aku dekat hospital. Tak sanggup tengok keadaan Aqil.


2 Mei 2013 (Khamis)

Pagi tu lepas subuh, aku terus pergi tengok Aqil. Rindu tak terkata. Rindu nak peluk Aqil. Rindu nak susukan Aqil. Aku masuk HDW, tengok Aqil dah bangun. Aktif. Dia nampak aku, terus depakan tangan minta dukung. Ya Allah..anak mama macam dah sihat. Dah tak pucat. Kulit dah kemerahan2, bibir pun tak pucat. Ya Allah, syukur padamu. Aku dukung Aqil, letakkan kepala dia dekat bahu aku. Rindunya nak peluk dia macam tu. Walaupun wayar berselirat tapi nurse benarkan untuk aku dukung Aqil. Aqil kemudian semacam tak selesa, nak di tarik2 nya wayar yang berselirat dekat badan dia. " Tak boleh la sayang, tak boleh cabut semua ni, Aqil nak cepat sihat kan, Aqil kuat kan". Aku pujuk Aqil. Aqil merengek, nangis. Doktor kata awak boleh nyusukan dia kalau awak nak. Itu akan buat dia tenang. Aku suakan nenen, Aqil minum..macam haus sesangat. Aku sebak. Tengok Aqil minum susu. Aku bersyukur sebab Allah makbulkan doaku untuk susukan Aqil. Aku betul2 rindukan nak menyusukan Aqil. Aqil minum susu sampai dia tertidur. Bila dia dah tidur, aku angkat letak dia semula atas katil. Masa tu aku perasan badan Aqil macam berat sikit. Aku tatap muka dia masa dia tido. Indahnya perasaan tu."Cepat sembuh sayang, mama rindu nak tengok Aqil senyum"

Tengah aku menatap muka Aqil, nurse datang kata Aqil tak kencing dari malam tadi. Doktor datang dengan muka risau. Aku benci bila doktor buat muka macam tu. Sebab aku mesti ada yang tak kena dengan Aqil. Doktor kata, Aqil tak kencing sejak malam tadi. Mereka takut kalau jangkitan dah sampai ke buah pinggang Aqil, keadaan Aqil akan jadi lebih serius sebab buah pinggang tak dapat "mencuci" darah yang baru Aqil terima. Jadi doktor terpaksa masukkan ubat untuk buat Aqil kencing. Dan masukkan tiub kencing di bibird Aqil. Ya Allah..sakitnya Aqil!! Walaupun aku tak dibenarkan tengok waktu tiub kencing tu dipasangkan, aku tahu betapa sakitnya Aqil sebab aku pernah melaluinya. Lepas Aqil dipasangkan tiub kencing tu, dia nampak sangat tak selesa. Menangis. Sekali sekala dia cuba untuk bukak pampers dia, aku tau dia tak selesa kat situ. Sakit."Ya Allah..kau sembuhkanlah Aqil. Kau kuatkan lah dia." Aku dukung dia. Bergilir2 dengan ayahnya. Aku mula perasan badan Aqil macam dah "membengkak" sikit. Kami pujuk Aqil, "Aqil kencing ye sayang..Aqil nak cepat sihat kan". Sedihnya aku tengok Aqil. Hati aku macam remuk sangat tengok keadaan dia.

Doktor datang, katanya buah pinggang Aqil dah tak berfungsi, jadi kena dilakukan "dialysis" dengan segera sebab badan Aqil makin membengkak. Badan Aqil dah penuh dengan air. Takut air dalam badan Aqil terlalu banyak, dan membuatkan paru-paru2 Aqil makin lembab. Mempercepatkan lagi kuman merebak. Kami diarah keluar untuk doktor pasangkan tiub ke pundi kencing dan buah pinggang Aqil. Dan proses dialysis akan dilakukan di ICU. Aqil akan dipindahkan ke ICU segera."Ya Allah..kau sembuhkanlah Aqil". 

Waktu Aqil dibawa ke ICU, sangat sedih perasaan aku ni. Aku tau, bukan aku je yang sedih..semua yang melihat keadaan Aqil waktu pun turut sedih. Seorang anak kecil, berselirat wayar penuh di badan. Dengan macam2 jenis "dadah" untuk bantu jantung Aqil terus berdenyut. Macam2. Aku masuk untuk tengok keadaan Aqil, dia tak sedar. Dah diberi ubat penenang. Tapi matanya terbuka separuh. Mata hitam dia merenung ke arah aku. Sebaknya aku waktu tu. Aku tau Aqil masa tu tak sedar lagi. Tapi matanya tu seolah2 nak memberitahu betapa sakitnya dia.Badan Aqil pun dah mula kebiru-biruan. Sedih teramat. Aku usap dahinya..cium pipinya. "Aqil kuat ye sayang". 

Doktor panggil aku, suami dan semua ahli keluarga terdekat masuk ke bilik untuk membincangkan sesuatu. Doktor diagnose Aqil menghidapi Lobar Pneumonia akibat jangkitan Streptoccoccus bacteria yang paling kuat. Bakteria ni dapat dikesan di dalam urine Aqil. Kes Aqil agak luarbiasa sebab selalunya bakteria ni akan menyerang otak. Tapi dalam kes Aqil bakteria ni sangat cepat dan menyerang ke buah pinggang Aqil. Dan sepanjang dia bertugas, 98% pesakit yang kena kes macam ni akan meninggal. Tersedu sedan aku menahan sebak bila doktor cakap macam tu. "Kuatkan lah hati ku menerima dugaan mu ini Ya Allah". Doktor cakap mereka takkan berputus asa, tetap akan buat yang terbaik untuk selamatkan Aqil. Dia akan tetap lakukan dialysis dekat Aqil tapi risikonya ialah Aqil boleh "crash" bila2 masa je.Ya Allah.  Doktor tu nasihat yang dia hanya lah doktor. Apa2 pun ubat yang paling mujarab adalah doa, semuanya dari Allah.

