Bermulalah cerita, pada hari Jumaat yang dah lama lepas, bertarikh 1/10/10, lepas waktu kerja aku menggigihkan diri balik ke kampung Muar sebab malam tu ada majlis berinai adik aku merangkap majlis menyambut menantu juga. Gerak dekat pukul 6 petang, sampai dekat pukul 8 malam.Alhamdullilah. Orang ramai dah penuh kat ruang tamu, baca doa selamat. Aku yang terpinga2 keseganan ni pun masuklah rumah pakai pintu belakang. Masa ni orang ramai tengah sibuk2 buat kerja, sebab esok paginya ada kenduri. Oh ye, kenduri kahwin pada esok pagi nya ialah versi 2 in 1. Maksudnya majlis kenduri adikku dan juga sepupuku ;) Kiranya ada 2 pasang pengantin lah. Tapi adikku dan isterinya tak bersanding, dah bersanding masa malam berinai ni kan. Adakah anda semua paham apa yang cuba aku sampaikan ni? Ini baru mukadimah ye, banyakkkk lagi nak aku cerita ni.Disebabkan malam tu aku agak kelam kabut dan penat, ditambah pulak bateri kamera yang flat, jadi takde pulak aku snap pic adik aku masa majlis berinai tu. Meriahh!! Siap mercun merdeka 60 das rasanya.
Seekor lembu telah dikorbankan.
Ni yang best buat kenduri dekat kampung. Semua orang bekerjasama. Masing2 buat kerja. Muhibah je rasa. Kalau kat bandar susah nak dapat suasana macam ni.
Esok paginya,Sabtu (2/10/10), aku ngan sepupuku (adik pengantin) ditugaskan tuk amik kek pengantin 3 tingkat yang dah ditempah kat kedai kek dekat bandar Muar.Kedai kek pulak betul2 depan kedai mee bandung paling sedapppppp marvelles kat Muar tu, mi bandung errr..ape ntah nama kedai dia. Lupa pulak! Tapi mee bandung kat kedai tu memang sedap. Super terbaikkk! Yang bestnya, kitorang sempat singgah kat kedai tu, pekena mee bandung ngan sate kejap. Masa tu pukul 10 pagi , pukul 11 Kak Ija bernikah. Kami rilek2 lagi makan mee bandung enak. Hahaha
Mee bandung terbaik! Serius sedap gila!!
Ishhh..tak puas hati dok ingat nama kedai ni dari tadi tapi tak muncul2 jugak. Huhu. Sesiapa orang Muar, harap bantu ye.
Ok,mari meninjau2 di sekitar majlis perkahwinan. Masa ni ramai dah tetamu yang hadir. Ayah ngan mama nak buat kelainan sikit dalam kenduri kali ni. Ada booth kecik2 ala2 bazar ramadhan. Siap ada kumpulan ghazal. Suara kakak nyanyi tu serius merdu macam pakai cd, dari pagi sampai petang gigih menyanyi hiburkan para tetamu, tapi sayangnya aku lupa nak snap gambar kumpulan ghazal tu. Huu. Tapi aku gembira hati mengsnap gambar2 makanan.Hehe
Antara makanan yang dihidangkan
Ayam golekk!Sedap sangat!
Makanlah sampai tergolek
Makanlah sampai tergolek
Rojak petis.
Haaa..jangan memain.
Ni memang rare nih.
Bubur kacang anyone?
Nasi minyak itu wajib. Makan pulak sekali ngan lauk2 ni..
Ayam golek tadi
Daging lembut yang enak
Ditambah pulak dengan ni.Pastu minum air bandung soda pulak. Perghh!! Memang terasa cam nak tambah2 je.
