Erina Asmawani

My photo
La Tahzan. Allah ada. Dia maha mengetahui, maha pengasih lagi maha penyayang :)

Your Friendly Coway Agent

Your Friendly Coway Agent
Showing posts with label kahwin. Show all posts
Showing posts with label kahwin. Show all posts

Tuesday, November 15, 2011

11 November 2011

Tarikh keramat. Ramai pasangan pilih tarikh ni untuk melangsungkan hari bersejarah mereka, tak terkecuali cousin kesayangan saya sorang ni.Alhamdullilah, lepas solat Jumaat,majlis pernikahan mereka berlangsung dengan lancarnya. Saya suka pergi wedding2 ni dan tolong apa2 yang patut. Bila tolong2 prepare untuk kenduri,teringat masa wedding saya dulu. It was the best moment ;)

Pengantin tengah dimakeup kan ;)

Menunggu saat bergelar isteri. Dalam hati debar2.

Dan selepas lafaz akad, ada lafaz sakinah. Ni memang wajib diadakan kalau nikah di Johor. Ya Allah, sedihnya waktu mak pengantin perempuan bacakan ayat untuk anak perempuan dia ni. Mostly semua yang hadir masa majlis nikah ni mengalirkan air mata. Mak buyung ni lagilah..jangan cakap, sikit lagi je nak teresak2 tersedu sedan. Over kalahkan pengantin ;p

Mereka dah sah sebagai suami isteri. Alhamdullilah.
Dah boleh pegang tangan!! (hahaaha)

Kepada pasangan Waheda & Asrul, tahniah buat kalian. Selamat menempuhi alam rumahtangga yg indah ini. Bersabar & bertolak ansur tu sangat penting ok dan semoga jodoh kalian berkekalan hingga ke syurga ;)Sama padan kan diorang ni. So sweet ;) Muda lagi, memasing umur 24 tahun dan mereka ialah cikgu. Pasangan cikgu ok.

Dan esoknya, hari Sabtu ialah majlis persandingan mereka. Walaupun cuaca hujan lebat,jalan becak penuh tanah merah,tapi Alhamdulliah, everything went well. Dan sangat meriah. Dengan live ghazal nye, dengan acara tol2 sebelum bersanding nya ( kalau majlis persandingan dekat Johor memang wajib ada acara tol2 ni. Pengantin lelaki kena bagi tol dulu sebelum dapat naik bersanding kat pelamin. Banyak halangan nya, banyak la tol yg kena bayar.Hehe)

Pengantin cantik dalam persalinan ungu cair.
Senyum lebar tengok orang bersilat :D


Pengantin lama. Eh eh..nak jugak. Haha

Seminggu sebelum majlis kenduri ni, as requested by pengantin, nak saya tolong buatkan doorgift untuk orang sebelah (pihak lelaki) dan untuk kawan2 dia. Jadinya saya buatkan doorgift yang comel ni.Disebabkan saya suka buat choc chips cookies (dan itu pun yg paling simple, tempek2 je), jadi saya buat cookies je la ;)

Made with full of love ;)

Dan saya letak dalam bekas comel warna warni ni. Actually nak pakai bekas ikea, tapi memandangkan saya tak berkesempatan nak pergi sana, just beli dekat kedai serbaneka berhampiran je. Lagipun bekas ikea dah ramai orang guna, yang ni lain sikit kan ;)

Lepastu saya ikatkan riben. Dekat penutup tu saya lekatkan sticker tapi tak sempat pulak nak snap.Jadilah doorgift yg simple yet cute ni. Saya buat lebih kurang 150 bekas. Nasib ada assistant, kalau saya bersilat sorang mau nangis lenguh pinggang2 ni.

Masa majlis persandingan pula, kakak ipar saya buatkan oreo choc untuk pengantin. Seriously sangat cantik. Kalau dah cantik, rasanya pun op kos la sedap! Sedap sangat!

Haaa..cantik kan?? Kalau berminat nak tempah silalah terjah website beliau.Harga pula sangat berpatutan & dijamin puas hati. Sesuai dijadikan untuk doorgift & hantaran ;)
Klik sini--->I love chocolate.

Kakak kesayangan saya pula buatkan muffin ni. Ya Ampunn..muffin ni pun sedap gilak! Muffin susu topping with choc & strawberry. Saya suka rasa susu muffin ni. Enak menjilat jari. Ni bukan puji sesaja ok, ni pujian bebetul ikhlas. Memang sedap!

Tengok pun dah menggoda kan ;) Berminat nak tempah? Sila ke website beliau
Klik sini---> Lynn Chocs

Kakak2 saya ni memang suka buat choc & kek. Mula dari suka2 sekarang dah buat bisnes. Syukurlah ;) Tinggal adik dia ni je ikut jejak mereka.Saya minat baking2 ni, tapi kalau nak berbisnes secara serius tu tengok mood dulu. Maklumlah, mak buyung ni mood macam2 sikit, kalau datang rajinnya rajinlah, kalau mood tak rajin dah datang,apa pun tak boleh. Hehe.InsyaAllah satu masa nanti.