Electric supply untuk "mesin2" di badan Aqil.
Lobar Pneumonia TRO (to rule out) Lymphoma.

Aqil dipasangkan alat bantuan pernafasan di mulut. Mata nya dah dilekatkan dengan plaster lutsinar agar matanya sentiasa tertutup. Kalau dibiarkan separuh terbuka, risiko matanya nya akan kering, dan dijangkiti kuman. Sedih tengok keadaan Aqil. Macam tak percaya. Baru pagi tadi nampak Aqil aktif, menangis, minum susu tapi tetiba dia dah terlantar. Kaku. Aku usap rambut Aqil, 2-3 helai rambut Aqil gugur. Ya Allah.Masa tu aku bisik dekat Aqil " Mama tau anak mama kuat, anak mama kuat. Tapi kalau Aqil tak mampu nak lawan, takpe sayang mama redha". Walaupun perasaan aku sedih, hati terasa sakit masa bisikkan tu dekat Aqil, tapi aku kena kuat. Redha. Aku tak sanggup nak tengok keadaan Aqil. Tak nak tengok dia menderita.

Petang tu kami didatangi doktor, katanya keadaan Aqil tenat. Sangat tenat. 4 jenis "dadah" digunakan untuk support jantung Aqil. Mungkin Aqil tak lama, dalam masa 24 jam je Aqil akan survive. Bagai dikoyak2 hatiku masa dengar penjelasan doktor.

Dalam hati ku tak putus2 berdoa " Ya Allah, kau kuatkan lah hati kami untuk menerima dugaanMu yang sangat hebat ini. Andai kau mahu ambil anakku, kau redha kan lah kami. Kau kuatkanlah kami " Malam tu aku dan suami tak tido. Sama2 bacakan yasin untuk Aqil. Solat hajat untuk Aqil. Aku takut kehilangan anak ku, tapi dalam masa yang masa aku tak nak tengok Aqil menderita.

3 Mei 2013 (Jumaat)

Pagi tu keadaan Aqil nampak tenang. Seolah2 dia tengah tido. Badan dia pun dah kecoklatan. Bibirnya merah. Tak pucat. Doktor kata keadaan Aqil stabil. Tapi masih memerlukan bantuan "dadah" untuk teruskan jantungnya nya berdenyut. Dialysis akan dilakukan dalam masa 48jam - 72jam. Kalau Aqil kencing dalam masa 48 jam, maksudnya buah pinggang Aqil berfungsi. Ramai yang datang untuk melawat Aqil. Alhamdulillah..ramai yang sayangkan Aqil. 

Lebih kurang pukul 2 ptg, aku perasan ada cecair semacam air kencing dalam urine bag Aqil. Lebih kurang 3 ml. "Anak mama dah kencing ke ni??" Gembira bercampur lega aku masa tu. Aku tanya doktor, Aqil dah kencing ke ni doktor?? Dia senyum. "Jadinya, buah pinggang Aqil dah boleh berfungsi kan doktor?". Doktor senyum lagi.."Saya tak boleh menjadi sangat positif". Even doktor taknak aku terlalu mengharap tapi aku terasa lega, nampak macam ada sedikit harapan. 

Petang, ada seorang ustaz datang untuk melihat keadaan Aqil untuk cuba menolong merawat Aqil. Rawatan alternatif. Ustaz Aziz membacakan ayat-ayat AlQuran di sisi Aqil di temani ayah Aqil. Sewaktu sesi mengubati dijalankan, bacaan nafas dan "heartbeat" Aqil "jatuh" secara tiba2. Mereka berdua diarahkan keluar sementara doktor dan nurse semua nampak tergesa2 berusaha selamatkan Aqil. Ustaz kata, kalau umur Aqil panjang, dia akan usaha merawat Aqil. Ajal di tangan Allah. Semuanya Dia yang tentukan. Kita kena kuat dan redha dengan sebarang apa yang akan terjadi. 

Lebih kurang 5 petang,doktor datang dan beritahu, tadi heartbeat Aqil "drop", nafas dia pun tak stabil. Darah mula keluar dari hidung dan mulut Aqil. Internal organ Aqil "crash".Ya Allah..anak mama.Aku nangis semahunya. Peluk mama, peluk mak. Doktor ada explain pasal ubat pencair darah,ubat ni, ubat tu tapi aku tak boleh fokus. Dalam hati aku, otak aku fikirkan Aqil.Aku nak masuk jumpa Aqil. Doktor nasihatkan jangan tinggalkan Aqil. Dia boleh pergi bila2 masa je.Mama tau anak mama tengah sakit. Aku tau Aqil kuat, berjuang melawan penyakitnya. Setiap hari dia memberi harapan pada kami. Tapi Aqil terlalu kecil untuk menganggung semuanya."Ya Allah..kau redhakan aku untuk lepaskan Aqil pergi"

Pukul 645 petang, doktor keluar, panggil kami untuk tengok keadaan Aqil. Aqil nazak. Aku dan suami masuk tengok keadaan Aqil. Luluh hati tengok keadaan Aqil. Badannya membengkak kebiruan, darah mengalir dari hidung dan mulutnya. Doktor bagi kami peluk Aqil dipangkuan kami. Diorang cabut wayar2 dari mesin supaya Aqil boleh berada dipelukan kami. Mama dan mak juga masuk untuk tenangkan Aqil. Kami bacakan Afatihah, bacakan syahadah. Kami selawat."La ila hailallah muhammadurrasullulah" tak henti2 di telinga Aqil.Seperti nak mendodoikan dia tido.Di pangkuan kami, aku nampak nafas Aqil turn naik. Dari mesin bantuan pernafasan Aqil, aku nampak bacaannya makin rendah dan rendah. Hinggalah doktor kata Aqil dah pergi.Tepat pukul 7 petang."Ya Allah..kau redhakan aku..kau redhakan lah aku"

Ayah Aqil minta doktor cabutkan segala wayar dekat badan Aqil dengan cara yang paling lembut sekali. Kami keluar sewaktu doktor "membersihkan" Aqil. Di luar, hujan mula turun dengan lebatnya. Semacam perasaan kami waktu itu. Sedih. Aqil Hamzah telah meninggalkan kami buat selamanya. Aku redha Ya Allah.