Dalam pukul 1 macam tu, pengantin pun berarak (sepupuku, Kak Eja namanya) diiringi ngan paulan kompang. Seperti biasa, tugas aku ialah untuk mejadi pengapit. Ingat lagi dulu2 orang kata, orang kata ye..kalau jadi pengapit nanti cepat kawin, sekarang dah kali ke 4 jadik pengapit, sampai member aku masa aku first2 jadik pengapit dulu, dia sekarang dah nak masuk anak dua, tapi aku tak kawin2 jugak ni apa cita? Nampak sangat kata orang tu tak boleh diguna.Mitos betul. Haha.Jodoh kan ditangan Allah ;)
Gaya pengapit bertauliah.
Dan beliau lah queen of the day. Kak eja. Super gorgeous. Cantik. Menawan. Menggoda. Semua adalah.Congratz kak Eja. Semoga berkekalan ke akhir hayat bersama suami mu. Mesti kak Eja selalu tergelak2 je nanti kan, abg tu sangat funny ;) Abg tu? Aku pun tak tau nak panggil abg apa lagi.Hehe. Oh, dan baru ku tahu kak Eja ni rupanya senior sekolah sama Wafa & Jard, kecik betul la kan dunia ni.
Satu bas dari Kolej Komuniti Kulim datang.
Kawan2 mama.
Doorgift berwarna warni tuk para tetamu.
Ok, tamat sudah cerita hari Sabtu. Sekarang masuk ke cerita hari Ahad pulak. Esok harinya, Ahad (3/10/10), lebih kurang pukul 1 petang, aku ngan sepupuku tercenta, si Ina, berangkat ke Pasir Gudang. Buat apa kat sana? Atas tuntutan kerja. Outstation bak kata omputeh. Kena kerja sana 5 hari. Dari Muar ke Pasir Gudang amik masa 2 jam lebih jugak. Belum masuk jam dan sesat2 lagi. Kiranya dalam 3 jam lebih jugaklah. Ni first time aku pergi Pasir Gudang. Bawak Cik Lisa je, memang hebat lah Cik Lisa ni. Setelah upacara tawaf menawaf kawasan kilang kat Pasir Gudang tu dekat 1 jam, akhirnya jumpa jugak destinasi yang nak dituju. Syukur Alhamdullilah, terima kasih dekat pemuda yang tolong tunjukkan jalan :)
Formerly known as Kempas Edible Oil
Lepastu, terus cari hotel2 berdekatan. Pilihan aku ialah hotel ni. Masai Utama. Kurang 10 minit ke tempat kerja aku. Hotel baru 2 bulan beroperasi. Super selesa dan yang penting murah ;)
~HMU~
Check in bilik single bed je. Ingat nak queen bed tapi tetiba terasa seram pulak sebab aku tido sesorang je pun, buat ape nak katil besau2, kang terbayang scene dalam filem jangan tegur tu kang. Huhu (T_T). Scary nak mati ok.
RM58 satu malam. Ok lah kan. Selesa je. Kemas.
Makanan dia pun sedap ;)
Lebih kurang pukul 4 petang camtu, kami gerak ke airport Senai, nak hantar si Ina, beliau balik Sabah, flight malam tu. Oh ye, Ina kerja kat Sabah, dentist ;). Dah hantar beliau, aku pun memulakanlah pengembaraan secara solo menjelajah Johor. Eceh. Ayat nak poyo je. Masa perjalanan balik tu, hari dah mula gelap, aku sebagai orang baru yang datang ke tempat baru mestilah menjadikan signboard sebagai bestfriend. GPS belum beli lagi. Elok je aku ikut sign Pasir Gudang, tetiba aku termasuk kat highway ni. Dah la gelap, takde lampu, takde kereta pulak tu!!. Cuakkkkk! Huhu. Dalam hati dah mengucap, berzikir, beselawat semua. Sekali nampak kereta arah bertentangan lalu, legaaa sangat rasa. Walaupun sebijik je yg lalu,tapi dah cukup buat aku lega lah. Aku ingat macam highway ni nak bawak aku ke alam lain tau. Seriuss! Gelap nak mam..pastu sunyi, takde kereta lalu. Tak ke dalam otak aku dah fikir bukan2? Haishh.