Saya pula sumbangkan kek ni buat pengantin. Tapi beli je. Heheehe. Nak jugak bagi sumbangan even bukan dari air tangan sendiri ;p

 Warna warni :D

Jadinya bila ketiga2 yang di atas ni disusun dekat meja kek pengantin, jadilah begini..

Comell!

Demikian sahaja cerita 11 November saya. Dari cerita kawen terus termasuk cerita choclate, muffin, cookies segala. Haha. Dan untuk sesiapa yg berminat nak tempah choclate & muffin tu, silalah terjah website kakak2 saya tu ok. Memangggg sedap! :D

Monday, July 04, 2011

Pernikahan Umie & Hazril~

Kedua2 mempelai ini sahabat aku dari UiTM Sarawak dulu.Terasa pelik pulak letak Hazril kat title tu sebab aku biasa panggil beliau Abang Boya je.Hehe. Dia senior kami masa belajar dulu.Setelah 9 tahun mereka menyulam cinta, akhirnya percintaan mereka di akhiri dengan sebuah ikatan perkahwinan. Alhamdullilah :) 9 tahun ok, lama tu!

Sabtu,2 Julai 2011, jam 11 pagi bertempat di Masjid Al Raudah, Tanjung Karang, majlis pernikahan mereka berlangsung. Disebabkan kami datang agak lewat, tok imam tengah bagi khutbah.Jadinya kami snap gambar dari luar je.Tak mahu menganggu tetamu2 yang tengah kusyuk mendengar.Dan akhirnya,dengan sekali lafaz ijab qabul, halal sudah mereka berdua menjadi suami isteri.Syabas Abg Boya , Syabass!;)


Saat2 nebes


Saat bergelar isteri. Ohooi..sempat lagi Puan Umie ni pandang kamera. Alert je. Hehe.Senyum je pengantin ni ;D


Sesi bergambar dengan family belah lelaki. Saling pandang memandang yu pasangan pengantin ni.Aww! Baju pengantin perempuan adalah sangat gojes. I like it so much!

Sesi batal air sembahyang dilakukan di rumah pengantin perempuan lepas tu, jadinya teruslah kami ke rumah Umie yang terletak lebih kurang 5 minit dari masjid tadi.Sesampai je rumah pengantin, teruja tengok guest board yang disediakan oleh pihak Umie ni. Amatlah kreatip!


Bawah tu ada gambar2 diorang. Comel!


Memo note.


Paku tekan + segala macam paku comel2


Mestilah ai tak lepaskan peluang untuk say something kan. Bersungguh2 tu tau.


Pengantin lama :)

Dan masa upacara batalkan air sembahyang tu diadakan kami duduk dekat luar je sebab bagi peluanglah dekat ahli keluarga & sanak saudara pengantin yang memeriahkan dalam rumah tu.Kami & kawan2 lain tunggu kat luar je.Ok, lauk yang dihidangkan memang sedap gila! Sayur labu masak lemak, sambal udang, ikan goreng, kari ayam, kerang rebus. Memang terbaik! Lama dah tak rasa masakan kampung yang betul2 kaw macam ni.

Dan seterusnya sesi bergambar dengan pengantin. Dan2 time ni pulak bateri aku nak kong. Nasib sempat bergambar ngan Puan Umie.Gambar yang lain tunggu photographer jela. And yes mereka guna khidmat OP yang sama masa wedding kami haritu. Mr Yusdi Yusoff :)

Alhamdullilah.

Kepada kedua2 mempelai,Umie & Abg Boya. Tahniah! Selamat pengantin baru, semoga berbahagia setiap hari dan selamat menempuh alam rumahtangga yang indah ni .Lepas ni boleh pergi cuti2 Malaysia sama2 ;)

Tuesday, January 04, 2011

Entry pertama 2011

Selamat tahun baru semuaaa ;) Even lambat 4 hari, still tahun baru jugak kan. Semoga tahun ni lebih baik dari tahun2 sebelumnya. Tahun 2010 terasa sangat cepat je berlalu kan. Tup2 dah 2011. Alhamdullilah..tahun lepas, apa yang diazam & dirancang berjaya tercapai. Azam tahun ni apa pulak? Cukuplah stabil dalam kerja, semoga majlis kahwin kami berjalan dengan lancar dan dapat menjadi anak, isteri & mommy-to-be yang baik, mithali & solehah dan juga bahagia happy2 dengan family tersayang nanti ;).Ada lagi azam2 yang lain, tapi tak perlulah  di reveal di sini. Lagi 12 minggu bakal bertukar status. 12 minggu? Fiuhhhh..pejam celik pejam celik je tu.Semoga dipermudahkan segalanya. Aminnn..