Esok paginya, Aqil dimandikan, dikafankan dan disolatkan dirumah. Aku bersyukur kerana diberi peluang untuk mandikan Aqil kali terakhir. Sewaktu dikafankan, muka Aqil sangat tenang. Macam tengah tido. Dia dipakaikan kain putih seakan2 jubah. Sucinya muka mu wahai anak.Ku cium dahinya buat kali terakhir. "Semoga tenang di sana sayang". Pertama kali dalam hidup aku menunaikan solat jenazah. Solat jenazah untuk anakku. Sewaktu dalam perjalanan ke tanah perkuburan, aku dan suami sama2 memeluk Aqil. Ayah Aqil mendukung dan memasukkan dia ke liang lahad. Perlahan2 jenazah Aqil hilang dari pandangan, ditutup dengan kayu sebelum ditimbus dengan tanah.

Alhamdulillah. Semuanya dipermudahkan. Semuanya berlaku terlalu pantas. Kadang2 terasa bagai mimpi. Anak yang selalu menghiburkan hati, comel, baik budi, telah pergi buat selamanya. Hari ini genap seminggu pemergian Aqil Hamzah. Aku redha. Aku bersyukur kerana dikurniakan ahli keluarga, sahabat handai dan saudara mara yang tak putus2 memberi sokongan, semangat,pertolongan dan doa dari saat Aqil Hamzah tidak sihat hingga sekarang. Aku bersyukur diberikan kekuatan dan semangat olehNya untuk membuatkan aku terus tersenyum meneruskan hidup. Aku juga bersyukur diberi peluang olehNya untuk membesarkan selama setahun 2 bulan 10 hari, seorang ahli syurga.  Aku redha dengan pemergian Aqil Hamzah, permata hati yang cukup indah dipinjamkan oleh Allah. Aqil Hamzah bagaikan mimpi manis kami. Kenangan terindah kami. Kenangan indah bukan untuk ditangisi dan diratapi kan?? Rindu memang rindu, setiap hari dia didepan mata, tapi setiap hari aku mohon agar Allah berikan kami kekuatan, keredhaan. Bukan aku sahaja yang rindu, ramaiii yang rindukan Aqil. Ayah Aqil juga sangat merindukan Aqil. Aqil sangat manja dengan ayahnya. Tok mama juga rindu, opah, tok ayah, maklong, ayahlong, ibu, ummi semua rindukan Aqil.Tapi aku tak boleh mementingkan diri dengan hanya bersedih. Kalau aku terus bersedih, orang disekelilingiku juga akan bersedih. Aqil juga diatas sana akan sedih kalau tengok mama dia bersedih. Semoga Allah terus memberikan kekuatan kepada ku dan suami untuk meneruskan kehidupan. Segala yang terjadi sudah ditentukan olehNya. Semoga dengan apa yang terjadi mendekatkan diri kami kepada Allah. Allah Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.

Semoga tenang di sana sayang. 
Aqil selamanya di hati mama & ayah. Di hati kami semua.

Aqil Hamzah Bin Amir Fozy
23 Februari 2012- 3 Mei 2013
Al-Fatihah.




512 comments:

«Oldest   ‹Older   401 – 512 of 512
Unknown said...

sedihnya

Unknown said...

salam takziah buat erina n family..sebak sgt baca entri ni. moga tabah hadapi dugaanNya. Al fatihah buat adik Aqil.syurga tempatmu...

Unknown said...

salam takziah dr saye..arwah sebaya anak sye..anak sye 20 feb 2012..alfatihah bt arwah aqil...

Misz HoNey said...

Takziah buat puan dan suami.,..

semoga tabah dengan ketentuanNYA, Insya Allah ada ganjaran di sana bersama arwah aqil.

Innalillahiwainna ilaihirojiun..

khadijah said...

Salam.. terbaca dari blog kawan yang lain tu dija singgah sini.. ya Allah meleleh2 air mata sepanjang baca entri ni.. semoga awak terus kuat ya

Unknown said...

Takziah..sungguh menyentuh hati saya..inilah hati ibu kerana saya pernah berhadapan kemelut sedemikian. .walau x kehilangan tetapi cukup membuat saya di uji saat itu.

Mummy Sha said...

takziah sis...menitis2 air mata membaca entry ni...moga sis dan family terus tabah menjalani kehidupan ni...moga tenang disana allahyarham aqil hamzah...al-fatihah

Mummy Sha said...

takziah sis...menitis2 air mata membaca entry ni...moga sis dan family terus tabah menjalani kehidupan ni...moga tenang disana allahyarham aqil hamzah...al-fatihah

justmeAIN said...

Salam takziah buat erina dan keluarga. Dugaan yg sgt hebat dalam hidup erina...
gugur air mata tika baca n3 ni...semoga erina tabah hadapi semua ini...Allah lebih menyayangi Aqil..dia melihatmu dari Syurga...

