Erina Asmawani

My photo
La Tahzan. Allah ada. Dia maha mengetahui, maha pengasih lagi maha penyayang :)

LOVE COWAY


Tuesday, May 28, 2013

Mimpi itu..

Assalamualaikum

Setiap hari aku berdoa padaNya agar aku dan suami diberi kekuatan. Alhamdulillah..kami bersyukur kerana semakin hari, kami dapat rasakan yang kami semakin kuat dan semakin dekat padaNya. Redha. Tapi sekuat mana pun aku..adakalanya aku akan menangis. Menangis bukan kerana lemah, bukan kerana sedih. Tetapi kerana rindukan Aqil Hamzah, si comel manja itu. Aku sama juga seperti ibu2 lain yang akan menangis merindukan anaknya. Aku bukan menangis meratap, cukup sekadar menangis untuk "melegakan" rasa rindu yang terbuku di hati.

Di satu malam, beberapa hari lepas pemergian Aqil, aku bermimpi. Dalam mimpi tu Aqil tak berapa sihat dan kami bawa dia ke klinik. Sampai di sana, doktor memberitahu yang Aqil sakit. Aku menangis semahunya sambil memeluk Aqil, wajahnya ku tatap. Aqil merenung muka mamanya, matanya bulat.Dan tiba2 dia mengusap air mata yang mengalir di pipi ku.Aku terus terjaga. Aku rasa sebak sangat. Teringatkan Aqil. Rindu Aqil. Aku menangis lagi. Dan kemudian aku tersedar dan beristigfar. Ya Allah..terima kasih kerana kau datangkan Aqil ke dalam mimpi ku, walaupun hanya sekejap.Cukup untuk aku lepaskan rindu ku. Aqil seolah2 ingin beritahu mamanya supaya jangan menangis. Jangan menangis mama.


Ye sayang..mama akan kuat. 
InsyaAllah.Mama cuba untuk tak menangis lagi :')
Aqil sentiasa dalam doa, hati dan ingatan mama.
AlFatihah



53 comments:

Wawa said...

Mama kena kuat ye.
InsyaAllah semuanye ade hikmah yang tersembunyi. :)
Cepat-cepat dapat baby tau! Hehe..

amal said...

Ena, be strong always dear.

puan.mila said...

mama kuat ye..aqil xnak mama menangis tu..Alfatihah syg..

Nurul Hamimah said...

sedih.sebak baca coretan awak.sungguh awak kuat.hati ibu mmg tak lari dari merindui anak.akak taktau adakah akak sekuat awak andai berada ditempat awak......AlFatihah

Wawa Yusoff said...

Salam erina..
Moga ena kuat.

Aqil usap air mata ena supaya ena tak bersedih lagi. Aqil taknak mama dia sedih. ena buat k..

Masy said...

akak pun ade gak mimpi aqil aritu.. huhuhuh

cha said...

Be strong Erina.

missayu said...

Aqil nak mama di atau dia bahagia di Syurga..mama mesti move on...xboleh la baca,mesti nak meleleh air mata..

missayu said...

Aqil nak mama di atau dia bahagia di Syurga..mama mesti move on...xboleh la baca,mesti nak meleleh air mata..

nur fauzieah binti mohammad norizan said...

sdihnye....moge aqil tenang di sane...

e k i n ♥ y u s r i said...

ekin x sanggup nak bce blog erina
al-fatihah

nur fauzieah binti mohammad norizan said...

sy seorg silent reader...sy mgikuti stiap crite...dr aqil blom lhir lg...sdih nye...moge erina tbah

aThidEaN said...

sedangkan seorang ibu yg hanya membaca cerita2 aqil di sini pun mengalirkan air mata , apatah lagi ena ibu yg mengandungkan, melahirkan, menyusukan dan membesarkan permata syurga ini.
ena mcm mana pon ena kena kuat, athi yakin ena suami isteri mmg kuat. kuat dari kami semua.
Allah memilih kalian ..

tiramisu said...

ena, be strong k... Sedekahkan alfatihah tiap kali rindukan Aqil...

Izzati Asyraf said...

lap air mata..be strong dear...

haris haiqal said...

mama erina...nanti awak dan suami akan jupe aqil permata syurga...sabar yer...saya pon sedih sangat baca blog awak.teringat anak2 kat rumah...al-fatihah..

CikNaa said...

aqil taknak mama nangis tau.. aqil sayang mama.. mama happy je tau.

hayati hashim said...

be strong n b brave ena... moga ena dan suami beroleh ketenangan yg berpanjangan..

sapphire said...

ena... :'(

ena antara orang yg paling kuat yg pernah saya jumpa...sedih la canni... :(

Siti Haslinda Sadiken said...

sebak baca n3 ena..kuatkan semangat ye..

Ros Anis Rusli said...

ena...anis sebak..ngs...anis juga rindukan aqil..ena, ngs la kalo ena rs ngs tu wat ena rs lega dr ena pendam...xpe..ena cuma ngs, bukan meratapi dan mempertikaikan apa yg allah aturkan...menagis la ena..kerana air mata jugak allah jdkan untuk kita menagis dan merasa lega....

Mimy Hamid said...

rindu jugak kat aqil...mata bundar dia...Al Fatihah syg...erina kuat semangat ye

zonaku said...

menangisla dik... itu buatkan ena rs lega...

kenang semua kenangan yang ada..dan pada masa y sama, life goes on....

jumpa ahad ni, insyaallah

:: Cik Viva :: said...

Al Fatihah untuk arwah Aqil.. =(

D Yatie said...

