Erina Asmawani

My photo
La Tahzan. Allah ada. Dia maha mengetahui, maha pengasih lagi maha penyayang :)

Your Friendly Coway Agent

Your Friendly Coway Agent

Tuesday, July 27, 2010

Sakit yang indah ;)


Pertama kali main futsal.4 games terus. Ish..ish..ish..pancet tak hengat! Selama ni tengok orang main futsal macam senang je.Sepak2 bola, sekali bila sendiri main..hambekk..5 minit pertama aku rasa macam jantung nak pecah. Haha. Kurang stamina punya badan. Tengah semangat syok2 rebut bola sekali kena tolak pulak, jatuh melutut. Court pulak jenis batu kasar. Perghhh! Terbaik.Seluar kuyak, lututku pun terkuyak. Walaupun sakit, kenangan itu sangat indah. Eceh ;p


Gaya itu penting. Macam nak menari pun ade. Hoho



Mane bolanya ntah.



Sakit yang indah ;)

Peaceeee!

Dapat no 4. Ok whattttt? Sangat enjoy ;))

Friday, July 23, 2010

Campur2 punya cerita

Masa makin menjeles2 dengan aku sekarang ni. Takde bagi peluang langsung tuk aku update apa2. Ni kebetulan habis aktiviti awal, tak boleh sia2kan masa yang ada ni. UPDATE segera! Oklah, mula dengan mukadimah untuk memperkenalkan roomates ku yang baik2 belaka ni. Eh, perlu ke kenalkan? Mestilah perlu sebab aku sayang diorang. (sendiri tanye sendiri jawab.Boleh? Haha)

Yang cantiks berkurung ayu tu Arina namanya, yg manis si tinggi lampai ditengah, Jasmine dan bermuka sangat bulat bertudung comel itu ialah Erina. Muahahaha. Ye..Arina dan Erina, nama pun dekat nak sama, ade chemistry nih ;)

So far amat happy sebilik dengan mereka2 ni. Sangat understanding & sporting gila. Kalau layan berborak boleh tak tido malam jadinya.Even adik2 sahaja mereka ni tapi no problemo, mereka sangat baik & pandai jaga diri. Dengan groupmate pon sangat happy!. Diorang boleh masuk kepala, yang laki ada sengal2 jugak. Perangai memasing sangat kelakar.Tiap hari ade je lawak bunguk memasing.Haha.Yang gegirl semua pon bebaik n comel2 belaka.Memula ade gak antara diorang yang "aku kau" je ngan aku..sekali tekantoi depa tau umur aku yang sebenar, depa dok panggil kakak pulak.Ayooo..no kakak2 plis..rasa tak best (sebenarnya terasa tua. Hahaa). Yu ai yu ai sudeyyy ;P. Paling tak tahan ada yang ingat umur aku 23. Boleh?? Aww..perasan muda kejap ai ;p. Dan kat sini secara tiba2 telah terjumpa dengan sorang blogger yang comel lotey.Cik Nilam namanya. Memang comel orangnya ;))  Kebetulan satu group sukan pulak.Yeahh..ade geng blogger dah.


Yeahhh! Bersama si jelita2 ;)



Ni time fire drill.Sempat tangkap gambar lagi. Muahaha



Saye yg kelihatan makin GCB distu.
Gumuk Cerah Bulat. Hoho

Ok, mari bercerita pasal aktiviti2 sepanjang minggu lepas dan sampai ke harini. Hari Sabtu pagi minggu lepas ada kuliah Subuh. Lepastu tengahari ada sports day. Yee..melakukan aktiviti sukan di tanah tinggi genting amat tidak bersesuaian sekali tapi bagus jugaklah sebab seminggu kat sini, tapi setitik peluh pun takde keluar. Ishhh..so unhealthy kan. Even aku tak take part dalam any sport game minggu lepas (minggu ni baru join, main futsal & tarik tali. Futsal? Tarik tali? Belasah je weh..asalkan join. Bha ha ha), aku tetap gak berpeluh sebab menjadi supporter yang paling agresif disamping menjadi penulis markah di scoreboard semata2 nak menyibukkan diri tuk mengeluarkan peluh. Wihihi.Sport group aku ialah PLANTATION! Yeahhh! Masa support plantation grup main volleyball, everytime dapat point, jerit "PLANTATION IS THE BEST! PLANTATION IS THE BEST! sambil pegang & melambai2 kan daun2 lalang yg panjang2 tu sebagai simbolik plantation la kan. Hasilnya memang berbaloi! Berjaya mensaiko kan pihak lawan dan akhirnya team kami menang. Yay! Jumpa di final ya lagi dua minggu ;)



