Erina Asmawani

My photo
La Tahzan. Allah ada. Dia maha mengetahui, maha pengasih lagi maha penyayang :)

LOVE COWAY


Monday, December 10, 2012

Cuti-cuti Kuching Part 2

Hai hai.Sambung aktiviti Cuti-Cuti Kuching hari yang berikutnya, Sabtu.Kekonon planning kami awal pagi nak keluar jejalan dah, tapi disebabkan syok tido, bergulingan bermalasan memasing atas katil, pukul 2 petang baru kami keluar. Kihkihkih. Disebakan dah lewat, ke Kuching City jela kami.Dari hotel ke City naik cab, RM15.

 We were in Kuching :)
Wajib tangkap gambar dekat cats statue ni, one of Kuching's landmarks.

Pusing2 dekat Wisma Tun Jugah & Sarawak Plaza.Mengimbau kenangan sungguh pergi tempat2 ni sebab masa study dulu, tempat2 ni yang paling top lah untuk student2 outing. Sekarang ni dah banyak dah shopping mall baru dekat Kuching. The Spring, The Hills dan yang paling latest Plaza Merdeka. Maju sungguh dah Kuching.  Lepastu terus kami beriadah ke waterfront.Ni pun tempat yang wajib dilawati kalau ke sini. 




Bangunan cantik belakang tu ialah Dewan Undangan Negeri Sarawak
One of the latest Kuching's landmark :)


Budak kecit yang happy :)

Bersama miaw2. Mujur kucing tu kayu nak..kalau awak naik kucing betul, mesti semput kucing tu terpenyek :p

Puas pujuk encek hubby nak naik perahu tambang nak ke seberang, tapi dia taknak. Alasan dia ialah malassss. Huhuhu. Alasan yang tak boleh diterima tau -_-. Ke sebenarnya takut nih?? Hihihi. Terjumpa pulak perahu tambang ni yang dibuat perhiasan ni. Encek hubby kata..haa..tangkap gambar kat sini je, buat kenangan, tak payah naik "the real" perahu tambang. Yela..yela..boleh lah. Asalkan ada dari takde :P



Sekali terjumpa pulak kembar Cik Lisa. Sebijik sejibon warna dia. Yang tak tahan Cik Lisa Kuching ni siap ada eyelashes yuuuuu.. ayu gitu. Hohoho

Kacaknya kitak..hiihihi :)


Ada beberapa tips kalau ke sini. Kalau berminat nak beli kek lapis Sarawak yang popular, recommended beli kek lapis basah tu dekat seberang waterfront ni. Boleh naik perahu tambang ni, tambang 50 sen je kalau tak silap.Boleh jugak naik kereta, tapi jauh sikitlah. Dekat seberang sana memang banyakkk kedai kek lapis. Macam2 pilihan. Kek Lapis Dayag Salhah, Kek Lapis Afifi dan Mira Cake House. Ni lah antara kedai kek lapis yang popular dekat Kuching.Memang sedap! Ada dua jenis kek lapis ni, satu yang sepeket RM10, satu lagi yang mahal sikit. Yang RM10 ni diperbuat dari marjerin dan yang mahal sikit diperbuat daripada butter, so lagi moist, lembut dan lagi sedap. 

Lagi satu kalau nak beli souvenirs macam fridge magnet, keychain, gelang 2 etc,beli dekat stall2 kecik sepanjang waterfront ni. Memang murah compared dengan main bazaar ( tempat famous yag menjual souvenirs Kuching). Kami beli fridge magnet dekat stall waterfront, 5=RM10 je, tapi bila pergi main bazaar, fridge magnet yang sebijik sama 3=RM10. Tapi kalau nak beli souvenir tshirt, beg, dan souvenir yang unik2 tu, boleh lah cari dekat main bazaar ni. Macam2 ada.Kena pandai pilih kedai sebab each kedai memang harga berbeza2 lepastu ada kedai yang boleh tawar harga, ada kedai yang tak. Memang akan habis banyak masa dekat main bazaar ni, banyak sangat pilihan sampai rambang mata.

Sekian cerita hari ke 2 kami. Nanti sambung lagi. Boboi :D *tetiba ending macam tergantung* hahaha



6 comments:

HEMY said...

tgh tggu smbungan nk tgok pa je menarik ni...hehe

Izzati Asyraf said...

tak sabar nak borong kek batik ..bulan 4 lambat lagi huiiiiiiiiiiii...

sweethOneY said...

Rindu Kuching jugakkkkk rasa nk pegi sana nk mkn mi kolok dengan obor2 !!

zonaku said...

hahahaa.... hai kembar cik lisa...

sedara mara ngan cikPuteri gak la ni kiranya.....


macam nk pegi lagi je kuching ni.... best jugak ni....

Erina Asmawani said...

Hemy:
Santai2 je holiday kami ni, takde pergi tempat yg menarik sangat pun. Aqil kecit lagi..tapi tetap besttt! :D

Izzati:
Kek lapis la Zati..hehehe..borong ok, macam2 jenis ada wooo.

Erina Asmawani said...

Izza:
nanti baby dah besar boleh bawak dia jejalan kat sini :)

Kak Zona:
kelas kan bulu mata Rozita Che Wan lagi. Hehehe

Pergi kak..memang best Kuching









Copyright to ERINA ASMAWANI
Designed by UMIESUEstudio 2015