Al Fatihah

Mummy Sha said...

salam takziah erina....akak tahu erina seorg yang tabah....aqil dah tunggu erina di pintu syurga..insya allah.....banyakkan bersabar..selalu sedekahkan al fatihah....

HANA M.A. said...
This comment has been removed by the author.
HANA M.A. said...

Seperti nak pecah dada saya membaca entri erina! sy juga mengalami nasib yang sama. Cuma permata hati saya, NURCHEMPAKA SARI terlebih dahulu pergi mengadap ilahi bulan 12 lepas akibat penyakit lebih kurang sama seperti aqil. Bezanya anak saya koma sehingga 8hari sblum pergi, akibat BRONCHOPNOMENIA, MENINGITIS AND SEPTIC SHOCK 2ND. Ahhh, sehingga hari ini saya masih seperti tidak percaya Chempaka telah tiada... Tapi sy harus redha, saya harus pasrah kerana ini semua adalah ketentuan Dia. Dia lebih sayangkan Chempaka lebih dari saya sendiri, ibunya. Erina, kuatkanlah semangatmu dik. Percayalah Dia akan memberi sesuatu yg lebih baik selepas ini. Betapa beruntungnya kita berdua kerana kitalah INSAN YANG TERPILIH. Kerana bkn semua diberi nikmat untuk diuji sebegini rupa. Lebih istimewa erina, kita telah menyimpan 'saham' di sana... kuat ye Erina...

Dell said...

Emm. 2x baca, tergerak hati nak komen. Betul, sampai tertelan2 air liur saya tahan sebak. Erina memang kuat. Aqil punye tumbesaran sama macam anak Dell. Kadang2 kita pun tak sangka anak yang sihat, tiba2 Allah datangkan dugaan yang berat. Tapi Allah takkan bagi sesuatu yang melebihi batasan umat-Nya. Sabar ye Erina. Kalau Dell ada kat tempat Erina, mungkin keadaan Dell lebih teruk dari ni.
Alhamdulillah, Aqil adalah penetap di Syurga Allah. Takziah dari kami sekeluarga.

abell_chan said...

Assalamu'alaikum,

Salam takziah buat Erina dan family... Berjujuran air mata saya membaca entry ini.... Semoga dan keluarga tabah menghadapi kehilangan Aqil Hamzah... yg sememangnya setia menanti Erina dan suami di Jannah nanti...

Al-Fatihah buat anak comel yang bernama Aqil Hamzah bin Amir Fozy

Ruzaini harun said...

Salam takziah saya hulurkan...semoga Allah sentiasa memberikan kekuatan pada puan...untuk pengetahuan puan saya dapat rasa apa yg puan rasakan kerana saya pernah berada disituasi puan..bukan satu anak saya di jemput pergi tetapi dua orang anak dan hanya tempoh 6 bulan sahaje (arwah abg 25/10/11, 8 tahun dan adik 1/5/12 4 thn) bertuahnya kita kerana anak kita terpilih menjadi bidadari syurga sekadar berkongsi rasa & cerita Al fatihah buat sibidadari syurga:Ruzaini Harun
http://ummimdaza.blogspot.com/


wazeedah said...

al-fatihah buat kluarga adik aqil...
pemergian adik aqil xakan sya lupa krn trikh pmergian adik aqil adalah ulang thun kelahiran sya..
smoga rohnya dicucuri rahmat..syurga menanti adik aqil disana..

cahayaimani said...

takziah erina n family..tersentuh hati baca entri ni..air mata trun laju je...ya allah, kuatkan lah semangat kedua ibu bapa arwah...semoga mereka tabah menghadapi dugaanMu..

syedasri said...

Kami hanya menyelami, kamu yang merasa bisanya duri, kami hanya bersimpati, kamu yang merasa hancurnya hati, sebaknya kami melihat deritanya, sengsara perasaanmu kerana kehilangannya, Yang mengalir di mata kami adalah air mata, Yang mengalir di mata kamu adalah jiwa, kami berdoa untuk kesejahteraannya, kamu mencari redha atas pemergiannya, betapa berat perasaan kami membayang, berat lagi kamu memikulnya. Redhalah Erina….Hanya iItulah yang terbaik untuknya. Al-Fatihah.

Ratna said...

Salam erina.
Walau kita x saling mengenali saya faham perasaan awak. Saya juga seorang ibu. Takziah dr saya.

Fiza Rahman said...

Salam takziah buat erina dan keluarga. Berat mata memandang, berat lagi bahu yg memikul. Tanpa sedar...air mata menitis. ANak kita sebaya. Bertabahlah.

Al-fatihah buat anak syurga. Yg pasti...aqil menunggu parentsnya di SANA.

Cho Zila said...

dapat link dari kawan blog... moga Erina dan family akan tabah mengharungi hari mendatang.. membaca tulisan ini akak rasa erina orangnya tabah... bila baca tulisan kawan2 tentang kehilangan anak memang tak mampu akak tahan air mata dari mengalir...... Al-Fatihah...

Unknown said...

Takziah buat kak erina dan keluarga..semoga kekal tabah ye kak..
menitis air mata saya bila baca entry ni... sabar ye kak.. InsyaAllah, syurga menanti Aqil di sana.... Al-Fatihah buat arwah..

Puan Eka said...

takziah untuk akak dan family yer.
harini bday aqil ke kak?

Allah,sedihnya rasa hati. memang menitik air mata

MiA said...

salam Takziah buat erina n family..

semoga tabah..untuk hadapi hari yg mendatang...

sebak..sedih..

Al-fatihah untuk Aqil.

~nani~ said...

takziah kak....smoga akak sekeluarga diberi kekuatan untk mnrima ujian Allah yg berat ni...