Gambar ihsan cik Nilam ;)




Yeah! Inilah gadis2 supporter grup plantation ye.
Yang comel kecik molek pakai shawl hitam tengah2 tu la Cik Nilam
(^_^) 

Untuk game netball pulak, kalah tipis ngan pihak lawan. Huhu. Takpe. 5-6 je pun. Plantation 5, pihak lawan 6.My team already did their very best. Ada yg baru first time main. Kira ok lah tu kan ;) Tapi court netball kat sini mmg besar gila!! International size.Pergh! Memang semput2 la player semua.

Aktiviti kelas tuk minggu ni pulak super best. Kecuali semalam, belajar pasal Financial. Nangis wehh..dengan kena kira profit, cash flow segala, nombor besaq2. Gila nanges. Huhu. Tak paham (T_T). Tapi gigih jugaklah siapkan assignment yang dibagi. Oh, kat sini serius cam uni life, siap ada assignment2 bagai, lepastu ada scorecard lagi...ala2 reportcard lah. Recordcard ni nanti akan dibagi kat bakal2 bos kitorang tuk tengok performance kitorang kat sini. Dont play2 ok. Sangat strict! Lagi, setiap hari akan belajar subjek baru, subjek dari engineering course la, akaun la, marketing la. Macam2 subjek adalah.

Antara talk yang aku suka pulak ialah dari Mr Loke & Dr Palan.Memang mereka serius best. Sangat bermotivasi betul tiap kali lepas dengar ceramah diorang. Rasa kalau dengar 4 jam pon tak bosan. Ceria sokmo! Kitorang ada dapat buku ni jugak dari Dr Palan. Thanks Dr Palan. We love ya ;))

Buku motivasi. 
Yeahh! I wanna be a rainbow creator ;))


Casing nya sangat cantik. Dalam box lepastu dalamnya penuh dengan buku, buku mini, bookmark, poscard & CDs. Suka! Sesuai tuk dijadikan hadiah & hantaran. Hee ;)


Oh, semalam ada latihan sukan jugak. Berlatih tarik tali yang diikat dengan pokok. Ya Ampun. Tak sangka rupanye tarik tarik adalah game yang sangat menyakitkan. Aku ingatkan main tarik2 je, rupenye ade banyak taktik2. Semalam main tarik2 tak sampai 2 minit pun aku rasa penat gila. Sakit peha! Tangan semua sakit, habis segala kudrat tenaga aku guna.Huhu. Tak dapat dibayagkan kalau time game betul2 nanti.Huu (T_T)




Ni masa mula2, tarik2 manje2 lagi.
OMG! Bulatnye mukaku. Cam donat. Faktor tudung mungkin. 
Eceh! Sedapkan hati sendiri ;p




Haa..ni pulak aktiviti untuk harini. Pasal marketing. Kami kena design produk guna suratkabar lama dan guna strategi 4Ps (Product,Price, Promotion, Place) tuk marketkan produk tu. Dan grup kami dengan kreatipnya telah menghasilkan ini..


It's an Eco-Tube ;D
Cantik bukan? Bakal dijual dengan harga RM10.80.
Wihihi

The fashion designers ;)) Heee..

Best gila time ni, semua grup hasilkan produk yang gila2 punya kreatip. Ada satu grup tu nama produk Pamela Expose. Women Lingerie dari suratkabar lama. Haha.Dahla grup tu semua lelaki.Modelnya pun lelaki. Siap pakai lagi lingerie tu.Bunguks sungguh! Malu ai tengok bra & g string tu tau.