Ke persiapan kahwin pulak. So far, caterer, videographer, pelamin & kad dah booked. Alhamdullilah. Akhirnya semua dapat masa pergi Karnival Pengantin kat Stadium Melawati Ahad lepas. Semua yang nak dicari ada kat sana dan pekej2 ditawarkan pun in special price. Dapat save sikit budget. Sukaa! ;).Untuk pelamin,agak kusut jugak mula2 nak pilih design yang mana satu, setelah bincang2 ngan mama & encik tunang, akhirnya kitorang decided tuk pilih pelamin jenis bertiang roman. Tiang roman bagai tu tak tahan.Hehe.Aku pun baru tau nama pelamin ni pelamin bertiang roman.


Inilah contohnya pelamin bertiang roman. Cantik kan?
Credit to ZieLynn Boutique.
Tapi aku tak amik ngan boutique ni, gambar ni as contoh je ;)


Pasal barang2 hantaran pulak, kami idoklah beli terus semua sekali harung, kami mengamalkan konsep beli sikit2 lama2 cukup 9-11 dulang. Hehe. Maksudnya beli sikit2 dulu. So far, untuk pihak lelaki, dah ada kasut & baju kemeja. Untuk pihak perempuan dah ada handbag. Handbag je??. Huhu. Oh ye dan gelang tangan ;) Gelang cantik, simple dan comel. Terima kasih wahai encik tunang sekeluarga ;) Lagi..kasut, perfume set, makeup set bla bla sume tu, lepas2ni baru nak beli. Dah 2 minggu carik kasut hantaran untuk aku, tapi tak jumpe jugak yang berkenan di hati. Minat satu kasut comel ni dekat Clarks Sunway Pyramid, tapi sayangnye takde saiz la pulak (-_-"). Carik dekat Clarks Plaza Masalam lagi pulak, takde stok. Ishhh..keciwanya aku. So, misi mencari kasut hantaran diteruskan lagi sampai jumpa yang betul2 bukan saje berkenan di hati malah selesa juga di kaki. Yeahh! ;)


Lagi, nak cerita pasal ape eh?? Oh..1.1.11 haritu mesti ramai yang buat kenduri kendara kan. Tarikh cantik tu. Nak ucapkan tahniah kat Mas Ayu selaku classmate masa sekolah menengah dulu kerana selamat diijabkabulkan dengan pilihan hatinya.Tema wedding dia haritu sangat cantik, ala2 arab. Makeup Mas Ayu pun sangat cantik. Gorgeous! Siap pakai penutup muka lagi macam minah Arab ;). Yang menariknya pasal pasangan ni ialah, diorang bertemu di FB. Tak lama lepas tu terus nikah. Sweet je. Dah lama sama padan & sama kacak, memang secocok lah. Kuasa Allah kan, jodoh di mana2 je, kekadang yang kita tak sangka pun ;) Tapi sayangnye seribu kali sayang..aku tak bawak kamera, jadinya takde gambar pasangan mempelai ni (-_-"). Ishhh..


Dan tahniah juga untuk kawan baik ku ini, yang banyak menolong aku time aku bertunang haritu. Cik Umie Youmie, selamat bertunang! Bertambah lagi sorang geng B2B.Hehe.Harap semua perancangan berjalan lancar ye cik Umie. Jom kite buat wedding preparation sama2 dan yang penting...mari kurusssss sama2!  Hehe. Ye..sesungguhnya diri ini semakin membulat. Haiyoo..camne nak lose weight ni. Makin diet, makin bulat plak. Something wrong with my "diet" ni. Diet ke ko Erina? Hoho. Ok2, lepas ni kena seriusssss kuruskan badan.Salah satu list azam 2011 jugak ni. Chaiyok2! 


Si bulat yang bahagia.

Ok, bye


Monday, November 08, 2010

Kronologi hari minggu saya ;)

 Hari Sabtu gigih membuat coklat2 ini

 Khas untuk si cintahati sempena konvokesyen beliau.
Yes..I made it myself ;)

Hari Ahad, saya dan si cintahati ke Karnival Pengantin dekat SACC. Oh, sangat2 tak rugi pergi ke sana. Walaupun kami pusing2 kejap je untuk survey2 apa yang patut,tapi cukuplah pamphlet2 yang dibagi oleh warga2 penjaga booth dekat karnival tu buat tangan kami penuh.Bagus pamphlet2 ni semua, boleh buat rujukan untuk kami untuk masa akan datang :)