Hudalatip said...

Salam takziah untuk awak dan family..Semoga tabah dan sabar menempuh dugaan Tuhan ini. Sebak dan terharu saya baca kisah ni. Andai kata saya diduga begini pun belum tentu saya kuat dan mampu menempuhnya...

Cutemama1702 said...

Takziah......
Semoga tabah hadapi dugaaNya....
Al-fatihah......

Masya said...

al-fatihah moga rohnya tenang disana...

Unknown said...

Salam Takziah ya Erina,

Sebak dan sedih baca coretan ini. Dahlah namanya Aqil, lahir pun 23 Februari, sama macam anak akak yang sulung, Aqil dan lahir 23 Feb, tapi tahun 2002.

Moga Erina dan suami tabah dengan dugaan ini, Al-Fatihah buat Aqil Hamzah yang comel.

Miss Mirror a.k.a Sam said...

Mengalir air mata membaca entry ini.
Salam takziah. Moga tabah menghadapi.

Bunda_nora said...

salam takziah....Alfatihah

Unknown said...

assalamualaikum .. semoga Allah mempertemukan ibu dan ayah arwah adik aqil di syurga-Nya .. kami hanya boleh menggambarkan perasaan saat membaca, perasaan sebenar saat menghadapi dugaan ini hanya ibu, bapa dan org2 terdekat arwah adik aqil sahaja yg tahu.. semoga kalian kuat .. al-fatihah

Siti Aisyah Khalil said...

salam takziah.. menangis aisyah baca. Tabahkan hati. Ada hikmah disebalik sesuatu. Insyaallah. Tabahya aunty.

jayafuddin said...

salam, semoga Allah kuatkan semangat erina Dan suami untuk terus berjuang di dunia Allah Ini. My heart sincerely breaks when I read your story. Pls take care.

Unknown said...

Salam Erina,
Sy kagum dan adore dgn awak, sbb di usia muda diduga Allah ujian seberat ini, ttp awak masih tabah dan redha..
MasyaAllah...
Semga kita dipertemukan semula bersama arwah anak kita di Jannah kelak..insyaAllah..

Unknown said...

ena tq share kisah Aqil dgn kami semua... yaAllah kuatkn hati bena sentiasa.hati suami ena juga

Kekzamanis said...

Al-Fatihah.. Semoga rohnya tenang di sana..

QasehnyaRania said...

as-salam..
salam takziah dari saya..

semoga saudari tabah ye..

Al-Fatihah

Anonymous said...

Dari hari ena publish entry ni, saya tak mampu nak baca bait-bait ayat ena secara detail.

baru harini cari kekuatan untuk baca.berguguran air mata ni, macam hujan gerimis.

Ye,
Kenangan indah bukan untuk diratapi dan ditangisi, bergembiralah wahai sang hati,
ternyata Allah lebih sayangkan dia.

moga ena dan keluarga tabah.

Unknown said...

salam. takziah di atas kehilangan anak tercinta. sedih membaca post ini. sesungguhnya Allah lebih mengetahui & semua yang berlaku ada hikmahnya. semoga tabah menghadapi ujian Allah ini. arwah menanti ibu dan bapanya di pintu syurga. al-Fatihah buat arwah Aqil..

NaZiRaH @ Ezyra said...

salam takziah, menitis air mata ini saat baca entry d atas, moga Allah kurnia pengganti Aqil untuk anda dan sumi...

PUAN THALHA : said...

Baru baca entry ni... turut simoati atas kehilangan akil hamzah. Inshaallah. Syurga tempatnya di sana..

aj madzalan said...

innalillahiwainnailaihirajiun..

smoga tabah hati. aqil tunggu mama n ayah dia d syurga, insyaAllah..

Suzana Iqbal said...

Salam takziah kak sekeluarga...moga terus tabah dan sabar ye kak...alfatihah utk adik aqil hamzah..

Az Zahra said...

Al-fatihah

Az Zahra said...

Al-fatihah

*∽ IZAN ∽* said...

Alfatihah... semoga Erian & keluarga dikurniakan ketabahan menahan rindu sehingga berjumpa semula dengan Aqil di syurga nanti InsyaAllah...

Unknown said...

Salam takziah..Semoga tabah menghadapi ujianNya..Al-fatihah

Unknown said...

Salam takziah pn.erina..semoga tabah menghadapi ujian drpdNya..al-fatihah bt arwah aqil..

Pen Merah Staff said...

sedihnya ya allah, erina, minta izin nak copy dan share ya :')

jamilahamzah said...

salam takziah buat erina... sebak saya baca entri ni.. moga erina tabah mwnghadapi dugaan hidup ni.. al-fatihah buat aqil sayang...

ummie_mirahaziq said...

semoga elena dan suami tabah menghadapi nya.. berat mata yg memandang...saya tahu berat lagi bahu yg memikulnya...insyaallah aqil akan tunggu elena Di Sana...amin...

ummie_mirahaziq said...

semoga elena dan suami tabah menghadapi nya.. berat mata yg memandang...saya tahu berat lagi bahu yg memikulnya...insyaallah aqil akan tunggu elena Di Sana...amin...

Qhaifa Nur said...

salam takziah dari akak sekeluarga..
moga diberi ketabahan...

Tie HT said...

Salam takziah,
Al Fatihah untuk si comel.
insha Allah, anak mu akan menantimu di pintu syurga..
awak ibu yang baik, tabah menerima ujian..moga Allah meredhai..

cekago said...

salam takziah buat puan n keluarga.. saye doakan agar puan sekeluarga tabah n dikurniakan rahmat diatas dugaan sebegini.. sedih..

munna said...

