Erina Asmawani

My photo
La Tahzan. Allah ada. Dia maha mengetahui, maha pengasih lagi maha penyayang :)

LOVE COWAY


Tuesday, June 11, 2013

Semua sayangkan Aqil :)

Aqil ada 2 orang kakak, 4 orang abang dan 2 orang adik. Adik beradik sepupu. Yang semuanya amat sayangkan Aqil. Sayang sangat.

Teringat lagi waktu jenazah Aqil dibawa pulang ke rumah, abang Ammar masatu tengah sibuk bermain dengan adiknya dan sepupunya yang lain. Dia nampak Aqil dibalut dengan kain batik."Kenapa Aqil kena balut?" tanya abang Ammar. Abang Ammar yang sebelum ni tak tahu keadaanya adik Aqilnya macam mana sebab hari terakhir dia melawat Aqil di wad kanak2 HKL, dia yakin adiknya itu hanya sakit biasa. Lepas Aqil dimasukkan ke HDW dan ICU, dia langsung tak boleh melawat Aqil.

Bila jenazah Aqil dibaringkan diruangtamu, di bukakan kain di mukanya. Abang Ammar terkejut dan tak henti2 menangis. Ibunya memberitahu abang Ammar yang Aqil dah meninggal. Abang Ammar sangat sedih. Menangis sampai lemah, lembik tak bermaya. Sayu hati aku melihat Ammar masa tu. Walaupun dia baru berumur 6 tahun tapi dia faham, dia tahu adiknya takkan hidup lagi. Adiknya dah pergi buat selama2nya. Esoknya abang Ammar menyaksikan semuanya. Dari saat Aqil dimandikan, di kapankan dan abang Ammar juga sama2 solatkan jenazah Aqil. Betapa sayangnya dia kepada Aqil.

Abang Iman, adik kepada Ammar, umur 4 tahun. Juga amat terasa kehilangan Aqil. Pernah sekali tu dia taknak masuk rumah sebab sedih teringatkan Aqil. Sayu tengok dia masa tu.Lepas pemergian Aqil, abang Ammar dan abang Iman selalu tanya dekat ibu dan ayahnya pasal Aqil. "Kenapa Aqil kena tanam?" Dekat syurga siapa yang buatkan susu Aqil?" Aqil pakai baju apa kat syurga?" Semua diorang tanya. Agaknya risau  memikirkan adiknya sorang2 di sana. Aku cakap Aqil dekat sana Nabi Ibrahim yang jaga dia. Aqil ramai kawan kat sana. Semua ada. Toys banyak, swimming pool besar, macam2 ada. Teruja diorang tiapkali aku ceritakan pasal indahnya syurga. "Nanti abang pun nak masuk syurga lah" kata abang Ammar. " Abang Iman pun nak masuk syurga". Walaupun mereka masih kecil, mereka tau syurga itu indah. Mereka tau adiknya tengah gembira di sana. Alhamdulillah makin hari diorang semakin ok. Kurang sedihnya. Aku yang rasa sedih kekadang tengok diorang sebab diorang masih kecil lagi untuk merasai "pedihnya" kehilangan adik tersayang.

Pernah sekali tu abang Ammar masuk ke bilik, ambik Ipad Aqil. Nak main. Di tekan2, tak boleh on. Aku cakap dekat dia " Mamacik tak charge Ipad Aqil, mamacik nak simpan. Nanti kalau mamacik tengok abang main Ipad Aqil, mamacik rindu Aqil. Sedih je". Abang Ammar diam je. Pandang ke bawah sambil ditekan2 home button Ipad yang dia tahu takkan hidup. Sedih. Lepastu dia cakap " Simpanlah, nanti adik Aqil boleh main pulak". Comel je abang Ammar. Lepastu abang Ammar tanya lagi " Baju2 Aqil semua, kasut2 dia semua mamacik dah simpan ke?'' "Haah, dah simpan" aku jawab. Abang Ammar cakap "Nanti kalau Aqil ada adik, bolehlah adik Aqil pakai kan. Kalau lelaki lah. Kalau adik Aqil girl kena beli semua baru". Senyum aku dengar ayat dia. Dia tambah lagi " Mamacik makan lah banyak2, biar perut mamacik besar. Nanti adik Aqil 2 orang, sorang mamacik jaga, sorang ayahcik jaga". Ketawa aku dengar ayat abang Ammar. Mendoakan adik kepada Aqil kembar. Comel sangat :D

