Erina Asmawani

My photo
La Tahzan. Allah ada. Dia maha mengetahui, maha pengasih lagi maha penyayang :)

Your Friendly Coway Agent

Your Friendly Coway Agent

Monday, July 04, 2011

Pernikahan Umie & Hazril~

Kedua2 mempelai ini sahabat aku dari UiTM Sarawak dulu.Terasa pelik pulak letak Hazril kat title tu sebab aku biasa panggil beliau Abang Boya je.Hehe. Dia senior kami masa belajar dulu.Setelah 9 tahun mereka menyulam cinta, akhirnya percintaan mereka di akhiri dengan sebuah ikatan perkahwinan. Alhamdullilah :) 9 tahun ok, lama tu!

Sabtu,2 Julai 2011, jam 11 pagi bertempat di Masjid Al Raudah, Tanjung Karang, majlis pernikahan mereka berlangsung. Disebabkan kami datang agak lewat, tok imam tengah bagi khutbah.Jadinya kami snap gambar dari luar je.Tak mahu menganggu tetamu2 yang tengah kusyuk mendengar.Dan akhirnya,dengan sekali lafaz ijab qabul, halal sudah mereka berdua menjadi suami isteri.Syabas Abg Boya , Syabass!;)


Saat2 nebes


Saat bergelar isteri. Ohooi..sempat lagi Puan Umie ni pandang kamera. Alert je. Hehe.Senyum je pengantin ni ;D


Sesi bergambar dengan family belah lelaki. Saling pandang memandang yu pasangan pengantin ni.Aww! Baju pengantin perempuan adalah sangat gojes. I like it so much!

Sesi batal air sembahyang dilakukan di rumah pengantin perempuan lepas tu, jadinya teruslah kami ke rumah Umie yang terletak lebih kurang 5 minit dari masjid tadi.Sesampai je rumah pengantin, teruja tengok guest board yang disediakan oleh pihak Umie ni. Amatlah kreatip!


Bawah tu ada gambar2 diorang. Comel!


Memo note.


Paku tekan + segala macam paku comel2


Mestilah ai tak lepaskan peluang untuk say something kan. Bersungguh2 tu tau.


Pengantin lama :)

Dan masa upacara batalkan air sembahyang tu diadakan kami duduk dekat luar je sebab bagi peluanglah dekat ahli keluarga & sanak saudara pengantin yang memeriahkan dalam rumah tu.Kami & kawan2 lain tunggu kat luar je.Ok, lauk yang dihidangkan memang sedap gila! Sayur labu masak lemak, sambal udang, ikan goreng, kari ayam, kerang rebus. Memang terbaik! Lama dah tak rasa masakan kampung yang betul2 kaw macam ni.

Dan seterusnya sesi bergambar dengan pengantin. Dan2 time ni pulak bateri aku nak kong. Nasib sempat bergambar ngan Puan Umie.Gambar yang lain tunggu photographer jela. And yes mereka guna khidmat OP yang sama masa wedding kami haritu. Mr Yusdi Yusoff :)

Alhamdullilah.

Kepada kedua2 mempelai,Umie & Abg Boya. Tahniah! Selamat pengantin baru, semoga berbahagia setiap hari dan selamat menempuh alam rumahtangga yang indah ni .Lepas ni boleh pergi cuti2 Malaysia sama2 ;)

6 comments:

moment said...

PATU pun boleyyyyy~

;p

Erina Asmawani said...

Moment:
Deymm! camne ko leh alert ngan typo nih..mencik! hahahaaha

zonaku said...

aku baca sekali, x jumpa typo
dua kali pun sama........

tiga kali pun sama....



ker ena dah betulkan?
saspek : PATU=PAKU

Masy said...

mesti ena dah betulkan la tuuuu hahahhahhaha

Erina Asmawani said...

terima kasih kakak2 sekalian sebab mengomen bukan berkaitan ngan entry..geget kang!

yelaa..paku tu tadi typo jadi patu..dah betulkan dah..hahaha

Unknown said...

konsep memo note tu BEST!!! bole laaa tipu pas ni ek..hehehe









Copyright to ERINA ASMAWANI
Designed by UMIESUEstudio 2015