Seterusnya kami ke kedai emas. Untuk membeli pisang emas dibawa belayar, masak sebiji di atas peti. Haha.Sudahla Erina. Jangan awak merepek pagi2 Isnin ni. Ye, kami ke sana untuk membeli barang kemas semestinya. Sempena hadiah birthday saya? Mungkin ;). Terasa sangat teruja sebab ini kali pertama memilih barang kemas dengan yang tersayang. Pengalaman yang sangat bahagia sebab saya selalu berangan macam mana agaknya perasaaan membeli barang kemas dengan si dia. Dan akhirnya anganan saya itu menjadi kenyataan. Sangat gembira tak terkira. Alhamdullilah ;)



Poh Kong menjadi pilihan hati saya berbanding dengan kedai emas lain sebab design kat sini sangattt cantik molek dan moden. Bagi saya lah. Dan yang penting harga pun sangat berpatutan. Tak macam kedai emas lain yang design so so je, tak pun tersangat mak datin lepastu harga tersangatlah pengsan. Saya tak nak menyusahkan kesayangan saya. Harga yang sederhana cukuplah, asal saya suka, dia pun suka. Kami sama2 suka. Eceh  ;)

Lepastu kami ke majlis perkahwinan kami di Meru, Klang. Minta berkat ;).Wedding yang simple tapi super duper meriah. Semua tetamu yang hadir sangat2 terhibur ngan persembahan artis jemputan. Ayu SitiNurhaliza. Ye..Ayu SitiNurhaliza. Lagi hot dari Siti Nurhaliza ;)

 
Ukie & Shira
Semoga berbahagia ke akhir hayat & dapat baby comel2 ok 
(^_^)

Dan akhir sekali kami ke PKNS Shah Alam untuk membeli barang2 penting dan saya sangat suka moment itu. Sangat lain. Memanglah selama ni selalu shopping sama2 ngan cintahati, tapi shopping kali ni memang terasa lain nya. Lebih indah dari biasa. Even letih seharian berjalan, tapi saya rasa sangat happy. Lain macam punya happy ;)

Friday, September 17, 2010

Selamat sudah ;)

Alhamdullilah, pagi semalam selamat sudah the one & only adik lelaki ku menukar status nya dari bujang ke suami orang. Mari kita lihat serba sedikit kronologinya sebelum bertukar status..

Malam sebelum nikah, gigih pasang inai kat 3 jari ni.Inai kali pertama,dia tak puas hati, pastu dia inai sekali lagi bagi hitam likat..

Aksi2 (senget) bakal suami orang..haha


Lepastu semangat praktis lafaz akad nikah.."Aku terima nikahnya..Aku terima nikahnya..." Tak habis2. Sampai aku pun dah naik hafal. Nerveous katanya. Taknak kantoi esok hari.



Pagi 16/09/10 (Hari Malaysia)
Lokasi : Dewan nikah Masjid Shah Alam

My family sedondon gitu. 
Very nice ;)
Masa ni tengah menunggu ketibaan saudara mara.



Adik aku dah tak tenteram dah. Tak senang duduk. Muka pun dah naik pucat time ni. Darah gemuruh dia dah mari. Hahaha. Kelakar aku tengok dia masa ni. Aku pun apa lagi, masa ni memang dok sakat2 dia je.



Alhamdullilah. Selamat sudah ;)
Dengan sekali lafaz je. Good job bro!
Tak sia2 praktis dari malam sebelumnya tu.


Tahniah adikku
Mohd Aidil & Norlily Suliza
Moga berbahagia ke akhir hayat ok 
(^_^)


Ko tengok betapa excited nya aku nak amik berkat pasangan ni.
Biar lepas ni cepat2 sikit giliran aku.Hahaha.Gila tak sabar kakak dia sorang ni ;p


Majlis nikah adik aku memang sangat simple yet very meriah & happening. Kitorang happy2 je, takde setitis airmata pun jatuh dari mata semua orang. Banding masa majlis nikah kakak aku dulu, mama nangis, ayah nangis, aku jangan cakaplah..nangis sampai mata bengkak2. Hmm.maybe tok kadi adik aku ni takde bagi ceramah2 yang menyayat hati. Masa majlis nikah kakak dulu, tok kadi tu mula berceramah je, air mata kakak aku pun dah mula mengalir. Bila air mata kakak aku dah mula mengalir, secara otomatiknya air mata aku pun turut mengalir juga. Tapi yg tak tahan, aku lagi over dari pengantin time tu. Sebak gila rasa. Wihihi


Yeahhh. Lepas ni giliran kami pula. Yay! :)


Ok, sekarang mari bercakap pasal makeup adik ipar aku pulak. Aku dengan baik hatinya telah mensponsor makeup tuk majlis nikah beliau. Masa memula tu jenuh jugak aku pergi website2 make up artist & mak andam tuk pilih mana yang sesuai. Sekali terlompat kat satu website makeup artist ni. Terus teruja. Cun gila hasil makeup dia. Cantiks!! Terus booking beliau tanpa was2 lagi! Hehe..


Wajah adik ipar sebelum disolek.



Wajah selepas disolek.
Amazing bukan?
Gorgeousss!