Fuh..akhirnya! Siap jugak satu entri yang penuh campur aduk ni. Puas hati. Dari sehari ke sehari nak update tapi takde masa. Nanti ada masa aku taip entry baru lagi. Banyaaakkkkk sebenarnya lagi nak story ni tapi masa memanglah terhad. Haishh. Oklah, selamat berhari minggu ya semua. Take care ;)


P/s: Minggu ni ade game futsal. Wishmelak ok ;))




Thursday, July 15, 2010

Sesukar mana kehidupan, jangan sesekali berputus asa.

Hari ni belajar pasal Six Sigma, histogram, Pareto chart segala. Dah macam budak engineering dah rasanya dan hari jugak ialah hari beremosi. Tapi emosi tahap ringan2 jela. Ringan2 pun perasaan sebak tu still ada. Pertama sebab dapat sms dari mama yang puppy tu dah ditangkap oleh MBSA.Terus cepat2 call ayah nak tanye kisah lebih lanjut. Pagi tadi MBSA datang dan tangkap puppy tu, dahla masa kejadian berlaku depan ayah. Ayah baru balik jog.Siap bawak makanan lagi tuk puppy tu.Ayah cerita memula orang MBSA nak tembak puppy tu dengan ubat pelali tapi ayah cakap tak payah, just tangkap je. Ayah pun campak makanan dekat2 orang MBSA tu dan puppy tu meluru lari dekat orang MBSA. Pastu leher puppy tu terus kena jerut dengat alat penangkap anjing tu. Terus bawak masuk dalam lori. Sedihnyaaa! Lepastu ayah siap cerita lagi yg puppy tu jenis bijak, everytime dapat makanan dia akan gali lubang dan tanam makanan tu. Lepastu kalau kucing datang dekat ngan makanan tu, puppy tu akan halau.Huuu.Maksudnya ayah suka perhatikan telatah puppy tu .Dan sekarang, puppy tu dah takde (T_T) Ishhh..sedihnye! Patutnya aku rasa gembira sebab puppy tu dah ditangkap & dibawak ke tempat yg spatutnya, harap2 yg lebih selesa, tapi bila dengar ayah cerita. Rasa sedihhh (T_T). Tapi aku pelik kenapa MBSA yg datang bukan pihak PAWS, tapi ayah cakap, orang MBSA tu kata..puppy ni akan dibawak ke PAWS. Harap2 betul lah, jangan nanti puppy tu kena suntik racun bagi mati sudah. Huhuhu..harap2nya tak lah kan.




Babai puppy comel. Moga awak ditempatkan di tempat yg selesa dan dapat ramai kawan. Terima kasih sebab jadik kawan & bodyguard ayah even tuk sekejap je.
(T_T) Ishh..sebak..sebak! Sob sob sob




Lagi satu yang membuat aku emosi ialah lepas tonton video ni. Sebak.Video yang dishare oleh guest speaker kami pagi tadi. Dan sekarang aku sharekan kepada kalian semua. Sharing is caring rite? Sila tonton video ni dengan penuh rasa bersyukur.












Jangan sesekali putus asa ok ;)


Crea8tive Thinking


Hari ni belajar pasal creative thinking. Talk and activity adalah sangat seronok. Belajar banyak benda, dari how to be creative, think out of box, sampailah ke how to make a giraffe by using a balloon.First time buat ballon sculptures nih. Hoho ;)




Semua orang diberi balloon panjang kurus ni




Dan inilah giraffe hasil kekereatifan ku. Buat dalam masa 5 minit saje ;)


Muahahahaha. Adakah ini kelihatan seperti giraffe atau pun
 gabungan dari giraffe, anjing dan tikus? 
Whatever it is, balloon sculpture ni mmg syoklah! Boleh buat bisnes baru pasni. Wohoho


Ni hasil2 kreatif team member yang lain. Memacam spesis zirafah ada, yg badan pnjangggg, badan kuntut (pink tu.Haha). Yg merah tak tahu zirafah jenis ape. Spesis rare ni. Hohoho.