Abang Iman pula satu hari tu kami bawa dia melawat pusara Aqil. Balik tu ayahcu dia tanya "Adik gi mana tadi?. Dia jawab " Adik pergi syurga..tengok Aqil". Comel je. Mungkin bagi dia, di dalam pusara itulah syurga :)

Abang Ammar dan abang Iman yang rajin melayan Aqil. Suka diorang kalau dapat tengok Aqil ketawa. 

Aqil bersama abang Iman dan abang Ammar :')

Aqil tunggu abang2 dekat syurga ye :)

Abang Ayish, umur 6 tahun, juga sangat sayangkan Aqil. Memang suka main dengan Aqil. Aqil pun suka main dengan abang Ayish. Terbayang2 Aqil ketawa terkekek2 bila tiap kali main dengan abang Ayish. Ya Allah..Aqil macam happy sangat2. Abang Ayish buatlah apa pun mesti Aqil akan gelak terkekek2. Minggu lepas abang Ayish melawat pusara Aqil. Lepas siram pusara Aqil, dengan tanpa disuruh,abang Ayish cium batu tanda di pusara Aqil. Seolah2 dia mencium Aqil. Sebak betul aku bila abangku menceritakan kelakuan Ayish masatu. Lepastu sama juga macam abang Ammar dan abang Iman, banyak juga soalan2 yang di tanya pasal syurga dekat ayah dan mamanya. Abang Ayish kata dekat syurga ada sungai susu, nanti Aqil boleh minum dari sungai je :)



Gelagat Aqil dan abang Ayish. Aqil memang suka main dengan abang2 nya :')

Kakak Intan, beza 7 bulan dengan Aqil. Kakak Intan lah yang paling banyak kenangan dengan Aqil. Sebab kami tinggal serumah. Sama2 tinggal di rumah mama. Kami mula pindah ke rumah mama di Shah Alam sejak akhir November tahun lepas sebab rumah kami di Lembah Beringin kena buat "major upgrading". Setiap hari, kakak Intan lah kawan Aqil. Mereka juga adik beradik susuan. Ummi Intan menyusukan Aqil. Aqil suka main dengan kakak tapi Aqil juga selalu buli kakak :D.Aqil selalu tarik rambut kakak. Tapi kakak redha je.  Main sama2. Mandi kolam sesama. Gi jejalan sesama. Semua sama2. Kalau kakak Intan dah petah bercakap mungkin banyak dah dia tanya pasal adik Aqilnya. 

Makan sama2.

Tengok Upin Ipin sama2.

Main sama2
Semuanya kenangan terindah Aqil bersama kakak :')

Tapi kakak kecil lagi untuk faham. Tapi kekadang kami dapat rasakan dia "kehilangan". Kalau ditunjukkan gambar Aqil di henfon, tanpa disuruh..dia akan cium gambar Aqil "Mmwahhhhh!". Lepastu dia jenguk di belakang henfon..dia ingatkan Aqil menyorok di belakang henfon. Kekadang sebak aku tengok keletah Intan sebab rasa rindu kepada Aqil semakin kuat tiap kali tengok Intan. 


Sama juga bila aku melihat Ilyas. Memang membuatkan aku teringatkan Aqil. Iyas tua sebulan setengah je dari Aqil. Keletahnya sama seperti Aqil. Dulu bila tiap kali datang rumah mak, Iyas akan main sama2 dengan Aqil. Memang geng. Waktu baru2 Aqil pergi..Iyas macam tercari2 Aqil. Dia masuk bilik cari Aqil. Masa kami sampai rumah mak, dia dah tunggu di pintu pagar rumah sambil panggil "Aqillll". Tak sabarnya dia nak jumpa adik dia. Sayunya hatiku melihat gelagat Iyas. Iyas dah pandai cakap. Bila di tanya "Aqil mana?" " Aqil takde..." dia jawab. Comel sangat. Sama macam kakak Intan, bila kita tunjukkan gambar Aqil di henfon.."mmmwahhhhh!" dia akan cium gambar Aqil :') Bila bersama2 dengan mereka aku dapat rasakan seperti aku bersama Aqil. Terasa macam Aqil ada je bermain2 gelak tawa bersama mereka. Mungkin tak dapat nampak di mata kasar aku, tapi mungkin nampak di mata suci mereka :)