Bila nampak je kotak segiempat tu (tempat bayar tol), hati aku dah keriangan dah. Yesss..akhirnya! Budak tol gate tu siap tanya "akak berani eh lalu highway ni sesorang memalam, gelap highway ni, highway baru, tak banyak kereta lagi lalu sini". Aku senyum je. Padahal dalam hati "kau ingat akak nak lalu sini, ni pun sebab ikut singboard la ni, kalau akak tau sebegini azab lalu highway ni, memang TAK lah nak lalu sini". Huhu.
Highway gelap!
Dan nak dijadikan cerita lagi, aku yang terlalu tak sabar nak masuk bandar, nak masuk ke jalanraya yang berlampu, telah termasuk exit yang salah. Patutnya masuk exit Pasir Gudang, aku rilek2 je masuk exit Masai. Nahhh..berpusing2 kejap aku kat Masai. Rasa nak nangis pun ada. Rabbi Yassir Wa la Tua'ssir. Akhirnya bila penat berpusing, aku jumpe jugak jalan nak ke hotel aku tu.Syukurrrrr Alhamdullilah.
Sampai hotel, mandi2, terus landing rehatkan badan. Ahhh..capek bangat perjalanan hari ni. Disebabkan terlalu penat, aku berjaya tido secara berseoranagan dengan nyenyaknya tanpa ada apa2 gangguan.Sekian pengembaraan Erina bahagian pertama. Penat tak korang baca? aku penat menaip nih. Hehe.
Zzzzz..tido TV terbuka sepanjang malam.
11 comments:
aku nampak cikLisa, n Asmara!
er... letihs kan... dan erina, header baru ni lagi la iras chucky... ngeri!
muahahahhahahaaaa
hahahahha..kak!!ko pun dah join Hemy gak eh..segera tukar header skrg! haha
p/s: mmg letihhhssss
Wah~ banyaknye doorgift..
kenduri ko nnti mesti lagi gempak kan ena :)
demm..aku tak sempat tgok header..tp gambar ko ngn pengantin tu..walaupun ko nmpk manis..tp macam mahu stat membunuh...gaya mata tu mmg chucky!!
Lynn:
hee..mudah mudahan. InsyaAllah ;) kenduri sederhana tapi meriah tu yang penting ;)
Hemy:
hahahaha..nasib ko x sempat tengok. Bongoklahhhh! Tak habis2 ngan chucky..cukup 40 kali jadi doa termakbul tau x..kalu aku jadik chucky bebetul, ko org pertama aku bunuh kejam. Haha
sebut air bandung tp gambar lauk nenas, apekaaahhhhhhh?? sudah tukar ka? hahahahahaha
aku warn ko jer dik oi.... bahye....
sebab aku cepat.. anul dah kehilangan peluang kutuk ko.... kan untung tu....
tp tgk pic y anul kata tu ada sikit la...
kene g kelas modelling ni... blaja caman nk reduce renungan membunuh... ko blajar ngan tyra bank yang 'smile with eyes'dia tu... maybe leh reduce degree pandangan chucky tu
hamboi..sakan naaaa!!!!
huhu ye, dia senior aku..
mmg dunia ini kecik..huhu
*aku nk tgk header jugak!!!
Kak Masy:
err..mmg kite buh gambar sayur nenas tu tapi caption bawah tu x berapa lengkap..sekarng dah edit, mesti akak paham pe yg kita maksudkan ;)
Kak Zona:
hehe..maseh kak sbb warn awal2..kalo tak kompem aku kena bahan 40 hari 40 malam. huhu
xnaklah..biar je mata ni, smile with eyes dah klise, ni Erina Bank ajar "Kill with eyes!!" hahah..org lain xley wat punye ;D
Pojie:
memang sakannn...dan letihhh..
Wafa:
tula kan..pusing2 pastu jumpe jugak..header? tak dapatttt lah..haha
makanan!! bikin wa lapa laa...
highway baru tu mmg agk confuse..N y sll balek joho pon cnfuse..
Post a Comment