Lepastu, kelas malam tadi telah berjaya buat dewan kecoh sekejap selama 10 minit.Ni semua gara2 hp aku hilang. Ye..hp BB merah kesayangan itu telah hilang! Memang dah huru hara dah satu dewan. Siap buat announcement semua. Aku time tu mmg dah hilang arah la. Habis selongkar dalam beg, memang tak jumpa! Sebelum tu elok je aku pegang, tangkap2 gambar semua, tapi tetiba kitorg kena tukar tempat based on sport group, lepas duduk meja baru, baru aku perasan hp tu takde. Memang panik gila! Member2 semua try buat miscall tapi masuk voicemail. Perghhhh! Lagilah aku panik kan, terus bergenang air mata. Hp wehhh..ibarat nyawa tau. Huhu. Memula ingat nak tahan air mata selagi boleh, tapi tak dapat, termengalir gak setitis dua mengenangkan nasib hp yg hilang. Hishhh..mmg sedih gila. Pastu tetiba, housemate aku, si Jasmine jerit, "I found her phone!". Masa tu rasa lega gilaaaaa! Ya Allah, tak dapat nak digambarkan dengan kata2! Rupanya2 tau tak dia jumpa hp tu kat mana? Dalam beg dia (T_T).Huhuhu. Aku syak aku tersilap bubuh hp ni dalam beg dia. Sebab aku duduk sebelah dia sebelum kena tukar pergi meja baru, dan beg kitorg semua adalah sama, beg Sime Darby. Tak pun dia secara tak sengaja terrrrmasuk kan hp tu dalam beg dia sebab sebelum tu dia pegang hp tu sebab nak salin no member kitorg ni. Papepun kebarangkalian nye, aku bersyukur sangat hp ni jumpa balik.Ish..happy tau tak happy! Syukur alhamdullilah.


Ibarat nyawa tau!


Dan sebabkan itu, kitorang dua orang (Aku & Jasmine) dah terrrglamer secara tak sengaja. Hahaha. Glamer menda..malu weh..malu!(T_T). Oklah, stop sini..koridor dah sunyi sepi. Scaryyyyy! Pengajaran hari ini, semua org adalah kreatif, sebab kita dilahirkan sebagai kreatif dan sila gantung hp anda supaya tidak hilang.Ahh..nak taknak terpaksa buat! Sebab masuk ni dah dua kali sebenarnya hp ni hilang, masa first tu nasib team member aku perasan, time tu nak balik, semua orang dah bangun beredar,hp tu duduk baik je atas kerusi. Tu pun kalo diorg tak tegur, sumpah aku tak ingat. Ya Allah. Huhu. Memang careless tahap unta ni.Adakah ini kecuaian ni disebabkan faktor umur? (T_T). Semoga  kejadian ketiga dan seterusnya tak berlaku. Aminnnnnnnn~


P/S: Sorry kekawan, tak sempat blogwalking. Nanti de masa aku lawat k ;))

Tuesday, July 13, 2010

Pengalaman Berharga ;)

Alhamdullilah. Finally I'm here at Genting View Resort :) Rasa happy gila dapat wifi, rasa nak menari golek2. Haha. First time menjejakkan kaki kat GVR ni, tempatnya sangattttlah luas. Kat tempat ni ada rumah2, apartment, hotel, clubhouse, all in 1 place.Chop! Sebelum tu perasan tak blog ni lom diprivatekan? Hee..my bro nasihatkan supaya tak perlu nak privasikan blog ni sebab dia cakap many people enjoy to read this blog. Ni tempat tuk share pengalaman & mintak pendapat, so why must it be private kan? Sharing is caring. Hmm..still mempertimbangkan nasihat dia. Jadi buat masa ni I hold dulu niat nak privasikan blog tu :) Thank u very2 much for those yang sudi baca blog ni n banyak bagi pendapat n komen2. Really appreciate it so much!