Terserlah kecantikan si pengantin ;)
Aku amik Day Makeup = RM150 sahaja.
Sangat cantik & berbaloi. Puas hati! ;)

Mula2 ingat nak amik pekej makeup nikah, sekali adik aku kata tak mau makeup heavy2, so aku tukar pekej day makeup. Day makeup pun dah cantik gini, kalo makeup nikah mesti lagi meletups. 

Sesiapa yang berminat.Ley jenguk website Cik Amy Ameera ni. Confirm lepas tengok terus nak booking.Cantiks gila boombastik hasil makeup dia.Pakej dia tawarkan pun sangat berpatutan. Dapat tau website cik Amy ni pun dari cik Zie kita ni. Thanks Amy & Zie ;) 



P/s: Sesape tanye giliran aku pulak bila..meh sini aku geget telinga orang tu. Penat berbuih dah mulut ni menjawabnya. Save the best for the last lah ;)


Saturday, May 29, 2010

Movie+ wedding+ jenjalan= Happy kuasa 23 ;)


Malam Sabtu, masa dihabiskan di panggung wayang menonton 2 movie secara marathon. Wohoho. Ye kami memang tamak. Kami yg dimaksudkan ialah aku dan adik lelaki ku ;) Best! Lama tak buat movie marathon gini. First tengok movie Prince of Persia!! Kami dah tengok dah. Lalalala.Sila jangan jeles ok. Errr..tak payahlah cerita sipnosis movie ni eh. Kang potong stim pulak tuk mereka2 yg belum tonton lagi.Movie yg jalan ceritanya simple..direct je, santai.Seronok lah. Ditambah lagi ngan Prince Dastan yg manis habis..bukan macho, aku tengok dia manisss je. Alahaii..bikin cair 15 minit. Princess Tamina pun sangatlah comel ala2 Angelina Jolie. Bagi aku cerita ni memang best la, tak boring sebab banyak unsur2 lawak & padat ngan action. Part burung unta & taxes memanglah kelaka (eh..eh..terrrbagitau pulok ;p). Tapi scene lawan2, gaduh2 la paling best.Perkasa sungguh Prince Dastan tu! Hehe. Bagi aku cerita ni best! Banyak pengajaran leh dapat dari movie ni.Overall bagi 4.5/5 stars! Memang wajib tonton ye semua ;) 

Prince Dastan: Ok..lepas ni aku boleh jadik model ShawLover nih. Confirm laris!
Princess Tamina:Hmmm..hensem jugak si Dastan ni ye.

Lepastu kami tgk cerita hantu pulak. Konon nak tgk movie dR Rozmey yg tiap2 hari canang kat suratkhabar Kosmo tu kan, katanya dijangka ada 5 juta penonton tu. Hahaha. Takdelah. Tak nak tgok movie tu pun. Memanglah aku supporter filem local tapi tuk filem 2 Alam tu. Errr..fikir 10 kali dulu lah nak gi tengok. Tak minat.Kami tengok movie ni..

-Nightmare on Elm Street-
Haiii adik2..hensem kan abang?
Huhuhuhu

Filem ni..errrr..bagi aku tak bestlah. Boring.Huhu. Even penuh scene terkejut2 tahap gaban. Tapi tetappp jugak boring. Ingatkan seram macam movie hantu Freddy Kruger zaman aku kecik2 dulu. Seram gila movie yg dulu tu smpai aku takut nak tido malam. Tapi yg ni kurenggg.Mungkin sebab Freddy Kruger yg ini adalah pedophile (pencabul kanak2), jadinya cerita ni ada keji sikitlah. Yek..yek! Bazir duit je tau. Ingatkan seram. Kecewa. Disarankan untuk tidak menonton filem ni. Nak tgk jugak, beli pirate cd sudeyyy. 

Aktiviti hari ni pula diteruskan dengan menhadirkan diri ke majlis persandingan sahabat aku masa sama2 study kat Sarawak dulu. (pehal ayat skema plak nih).Ditemani oleh cik Bubud kesayangan.Pengantin perempuan adalah sgt cantik, ditambah lagi dengan pelamin yg cantik, jadinya wedding yg super duper cantik. Simple but cantik ;)

Cantik bukan? 
Semoga berbahagia ke akhir hayat
Adzha & Adila
(^_^)

Masa on the way balik ingat nak singgah kejap dekat Bukit Jalil, nak register tuk event "Relay for Life" anjuran Persatuan Kanser Malaysia. Tapi ayahanda dah call tuk jaga kedai ditambah pulak ngan hari hujan, jadi terpaksa dibatalkan hasratnya itu. Tapiii..dah mintak Kak Zona tolong daftarkan. Thanks again kak ;) Dah berjaya menyumbangkan sedikit bakti tuk mereka2 yg memerlukan. Happy buat kerja amal. Ingat kalau sempat nak pergi jugak event malam ni. Event ni 2 hari, harini dan esok. Jomlah ramai2.Lets show some support ;) 

Dan hari esok semestinya hari yg paling seronok. Sebabnya, dapat meluangkan masa ngan family tercenta di sini..

