Erina Asmawani

My photo
La Tahzan. Allah ada. Dia maha mengetahui, maha pengasih lagi maha penyayang :)

LOVE COWAY


Monday, September 17, 2012

Pap smear test

Korang dah buat? Kite dah. Alhamdulillah. First time buat pap smear test ni. Perasaan?Mestilah nebes tahap kekura. Padahal takde menda pun. Hohoho. Tulah, banyak sangat dengar cerita dan baca cerita pelik2 pasal pap smear ni, ada yang kata sakitlah, pedih lah. Tapi trust me, tak rasa sakit pun  :)

Sungai Mati tu kampung kiteww :)

Buat pemeriksaan dekat Klinik Kesihatan dekat kampung sebab kebetulan minggu lepas stay kampung 4 hari,jadi..tak buat apa.Terus rekues kat mama nak pergi klinik buat pap smear sebab tahu klinik ni tak ramai orang. Dan memang tepat pun jangkaan, masa kami datang takde sorang patient pun,semua nurse yg baikhati kat klinik tu pun tengah bersenang lenang.Hehehe. Syiok betul kalau duduk kampung kan.

"Aqil duduk dengan tok mama kejap eh, mama nak masuk dalam kejap jumpa nurse" :)

Prosedurnya amatlah sekejap. Tak sampai 10 minit rasanya.Baring atas katil dengan keadaan kaki macam nak cek bukaan masa nak bersalin tu, lepastu ada 1 lampu spotlight suluh dekat "situ".Segan? Mestilah segan woiii. Maluu hokey. Tapi nurse tu sporting..dia kata jangan malu2. Ni kan nak check rahim sehat ke tak.Aku dengan berdebarnya masa nurse nak masukkan speculum tu sempat lagi tanya "Err..nurse, sakit tak?". Nurse senyum2. "Alahh..takde sakit pun. Kalau sakit pun sikit je. Tarik nafas ye kalau terasa sakit". Bagus kan nurse ni. Dan memang betul, masa nurse masukkan speculum tu dan amik sikit sample pangkal rahim memang tak terasa sakit pun. Aku je yang cuak lebih.Nurse cakap lagi "Tengok keadaan pangkal rahim awak ni sihat, merah, takde nampak jangkitan tapi resultnya kena tunggu dari makmal lah ye".Lepastu siap!! Klinik akan call untuk beritahu resultnya nanti. Dalam masa sebulan. Mudahan2 takde pape.Aminn :)

Apa itu pap smear test? Kenapa kita kaum wanita kena buat test ni?


Pap smear test ni ialah pemeriksaan pangkal rahim untuk mengesan sebarang sel abnormal yang ada di serviks,samada jangkitan fungus atau yang penting sekali ialah untuk mengesan sel kanser. Wanita yang sudah berkahwin memang digalakkan untuk buat test ni sekurang kurangnya 3 tahun sekali. Untuk lebih info pasal pap smear test ni, bolehlah baca dekat sini dan sini.Macam yang kita sedia maklum, kanser pangkal rahim ialah kanser kedua pembunuh utama wanita, jadinya..kita mestilah ambil langkah berjaga2 ni.Buat pemeriksaan awal dan amalkan cara hidup sihat. Eceh..dah macam iklan tv pulak. So semua diluar sana, buatlah pap smear test ni ok. Mencegah adalah lebih baik dari merawat :).Tapi pap smear ni untuk yang dah berkahwin je boleh buat tau, yang masih anak dara jangan ngengada pulak nak buat. Pergi klinik mintak suntikan vaksin Human Papilloma Virus (HPV) lagi baik.Hehehe


P/s: Untunglah remaja perempuan sekarang umur 13 dan 15 tahun dapat suntikan vaksin HPV ni untuk elakkan kanser serviks percuma dekat sekolah  . Bersyukur ye adik2 ku semua.

23 comments:

aTy _faRed~ said...

aty tak buat lagi...nak buat dari hari ke sehari..kat kk sini kene wat appointment..lapas tu ade hari2 nyer lak..:)

PUAN SUE said...