Ok, berbalik ke topik training pulak. Hari register adalah pada hari Isnin, pukul 9-10.30 pagi. Memula plan memang nak suruh abang aku yg hantarkan pagi tu, tapi memandangkan malam sebelum tu ada bola final kan, takut nanti rushing, kelam kabut, ngantuk, nak harung jam lagi, so we decided to go pada petang Ahad.Jadinya sok pagi senanglah aku gi berdaftar. Abg & fam, mama & caca yang hantar. We checkin apartment sebab bilik hotel dah penuh. Lepastu, dalam pukul 830 malam, diorang semua pulang sebab esoknya masing2 kerja n sekolah kan dan tinggallah aku KESEORANGAN. Yeahh! Alone beybeh. Keseorangan dalam apartment yang besau, di tempat yang agak terperosok, dibelakangi hutan2, perasannya adalah nangis (T_T). Memula rasa cam ok je, dah biasa kan duk rumah sesorang,siap berangan malam tu nak tengok bola final, tapi bila dah lama2 timbul lah memacam perasaan. Ya Ampunnnnnn..tetiba aku terbayang macam2 scene filem hantu.Boleh?? Punyalah gila tetiba terbayang ada makhluk duduk kat sofa lah, ada benda dalam bilik air lah.Paling dahsyat aku terbayang ada benda tarik selimut aku macam filem paranormal activity tu. Huhuhuhu.Dari tak takut terus jadik cuak gila. Ya Allah, masa tu aku bukak semuaaaa lampuuuu..kipas..TV semua.Lepastu ambik wuduk, solat, mengaji. Then, cepat2 naik atas katil, pejam mata, al Quran letak sebelah. Masa ni dah debar2 semacam, tak tahu kenape. Dalam hati asik cakap "cepatlah pagi, cepatlah pagi!". Padahal takde apa yg nak ditakutkan, fikiran je fikir yg bukan2. Ishh..tula..banyak sangat tengok cinta hantu! Padan muka! (T_T)

Pukul 11 macam tu rasanya dah terlelap dah tapi tetiba terjaga sebab terkejut dengar bunyi "GOLLLLLLLLLLLLLL".Terkejut mak labu! Aku saje tido tak tutup tv sebab rasa scary je kalo senyap sunyi.Sambil2 mamai sempat lagi keluar bilik nak tengok negara mana gol. Rupenye Spain! Cehhh! Hampa..takpe Holland, yall already did ya best. Pastu sambung tido balik.Hahah.Masa tu rasa takut ke mana, cuak ke mana.Terasa macam kat rumah je.Then tup2, bunyi alarm..trettt..tretttt..trett. Pukul 7 pagi. Eh..dah pagi. Kejapnya. Syukurlah. Berakhirlah ketakutan kekonon tahap dewa aku tu ;p

Siap2 semua, dalam pukul 9 ada bellboy datang, mintak tolong dia hantarkan pergi lobby. Masa sampai tu OMG! Ramainya umat manusia.  Masa ni rasa excited sangat, dah daftar2 segala, check in hotel. 1 bilik hotel share 4 orang. Tapi bilik aku 3 org je sebab lagi sorang tak datang. Memula cam senyap2 jela kan sebab tak kenal siapa2 lagi sekali bila dah lama2 jumpelah balik member2 yg kenal masa pergi interview haritu. Yay! Then ada open ceremony, ice breaking segala. Sesi ice breaking adalah seronok sebab lain dari lain. Kena tulis nama kita atas kertas, then gulung2 kertas tu masuk kan dalam belon.Blow the balloon sampai besar gila. Ikat. Then semua orang float kan balloon tu. Bila kite dah dapat belon orang lain, cari partner, pecah kan belon tu pakai back to back. Hahaha. Belon dah la jenis tebal, amik masa nak pecahkan. Bila dah pecah, kita kena carik orang yg tertera nama kat kertas dalam belon tu then berkenalan dengan dia. It was really fun! Then berkumpul ikut group. I'm in orange group.ORANJE! Ada lebih kurang 34 members in 1 group and there are 5 group Kuning, Biru, Purple, Merah & ORANJE ;) Setiap group ada members from different divison la, ada dari engineering, plantation, property, healthcare semua.My team members alhamdullilah semua bekerjasama, boleh sekepala. Memang enjoy la work together.Oh ye, this was a second batch of SD MAP. Ada 215 participants .1st batch dulu dekat 500 orang. Sangat bersyukur sebab have been chosen to join this program ;)