Weeeehuuuuuuuu~

Oklah, nak pergi carik losyen sunblock sekarang. Lalala.

Tuesday, May 04, 2010

Perkahwinan itu ibarat perjudian

Semalam, masa aku tgh busy2 kat kedai, datang sorang member skolah aku. Lama tak jumpa dia. Last jumpa masa kenduri kahwin dia 8 bulan lepas. Orang nya maintan cantik & ceria cam yg aku kenal dulu. Sekali tetiba aku terperasan, dia datang ngan lelaki lain, bukan husband dia. Oh, kawan dia la tu kot.Aku tanyelah mana suami dia. Dia senyap senyum2 sinis. Aku tanya lagi kali kedua sebab diorang satu tmpat kerja, pergi balik kerja mestilah sesama kan, respon tetap sama, dia senyap sambil senyum2 sinis. Aku dah mula rasa lain macam.Ahhh..jgn pikir bukan2.

Aku cakap ngan dia, kalau ada bad or sad news pasal diorg aku taknak dengar. Sekali terpacul keluar ayat dari mulut dia "I dah bercerai hari Selasa lepas" sambil buat muka pura2 happy. "What???!!" Ok, aku mmg terkejut gila terasa nak pitam. Tak sangka!! Mereka adalah sgt loving couple dan bercinta bukan kejap2, tapi dari zaman sekolah lagi. 8 years beybeh. 8 years bercinta. Dia ckp lagi "I know, semua mesti terkejut kalau tahu menda ni, tapi nak buat camne, kami ada jodoh, tapi jodoh tak panjang. 8 years kami bercinta tapi marriage kami bertahan 8 bulan je". " Marriage ni macam gamble, kita tak akan tahu sesorg tu camne selagi kita tak kahwin dgn dia, lepas kahwin semua benda terbongkar. Kita pun tak tahu jodoh kita sampai mana". Gaya cakap dia sgt bersahaja tapi aku tahu dalam hati dia tgh menangis. Ya Allah, berikanlah kekuatan kat kawan aku ni. Sedangkan aku yg dengar ni pun terasa luruh hati, ni kan pulak org yg menanggungnya.

Dia sambung lagi. " Banyak prob yg menimpa after kami kahwin, semuanya bertimpa2. Dari family, masalah berbangkit, semua bercampur aduk. Senang cerita masing2 dah taknak". " I cerita ni bukan nak takut2kan awak yg bakal kahwin, tapi tula..marriage ni gamble".Ahhh..tetiba aku sentap. Kau jgn nak psycho aku weh, aku nak kawen ni. Masa tgh borak2, aku nampak dari mata dia, dia tgh pura2 tabah & happy. Aku tau dia dapat terima benda ni, redha, tapi siapa tak sedih kalau bercerai. Semua org mesti bersedih. Mungkin ini yg terbaik untuk diri dia & ex suami. Jalan terbaik. Bukan senang dia nak buat keputusan ni tapi demi kebaikan semua org.Aku tahu dia mmg seorang yg tabah!!

Lepas dia balik, aku termenung jap. Berfikir. Hidup ni mmg singkat kan. 8 bulan lepas aku jumpa dia happy2 tgh bersanding atas pelamin, tup2 sekarang dah bercerai. Member2 lain, 8 bulan lepas aku jumpa diorg happy2 time wedding, sekarang diorg happy kendong baby dalam perut. Hidup ni penuh ngan pahit & manis. Kekadang perkara yg terjadik mmg kita tak expect. Unexpected. Jodoh & maut semua di tangan Tuhan. Kita sbgai hamba hanya mampu berdoa agar dilimpahkan kemanisan & kebahagiaan hidup berpanjangan.

Bercakap pasal kawan aku tadi, aku harap dia tabah melalui kehidupan lepas ni. Bak kata dia, dia gembira ngan kehidupan dia sekarang. Bukan senang, seorg pompuan yg masih muda tapi dah memegang status janda.Dan dari apa yg jadik, apa yg boleh aku simpulkan, bercinta2 lama sekalipun tak menjanjikan perkahwinan yg bahagia. Yang penting restu ibu bapa. Itu paling penting sekali.Tetiba aku jadi takut nak kawen nih. Huuu


"Ya Allah….
Seandainya telah engkau catatkan,dia milikku tercipta buatku,satukanlah hatinya dengan hatiku dgn ikatan pernikahan,titipkanlah kebahagian antara kami,agar kemesraan itu abadi.Dan ya Allah,ya tuhanku yang maha mengasihi.Seiringkanlah kami melayari hidup ini,ketepian yang sejahtera dan abadi…

Tetapi ya Allah,seandainya telah engkau takdirkan,dia bukan milik ku untuk dunia dan akhiratku.Bawalah ia jauh dari pandanganku.Luputkanlah ia dari ingatanku. Pisahkanlah kami selamanya,namun satukanlah kami sbg saudara muslim.Dan peliharalah aku dari kekecewaan.Aminnn ."



