Erina Asmawani

My photo
La Tahzan. Allah ada. Dia maha mengetahui, maha pengasih lagi maha penyayang :)

Your Friendly Coway Agent

Your Friendly Coway Agent
Showing posts with label demam. Show all posts
Showing posts with label demam. Show all posts

Friday, October 05, 2012

Aqil kembali ceria :)

Syukur Alhamdulillah. Hari ni Aqil dah sihat dari demam. Bangun pagi2 ceria2 macam biasa.Malam tadi pun elok tidonya. Takde cranky2. Lega hati kami :)

Pagi2 selak langsir nak tengok cahaya matahari ;)


Dah pandai main cak2 sekarang. Alahai anak..cair hati mama :D


Cak mama. Cakkk!


Heee..ngade tau senyum manja2 gitu.


Cheeky! Banyak dah akalnya sekarang ni


Senyum menggoda.Aummm! Pandai pulak tu angkat kening sebelah ;p
Terima kasih ya Allah atas anugerah Mu ini.

Semalam kami bagi Aqil minum ubat cara CikNaa, memang berkesan!! Aqil tak muntahkan balik ubat tu. Caranya lepas slow2 tolak ubat kat mulut Aqil pakai syringe (memanglah dia meronta2 kan, tapi tenangkan dia, pegang kaki tangan dia semua), lepastu cepat2 tiup muka dia. Terus Aqil telan ubat tu masa muka dia kena tiup!! Hehehe..magic. Mekasey CikNaa for the tips.

Lepasni InsyaAllah kami tau dah macam mana nak jaga baby demam. Belajar dari pengalaman ye dok. Banyak tips dan petua kami dapat, cara nak masukkan ubat dalam mulut, jaram pakai air asam jawa untuk surutkan panas.Banyak. Thank u for sharing.Sayang kalian semua. Muahh! Yang penting Kool Fever memang nak kena standby, sebab kita tak tahu bila baby kita nak demam kan.Jangan jadi macam kami, badan Aqil dah panas baru teringat nak beli Kool Fever.Huhuhu. Lepastu, termometer pun penting untuk check temperature baby.

Oklah, selamat hari Jumaat semua. Semoga kita semua diberkati olehNya.Have a great day :D


Wednesday, October 03, 2012

Aqil demam :(

Ni first time dia kena demam.Uhuk.Semalam masa Aqil bangun pagi dah terasa badan dia macam dedar2 sikit tapi dia still aktif macam biasa. Tergolek sana sini, dalam walker pun laju je dia bergerak. Makan pun ok berselera. Nampak lainnya bila nak mandikan dia, masuk je dalam bath tub,dia nangis!! Huhuu..tak pernah pun dia nangis kalau nak mandi..ingatkan sebab dia ada melecet kat montot ke,pedih2 somewhere. Dah lepas mandi, check badan dia takde pulak melecet2. Tapi Aqil merengek2 je. Masa tu dah dapat rasa badan dia panas sikit.

Lepas susukan dia, terasa badan Aqil makin panas. Check temperature dia guna termometer 38.9C. Tinggi! Terus panik. Tak tau nak buat apa. Huhuhu.


:'(

SMS ayahnya, ayahnya pun panik. Dia balik tengahari tu kami bagi Aqil paracetamol syrup, mujur ada..nurse bagi masa Aqil jab 3 bulan dulu.Bagi ubat kat Aqil, dia tak nak!!! Kami cuba masukkan ubat ke mulut dia,3 saat lepastu dia muntahkan balik beserta dengan susu2 sekali. Huuu. Tapi kami perasan macam ada lendir2, mungkin tu kahak2 yang terkeluar sekali.

Petang semalam dah kurang sikit panasnya. Kami jaram, lap2 kepala dan badan Aqil pakai towel basah. Malam tu try bagi ubat lagi, sama jugak. Aqil muntahkan balik. Huuu. Dahla Kool Fever takde. Sebelum ni tak terfikir pulak nak beli untuk buat standby kot2 anak demam kan. Cepat2 ayah dia gi beli.Pakaikan Aqil Kool Fever, mujur tangan dia tak usik2 kool fever yang melekat kat dahi dia. Malam tadi Aqil tido memang tak nyenyak. Merengek2 je dia. Ciannn. Mungkin dia rasa tak selesa. Kita yang demam pun rasa tak selesa apetah lagi baby kan.

Ciannn. Mata kuyu2, muka dah merah2. Huu

Pagi ni rasa badan dia panas sikit. Kalau still panas lagi, petang ni pergi klinik. Tapi nyenyak sikit tidonya pagi ni dibandingkan dengan malam tadi.

Cian anak mama.Cepat sembuh sayang.

Ada petua tak nak kebahkan demam baby? Dan macam mana nak bagi ubat kat baby,tak nak bagi dia muntah. Huhuhu. Share la tips ok.










Copyright to ERINA ASMAWANI
Designed by UMIESUEstudio 2015