Bilik hotel adalah sangat selesa, roomates adalah baik2 belaka. Makan 6 kali sekali. Gila heaven! Semalam masa 1st day kat sini, keje aku asik makan je, yelah teruja kot dapat makan kat hotel, lauk sedap2 pulak. Ayam kalio, sotong paul goreng tempura, daging stew, sup ketam, segala macam desserts. Perghh! Siapa mau tolak kan. Tapi dah masuk 2nd day dah mula beringat dah.Makan sikit2 je. Kang tak pasal2 habis training, bukan setakat minda berkembang, badan pun mengembang. Oh, jangan2! Ini masa untuk bekerja, so do things (maksudnya bekerja) as if there is no tommorrow, not eat as if there is no tomorrow. Ececey, feel motivated pulak tetiba ;p 

Jadual adalah sangat pack.PAdat dengan aktiviti. Terasa macam back to uni life. Dari pukul 8-12 tghari. Then 1-2 gap sekejap. Sambung from 2-6pm. Then malam dari kul 8-10. EVERYDAY! Except Sunday. Sunday cuti! So, from now on memang always be prepared lah, bangun pagi segala, kena manage time betul2 sebab masa teramatlah terhad. Hmm..new life just began ;) Dan harini, Day 2, ada election. Kena vote for president, vice president,manager2. First time merasa tuk memangkah. Haha. Terasa macam betul2 dalam SPR pulak. Dengan kempen segala.Alhamdullilah,everything went well. Position deputy president & Disipline Manager are from my team. Go oranje go! Ahh..oklah, ni saje tuk setakat ni. Ni pun gigih aku duduk dekat koridor bilik hotel sesorang sebab gigih nak mengupdate blog. Kat dalam bilik tak dapat wifi. Bolehhhh? huhu. Ni pun tetiba dah rasa seram sejuk.Wuuu. Dan, aku rasa cukup sebulan duduk kat sini boleh bertukar jadik Alice the vampire sebab muka pucat kekurangan vitamin D. Tak dapat cahaya matahri langsung (T_T). Oklah, jumpa lagi in next entry. Doakan kejayaan daku disini ye. 




Sunday, July 11, 2010

Mungkin ini entry yang terakhir.



Aktiviti hari Sabtu semalam, pagi2 dah pergi Mines, main boling.
Ofis mama ada buat bowling tournament.


Breakfast Mat Salai. First time makan. Sedapppp! :)


First time tangok mama main bowling. Wow! Kagum!
Yeahh! This is my mom. ;) Go mama go!


Aku pun menjadi peserta jugak.Dahla pesen tangan senget, ratu longkang. Gigih jugaklah main demi mama. Mujur team member aku yang lain sangat power2. Boleh bagi tunjuk ajar ;) Yang penting diorang sangat sporting & masuk kepala even baru 1st time jumpe. Resultnya? Haruslah aku paling corot  ;p


Aku lah yg 58 je tu. Haha.
Ni game first, ada 3 games semuanya. 

Dan disebabkan aku yang corot tu, group kami dapat no 5 je dari 23 group
Haha.Kire oklah tu kan dari tak dapat apa2 nombor ;p
Aku lah orang yg paling beruntung, dahla main corot, dapat adiah pulak tu. 
Hahahah.

Tapi grup aku memang hebat, sebabnya..

Ada kak Intan. Fisrt Turkey. 3 strikes in a row!
Power!

Dan sorang lagi yang paling power

Bro Piyapong!
Haaa..jangan memain. Best player! Jatuhan pin tuk 3 games ialah 453. Paling banyak jatuhkan pin dalam satu  game ialah 212. Gila kentang kan beliau! Hoho. Pastu memula aku ingat nama dia ni nickname je, lebih kurang sama ngan name blogger femes Pipiyapong tu, rupanya ni memang nama betul dia ;p. Dia org siam rupanya.