Amin ya Rabbal Alamin


Thursday, March 11, 2010

Mesyuarat duta2 kecil Fradoo

Tersebutlah kesah..pada hari khamis minggu lepas, wujudlah satu mesyuarat dengan geng memuah sekelian. Mesyuarat adalah berkenaan ngan pakcik Hemy ni, nak sampaikan utusan raja sehari yakni beliau sendiri. Jadinya, berkumpul lah kami semua. Disebabkan salah faham, aku sampai agak lewat. Huu.Maafkan daku ye ;)

Tempat mesyuarat adalah di Fradoo. Tapi mahaplah, keadaan malam tu (dan malam2 selalunya) memang hangat..peluh2 ketiak dibuatnya. Macam duduk dalam sauna. Baiklah Hemy, seperti yg dicadangkan oleh kau, aku akan adukan masalah ni dekat Karam Sigh Walia. Aduan rakyat.Macam tak logik pulak, gerai besar gitu, kipas ada satu pastu sewa gerai ribu2. Tak patut betul.

Kad diberi oleh bakal raja sehari yg agak notty malam tu, aku syak dia ni dah terlebih gula. Selalu kalau jumpe baik budi je, tapi malam tu lain macam sikit, resah Bella dibuatnya. Haha. Sejurus kad dibuka, mulutku mengomel..


Ala..ingat aku Mawi ke..Asmawi pulak


Tapi takpelah, raja sehari punya pasal, dimaafkan ;).Bakal pengantin, Hasnul Efendi a.k.a Hemy dengan pilihan hatinya Najwa a.k.a. Teringat kata2 kak Masy, kalau pilihan mak ayah, tulis kat situ dengan pilihan ibu bapanya la ye. Hehehe. Hemy, mana ko dapat nama Hemy ni ha??

Kemudian, mesyuarat dibahagi dua, satu tuk wanita sahaja, satu lelaki sahaja. Adalah tu ilmu yg si Hemy nak tuntut tu. Hoho. Kami yg wanita2 ni membincangakan isu kahwin juga. Aku ngan Arabella berkongsi impian kahwin yg sama iaitu pada umur 25 tahun. Kitorg still 25 tahun lagi tau sekarang.Hopefully jadik kenyataan.Sep sikit Bella ;) Bella ni baru 1st time aku jumpe, alahai..sweetnye beliau, muka babyface. Tapi kesian dia malam tu kurang sihat, kak Masy pun kurang sehat tapi memasing bedal Abc jugak even dah pukul 11 mlm. Ubat mujarab kot abc fradoo tu ;p Jard berselindung di sebalik status in relationshipnya. Wafa membincangkan perihal langkah bendul (yg bakal kami berdua hadapi). Kak Aima seronok membincangkan tentang majlis tunangnya.

Tetiba, si Keri datang join kami, agaknya terasa kerdil tuk join mesyuarat lelaki2 dewasa tu. Beliau kelihatan agak montel (jgn marah haa ;p) lepas balik bercuti dari Sarawak. Yess..Sarawak mmg best, the foods also very the nyummy2, no wonderlah beliau sehat.Hehe. Kapten kelihatan agak diam malam tu tp sgt sporting kerana banyak tolong snapkan gambar. Mekaseh ye.

Kepada Hemy, congratz bro, moga bahagia ke akhir hayat :). Soalan "Ada 4 benda yg sama tapi berlainan" tu apakah jawapannya. Semua org tertanya2 tau. Baik ko gtau. Hee .Tak lupe juga tuk kak Aima juga, tahniah sbb bakal jadi tunangan org tak lama lagi. Gong xi Gong xi ;)

Sebagai penutup, sebelum mesyuarat bersurai, sesi bergambar dijalankan macam biasa, layan gambar la ye..


~Bella, Jard, Aku~



~Aku, Wafa cumil, Kak Masy (sorry kak ;p)~




Apa motif Keri senyum gitu?haha



Hemy si baju hijau putih & Kapten si baju putih



Yezzzaaa..thanx for keep on supporting Fradoo
(^_^)



Tuesday, August 18, 2009

Pokok bertanya

Kadang2 perasan tak, kalau kita drive pergi sesuatu tempat tu, masa nak pergi terasa lamaaaa je perjalanan tu, terasa jauuuhhhhhhhhhh je, tapi bila dah balik terasa sekejap, terasa dekatttt je.