Al-Fatihah..... sebak kak munna baca.... bersabarlah syurga telah menanti buat Aqil disana

malynd_anggun said...

Kali ke5 bace baru i abes bace.. Sebab rerlalu sebak.. I xsanggup nak bce.. Terlalu perit rasenye.. Huuu..takziah erina..aemoga erina tabah.. :(

Miss Anisah said...

Takziah buat mama Aqil dan keluarga.. Menangis baca cerita ni.. Tak tergambar jika sy ditempat awak..

Biarkanlah Aqil pergi.. Ahli syurga yang disayangi Allah..
Semoga tabah mengharungi ujan Alla SWT...

AngelzGaban said...

Janji Allah itu pasti..
Salam takziah Puan.. semoga Allah merahmati kehidupan dan memberikan kekuatan kepada Puan.. sayu hati saya baca pengalaman Puan ini..
Berat mata memandang berat lagi bahu org yg mengalaminya.. jannah itu pasti untuk arwah anak Puan.. semoga Allah mendengar doa dan rintihan hati Puan.. aamin Ya rabbal Alamiin..

cik Anggur said...

SALAM TAKZIAH......syurga tempat mu syg ~

Eda said...

Salam Takziah buat Erina
Tak sangka mengalir air mata membaca entry Ena nie,teringat anak saya Aqil Rizqi yang ada di taska.Semoga keluarga Erina tabah menghadapi Ujian Nya,
BIla baca kisah nie saya pun jadi risau sebab anak saya pun selalu demam2..

mynameismy said...

Salam Ena..

My dtg dr group mommy gojes.. :)
My xmampu tahan airmata ni turun.. Mungkin kita same2 ade naluri seorang ibu...
My xdpt bygkn perkara sama jd pd diri My...
tabah ye Ena... Allah lebih sygkan Aqil...
doakan Aqil tenang di sana.. Aqil tunggu mamanya di syurga.. =)

#hugs!

juicy X said...

allahuakbar.....tak tertahan airmata baca cerita ni..semoga akak kuat

Hijrah Aku Dan Dia said...

Cerita ni dah berkali2 saya baca...sebak x terkira kerana saya pun seorang bonda untuk 3 cahayamata pengikat kasih antara saya dan suami...saya x dapat bayangkan jika berlaku dalam kehidupan saya,tapi itulah fitrah...semua yang diberi olehNya adalah pinjaman semata..samada kita mampu @ x untuk menerimanya. Takziah kepada Erina di atas pemergian permata hati dan jangan lupa..dia menanti di SANA...

Unknown said...

Salam Takziah Buat Erina & Amir Fozy Sekeluarga,....Semoga Kalian sentiasa mendapat kekuatan dan semangat dalam menempuh hari2 seterusnya, amin....

Buat Si Comey Akil Hamzah...dikau menjadi permata hati yg bakal menolong mama & ayah di syurga kelak....insyaAllah semoga tenang di sana....Al-Fatihah & Selawat Saw....

Wassalam....Take care Erina (ena)...

nani said...

Salam...
Saya kagum dengan ketabahan anda berdua...
saya pernah kehilangan anak dlm kandungan berusia 6 bulan..setelah 7 tahun mencuba utk mengandung..sedihnya tak terkata.

Semoga kamu berdua tabah...InsyaAllah pintu syurga tela hterbuka utk and berdua..

nshuhada said...

sedihnyer..berjujuran air mata sepanjang bace cerita nie....takziah buat keluarga adik aqil.......

Tisam Ibrahim said...

Takziah ikhlas dari saya dan suami. Berat mata memandang, berat lagi mahu memikul. Al fatihah buat Aqil Hamzah..

Wan Collection's said...

Takziah. Kuat hati mu dik. Saat akak baca ni, airmata tak henti mengalir. Sambil doa dan al fatihah untuknya, akak doakan kalian dikurniakan zuriat untuk adik aqil. MasyaALLAH,dugaan ALLAH..indah dan bermakna kan?

Salam ingatan buat kamu dik..Semoga ALLAH murahkan rezki mu dik. Amin,

Unknown said...

sedihnya baca tentang cerita ni. moga Aqil tenang disyurga sana. Terima kasih kerana berkongsi tentang penyakit asing ini.

Unknown said...

tanpa sedar menitis airmata ni.. tp berat mata memandang berat lagi bahu yg memikul.. tabah dan kuatlah menghadapi ujian Allah ni.. deqla dah follow sini tau.. sbb nk follow kisah dari awk.. moga semangat yg kuat sentiasa mengiringi awk sekeluarga..SALAM TAKZIAH ...

syila_iskandarian said...

Masyaallah.. sungguh kuat awk erina.. tak behenti mencurah air mata saya seoanjang baca entry awk nie erina... moga arwah aqil dicucuri rahmat illahi...

Hani Rahman said...

Ya Allah.. bergenang air mata ni membacanya.

Tak tau nak cakap apa.

Salam takziah.

Pastinya syurga untuk Aqil.

Moga Erina dan suami diberi ketabahan dan kekuatan.

mama leen said...

assalam erina.. salma kenal.. Al Fatihah untuk Aqil Hamzah ahli syurga

yuszwanted said...

takziah...... semoga tenang dan tabah menghadapi dugaan dari Allah s.w.t. .....

Unknown said...

takziah..al fatihah..sedih sgt baca cite ni kite mengalami nasib yang sama.arwah ank sy 6 bulan meninggal pada 17hb july bulan pose baru ni..kes jangkitan kuman yang sama cuma arwah ank sy trus jangkitan pada otak dalam masa 5 hari je...semoga sis tabah ye.

NaNa said...

