Hari Jumaat lepas, bermulalah episod percutian kami ke Kuching, Sarawak. Wehuu!! First time bawak Aqil bercuti naik flight ni.Departure pukul 640 petang, pukul 430 kami dah sampai LCCT. Sebelum tu dah web check in, jadi kami just check in baggage je. Settle semua kami terus carik tempat yang sesuai nak bagi Aqil makan. Kami ke KFC sebab tak ramai orang compared dengan restoran lain yang sangat2 padat! Bila Aqil dah kenyang, harapnya dalam flight nanti dia bolehlah tido lena :)
Kita nak pergi mana ni mama?
*muka saspen*
Kita nak pergi holiday! :D
Kalau naik Air Asia, memang sangat2 diperlukan stroller or buggy untuk bawak baby sebab gate nak ke kapal terbang dari airport adalah jauh!! Dan jangan risau, kalau kita bawak stroller or buggy tak payah timbang pun, tak termasuk dalam berat cabin bag. (Cabin bag max 7kg je). Nanti sampai je dekat pintu kapalterbang, stewardess akan amik buggy tu, tolong simpankan :)
Bye bye. Aqil nak naik flight :D
*cantik kan flight tu corak dragon :)*
Duduk je dekat seat, Aqil eksaited tengok orang sekeliling. Terjengok sana, terjengok sini.Eh eh..nampak gaya macam tak ngantuk je ni haa..mama pulak yang saspen. Sebab risau takut dia nangis sakit telinga pulak masa flight nak naik.Sedangkan kita yang dewasa ni pun berdengung telinga masa flight nak naik tu kan, ni apetah lagi baby. Tapi bila dalam tu dah senyap, lampu dah malap, bagi je nenen kat dia.. terus mata kuyu2. Elok je flight berlepas, dia pun tido. Alhamdulillah. So tektik bagi makan 1 jam sebelum naik flight memang menjadi la. Dia kenyang dan cepat tido.Flight ke Kuching amik masa dalam 1 jam setengah. Sepanjang dalam flight dia tido je, sampai dekat aiport Kuching pun dia still tido lagi.Memang sangat lena. Fiuhhh. Hilang risau mama. Lega.
Gelagat budak kecit dalam flight & sampai airport.
Good boy Aqil :)
Dari Kuching International Airport terus kami ke hotel yang dah dibooking dari web AsiaRooms.com. Bagus web ni compared dari Agoda.com dan Booking.com sebab boleh guna debit card. I like.Sebab kami takde credit card. Hehehe.Dari aiport ke hotel kami, tak jauh pun, dalam 10 minit je. Naik teksi ke sana RM26. Memang kita kena beli kupon teksi dan bayar siap2 dari airport (ada kaunter untuk teksi).Nanti dah sampai dekat hotel, kita tak perlu bayar apa2 lagi dekat teksi driver tu. So, kita takkan kena tipu dengan driver pasal bayaran.
Inilah hotel kami, Mega Inn.
Kami stay di hotel bajet sajok. Hohoho. Sebabnya encek hubby kata tak perlu nak stay dekat hotel mahal2 sebab nanti kita nak keluar jejalan sehari suntuk, tak duduk lama pun dekat hotel pun.Rugi je nanti bayar hotel mahal2 tapi just stay kejap je malam tu untuk tido. So asalkan hotel tu selesa, cukup facilities semua tu, kira oklah. Baiklah boss! Browse dekat Asiarooms, hotel Mega Inn ni nampak macam ok. So proceed je booking. RM75 je 1 malam. Queen bed, lengkap dengan coffe maker, toilettries, towel, hot water, room service, bersih dan sangat selesa. Puas hati.Dekat dengan Kuching City pulak tu. Drive 10 minit dah sampai. Memang berbaloi lah dengan harga yang kami bayar. Kami stay 4 malam, jadi RM75 x 4 = RM300 saja yang perlu kami bayar untuk penginapan. Memang jimat banyak dah disitu :D
Elok je sampai hotel, ini budak banyak happy..
mana taknye, dah puas tido :)
*kusyuk tengok tv*
Oklah,next day punya aktiviti sambung ke next entry pulak ye.Boboi :D
6 comments:
syoknya aqil p cuti2....xajak airiell pong!huhu
wahhh syoknya aqil dpt gi bercuti.... rindu plk nak gi kuching lg....hari tu gi bnyk tmpt xsempat nk terokai....
happy je aqil dah cukup tidur semua kan.. nmpk mcm budak besar dah aqil niii
Anis:
Ala.Aqil lupa pulak nak ajak Airiell.Nanti kita gi holiday sesama ok :P
Nurul:
Nanti Daliya & adik dah besar boleh gi cuti2 sini lagi Nurul. Jalan puas2 :D
Izza:
Budak kicik ni kalau nak cukup tdo, memang senang hati. Jap je rasa dia dah besar kan..dah macam abang2 :D
Murah nye hotel ni...selesa plak tuu.. Hehent kalo g sane boleh stay sini jgk.. In sha Allah murah rezqi boleh g ngn hubby n baby 1ari nt.. ^^
hello2…juz nak promote yer.. im chris adam from kuching sarawak.. juz nak bagitau yg i boleh tlg jd tourist guide korg,n sesape yg nk ke kuching sarawak.. rm230 utk 6jam,termasu::
-car rent:: myvi n waja..kalau ramai, kreta Alza tambah rm50 jer..
-minyak
-driver
i blh bawa kemana sja yg u all nk pergi, or i blh intro tmpt yg best2, cth ::
1; kampung budaya
2: gunung santubong (jika ingin mengetahui sejarah puteri santubong,or ingin melihat bentuk gunong tersebut)
3: serikin , tebedu / sempadan indonesia,barangan murah,sperti beg,baju,kraf tangan, buah tangan,smua murah2..n bnda yg korg xpernah lihat d tmpt lain..
4:wind cave, fairy cave ,
5: menikmati rumah bidayuh (baruk)..rumah iban (rumah panjang)
6: tmpt picnic yg paling sesuai seperti (family park, jambatan merah, sungai rayu, sematan, lundu,
7: jln2 d sekitar kuching,tmpt shopping,
8: budget hotel,standard hotel,i boleh tlg cari..
9: n nak kemane jer,i blh bawa..nk uturn,nk singgah,berhenti,up to u..hehe
BANYAK LAGI SAMPAI XDPT NK LIST KAN.HEH ..
sorry Aesya Zealous, i juz nk promote..kot2 nk pg kuching lagi kan? i blh bawa..dont worry,im friendly..love to make friend. N THANKS..U MAY CALL ME
0149957036
Adam.
facebook : chreez_devil88@yahoo.com
Post a Comment