Erina Asmawani

My photo
La Tahzan. Allah ada. Dia maha mengetahui, maha pengasih lagi maha penyayang :)

Your Friendly Coway Agent

Your Friendly Coway Agent

Thursday, April 09, 2009

Bye Bye Fradoo G39



Semalam last operasi Fradoo kat G39 ( Gerai 39) lepas lebih kurang 5 tahun beroperasi kat sana. Adehh..tetiba rasa sayu. Yelah..5 tahun tu bukan kejap tau, kalau ada anak, dah boleh masuk tadika dah anak tu. Banyak gila kenangan kat G39 ni. Kenangan melayan karenah macam2 jenis ragam customer, kenangan gerai banjir bila hujan lebat gila..aaa..banyak sangatla kenangan. Yang penting, aku bersyukur sangat pada-Nya kerana melimpahkan rezeki yang tak putus2 sepanjang berniaga kat gerai ni, even masa mula2 nak berniaga tu kena berdepan ngan macam2 masalah.


Aku ingat lagi, 1st time aku "part time" kat Fradoo masa tahun 2006. Lepas habis study kat Sarawak, masa nak tunggu sambung degree, aku gigih dah tolong ayah kat gerai. Mula2 memanglah rasa pelik, tak biasa. Ditambah pulak lepas tu aku dapat sambung study kat uitm sini, cabaran gak la memula tu sbb tak reti nak bahagikan masa study ngan tolong ayah kat gerai. Berserabut kejap kehidupan. Tapi bila dah lama2, semua dah biasa. Rasa seronok. Seronok dapat tolong ayah. Bila lagi aku nak berbakti ngan ayah kan. Nak bagi duit tiap2 bulan tak mampu lagi. Kekadang rasa kesian tengok ayah, yelah..beliau bukan muda lagi, tapi gigih kerja kuat, berdiri lama2, pastu nanti sakit kaki.Huhu.(Haih..ayah..ayah..sila banyak berehat pasni ok).Fradoo ni pun berjaya mengeratkan silaturrahim aku ngan ayah aku. Bukanlah maksudnya sebelum ni aku tak rapat ngan beliau, rapat..tapi hari2 tolong beliau jadik makin rapatlah.


Jadinya pagi tadi bermula lah segala operasi mengangkut meja2,kosongkan gerai lama. Balik kelas tadi pusing jap tengok gerai.Huuhuh..sedih.Semuanya telah kosong. =( Tapi kenangan kat gerai ni tak kan pernah kosong dari sanubari ini.*Jiwa2 sekejap


Dulu2..ramai seperti selalu..


Sekarang..hanya tinggal kenangan..tunggu masa nak kena roboh je..
*hukhuk


Kosong


Oh..tempat favourite yang bakal dirindu..


Ok, cukuplah episod jiwa2. Sekarang ke episod happy yippie plak. Memandangkan gerai lama dah dikosongkan. Maksudnya Fradoo akan berpindah ke gerai baruuuuuuuuuu...YAY!! Seperti yang di warwarkan sebelum ni. Gerai Fradoo baru terletak di.......


PRIMA 2, Medan Selera, Seksyen 2, Shah Alam


Senang je nak carik medan selera Prima 2 ni. Betul2 depan sekolah menengah seksyen 2, pastu ada KFC gedabak tercongok depan medan selera ni. KFC paling besar kat Shah Alam kot.


KFC oh KFC..kenapa ko pun nak menyibuk kat medan selera ni? Haih~


Walaupun gerai baru Fradoo ni taklah sebesar gerai lama, tapi persekitarannya jauh lebih bagus dari gerai lama. Lagi selesa. Lagi bersih. Lagi cantik. (Tempat baru memanglah semua bersih dan cantik.Lama2 nanti sama je cam lama.Haha). Dan yang paling penting, aku ngan ayah tak payah menghadap muka laki bini yang busuk hati itu lagi hari2 (eh..eh..siapa pulak ni? shhh..). Biasalah, orang Melayu ni, kalau berniaga mana boleh tengok orang lain lagi maju dari dia, ada je yang mendengki. Ok2. Cukup. Taknak buat cerita sensasi.

Haa..pengumuman, gerai baru Fradoo akan beroperasi pada Sabtu ni, 11/4/09. Kawan2 semua, silalah datang beramai2 eh =)


Bye..bye..Fradoo G39,
Welcome Fradoo G14.
Lalalalala~

Oh ye, jangan risau, walaupun dah berpindah ke tempat baru, ABC Fradoo tetap SUPERB seperti biasa ye. Lazat sehingga menjilat2 sudu. Haha


Nampak sedap bukan? Rasanya 10 kali ganda asyik..
*promote itu wajib! haha..