Salam Takziah....Tak sanggup nak baca habis sangat sedih...3 Mei 2013 sy berada di HKL selamat melahirkan anak pertama...hari yang sama pergi nyer Aqil Hamzah....

murni said...

Al-fatihah..mengalir air mata saya..u mmg kuat dear..smoga arwah tenang di sana..ahli syurga..ameen ;)

cempakanurzahra said...

salam takziah....al fatihah

Unknown said...

Salam takziah...seakan same cerita kite...ank sulung sy pun meninggal mase umo 1 taun 2 bln pd 4 julai yg lps di ICU paeditrik Hkl...sakit ketumbuhan dlm otak...dapat tahu pun sudah lambat sebelum ni arwah sihat je..moga kita sentiasa tabah dengan ujian dariNya...

Anonymous said...

takziah buat sis sekeluarga..al fatihah buat adik aqil...:'(

ayuzan said...

sebak..
takziah kak

eila's roy said...

Takziah... Anakmu sedang menunggu anda di sana... Tabahkan hati anda,,,
Hati ini tersentuh dengan dugaan yang aqil hadapi..
Moga dia tenang di Jannah..

Unknown said...

al fatihah. Mengalir air mata di kala membaca .smoga tabah mengahdapi dugaan.

Azida Zuadlif said...

Terpaksa baca then benti. Then sambung balik. Terbehenti2 sebab hati sebak bila baca. Bila air mata berlinang, lekas2 berhenti baca. Huh. Sedihnya ya Allah. Seolah2 macam saya yg hadapi . Sebab story line yg boleh kte imagine saat tu... :'(

Azida Zuadlif said...

Terpaksa baca then benti. Then sambung balik. Terbehenti2 sebab hati sebak bila baca. Bila air mata berlinang, lekas2 berhenti baca. Huh. Sedihnya ya Allah. Seolah2 macam saya yg hadapi . Sebab story line yg boleh kte imagine saat tu... :'(

Azida Zuadlif said...

Terpaksa baca then benti. Then sambung balik. Terbehenti2 sebab hati sebak bila baca. Bila air mata berlinang, lekas2 berhenti baca. Huh. Sedihnya ya Allah. Seolah2 macam saya yg hadapi . Sebab story line yg boleh kte imagine saat tu... :'(

Unknown said...

Salam takziah ye dari saya buat Erina sekeluarga... sambil belek2 ttiba terbuka blog Erina.. rasa seolah2 ditarik2 utk membacanya... setelah membaca coretan Erina Ya-Allah bergenang air mata.. awak mmg seorang yg kuat Erina.. kehilangan permata hati cukup2 memberi kesan mendalam.. saya faham perasaan Erina... lebih2 perasaan seorang ibu... saya doakan semoga roh arwah Aqil ditempatkan dikalangan org2 beriman..kanak2 sepertinya mmg di Jannah tempatnya... buat Erina pula saya doakan awak tabah menerima segala ujianNya.. Al-Fatihah buat arwah Aqil syg.. Take Care

Azlini (KL)

Unknown said...

Ya Allah sebak menagis baca entry awak..Al fatihah untuk aqil hamzah..janji Allah itu pasti aqil akan tngu ibunya syurga...

MinniMittiNoize said...

Erin, saya baca, tak tahu nk berkata apa. Tapi, InsyaAllah, selepas ni saya tak leka dgn anak saya. kekadang bila anak sakit,saya amik mudah, kasi ubat, dah. hmmm

Barang Baby Murah said...

Ya Allah.. sedihnya baca.. tabahnye hati awak.. :'(

Anonymous said...

semoga tabah mengharungi jalan hidup yang sementara ni kak :) we love him buat Allah SWT just loves him more. in shaa Allah kelak akak akan berjumpa lagi dgn arwah dalam syurga yg kekal abadi. Al fatihah :')

YasminSorfina said...

As slm.Kisah kita sm Erina,saat awak kehilangan permata hati ketika itu sy sdg cuti bersalin n berpantang tanpa seorang baby.Allah berikan kita ujian ini krn Dia tahu kita kuat menghadapinya.

Saidah Abdul Razak said...

Assalamualaikum...moga puan tabah mengharungi setiap ujian yg telah Allah berikan, puan dan suami adalah satu2nya pasangan yg bertuah dipilih utk mengharungi ujian ini...Saya doakan moga Allah kuatkan semangat puan dan suami...redha dgn pemergiannya sama dgn kuatnya iman puan dan suami...in shaa Allah moga Allah murahkan rezki puan dan kurniakan puan zuriat yg comel, soleh dan solehah didunia dan akhirat kelak...in shaa Allah..damainya ahli syurga yg suci murni disana...

Sufy said...

As salam ina... sy siti shuhaida, umi yg khilangan ank pd 16.11.13 akibat jangkitan kuman pd paru2..salam takziah dr kami skeluarga... mnangis sy mbc entri awk.. sy terigt smula waktu ank sy diwad dr 26.10 n kritikal msk nicu 5.11... mmg keadaan sy ketika i2 sama spt awk, tkt khilangan ank...tkt yg teramat sgt... tp kita kena redhakn ank kita pergi, tuhan lbh syg mrka... Allah buka pintu ht sy untuk google kisah wildan, akhirnya sy tnmpk blog awk... in sha allah ank yg seterusnya akn sy bg vaksin utk pcegahan... sumayyah pun dh bjmp aqil di syurga abadi... al fatehah untuk aqil & siti sumayyah... semoga tuhan beri keizinan pd kita untuk btemu anak2 di syurga... ya allah rindu nya sy pd anak sy....

ayunidati said...

alfatihah... syurga tempatnya.... menjadi saham buat kita... harap tabah bersama....

Natrah Norlin said...