Abang Ilyas dan Aqil :')

Abang Arif juga terasa kehilangan Aqil. Abang Arif berumur 10 tahun, semestinya dia boleh merasa kesedihan kehilangan adik tersayang. Teringat lagi saat di luar ICU, betapa abang Arif nak sangat masuk berjumpa dengan adiknya. Tapi tak boleh. Peraturan ICU memang ketat, tak membenarkan kanak2 bawah 12 tahun masuk. Bila dia dapat tahu adiknya dah takde, abang Arif menangis. Betapa sedihnya dia. Tak boleh aku ingat saat itu sebab pasti aku akan menangis. Tapi lama kelamaan abang Arif redha, sabar. Dia tahu adik Aqil nya sedang gembira bermain2 dengan adik kandungnya, Abdullah di atas sana.

Aqil dan abang Arif.

Kehilangan Aqil juga turut dirasakan oleh kakak Amal, 13 tahun. Kakak Amal sangat sayangkan Aqil. Dia rasa terkilan sangat sebab tak dapat bersama2 Aqil sewaktu nafas Aqil yang terakhir. Cerita tentang Aqil, dia abadikan di blognya. "Jangan sedih ye kakak, Aqil akan selamanya ingat kakak seperti mana kakak ingatkan dia. Aqil sekarang tengah gembira bermain dengan Abdullah" :)

Adik Dhia dan adik Sofia.

Walaupun adik2 Aqil ini terlalu kecil tapi aku pasti mereka juga merindukan Aqil. Mungkin abang Aqil juga ada "datang" bermain2 dengan mereka :)

Sejak kami berpindah ke rumah mama, hubungan kami adik beradik semakin rapat dan merapatkan lagi Aqil dengan kakak2, abang2 dan adik2 nya. Mungkin ini adalah hikmahnya kami pindah ke sini.Aqil nak bagi kenangan manis pada semua kakak dan abangnya. Memang cantik aturan dari Allah ni kan?? Setiap yang diaturkan Allah..yang terjadi pasti ada hikmahnya. Hikmahnya yang perlahan2 akan disedari oleh kami.

Walaupun Aqil, hayatnya hanya 1 tahun 2 bulan dan 10 hari, tapi kenangan bersama Aqil akan berada di dalam mereka sepanjang hayat. Abang Ammar, abang Iman, abang Ayish,abang Arif, kakak Intan, kakak Amal, adik Dhia dan adik Sofea semua sayangkan Aqil Hamzah. Semua sayangkan Aqil sangat2. Aku bersyukur kerana adanya mereka. Mereka pengubat rinduku pada Aqil. Mereka anak-anakku juga. 


Bahagialah di sana wahai anakku, Aqil Hamzah. Alfatihah.


28 comments:

zonaku said...

ramainya abang, kakak, n adik Aqil....

mak n ayah memuah pun ramai ni ha....

Aku Bapak said...

semua sayang Aqil Hamzah...

mama ila said...

aunty ila pun sayang Aqil...sememangnya Aqil akan gembira disana.. Al-Fatihah

Norhasniza Khalid said...

Al fatihah, sungguh comel anak itu..

Izzati Asyraf said...

Aunty kat sini pun rindu dan sayang aqil..Selalu aunty akan baca balik kisah2 aqil dalam blog mama aqil..Al-fatihah..

With Julia said...

Walaupun x pernah jumpa aqil dan erina...umi dan Qi senantiasa sayangkan anda berdua melalui blog....ternyata blog adalah ikatan ukhuwah saling mengetahui keadaan masing2....Baby Aqil - Al-Fatihah

m@m@yAyA said...

ina, sory zura nak cakap zura nangis beria tengok gmbr aqil nie..
zura pun rdu sgt kat aqil,walaupun dekat hsptl la kali pertama dan terakhir zura jmpa aqil tp da ckup buat zura rdukan aqil sangat..

aqil memang anak syurga sebab tue rmai yg sayang rdukan dia..
Alfatihah untuk Aqil Hamzah..

