Erina Asmawani

My photo
La Tahzan. Allah ada. Dia maha mengetahui, maha pengasih lagi maha penyayang :)

Your Friendly Coway Agent

Your Friendly Coway Agent

Monday, July 04, 2011

Pernikahan Umie & Hazril~

Kedua2 mempelai ini sahabat aku dari UiTM Sarawak dulu.Terasa pelik pulak letak Hazril kat title tu sebab aku biasa panggil beliau Abang Boya je.Hehe. Dia senior kami masa belajar dulu.Setelah 9 tahun mereka menyulam cinta, akhirnya percintaan mereka di akhiri dengan sebuah ikatan perkahwinan. Alhamdullilah :) 9 tahun ok, lama tu!

Sabtu,2 Julai 2011, jam 11 pagi bertempat di Masjid Al Raudah, Tanjung Karang, majlis pernikahan mereka berlangsung. Disebabkan kami datang agak lewat, tok imam tengah bagi khutbah.Jadinya kami snap gambar dari luar je.Tak mahu menganggu tetamu2 yang tengah kusyuk mendengar.Dan akhirnya,dengan sekali lafaz ijab qabul, halal sudah mereka berdua menjadi suami isteri.Syabas Abg Boya , Syabass!;)


Saat2 nebes


Saat bergelar isteri. Ohooi..sempat lagi Puan Umie ni pandang kamera. Alert je. Hehe.Senyum je pengantin ni ;D


Sesi bergambar dengan family belah lelaki. Saling pandang memandang yu pasangan pengantin ni.Aww! Baju pengantin perempuan adalah sangat gojes. I like it so much!

Sesi batal air sembahyang dilakukan di rumah pengantin perempuan lepas tu, jadinya teruslah kami ke rumah Umie yang terletak lebih kurang 5 minit dari masjid tadi.Sesampai je rumah pengantin, teruja tengok guest board yang disediakan oleh pihak Umie ni. Amatlah kreatip!


Bawah tu ada gambar2 diorang. Comel!


Memo note.


Paku tekan + segala macam paku comel2


Mestilah ai tak lepaskan peluang untuk say something kan. Bersungguh2 tu tau.


Pengantin lama :)

Dan masa upacara batalkan air sembahyang tu diadakan kami duduk dekat luar je sebab bagi peluanglah dekat ahli keluarga & sanak saudara pengantin yang memeriahkan dalam rumah tu.Kami & kawan2 lain tunggu kat luar je.Ok, lauk yang dihidangkan memang sedap gila! Sayur labu masak lemak, sambal udang, ikan goreng, kari ayam, kerang rebus. Memang terbaik! Lama dah tak rasa masakan kampung yang betul2 kaw macam ni.

Dan seterusnya sesi bergambar dengan pengantin. Dan2 time ni pulak bateri aku nak kong. Nasib sempat bergambar ngan Puan Umie.Gambar yang lain tunggu photographer jela. And yes mereka guna khidmat OP yang sama masa wedding kami haritu. Mr Yusdi Yusoff :)

Alhamdullilah.

Kepada kedua2 mempelai,Umie & Abg Boya. Tahniah! Selamat pengantin baru, semoga berbahagia setiap hari dan selamat menempuh alam rumahtangga yang indah ni .Lepas ni boleh pergi cuti2 Malaysia sama2 ;)

Friday, July 01, 2011

Bersyukurlah~

Kadang2 kita cemburu dengan orang tu sebab dia ada kerja bagus, gaji besar.Mewah.Tapi kita tak tahu, dalam masa yang sama, orang tu pun cemburu dengan kita sebab walaupun kita hidup serba sederhana, kita ada family yang bahagia.Anak2 yang comel.

Kadang2 kita cemburu dengan orang tu sebab dia dapat kerja yang kita idam2kan.Pergi pejabat, jadi orang hebat.Tapi kita tak tahu, dalam masa yang sama, orang tu pun cemburu dengan kita sebab kita pun dapat kerja yang dia idamkan, duduk rumah jaga anak2. Siapkan makan minum suami. Jadi surirumah hebat.

Kadang2 kita cemburu dengan orang tu sebab dia bergaya,pakai barang branded2, berkereta mewah, gah.Tapi kita tak tahu, dalam masa yang sama, orang tu pun cemburu dengan kita sebab kita bergaya sempoi je tapi tetap nampak menarik. Kita pandu kereta kecil, senang nak cilok2 time jem dan yang penting, kita dah habis bayar hutang kereta.

Kadang2 kita cemburu dengan orang tu sebab dapat sambung belajar tinggi2.Tapi kita tak tahu, dalam masa yang sama, orang tu pun cemburu dengan kita sebab kita dah ada pengalaman kerja yang lama. Dah settle bayar hutang PTPTN pulak tu.

Kadang2 kita cemburu dengan orang tu sebab badan dia kurus, slim melim je.Tapi kita tak tahu, dalam masa yang sama, orang tu pun cemburu dengan badan kita yang montok lagi gebu ni.

Kadang2 kita cemburu dengan orang tu sebab dia bijak dan pandai. Tapi kita tak tahu, dalam masa yang sama, orang tu pun cemburu dengan kita sebab kita ni peramah dan ada ramai kawan. Semua orang senang dengan kita.

Kadang2 kita cemburu dengan orang tu sebab dia ada lebih semuanya.Tapi kita tak tahu, dalam masa yang sama, orang tu pun cemburu dengan kita sebab kita ada semua yang dia impikan. 

Kita cemburu dengan orang tu tapi kita tak tahu yang sebenarnya orang tu pun cemburukan kita.Jadi, bersyukurlah. Bersyukurlah dengan apa yang kita perolehi selama ini. Jangan membandingkan diri kita dengan orang lain.Jangan rasa rendah diri. Allah menjadikan setiap manusia itu istimewa.Dia memberikan tubuh badan dan minda yang sihat dan sama kehebatannya antara seseorang individu dengan individu yang lain.Jadi, bersyukurlah ;)


Bersyukur, tanda terima kasih kita kepada Allah ;)










Copyright to ERINA ASMAWANI
Designed by UMIESUEstudio 2015