Erina Asmawani

My photo
La Tahzan. Allah ada. Dia maha mengetahui, maha pengasih lagi maha penyayang :)

LOVE COWAY


Tuesday, April 24, 2012

Cranky..cranky



Si cranky mama ni.

Malam semalam Aqil serba tak kena.Macam tak selesa. Cranky. Tido malam pun tak berapa nyenyak. Kejap2 terjaga..nangis2. Biasanya bangun 2-3 kali je mintak susu.Pagi tadi pun sama..selalu lepas mandi nyenyak je dia tido balik, tapi harini tak. Muka dah mengantuk, tapi dia tahan mata tu takmo tido. Ek ek ek..ada yang tak kena.Sapu minyak yuyi takut kembung, dah buat. Nak susu,dah bagi. Kalaulah baby boleh bercakap kan..mesti dia bagitau kenapa dia serba tak kena tu.Mungkin dia rasa sakit kat tempat yang kena cucuk semalam tu kot (masa cucuk tak rasa lagi, dah malam baru terasa sakitnya tu. Agaknya lah). Takpun cranky sebab rindukan ayah dia.Huhu. Cian anak mama ni. Bila tengok si anak serba tak kena, dan bila kita dah cuba cari apa penyebabnya tapi tak berjaya, terasa macam nak nangis pun ada. Syukurlah diri ini sejak seminggu lepas pantang, dah berjauhan dengan suami (weekend je jumpa), jadi pandailah berdikari sikit. Jiwa kena kental.Penat macam mana pun, tapi demi anak kena usaha jugak carik jalan penyelesaian untuk tenangkan & selesakan diri dia.Baringkan atas katil, popok2 dia takmo tido.Letakkan atas bouncer pun takmo tido jugak. Ek ek ek.Dodoikan sambil tawaf satu rumah pun tak jalan.Still ek ek..bunyi macam tak selesa.Last sekali baru muncul idea nak letak dia dalam carrier..lepastu gerak2 kan,macam baby rocker tu.Lebih kurang 5 minit lepas tu Alhamdullilah Aqil terus tido. Fiuhhh..lega.Tapi nak digerakkan jela, bila berhenti je, dia pun automtik gerak2. Demi mu anak, rela mama gerakkan carrier tu sepanjang masa agar kamu dapat tido lena.Agaknya dia syok tido dalam tu terasa macam tido dalam buai (macamlah dia penah tido dalam buai kan.Aqil tak pernah tido buai pun.hehe) 


Nyenyak diulit mimpi :)

Syukurlah, lama jugak dia tido dalam ni..almost 3 hours. Tapi takdelah mama dia kena gerakkan carrier tu smpai 3 jam. Dalam 20 minit je, lepas tengok dia dah betul2 nyenyak dibuai mimpi, mama dia pun stopkan.Dah boleh buat kerja lain. Bangun2 je Aqil, lapa nak susu.Lepastu ok dah senyum,gelak2. Tak cranky dah.Ok, lepasni kalau Aqil cranky2, mama tau nak buat apa.Berguna jugak carrier ni, boleh jadik car seat & rocker. 3 in 1.Hehe. Tak sia2 kakak Intan pinjamkan carrier ni untuk baby Aqil, besar kegunaannya :).Terima kasih kakak Intan. Mmuahh!

Jadi kesimpulannya, se"cranky" mana pun baby kita,kita kena usaha sedaya upaya untuk tenangkan dia. Baby tak boleh bercakap,jadi kita sebagai ibu bapa lah yang kena cuba semuanya untuk cari jalan penyelesaiannya :).


9 comments:

PUAN SUE said...

aqilah klu nangis sumbat nenen je..hihi..selalu nye nangis klu ngantuk je

CaDLyNN said...

ooo aqil nk duk dlm carrier ye...

Juliet said...

Yeayy! Akhirnya mama Aqil berjaya menidurkan Aqil yg cranky ittew ;)

Mmg cmtu ek ena.. means nk kena sabar je la kan.. Kena cari idea apa yg tak kena dgn baby kita ;) Hehehe.. Kalau la baby boleh bercakap.. mmg best la!

sweethOneY said...

Yay super mama berjaya solvekan misteri Aqil cranky :)

Masy said...

so mebi betullah teori dia cranky sbb sakit gaknye.. mujur laa ade carrier.. hehe

SweetLikeWhat said...

sory lari topik..anis ade pm kat kakak erina pasal nak order rompers kat fb dia..tapi sampai sekarang tak reply..boleh bagitahu dia tak anis nak beli rompers dia.. :)

k tq

Erina Asmawani said...

Sue:
Aqil semalam cranky..bagi nenen pun xjalan..huhu..panik jap mama dia..

Lynn:
yelah aunty Lynn..syok dibuai tdo dalam tu :)

Erina Asmawani said...

Juliet:
Fiuhh..mmg lega. Kalo tak mama dia yang join nangis sekali..huhu

yela Ell, macam tula..kena cuba je semua bila baby cranky.Kena sabar n kuat semangat :)

Izza:
yeayy! Akhirnya berjaya..syukur :)

Erina Asmawani said...

Kak Masy:
Mungkin lah kak..ena pun xtau.Tula mujur ada carrier :)

Anis:
orite Anis, nanti akak inform kat dia ok.Mebi dia bz sikit.thank u so much :)









Copyright to ERINA ASMAWANI
Designed by UMIESUEstudio 2015