Erina Asmawani

My photo
La Tahzan. Allah ada. Dia maha mengetahui, maha pengasih lagi maha penyayang :)

LOVE COWAY


Wednesday, October 27, 2010

JB = Johor Bahru bukan Justin Bieber


Ya Ampunn..banyak nye cerita pending. Kisah "JB part 3" belum taip lagi, dah ada kisah "3 dara pingitan di rumah kosong". Kisah "ketagihan terbaru" belum sempat karang lagi, dah ada kisah "JB part 4" pulak. Tengok! Punyalah banyak benda nak cerita sebenarnya tapi amatlah ketiadaan masa. Bila masa dah ada, ketiadaan mood pulak melanda. Ish ish ish. Oklah, secara pantas,ini ialah kisah JB part 4. Kisah JB part 3 belum sempat taip lagi, lompat part 4 dulu. Boleh pulak main lompat2 eh? Boleh kan aje.


Alkisahnya sekarang, di waktu ini, aku di bumi JB. Sekali lagi.Seperti biasa, atas urusan kerja. Pagi2 seawal 710 dah berangkat terbang ke sini.Ok, macam ni lah ala2 krologinya pada hari ini ye.Gigih bangun pagi,pukul 430. Sebabnya baju tak pack lagi. Then pukul 6 terus memandu laju ke Subang Airport. Ciss..ingat Subang Airport tu jauh sangat lah kan cam nak pergi KLIA. Tengok2 pukul 615 dah sampai.15 minit je dari rumah.Takpe biar cepat asal selamat.


 Mata sembab kesan dari tak cukup tido.Sangat sembab.




 Pukul 810 selamat tiba di Airport Senai, JB.





Pertama kali naik firefly. Kapal terbang kecil bewarna oren.


Dari airport terus ke tempat kerja.Harini banyak menghabiskan masa di bakery room. Belajar cara2 nak buat kek dan roti sambil2 buat observation. Guna marjerin & shortening keluaran Sime Darby.

Sebenarnya mix pakai mixer, bukan pakai tangan macam dalam gambar. 
Ni aksi semata



Belajar buat topeng Halloween pakai doh roti juga.
Bha ha ha. Happy Halloween semua.
Takut tak?



 Hasil roti dari doh buat topeng tadi. Haha.
Tipu je




 Kek yang sedap gila!!


Masa nak balik tadi lalu kat store room ternampak ni pulak. Disebut sebagai Kemkot, tapi ejaannya agak mengelirukan disitu.



 Hahahahaha
Tetiba gelihati ;p



Dan balik dari tempat kerja terus check in dekat Dorsett,JB. Sangat kagum. Hotel yang super cantik. Satu malam RM200. Awesome! Kalau tak cantik tak tahulah nak cakap apa.


Oh ye, kali ni pergi berdua. Dengan officemate dan semestinya lah dia seorang wanita.
Oklah, mau tido suda. Selamat malam.
Assalamualaikum ;)


4 comments:

Aidy Shahiezad said...

tak pena try lg dorsett hotel tue.. tp, 200 adalah agak mahal.. :)

visit my latest entry:

Sehari Berdansa Kara'Oke...
http://aidyshahiezad.blogspot.com

sweethOneY said...

wah, JB dah jadi mcm rumah kedua la plak kan.. hihi

:: p R i n c E s S _ N :: said...

ulang alik JB skg ena...

Erina Asmawani said...

aidy:
tgk luaran cam apartmen je, sekali da masuk dalam dorsett tu teruja pulak.kire cam berbaloi la bayar 200 tu..hehe

izza:
tau xpe yunk..tapi suke je g JB ;)

N:
nanti N ley join sekali..hehe









Copyright to ERINA ASMAWANI
Designed by UMIESUEstudio 2015