Pas habis game, pergi makan! Yeahhh!



Nyummmayyyy!


Sekian sahaja aktivi pada hari Sabtu. Dan sekarang aku tengah gigih mengemas.Mempacking baju dalam beg besar.BESAR punya! Kenapa? Nak pergi mana?


Sime Darby Mangement Apprenticeship program 2010.

(Sila klik tuk lebih jelas, nyata dan polos)

Alhamdullilah. I've been chosen out of beribu orang yang pergi interview ni haritu.Peluang hanya datang sekali, takkan nak lepaskan. Betul tak?Masa tuk mencari pengalaman & kawan baru ;)Doakan semoga semuanya berjalan lancar & baik2 saja k.Weee..Happpyyyy~

Dan, aku juga telah membuat keputusan tuk memprivatekan blog ini. Bukan apa, just nak limitkan readers je. Sebab sekarang ni, aku rasa blog ni terlalu expose. Semua orang baca. Kekadang timbul rasa takut. Yelah, orang yg kite tak kenal, tahu pasal kehidupan kita.So, lepas ni hanya FRIENDS & FAMILY je yang boleh baca blog ni. Rasa selamat sikit. And for my beloved friends sekalian, kindly drop down ur email k, so that aku ley invite kamu semua baca blog ni ;). Dun worry, geng Memuah & semua yg tersenarai dalam bloglist aku juga akan diinvite. Jangan lupa bagi email tau. Kalo tak, camne nak invite ;)

Ye, mungkin ini ialah entry terakhir sebelum blog ini diprivatekan bermula Isnin. Mungkin juga entry terakhir sampai aku habis training (InsyAllah) sebab aku tak tahu hotel tu ada wifi ke idok. Kalo ada, syukuurrrrrr, Kalo takde, pasrah jelah. Huu.berhabuk tebal la gamaknya blog ni nanti. Akhir kata, doakan aku berajaya ye kawan2 semua. Kepada geng memuah, kalo buat apa2 event, ingat daku dalam doa kalian k. Hee.Oklah, nak sambung mengemas.Semoga berjumpa lagi ;)


P/s: Perasaan happy, sedih, nervous bercampur aduk!

Saturday, July 10, 2010

Geng Memuah~





Kami bukanlah blogger tegar, jauh sekali popular. 
Tapi..kami sangat gembira bila tiap kali berjumpa.
(^_^)

Semacam magik, kami yang dari berbeza2 umur, latarbelakang & tempat kerja, boleh menjadi sangat rapat dan mesra dalam masa yang singkat. Dah jadi macam adik beradik.Tak sangka. Mungkin ni la namanya ikhlas. Bila berkawan dengan ikhlas, cepat je timbul rasa sayang tu kan. Ish..sayang nye lah dengan korang! Hope our friendship remain forever ya ;)



P/s: Gambar cun ni opkoslah belas ihsan dari Jacob versi slim a.k.a Hemy. Jejaka berbaju belang itu :) Satu2 nya antara kami yang sudah berkahwin. Hoho

Friday, July 09, 2010

Gerhana


Malam semalam adalah sangatttttt best. Ada dua sebab, first sebab dapat jumpa geng memuah dan second sebab dapat tengok eclipse. Awuuuuuuuuu! (bunyi serigala ;p). Bagi aku movie ni ialah yg palingggg best antara tiga2 siri twilight. Best2! Movie Twilight yg first, macam oklah, best jugak..semua lepas tgk  movie tu jatuh centa ngan Edward, pergi mana2 je dengar cerita pasal Edward, almaklumlah, Jacob masa ni tak hot lagi, ala2 caveman pulak tu. Haha.Yang kedua, paling tak best, sebab masa ni Edward bagi aku sangat lemah dan jalan cerita pun macam slow gila. Haishhh. Dan yang ketiga ni sangat BEST! Sukaaa! Sexy vampire vs Hot wolfman! Dengan Edward yg super duper sweet, Jacob yg OMG, hotnya ko! Jalan cerita yang best, kesimpulannya memang best lah. Tapi memang paling menyampah dengan Bella la kan, even ko Switzerland ke hape ke tapi dia memang annoying tahap unta. So kanak2 & mengada2. Palui! Eh..aku teremo pulak.Apa2pun, it was a sweet happy ending story. I loikeee~