Wawa Yusoff said...

Ramai yg sayangkan aqil.. Nyata sekali Allah lebih sayang kan aqil. Allah juga syg kan ena dan suami sehinggakan mengirimkan ahli syurga.

Al-fatihah untuk aqil hamzah, seorang ahli syurga yang sangat comel :)

HEMY said...

..........

Chekgu Azrine said...

semoga adik aqil tenang di sana..al-fatihah

Cik Puan Tqah said...

bc entry ni rs nk meleleh je air mata..tahan je sbb kt opis.. tabah sangat akak..

Erina Wati said...

AL-Fatihah..serius saya nangis bca n tgk pic arwah yg sggh comel...

Ryn said...

bace n3 erina..mesti sebak x tetahan...aifatihah

Ros Anis Rusli said...

sedih sebak bc entry ena...anis juga rindukan aqil..rs terubat bila tgk pic kita ghatering kt shah alam..ada pic airiell bsama aqil... :)

SweetLikeWhat said...

sedihnyaaa baca..

aThidEaN said...

tak pernah gagal mengalirkan air mata bila teringat anak syurga ini.

tabahnya hati erin...

CaDLyNN said...

ena..menangis aku bace entry ni..semua sayangkan aqil..

shera said...

kita semua sayang Aqil, kita semua rindu Aqil. tabah ye kak, sama2 kita doa semoga bersama kembali di Jannah nanti :) insyaAllah.

mas said...

Sabarlah erina....tika kita sedang diduga sebenarnya Tuhan ingin menurunkan nikmat kpd kita yg kita sendiri tak tahu bila dan dimana

Mimy Hamid said...

Ya Allah comel nya aqil dalam gambar...sorry ternangis jugak sebab akak salah sorang rindukan nya....AL Fatihah Aqil...aunty rindu Aqil aunty peluk Fayel...sebab Aqil sebaya Fayel...bila Fayel main mesti teringat jugak kat Aqil dan kawan kawan ...

Aine Ainun said...

sebak baca n3 ni...

saya tak kenal awak, tapi saya dapat rasakan awak lebih kuat dan bersemnagat dari saya...
terus tabah ya, semuanya ada hikmah untuk awak....sekeluarga...

e.t.t.y said...

subhanallah, bijak betul anak anak erin.

Zaliza Yahya said...

Ya Allah, comel betul arwah Adik Aqil...seronok melihat telatahnya bersama Erina sekeluarga. Al-fatihah Sayang, semoga sentiasa dalam perlindungan Allah... Saya doakan Erina sekeluarga sentiasa tabah dan diberi kekuatan menghadapi dugaan hebat ini, amin!

ermy said...

Askum.. sy menangis baca entry ni. X dapat sy bayangkan kehilangan anak tersayang.Takziah sy ucapkan utk erina dan al-fatihah sy kirimkan utk arwah aqil. Syurga untuknya, itu yg pasti.. semoga erina sekeluarga terus tabah, amin

Khairunnisa Ahmad said...

sedihnya baca kisal aqil.. meleleh air mata. berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul..

Rogayah Ramzan said...
This comment has been removed by the author.
Soya Jelita said...

Allah hu akhbar... maaf, saya terjumpa blog awak, then saya terbaca.. sungguh sebak smp mengalir air mata saya membaca entri aqil.. walaupun saya tak kenal awak, tp saya mengerti perasaan seorg ibu... umur aqil tak jauh beza ngan anak saya... aqil lahir bulan februari 2012, anak saya 4 march 2012... semoga aqil tenang dan gembira di sana... sesungguhnya awak seorg ibu yg kuat dan tabah...

Ziela Ismail said...

Ya Allah..sebagai ibu..rasa sebak sangat baca entri awak..sangat2 meruntun jiwa..bidadari syurga Aqil..dia akan tunggu ibu bapanya di sana..









Copyright to ERINA ASMAWANI
Designed by UMIESUEstudio 2015