Erina Asmawani

My photo
La Tahzan. Allah ada. Dia maha mengetahui, maha pengasih lagi maha penyayang :)

Your Friendly Coway Agent

Your Friendly Coway Agent

Thursday, January 22, 2009

Gerai baru FRADOO

Perhatian! Perhatian! Gerai baru FRADOO akan dibuka tak lama lagi.



Petang tadi, aku gi terjah gerai baru FRADOO. Lokasinya bertempat di Seksyen 2, betul2 depan sekolah menengah seksyen 2 tu. Tak jauh pun dari gerai yg sekarang ni. Wuu..cantik oo gerai baru ni. Ala2 medan selera. Lama gila nak tunggu gerai baru ni siap. Ada lah rasanya lebih kurang 5 tahun. Bayangkanlah dari aku study diploma kat Sarawak dulu, sekarang dah nak abis degree baru siap. Terpaksa bermastautin kat gerai sementara tu 5 tahun. Huu..gerai sementara, biasalah, kemudahan nya pun cam ala2 kadar je la. Sempat la ayah aku glamer jap sebab kena intebiu tuk rancangan 360 ( pengacara si Mazidol tu), gara2 gerai sementara ni lah. Haih.. Tapi kat gerai sementara ni best sebab banyak meja. Banyak meja=ramai customer=income masyukkk. *Mata duitan sungguh aku ni*. Haha.

Meh aku bawak jejalan tengok gerai FRADOO baru ni.

Jeng..jeng..jeng..
~Gerai FRADOO bernombor 14 ye~



~Tempat duduk yang selesa~



~Jiran2 FRADOO~
*rasa sayang hei..rasa sayang sayang hei*




~Aku pon tak tau gerai jual pe ZUEREY NELSON'S ni~
*maybe jual majalah2 kot?*



Gerai baru ni takde lah besar sangat sbab berjiran ngan gerai2 lain. Jadinya, haruslah meja2 ni dikongsi2. Dalam gerai tu pon kecik je. Huhu. Macam mana ntah nak letak barang2 kat gerai ni nanti sbb gerai FRADOO yg sekarang ni banyak barang. Dengan peti ais, tmpat ABC, meja2, kerusi2, mcm2 lah.

Medan selera ni ada byk sgt gerai. Lebih kurang 5o gerai kot. Tadi aku rajin, aku g la tawaf medan selera ni dari gerai no 1 smpai habis. Agak kagum jap sebab bukan takat jual makanan ngan minuman je..


~Ada gerai jual baju~
*ntah..aku main agak je gerai ni jual baju..tak taulah btol ke tak.haha*


~Gerai jual roti pon ada~


Dan yang paling BEST ialah ini...hahaha

~Ada wireless tu tau..nanti boleh la aku megupdate blog masa duk kat FRADOO~
*Yay..yay..aku suka!*


Sambil2 aku menawaf tu, tgk2 nama gerai lain, aku tersengih sesorang. Sebabnya aku jumpa macam2 nama gerai nyang pelik2 (FRADOO pun termasuk dalam nama yg pelik..haha). Cuba korang tgk nama2 gerai kat bawah ni..



~Dik beradik sushi king ngan beger king..hehe~


~Simple je nama kedai ni~



Yang ni nama gerainye takdelah pelik..tapi caption tu..
~Best in Town 2nd in the World tu..meletops~



~ABC baikkk punya..hehe~

Best la gerai baru ni, aku suka!. Persekitarannya pun cam rileks je. Ada tempat parking, dekat ngan bustop plak tu, nanti student2 Uitm turun je dari bas, boleh terus menyinggah kat FRADOO. Hakhak.


~Tempat parking~

Kalau diikut kan mmg gerai2 kat sini dah siap sepenuhnya. Air dah ada, eletrik pun dah ada. Memang dah boleh pindah sini dah awal tahun haritu. Masalahnya ialah...



Nak kena tunggu "benda" ni siap!!!
Pe benda plak nih kan?

Ye, tuk makluman korang, benda ni terletak kat hujung medan selera ni. Dan ia ialah sebuah KFC. Di ulangi KFC!! Patut ke KFC bukak kat medan selera ni? Kesian tau gerai2 yg jual ayam goreng, nasi ayam. Nanti mestila ramai org menyerbu KFC ni kan? Tak pun, awal2 bulan KFC ni penuh. Bila dah tengah2 bulan ke hujung2 bulan ke mesti gerai2 kat situ plak penuh. Hehe..

Tak sabar nak pindah gerai baru ni weh. Korang2 jemputlah dtg nanti tau. Nanti aku bagi diskaun, tapi tuk student Uitm je la, sila pamerkan kad matrik anda semasa membuat pembayaran.Ngee...



4 comments:

paiseh said...

hooo... kedai baroo..!! memacam pesen nama eh... lu pun tukar laa jugak.. kasi jadi kedai-ABC-paling-sedap-dan-warna-warni-macam-pelangi-selepas-hujan-di-banjaran-Titiwangsa. amacam? cara tak??

*mau tau lu punya adik?? gua jumpa kat Anggerik Mall. pegi sini >>>> http://i292.photobucket.com/albums/mm33/paiseh/DSC00481.jpg

Erina Asmawani said...

cara..cara..hakhakhak..tapi tak bley tukar ar..nama FRADOO tu da fofuler seantora Shah alam ngan Jengka lu tau..hee..

lagi satu..
kedai-ABC-paling-sedap-dan-warna-warni-
macam-pelangi-selep<--selep ni pe maksudnya? haha..

*Psstt..pesal wa tak dpt bukak link lu bg tu?
ishh..saspen wa nih..

paiseh said...

SELEPAS laa...

erk.. gua buka molek je nih.. apehal lu punya PC? buang tebiat eh? hahahaha...!

Erina Asmawani said...

wohooo..wa dah dapat bukak dah..hakhakhak..
kagum jap de butik jewellery nama wa..tima kaseh kerana info anda..ngee..

*Btw, butik tu tu xde kaitan ngan wa..hakhak..









Copyright to ERINA ASMAWANI
Designed by UMIESUEstudio 2015