Erina... Bila kita baca apa sahaja yang awak ceritakan tentang Aqil, saya akan menangis.. Apatah lagi ibu kepada Aqil sendiri.. Menangislah apabila perlu.. Tidak berdosa.. Dan saya yakin.. Awak sangat kuat.. Al Fatihah buat Aqil..

UMIE SUE said...

umie sue pun rindu aqil..

With Julia said...

Mama Aqil...Aqil dtg nk bg tau xmo sedih2...aqil ada senantiasa gan mama...cuma realitinya di syurga...doakan selalu kesejahteraan aqil...aminnnn

HijabRockers said...

Kita yg baca pun rs mcm tersekat nafas kat tekak sebak sgt. Sabarla dik. Moga Allah ubat kesedihan tu tak lama lagi. Sabar ya syg... Aamiin...

Hana Soffelia said...

Ena kuat. Aqil gembira tgk mamanya dri sana.

Misz Pinkie Winkie said...

mama kuat yerk.
saya pon sebak memnabaca apatah kalau berada di tempat ina.
berat mata memandang..berat lagi bahu yang memikul.
al-fatihah buat akil hamzah.
bidadari syurga.

PUAN THALHA : said...

sabar ya erina.. sebak betul hati saya baca setiap entry dari erina lately. Al Fatihah buat Aqil. Inshaallah tempatnya di syurga.

ieza said...

Saba ena, aku tau kau kuat! Al fatihah......

Ryn said...

semoga erina tabah cmna yg aqil suruh dlm mimpi tu..kalau kite sedih dy lagi sedih kat sana...al fatihah utk aqil..

mums shuib said...

Be strong sis..

Yellow 2 Sweet said...

erina,
ko lebih kuat dari yg aku sangkakan..

LaLaLOLa said...

Salam ziarah.
Salam takziah.
Juga tahniah kerana semuda usia ini, kalian mama & papa Aqil Hamzah sudah ditunggu oleh seorg bidadari di syurga.
Berlapang dadalah. Bidadari kecil Aqil Hamzah sedang mendoakan kalian dari syurga.

adianiez AIDA said...

aduuhai. memiliki baby boy sebaya aqil, tak tergambar rindu nyer erina pada anak kecil tu. kalau aida di tempat erina, ntah kan boleh ditahan lagi... sabar ye... byk kan beristigfar...

Nur Inspirasi Ent. said...

ASSALAMMUALAIKUM,
MAAF GANGGU..BOLEH SAYA DPTKAN MAIL?? NAK BERKONGSI CERITA PASAL KESIHATAN ANAK..SAYA MINTA MAAF SEBAB SAYA TAHU MASA NI TIDAK SESUAI SBB AWAK SEDANG BERSEDIH..TAPI SAYA AMAT BERHARAP DAPAT BERKOMUNIKASI SECARA TERUS DENGAN AWAK...
YANG BENAR= SHA (nurkhu_sha@yahoo.com)

CaDLyNN said...

aku yg mmbace pn dah mengalir air mate..ena..tabah pls..sabar..

alfatihah utk arwah aqil

Pn. Akmar said...

Be strong erina :,)

SweetLikeWhat said...

tabah ye syg...aqil pun takmau mama die sedih..satu masa nanti pasti ketemu..ketemu dialam yang abadi..insyaAllah!!!

rEizWaNie said...

tak tau knp , setiap kali buka blog erina , mesti air mata saya mengalir . simpati ngn erina . tp kagum ngn kekuatan erina . salam takziah dr saya . bertabah la . semoga Allah kurniakan bahagia drpd kesakitan ini . Al-Fatihah utk si comel Aqil Hamzah.

-wanie-

Neny said...

Salam erina, akak juga dpt tau pasal ni thru FB. I cried reading thru the story. Arwah Aqil tua sikit je dr anak akak.

Be tough ye...i know it's very sad. Insyallah ada hikmah disebalik ujian Allah ini.

Lots of love...

m@m@yAyA said...

Aqil xnak mama sedih sebab tue dia muncul dalam mimpi..

mama kuat kan,sabar yer..moga-moga mama akan cepat dapat adik aqil..Insyallah

Noura Jumiran said...

bila rindu pada bidadari kecil saya teringin sgt sekurang2nyer berjumpa dlm mimpi, tapi belum rezeki saya nak jumpe bidadari saya dlm mimpi lg.

nuraien said...

ya allah..bila terbaca..meremang bulu roma..sedihnye..subahallah..tabah ye dear..insyallah,dye dah senang di sana..dye menunggu mama dye nanti..awak sangat kuat,boleh terima macam ini..kalau saya..tak tahulah..al-fatihah..

ctmah said...

Al-fatihah untuk arwah adik aqil. Be strong erina.langit tak selalunya mendung...we all sentiasa support u, Insya Allah

Pieh Rizfie said...

semoga Allah mempermudahkan hari2 akak...semoga ujian ini menjadi tanda bahawa betapa Allah sayangkn hambanye...Terasa dekat Allah dengan kita....semoga sentiasa tabah ye akak...

mama ila said...

Ya Allah..sebaknya..semoga erina terus kuat yer...

ct said...

salam sis..sy sgt mengagumi ketabahan sis..semoga sis dan suami terus tabah dalam menjalani kehidupan..

Dell said...

Tak boleh tahan tangis.
sedih sangat2.
Tabah ya Erina.

Mira said...

Sedangkan saya yg tak bergelar ibu pun nangis baca entry ni, be strong kak ena, mesti aqil sedang tersenyum melihat ibunya sedang senyum juga.

neni izazi said...

Ya Allah, menangis saya baca kisah Aqil. sebaya anak saya, 1 tahun 6 bulan...semoga tabah dan redha..









Copyright to ERINA ASMAWANI
Designed by UMIESUEstudio 2015