Erina Asmawani

My photo
La Tahzan. Allah ada. Dia maha mengetahui, maha pengasih lagi maha penyayang :)

Your Friendly Coway Agent

Your Friendly Coway Agent

Monday, May 27, 2013

La Tahzan :')

Assalamualaikum. 

Hari ini sudah 25 hari Aqil meninggalkan kami. Syukur kerana berkat doa dari ahli keluarga, saudara mara, sahabat handai serta kalian2 semua membuatkan kami terus kuat meneruskan hidup. Dengan tidak disangka2 entry tentang pemergian Aqil sebelum ini tiba2 menjadi "viral". Ramai berkongsi dan bercerita tentangnya. Terlalu ramai. Dan ramai juga yang memberi2 komen, doa dan kata2 semangat pada kami.Tak kurang juga yang sms, inbox di facebook, dan juga buat entry2 khas, mendoakan kami agar terus kuat.Ramai yang mengucapkan takziah dan ada juga yang mengucapkan tahniah. Tahniah kerana terpilih olehNya untuk melahirkan, menyusukan dan membesarkan seorang ahli syurga :). Tersenyum kami membacanya. Walaupun ada diantaranya yang kami tidak pernah kenal, tapi membaca tiap2 ayat semangat serta doa kalian membuatkan kami cukup terharu. Membuatkan kami berasa kuat. MasyaAllah..hebatnya kasih sesama kita.Ramai yang sayangkan Aqil seperti kami sayangkan Aqil. Terima kasih semua. Terima kasih yang tidak terhingga.Kami berharap,moga setiap yang membaca tentang entry pemergian Aqil dapat sedekahkan Alfatihah dan mendoakan kesejahteraan Aqil, ahli syurga yang indah itu.

Alhamdulillah..kami semakin kuat untuk menghadapi dugaan ini. Semakin hari, semakin kuat. Semakin hari, semakin baik. Rindu memang rindu. Teramat rindu. Semuanya terbayang2 di mata kami. Keletahnya, senyumannya, gelak tawanya, renungan matanya.Ya Allah. Hanya Dia je yang tahu betapa rindunya kami pada Aqil. Tapi kami redha dengan pemergian Aqil Hamzah. Allah maha Mengetahui dan kami yakin setiap yang terjadi pasti ada hikmahnya.Pasti ada.



Semoga dengan keredhaan dan kesabaran kami membolehkan kami terus tersenyum meneruskan hidup. Aqil di atas sana juga pasti akan tersenyum comel melihat orang2 yang disayanginya tersenyum. La Tahzan :')

16 comments:

Unknown said...

La Tahzan Ya sis...Insyaallah...aqil menanti dengan tenang disana...:)

Unknown said...

InsyaAllah...Allah Maha Pengasih..dan pasti Dia akan beri kurniaan terindah dari syurga seorang lagi buat kalian berdua....adik kepada Aqil Hamzah bidadara syurga kalian...senyum selalu...:)

Yellow 2 Sweet said...

Erina sayang..

Kau sangat hebat... masih boleh tersenyum..
Insyaallah masih banyak kebahagian menanti..
jemput ke blog aku kalau-kalau ko masih ingat aku..
yellow2sweet.blogspot.com

zonaku said...

jumpa nanti ye ena... insyaallah..

SUHAIDA said...

kami juga merindui arwah aqil.ina tabah dan terus tabah

Ros Anis Rusli said...

la tahzan! ngs jugak bc entry ni...ngs sebak sbb pernah kenal dgn ibu ahli syurga yg sgt2 tabah...

Julia Johari said...

Umi Qi sgt beruntung punya sahabat alam maya seperti mama erina...insyaAllah ada masa kita ketemu ye...Allah senantiasa bersama kamu erina :)

Hunny Kitty said...

Allah sudah pasti kuatkan hati u & pojie kerana Aqil sudah pasti menanti untuk sambut u berdua kat syurga nanti...

CaDLyNN said...

ena..tabahkan diri..
insyaAllah aqil tunggu ena n amir kat sane..

bylindakitchen said...

alhamdulillah.
kami pon rindu aqil.
dia pon turut tersenyum melihat mama dan papanya dari atas sana.
al-fatihah buat aqil.

Chekgu Azrine said...

sis..kuatnya sis..semoga terus kuat ye..
aqil ank syurga..

Anonymous said...

Salam erina,
Alhamdulillah ena dan suami kuat. masa wa dpt berita pemergian aqil puku 7pm ari jumaat dari kawan group, wa terus berharap ena dan suami diberi kekuatan.

Moga ena terus kuat. Aqil tetap tunggu ena. *Huggsss*

Siti Asiah said...

La tahzan...ena & asben adalah insan terpilih...moga terus tabah.

Mimy Hamid said...

la tahzan....Allah sentiasa bersama kita semua..

anez zamri said...

anis sentiasa doakan erina terus tabah..ade hikmah disebalik semua nie..ena kuat ye..

Fiza Rahman said...

La Tahzan. Bertabahlah dengan ujian dariNYA. Yang pasti Aqil menuggu parents nya di SANA.









Copyright to ERINA ASMAWANI
Designed by UMIESUEstudio 2015