Erina Asmawani

My photo
La Tahzan. Allah ada. Dia maha mengetahui, maha pengasih lagi maha penyayang :)

Your Friendly Coway Agent

Your Friendly Coway Agent

Friday, June 14, 2013

Anak ialah anugerah, amanah dan ujian dari Allah.


" Dan ketahuilah bahawa harta benda kamu dan anak-anak kamu itu hanyalah ujian, dan sesungguhnya di sisi Allah jualah pahala yang besar." [Al Anfaal:28]


Aku bersykur dianugerahkan olehNya, Aqil Hamzah, zuriat kami yang cukup sempurna. Aqil seorang anak bijak, baik budi dan sangat menyenangkan kami. Senang makannya, senang tidurnya, senang di bawa kemana2. Tidak banyak kerenah dan ragamnya. Kami senang membesarkan dia. Dari saat kami menjadi ibu bapanya hingga ke nafasnya yang terakhir, Aqil tidak pernah menyusahkan kami. Dan sepanjang membesarkan Aqil, kami belajar erti sabar. Aku bersyukur kerana kami membesarkan dia dengan penuh kesabaran dan kasih sayang. Seingat aku, kami tidak pernah memarahi Aqil, bercakap kasar dengan dia, mencubit dia, pukul apetah lagi, memang jauh sekali. Sememangnya Aqil anak yang baik budi, memang tak ada sebab untuk kami memarahi dia. Keletahnya yang manja, sikap suka tersenyumnya membuat kami sentiasa bahagia dan tenang. Dan kami yakin, kami telah menjadi ibu bapa yang terbaik untuk Aqil Hamzah. Walaupun dipinjamkan olehNya hanya untuk 1 tahun 2 bulan dan 10 hari tapi  kami yakin kami telah menjaga, membesarkan dan menjalankan tanggungjawab kepada amanah dari Allah ini sebaik2nya. 

Anak juga adalah ujian dariNya. Dan ujian dariNya untuk kita adalah berbeza2. Mungkin ada ibu bapa yang diuji dengan kerenah anak yang macam2. Anak sakit. Anak hilang dan sebagainya. Tapi percayalah, ujian yang didatangkan ini untuk menguji kesabaran kita, ketabahan kita. Allah tidak menguji kami sepanjang membesarkan Aqil, tapi Allah uji kami dengan "mengambil semula" pinjamanNya. Tapi kami percaya setiap yang terjadi ada hikmahNya. Kami sentiasa bersangka baik padaNya. Allah Maha Pengasih dan Maha Penyanyang. Allah ambil Aqil sebab Allah sayangkan dia, dan sayangkan kami juga :') Semoga kami terus diberi kesabaran dan ketabahan untuk menghadapi hari mendatang. Dan kami akan terus sabar dan menjalankan tanggungjawab kami sebagai ibu bapa terbaik untuk anak2 kami yang lain nanti sepertimana kami membesarkan dan mengasihi Aqil Hamzah. InsyaAllah :)


Genap 6 minggu Aqil meninggalkan kami. Mama sentiasa akan merindui kamu sayang. Budak comel yang suka tersenyum. Alfatihah


7 comments:

Ratu Hatiku said...

Takziah sekali lagi.. Al Fatihah.. Aqil akan menanti kamu di syurga nnt...
Semoga tabah hadapi dugaan Allah ini.. setiap apa yg berlaku ada hikmah disebaliknya..

p/s: Comel sgt Aqil.. Saya yg tgk pun sebak apatah lagi kamu ibunya.. bertabahlah ya.. :)

bylindakitchen said...

al-fatihah buat akil hamzah. bidadari syurga.
bertuah erina punya anak yang suci dari dosa.
alhamdulillah.

DYatie ABakar said...

Al Fatihah.. semoga terus tabah mommy.. :)

Pn.Ibu said...

Mar xtaw nk ckp ape ena...rasa sedih sgt...semoga senyuman Aqil sentiasa dalam ingatan kita semua..~xoxoxo~

amal said...

Ena memang kuat. kata2 ena sentiasa menjadi inspirasi buat amal..

genuine1224 said...

al-fatihah utk arwah dan takziah utk erina n family. anak sulung saya juga namanya muhammad aqil. walau hayatnya cuma 2 hari, bila terkenang, memang rindu dan menangis. inikan pula yg sudah menjengah usia setahun, pasti lebih kuat rindu pada arwah. moga erina terus redha dan tabah. insyallah, hati akan lebih tenang. syurgalah tempat anak kecil itu..

Nuraliyah Mn said...

You're a strong mama. Semoga diketemukan semula di jannah nanti. Aqil menantimu. :'(









Copyright to ERINA ASMAWANI
Designed by UMIESUEstudio 2015