Friday, April 03, 2009

TALEnTIME



Petang semalam aku pergi tengok cerita ni. AKHIRNYA..ada gak masa tuk aku manjakan diri tengok wayang. Dah lama sangat aku nak tengok cerita ni tapi tak kesampaian, and yes, i'm Yasmin Ahmad biggest fan.Filem2 dia semua sgt sempoi tapi penuh ngan mesej dari Rabun, Sepet, Gubra, Mukhsin..semualah best.


Filem ni mengisahkan pelajar2 berbakat yang terpilih tuk masuk Talentime di sekolah mereka. Dan pelajar2 yang terpilih tu ada kisah hidup masing2, kisah hidup yang gembira dan duka. Filem ni penuh ngan mesej2 yang buat kita berfikir, penuh ngan scene kelakar, gembira ngan sedih. Dapat tau, pandangan kaum Cina dan India tentang kaum Melayu macam mana, tentang kaum Melayu yang tak berapa arif pasal agamanya sendiri tapi pandang rendah pada muallaf. Betapa sayang dan kasihnya seorang anak kepada ibu yang sedang bertarung nyawa melawan penyakit kronik.Betapa cintanya seorang remaja India yang pekak dan bisu terhadap seorang gadis Melayu. Yang mana hubungan mereka memang di tentang keras oleh mak si India.


Ni antara scene2 best dalam filem tu. Scene Mahesh, si bisu tengah berdating ngan Melur, tetiba keluar baby2 ni tengah menari2, main buih sabun, tuk timbulkan perasaan harmoni dan bahagia lah. Haha..sangat kelakar ok. macam iklan Drypers sesat sekejap ;p



Scene Mahesh kena belasah ngan mak dia sangat sedih. Betapa sayangnya seorang ibu yang sangat risaukan anaknya yang tak balik 1 malam sebab tertidur rumah gadis melayu tu. Dialog Mahesh dengan guna bahasa isyarat yang aku still ingat yang berjaya buat air mata aku menitik. "Saya menyembah di atas tanah mak berdiri. Saya boleh berhenti berjumpa dengan dia (Melur), kalau itu yang mak inginkin tapi mak ajarlah hati saya untuk melupakan dia"



Sekali lagi scene yang berjaya buat hati aku sayu. Hafiz, yang mana baru kematian ibunya, satu2nya insan yang paling dia sayang,yang membesarkan dia, tanpa seorang ayah, datang jugak ke Talentime tu tuk nyanyikan lagu khas buat ibunya. Ya ampun..sepanjang Hafiz nyanyi lagu tu, sepanjang tu la air mata aku tak boleh stop. Sedih teramat :,(



Dan ye, lagu2 dalam cerita ni semua sangat best. Especially lagu2 yang di nyanyikan oleh Hafiz dan Melur (yang mana lagu2 Hafiz ni penyanyi asal nya Aizat. Wah! kagum aku!). Memang feeling. Mesej disampaikan melalui lagu. Syahduu..


Pastu ada satu scene ni memang tak boleh blah. Yang mana masa tu cikgu Anuar buat ke sekian kalinya meluahkan perasaan kat cikgu Adibah. Tapi cikgu Adibah tetap menolak sebab dia dah ada orang lain. Cikgu Anuar pasrah. Sedih. Sambil dia berjalan tinggalkan cikgu Adibah, dia KENTUT ok! Aku baru je nak feeling simpati kat cikgu Anuar tu, sekali dengar je bunyik kentut dia, terus ketawa terbahak2.



Kesimpulan yang aku boleh buat pasal Talentime ni, filem yang sangat BAGUS! Dan filem ni bagi aku filem Yasmin Ahmad yang palinggg best dan terbaik! Korang pergi la tengok filem ni. Berbaloi. Aku tahu korang lagi tak sabar nak tengok Fast & Furious 4, tapi tuk meluaskan minda, sila lah tonton Talentime. Aku bagi 6/5 bintang. Boleh gitu? Over 1 bintang sebab best sangat. Hahaha..


P/s: Aku tak sabar nak tengok "Muallaf"!









Copyright to ERINA ASMAWANI
Designed by UMIESUEstudio 2015