Malam tadi juga berjaya mengumpulkan 9 orang geng memuah.Wee..sangat seronok. Even last minute plan, tapi syukurlah menjadi. Lama tak jumpa diorang dan bila dah jumpa memanglah havoc. Gelak2, lompat2, gedik2, makan2 sampai tak larat. Eyyy..keseronokan yg tak boley di describe ngan kata2. Kena tunggu pic2 dari Hemy dulu baru ley cerita betapa seronoknya kami. Memang seronok gila! Sayang korang sangat tau. Mmmwwaahhh!Boleh baca jugak pasal gathering happening ni kat blog Jard.Tetiba aku teringat Arabella order satey 6 cucuk je.Wihihihi. Lawak comel la ko ni beb. Adoyai. Hemy, aku bersyukuurrrrr sangat2 ko tak dapat duduk tengah diapit oleh gadis2. Akhirnya, ko kat hujung, Keri pun kat hujung.Kalau tak konfirm gadis2 sebelah ko berbau serigala. Muahaha! Keri, dah belanja soft cheese cake, bubur mcD kire burn la eh? Lagipun, gigi ko kan dah sehat ;p.Kak Masy cantek, thanks sebab jadik copilot kite malam tadi. Nanti sambung cerita yg unsangkarable tu k. My God! Wafa, thanks for the betik,sangat sedap! Aku breakfast betik pagi ni ;). Kak Zona, hope u love the gift. Jaga leklok tau. Hee. Kak Aima comel, siaran world cup akhir pada 12 Julai,2.30 pagi ye kak.Lalala.Jangan lupa kita sama2 pakai baju oren malam tu. Go ORANJE go! Nanti bila dapat pic baru ley cerita banyak2 lagi ok.Kitew nak sambonk tidow baleq niw. Nantoks taw. (menyampah siot!. Haha).Oklah, daaa ;))

P/s: Entry yang banyak dengan words Best & Seronok ;p

Thursday, July 08, 2010

Ayam Penyet Ria Vs Popmyberry



Ayam Penyet Ria, Sunway Pyramid
Set B = RM36 (For 2 pax)

Nasi Putih + Ayam Penyet + Ice Lemon Tea

Gado-Gado

Sup Soto

Es Cendol =RM4.90

RM20

SS15, Subang

RM28. Buy 1 Free1

Kesimpulan: Sedap gila + Kenyang + Berbaloi2 = Puas Hati!
(^_^)



P/s: Malam ni date ngan sexy vampire & hot wolfman pulak. Awwwuuuuuuu! (bunyi serigala ;p)



Wednesday, July 07, 2010

Puppy Love







Anak anjing yang kasihan

Terima kasih atas pandangan dan keperihatinan kamu semua terhadap anak anjing ni. Aku dah pun menelefon PAWS dan mereka sudi tuk bekerjasama tuk mengambil anak anjing ni, cuma masanya belum diketahui lagi. Progress anak anjing ni semakin hari makin baik.Alhamdullilah. Dah boleh jalan. Goyang2 ekor balik. Comell ;) Tapi tula, kekadang dia suka merayau2. Dah malam2 kang baru ada balik.Takut je aku kalau dia kena pukul lagi. Pastu nanti takut kalau pihak PAWS datang nak angkut dia, dia hilang pulak lagi. Hmm..camno ni? Kak Zona cadangkan supaya letak dia dalam sangkar. Huu..macam kesian je kak nak kurung dia. Lagi satu, nanti dipandang serong oleh jiran2, ingat kitorang bela anak anjing ni. Sedangkan kami bagi makan pun dah ada mata yang tak puas hati. Haihh..mentaliti orang melayu.Anak anjing ni memang tak reti duduk diam. Risau tau risau.Anak anjing..duduk diam2 boleh tak? 









Copyright to ERINA ASMAWANI
Designed by UMIESUEstudio 2015