Erina Asmawani

My photo
La Tahzan. Allah ada. Dia maha mengetahui, maha pengasih lagi maha penyayang :)

LOVE COWAY


Wednesday, October 03, 2012

Aqil demam :(

Ni first time dia kena demam.Uhuk.Semalam masa Aqil bangun pagi dah terasa badan dia macam dedar2 sikit tapi dia still aktif macam biasa. Tergolek sana sini, dalam walker pun laju je dia bergerak. Makan pun ok berselera. Nampak lainnya bila nak mandikan dia, masuk je dalam bath tub,dia nangis!! Huhuu..tak pernah pun dia nangis kalau nak mandi..ingatkan sebab dia ada melecet kat montot ke,pedih2 somewhere. Dah lepas mandi, check badan dia takde pulak melecet2. Tapi Aqil merengek2 je. Masa tu dah dapat rasa badan dia panas sikit.

Lepas susukan dia, terasa badan Aqil makin panas. Check temperature dia guna termometer 38.9C. Tinggi! Terus panik. Tak tau nak buat apa. Huhuhu.


:'(

SMS ayahnya, ayahnya pun panik. Dia balik tengahari tu kami bagi Aqil paracetamol syrup, mujur ada..nurse bagi masa Aqil jab 3 bulan dulu.Bagi ubat kat Aqil, dia tak nak!!! Kami cuba masukkan ubat ke mulut dia,3 saat lepastu dia muntahkan balik beserta dengan susu2 sekali. Huuu. Tapi kami perasan macam ada lendir2, mungkin tu kahak2 yang terkeluar sekali.

Petang semalam dah kurang sikit panasnya. Kami jaram, lap2 kepala dan badan Aqil pakai towel basah. Malam tu try bagi ubat lagi, sama jugak. Aqil muntahkan balik. Huuu. Dahla Kool Fever takde. Sebelum ni tak terfikir pulak nak beli untuk buat standby kot2 anak demam kan. Cepat2 ayah dia gi beli.Pakaikan Aqil Kool Fever, mujur tangan dia tak usik2 kool fever yang melekat kat dahi dia. Malam tadi Aqil tido memang tak nyenyak. Merengek2 je dia. Ciannn. Mungkin dia rasa tak selesa. Kita yang demam pun rasa tak selesa apetah lagi baby kan.

Ciannn. Mata kuyu2, muka dah merah2. Huu

Pagi ni rasa badan dia panas sikit. Kalau still panas lagi, petang ni pergi klinik. Tapi nyenyak sikit tidonya pagi ni dibandingkan dengan malam tadi.

Cian anak mama.Cepat sembuh sayang.

Ada petua tak nak kebahkan demam baby? Dan macam mana nak bagi ubat kat baby,tak nak bagi dia muntah. Huhuhu. Share la tips ok.


11 comments:

Juliet said...

Get well soon, Aqil! :)

CikNaa said...

panas sgt tu.. dh bg dia mkn ubat tak? razin kalo demam ciknaa takut sawan, sbb mmg ada keturunan kalo demam mudah kene sawan..

CikNaa said...

tips BIL ciknaa bg, kalo bg ubat kt dia, tiup muka dia lepas picit ubat dlm mulut tu.sure dia akan telan dgn senang :)

Erina Asmawani said...

Ell:
Thank u aunty Elina :D

CikNaa:
Alhamdulillah,dah kebah demamnya. Panik jugak ena bila check semalam, tinggi temp nya. Metacey CikNaa bagi tips tu,pasni ley pratikkan.Sayang mama Razin nih! :D

Lady Antz said...

kalau 38-39degree kene g klinik, chik... kalau 40 dah admitted.

Lady Antz said...

tapi mmg kalau nk mkn ubat kene trick2 sket.. kalau harith bagi tgk katun, dia excited2 tu, trus guna syringe masuk mulut 2x. muka terkulat2 tapi okla, habis mkn.. huhu

CaDLyNN said...

ala siannye...cebek je dia tido..get well soon aqil..

Ahmad Fauzi Aryaan (A.F.A) said...

sori laa acik ririn..sy xde anak lg laa..

*sian akil..get well soon..

zonaku said...

get well soon hensem boy...

Erina Asmawani said...

Kak Eja:
Refer kat mak (sebab dulu dia sister wad kanak2), bagi ubat dulu..kalau tak kebah baru gi klinik. Alhamdulillah badan Aqil tak panas dah harini.

Ooo..camtu eh kak eja buat. Cik semalam bagi dia gelak2 jugak,terus masukkan ubat. Dia rasa pelik2 terus muntah. Ayooo.Tapi guna tips CikNaa yang tiup muka baby pas bagi ubat tu berkesan! :D Thanks kak eja :)

Lynn, pojie, Kak Zona:
Thank u so much aunty & uncle. Aqil dah sihat harini.Alhamdulillah :)

HEMY said...

aku pn dulu tak pndi bg makan ubat..time dia ngangis bukak je mulut nk melalak zas aku picit..kena tekak..batuk2..merah2 mata..tp takde la smpi muntah









Copyright to ERINA ASMAWANI
Designed by UMIESUEstudio 2015