Su pun xwt lg

Ena's Palace said...

sy pernah wat last year...mmg tak sakit pun...mmeula nak wat tu takut jugak...hehehe
wanita yang da bersalin mmg digalakkan buat pap smear nih...

Anonymous said...

camne pakaian masa buat pap smear?

CaDLyNN said...

ooo..bagusla ena ni..letak sume kt sini..nnti aku refer kat sini jek..hihiih

HEMY said...

oh..cembam tak wat lagi..nnt aku tanya dia nk wat tak

Juliet said...

HI 5! Senang hati lepas buat paps smear kan? :)

Hopefully resultnya pon okey! ;)

Mommy_Cha said...

tak buat lagi. walaupon hubby dah suh buat. siap kata jom g DEMC kalo takut buat kat klinik gomen..tapi i kan penakut? hahahaha! tak sakit eh??? eeiii seriau!

Ryn said...

kene buat jugak ni.....:)

Erina Asmawani said...

Aty:
Kalau KK dekat area2 bandar ni memang komfem kena buat appointment sebab ramai kan. Haah, lepastu ada hari2nya. Nak senang pergi buat kat swasta je. Tapi kena bayarlah..hehehe. Takpun buat kat KK kampung :)

Sue:
Nanti buat ok :)

Erina Asmawani said...

Kak Ena:
Haah, betul kak. Memang nurse sarankan buat lepas bersalin. Secepatnya lepas habis nifas pun dah boleh terus buat.

Anon:
Pakaian biasa, cuma masa pap smear kita kena buka sluar. Tapi jangan risau, klinik akan sediakan kain untuk cover kaki kita.

Erina Asmawani said...

Lynn:
Yup..kongsi ilmu pengtehuan ni Lynn :)

Hemy:
Baguss..kalau KK sana ramai buat kat hospital swasta pun ok. Janji buat.

Erina Asmawani said...

Elina:
Hi5!! Fiuhh..memang senang hati..kalau tak asik berfikir je bila nak gi buat.

Amiinnnn :)

Mommy Cha:
Serius tak sakit mommy cha. Dun worry!! Alaa..pergi lah eh. Kejap je pun. Kalau kat DEMC lagi cepat dapat resultnya.

Ryn:
Buat tau nanti :)

Aei Amrun said...

singgah sini..
papsmear ni dah buat masa 3 thn lepas kot..huhu..patutnya setahun skali kan?..
tak sakit, just segan..
result nnt dia kol, yang kelakarnya mase misi kol nak bg tau result tu dia salah sebut nama, jadi byk kali dia kol, pastu kita cakap wrong number..hehe

Erina Asmawani said...

Aei:
Kalau boleh setahun sekali tapi sekurang2nya 3 tahun sekali. Tula..tak sakit. Segan je.Tihihih. Adoyai..boleh plak misi salah nama.Hahaha

Bitt (double IS) said...

tu la tak test lagi..
salam kenal dari blog cadlynn :)

sweethOneY said...

erk baca skip2 sebab seriau.. Nnt lepas bersalin nnt Izza baca balik entry ni hehehe

Gadis said...

seriau jugak bila nak buat tu..
huhuh..
gadis pun lom buat lgi ni..
nurse dah sowh buat dh..
tapi fobia kene seluk x hilang lgi ni..huhu

Anonymous said...

nk tnya..klu masa mengandung bole buat x ujian 2?

drzirakudo said...

klo org da kawen mmg tk bleh amek hpv je ke?

nuyoi86 said...

My lecturer tgh wat kajian pasal pap ni..bley x sis join her jwb questionaires.. click link sini please.. dan sape2 kt sini yg dh kawen.. dijemput gak.. https://docs.google.com/forms/d/16Wi2bf5lwFZtHQhj1TGBSRK4xUtkNIS0E4LrwqTPqak/viewform?edit_requested=true

farwizah darwisha said...

thanks for sharing experience ya...

Fatimah Bt Tony said...

Wah.. Perkongsian yang sangat menarik. Tq admin.. Kepentingan Ujian Pap Smear









Copyright to ERINA ASMAWANI
Designed by UMIESUEstudio 2015