Allahhuakhbar
Semoga roh Aqil Hamzah tenang disisi penciptaNya.
Aqil menunggu di pintu syurga..
Al Fatihah

Unknown said...

tergerak hati ini untuk membaca artikel ini, walaupun sy tidak mengenali tuan empunya blog ini, seakan ada satu tarikan yang menyuruh saya baca entry ini, yang sebelum ini tidak tahu, belum habis baca perenggan pertama sahaja saya sudah merasa lain macam, di pertengahan dengan secara tetiba air mata menitis membasahi pipi, agak sukar air mata ini untuk menitis, hanya kisah ini membuatkan hati saya terharu dan makin lama makin bergenang air mata ini, x sanggup nk baca sampai akhir, tetapi kuatkan juga tuk habiskan baca.

Al-Fatihah saya sedekahkan buat Allahyarham adik Aqil hamzah, semoga roh nya tenang disana, syurga menanti mu dik,

salam takziah kepada kedua ibu bapa aqil...tabah lah segala ujian Allah beri, ini semua ketentuan illahi. Yang hidup pasti akan mati, yang membezakan kita ada lah masa, terima kasih kerana sharing cerita ini, anda ibu yang kuat dan tabah...Alhamdulillah...

Unknown said...

salam...takziah saya ucapkan kepada family Aqil...satu kisah realiti yang menyentuh hati...terdapat persamaan saya dengan Aqil...dari tarikh lahir 23.02...saya doakan family Aqil terima dugaan ni dengan penuh redha..mybe ada hikmah..pada saya lebih baik Aqil pergi daripada dia terseksa..sakit..dimasukkan bermacam2 ubat dan wayar yg berselirat di sana sini...apa yg lebih menyakitkan adalah dimasukkan tiub air kencing...sangat sakit dan perit bg si kecik ini...tabah la puan n family..setiap yg berlaku telah ditentukan oleh Allah kita hanya mampu merancang...salam takziah...

faizie..

iman_insyirah said...

sebak sy membacanya.sy tak kenal akak tp sy mahu cakap jugak semoga akak dan keluarga tabah menempuh ujian Allah ini.insyaAllah adik aqil menunggu ibu dan ayahnya di syurga sana.dia pergi dalam keadaan masih kecil masih suci,ahli jannah insyaAllah.banyak bersabar dan kuatkan semangat ye akak.

mY_izZ.blogspot.com said...

Al fatihah buat penghuni syurga...

Kak Mahh said...

Dipinjamkan buat sementara semoga arwah berbahagia di sana. Salam takziah. Alfatihah buat arwah.

Noorsuzila Mohamad said...

Assalamualaikum, Takziah dari saya. saya baru terbaca entri awak. Anak sy skrg setahun 3 bln. dia demam, batuk, selsema dh beberapa hari belum sembuh.. mlm td saya mimpi dia pergi.. ya Allah selamatkanalah anakku...

NJ said...

assalamualaikum...pn erina dan suami,semoga tabah menghadapi dugaan allah dan redha dengan pemergian ank yang comel dan disayangi..pabila membaca cerita pn.erina..tak terasa air mata saya menitis,kerana mengingatkan saya pada arwah anak gadis saya yang berumur 10 tahun yang telah meninggalkan kami pada 11/12/13 yang lalu,mengidap SLE jankitan kuman paru2 dan ceritanya hampir sama,dan saya amat2 memahami situasi puan ketika itu..bersabar dan kuatkan hati,rindu memang rindu..redha dengan ketentuanya,allah menyayanginya dan tempatnya tentu disyurga dan menanti kita ibu dan bapanya dipintu syurga alhamdulillah...takziah diucapkan.

anisshaklee said...

x boleh nak baca samapia habis, sebak sgt, sakit perasaan tu. sy juga seorg ibu, tabahkan hati kuatkan semangat sis,

anisshaklee said...

x boleh nak baca samapia habis, sebak sgt, sakit perasaan tu. sy juga seorg ibu, tabahkan hati kuatkan semangat sis,

Unknown said...

Ya Allah semoga Erina dan family menghadapi dugaan sehebat ini dengan penuh ketabahan.. Buat Aqil sayang damailah engkau disana. Al fatihah

mummy said...

al-fatihah..

FlowerInTheDark said...

salam takziah.tgh tgk blog awak,tlihat ttg arwah anak awak.sebaya dgn anak sy skrg...sy faham sebab sy pernah kehilangan anak kedua sy,pd saat arwah anak sy nazak pd saat tu sy lemah.kata2 terakhir sy pd anak sy,"rehatlah anak mama.in sha allah,mama n abah dtg jenguk"...mnitis air mata bila tbaca sebb pernah merasai kesedihan tu...alhamdulillah sy redha.Allah jagakan dia utk sy...begitu juga anak awak...sama2 doakan kebahagiaan putera puteri syurga bersama bidadari di sana...amin

aRNie_aYuNi said...

Ya'Allah...berat mata memandang..berat lagi bahu yg memikul...hanya airmata menzahirkan perasaan saya skrg bila membaca kisah ini... Saya cium dan peluk anak syurga saya skrg yg baru berusia 6 bulan....risau sgt apa2 jd pd anak saya...hanya mampu berdoa Allah lindungi anak syurga saya selalu...
Buat sis...semoga tabah dengan perpisahan sementara ini...in shaa Allah...Aqil menanti sis dan suami di syurga nanti...Semoga Allah sentiasa melindungi sume anak2 syurga kita...
Amin...

Mama Dahlia said...

Menangis sy baca artikel ni..even dh lama...

«Oldest ‹Older   401 – 512 of 512   Newer› Newest»








Copyright to ERINA ASMAWANI
Designed by UMIESUEstudio 2015