Erina Asmawani

My photo
La Tahzan. Allah ada. Dia maha mengetahui, maha pengasih lagi maha penyayang :)

LOVE COWAY


Friday, July 26, 2013

Yes to PnD protection campaign.

Assalamualaikum.

Alhamdulillah syukur ke hadratNya, kami selamat kembali ke tanah air dari mengerjakan iadah umrah. Banyak yang saya nak kongsikan pengalaman sewaktu di Madinah Al-Munawarah dan Mekah Al- Mukaramah. Memang pengalaman yang tidak boleh dilupakan. Sungguh indah. Tapi sebelum tu izinkan saya ingin berkongsi dengan kalian tentang kempen Yes ini. Menjadi tanggungjawab saya untuk berkongsi secebis ilmu dan pengetahuan saya berkenaan kempen ini. 

Telah saya kongsikan di entry sebelum ini tentang bahayanya penyakit Pneumococcal dan cara untuk melindungi dari penyakit ini adalah dengan pemvaksinan. Kempen "Yes to Pneumococcal Disease (PnD) Protection", kempen inisiatif usaha sama daripada sebuah pertubuhan NGO, Parenting2u, Asian Strategic Alliance for Pneumococcal Disease Prevention (ASAP) dan juga Malaysian Paediatric Association (MPA). Tujuan kempen ini diadakan adalah untuk menggesa Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk memberikan vaksin pneumococcal secara percuma di semua klinik kesihatan. Menurut pakar kanak-kanak Dr Yong Junina, pemvaksinan adalah cara yang paling selamat untuk melindungi kanak-kanak dari dijangkiti bakteria Streptococcus Pneumonia yang mengakibatkan penyakit pneumococcal ini. 10,000 pledges (kad ikrar) akan diedarkan kepada ibu untuk diisi sebagai tanda sokongan mereka terhadap kempen ini. Kempen yang bermula pada bulan April lalu akan berakhir pada bulan September ini. 

Untuk informasi lebih lanjut tentang kempen Yes ini, boleh di baca di link ini

Dan sepanjang minggu depan,29 Julai hingga 3 Ogos, dari jam 10 pagi hingga 3 petang, kempen Yes akan diadakan di Assunta Hospital, Petaling Jaya bersempena Mommy & Baby Week. Anda semua dijemput hadir sebagai tanda sokongan anda terhadap kempen ni. Selain kempen Yes, turut diadakan seminar tentang penyusuan bayi, teknik dan tips. Ada juga demonstari mengurut dan berbedung bayi. Sesuai dihadiri oleh ibu bapa baru yang bakal menimang cahaya mata. Di samping anda datang untuk memeri sokongan terhadap kempen Yes, boleh juga menambah ilmu di alam parenting :)


Ini adalah usaha saya, usaha ibu bapa lain juga yang ingin melindungi anak-anak mereka. Saya sedar ada kalangan ibu bapa yang kurang senang tentang pemvaksinan. Setiap ibu apa ada ada cara dan pendapat masing2 untuk melindungi anak mereka. Yang pasti setiap ibu bapa mahukan yang terbaik. Saya disini bukan hendak berdebat tentang isu vaksin ini, tidak. Siapalah saya?? Saya hanyalah ingin berkongsi ilmu pengetahuan sahaja. Saya menghormati cara kalian dan kalian hormatlah cara kami. Hormat menghormati. Jangan lah ada yang memperlekehkan usaha kami. Jika anda tidak mahu menyokong kempen ini, jangan perlekehkan. Berdiam diri adalah cara yang lebih baik daripada memburuk2kan dan memperlekehkan usaha kami.


Pledges (kad ikrar) Yes Campaign.
Say Yes to Pneumococcal Disease Protection. 

Aqil Hamzah menjadi penguat semangat saya untuk aktif dalam kempen ni. 
Semoga objektif kempen ini dapat direalisasikan satu hari nanti. InsyaAllah.



13 comments:

nadirah azemi said...

Salam.. Akak mana nak dapat kad ikrar YES ni?

ctmah said...

good job erina! =)

Erina Asmawani said...

Nadirah:
Nak dapatkan kad ni Nad boleh ke hospital2 yang support kempen Yes ni..nnti InsyaAllah akak listkan senarai hspital yg amik ahagian ye. Tak pun Nad boleh ke hospital tempat kempen ni dijalankan :)

Ctmah:
Thank u mama Alisha :')

nadirah azemi said...

TQ kak.. Kalau boleh saya nk tau hospital di area Kelantan. Sebab kalo nak ke KL jauh :D

ljmoi said...

Hospital USM di Kubang Pasu juga mengambil bahagian dalam kempen ini. Rasanya di bahagian Klinik Kesihatan Keluarga (Family Health), cuba cari kotak lutsinar dengan sticker YES to Pnd Protection berwarna pink.

Li Jin

King Khadijah said...

nape da lama xupdate blog, awk sihat ker?

~YUN~ said...

anak yun pn bru amik,tp terlambat,nk dekat 2 thun bru amik.. =)

lina said...

TQVM ena...hugs on air....take care!

Umi Qi said...

All the best mommy erina...go ena go!

noly anna said...

:)
nnt free singgah lah ke blog noly ye www.nolyanna.blogspot.com

Sha Salleh said...

Nak jugak kad ni mana nak dapat kalau di utara?

www.irsyahealthyhouse.blogspot.com

Ibu Cergas said...

crying..sobs..sobs..

my Hannan baru smlm amik vaksin ni. RM243 1st dose di DEMC. Sbb my Hannan kene menigitis. Semua simptom ada. huhuhu..

x berani tanggung risiko.


Mama Iman & Hannan
IbuCergas
Vitamin IbuCergas


Hunny Kitty said...

hopefully ena terus tabah dan teruskan semangat dan usaha meneraju kempen YES ini...

Al-Fatihah buat Aqil.
Dan semoga hospital gov espesially akan lebih prihatin terhadap perkara ini juga~









Copyright to ERINA ASMAWANI
Designed by UMIESUEstudio 2015