2 minggu lepas, aku dengan si cintahati pergi kenduri kahwin member aku kat Banting. Banting ngan Shah Alam adalah jauhhhh. Nak2 pulak masing2 tak pernah pergi Banting, jadinya perjalanan tu agak mencabar sikitlah.Tapi syukurlah kitorang selamat sampai tanpa sesat barat.

Lepastu, masa on the way balik, aku rasa macam kejappp je perjalanan, tetiba dah nak sampai highway..
-------------------------------------------------------------------------------------------------

Aku :"Eh syg, terasa macam kejap je kan on the way balik ni, masa nak datang tadi rasa lama gila..macam jauh sangat je"
Cintahati: " Tula pasal, tadi rasa cam lama je, ni rasa cam kejap pulak"
Aku: "Betul lah, masa kita nak datang mmg terasa lama, sebabnya pokok2 tepi jalan ni semua tanya kita " Nak pergi mana tu? Nak pergi mana tu?",tu yang lambat tu sebab semua pokok nak tanya kita"
Cintahati: "Yehhh?? Macam tu eh??"
Aku: "Yelah, mama cerita kat kitorang masa kecik2 dulu"

Tiba2 si cintahati bukak cermin kereta, lepastu jerit sekuat hati..
"KAMI NAK BALIKLAHHHHHH"

Aku:..............................................................
Cintahati: "Ha'ah lah syg, patutlah on the way balik ni terasa cepat je sebab pokok2 tadi tak tanya soklan dah. Ubby dah jerit bagitau diorang semua tadi." (sambil sengih2 unta buat muka perli)
Aku:....................(tahan gelak).Pastu masing2 gelak jin.
Kahkahkahkah

-------------------------------------------------------------------------------------------------


Oh syg, boleh tahan jugak loyar buruk ko ni. Adehhh~

Sunday, February 15, 2009

Just another wedding "kompang"

Buat pertama kali nya dalam hidup, aku stuck dalam jam selama 1 jam. Kejadian ini berlaku semalam, apabila aku ngan kawan2 aku nak gi wedding kawan kami, Arfah namanya kat Rawang, nak lalu highway Guthrie, tapi jalan kat situ kena tutup. Disebabkan apa? Accident? Bukan.Road block? Bukan. Ada manusia buat mogok? Bukan. Semuanya adalah kerana Le Tour De Langkawi. Yee...Punya barai kitorg dalam kereta. Dari kul 1230 tghari, time matahari tgh panas terik yg amat sampai pukul 130 ptg. Ciss..sampai kan driver2 dan penumpang2 dalam kerete, keluar duk melepak kat divider jalan sbb tak sanggup dah nak duk dalam kereta lama2. Tapi aku tetap gigih duk dalam kereta, ada air-cond, lagi sejuk dari lepak kat luar. Tapi tahap kebosanan kami mmg tak boleh nak kata apa. Aku rasa mcm nak je ketuk pintu kereta makcik sebelah pastu pinjam paper dia jap. Bosan gilaaaaaaa!! Dah la perut aku punyelah berkeroncong mak yong. Kreeuukkk..kreeeaakk..krriiukkkk~~


Apa yg kami buat dalam kereta tuk hilangkan bosan? Tgk aksi2 org yg melepak kat divider jalan, berangan2 jadik artis dan yg paling penting menangkap gambar. Hakhakhak..



~Aku, Kerol & Lan~
*Psst..Lan masih single..sape berminat sila gtau eh..haha



Lepas kul 130 ptg camtu barulah kereta boleh bergerak. Sampai tol Rawang lebih kurang kul 2 ptg. Nak mencari rumah pengantin pun mencabar gak. Sesat2. Huhu. Syukur jumpa gak akhirnya, masa tu dah pkul 2 lebih. Pengantin pun dah lepas makan beradap, tgh busy layan tetamu. Kami pas mkn (lauk kenduri Arfah sedap bangat! =p), bergambar2 ngan pengantin, balik. Penat woo. Walaupun penat tapi puas hati + happy sbb dpt attend wedding member. Member dah jemput, tak baik tak pergi. Kalau ada org yg tak pergi wedding member dia sbb nak celebrate valentine, meh sini aku siku dia. Apa daa..wedding member bukan hari2, celebrate valentine tu bukan penting pun. Dari wat benda2 yg tak berfaedah tu, baik gi wedding member. Dapat gak pahala. Hee. Cakap pasal valentine, best gak kan nikah + wedding time valentine, nanti org lain sibuk celebrate valentine yg ntahapa2 tu, Arfah & hubby celebarate anniversary dorang.Wee..sweetnya~




To Arfah & Hubby: Congratz! Moga berbahagia ke akhir hayat =)
*Arfah sgt tantek tau time wedding dia. Terpesona ngan matanya =p




Ambik berkat bergambar bawah pintu gerbang. Boleh? Haha..











Copyright to ERINA ASMAWANI
Designed by UMIESUEstudio 2015