Erina Asmawani

My photo
La Tahzan. Allah ada. Dia maha mengetahui, maha pengasih lagi maha penyayang :)

Your Friendly Coway Agent

Your Friendly Coway Agent

Tuesday, March 10, 2009

Oh..Telinga..

Masuk harini dah hari ke-9 aku kena selsema yang kronik. Ubat selsema (yang beli dari farmasi) dah habis 1 papan, actifast pun sama, habis gak 1 papan tapi yg memusykilkan aku ialah mengapa selsema ini tak nak hilang? Huhu...srott..srot..


Malam semalam tetiba rasa berdengung je telinga belah kanan aku ni. Rasa macam termasuk air dalam telinga. Pastu ditambah pulak ngan pening kepala, ingatkan sebab kena hujan sikit masa pergi pasar malam petang tu, so, takdelah aku amik serius sgt. Mkn actifast 2 bijik. Tido. Zzzz...


Tetiba pukul 2-3 pagi camtu, aku terjaga. Telinga aku yang belah kanan tu tersangatlaaaaaaa sakitnya. Teramatla sakit. Sakit tambah berdengung. Pastu cam ada benda bunyik2 dalam telinga tu. Aku budget ada semut besar masuk dalam tu. Aku pun gigih kan badan, turun gi bilik air. Masukkan air dalam telinga pastu aku keluarkan balik, ngan harapan kekonon semut besar tu nak keluar sekali ngan air tu la. Tapi takde. Telinga aku masa tu dah berdenyut2 dah. Apahal ni?? Aku minum air banyak2 pastu sambung tido balik dengan harapan esok pagi bangun semuanya akan ok. Kekonon aku macam tgh bermimpi je la ni.


Pastu bangun pagi tadi, nak pergi kelas, harapan kekonon mimpi je semuanya musnah sebab telinga aku still jugak sakitttttt macam malam tadi. Pagi tadi punye sakit tak boleh dah describe macam mana dah. Menangkap ke sebelah kanan kepala aku pulak. Aku terasa macam telinga aku pekak sebelah. Ini tak boleh jadi.....


Lepas kelas ( syukurlah harini kelas 1 jam je pagi), aku balik pastu mama ajak gi klinik. Tujuan utama pergi klinik sbab nak bawak Ammar. Dia demam. Tapi dah alang2 aku sakit, mintak doktor tu check kan aku sekali. Masa kat klinik, aku explain la kat doktor penyakit aku ni. Pastu doktor tu tanya, ada sakit gusi tak? Takde. Ada sakit pipi tak? Takde. Sakit dahi? Takde. Tu semua symptom2 penyakit resdung. Jadinya aku bebas resdung. Pastu doktor tu cakap bahaya kalau sakit telinga ni kalau tengah selsema sbb kemungkinan besar telinga aku kena infection dari selsema tu.


Dia pun check la telinga aku pakai alat khas tuk check telinga tu. Memula belah kiri, ok, takde apa2. Bila check belah kanan je (yang tgh sakit berdenyut2 tu) doktor tu terus tinggikan suaranya. " Ya Allah dik, bahaya ni, gegendang telinga awak ni dah kena infection. Merah sangat gegendang awak ni. Berdenyut2. Nasib awak datang awal, kalau awak biarkan lama2 boleh pecah tau tak eardrum awak ni. Awak jgn main2!". Perasaan aku tersentap tambah panik tambah cuak gila babeng. Huhuhu. Aku tanya doktor tu camne plak boleh jadik camni?. Doktor tu ckp, aku biarkan selsema aku terlalu lama sampai bakteria tu naik ke saluran telinga then bagi infection kat gegendang telinga aku. First time dalam hidup aku sepanjang 24 tahun hidup ni, aku baru tau betapa bahayanya penyakit selsema ni. Sebab dah kena kat diri sendiri. Kalau tak kena mesti tak insaf2 lagi ni. Ambik sambil lewa je. Aku ingat selsema ni macam penyakit biasa2 je (nak2 bila dah dewasa camni kan), makan ubat selsema je dah boleh baik. Tak payah nak susah2 hati. Bila dah jadik camni, baru bagi kesedaran kat aku. Selsema adalah penyakit yang bahaya. Sebab tu selsema burung boleh bawak mati (tetiba) :(


~Sila bayangkan eardrum tu merah menyala dan berdenyut2~
Huu..scary..



Pengajarannya, kalau selsema tu dah lama sangat, tak baik2 lepas dah makan ubat selsema berpapan2, pastu bila warna "mucus" tu dah berubah jadik hijau ke kuning ke, cepatla2 jumpa tuan doktor. Bahaya tau. Bukan takat boleh bagi infection kat telinga je, tekak ngan mata pun leh kena jangkitan kuman akibat selsema ni. Huhu. Bersyukur dan jaga baik2 deria yang Dia dah bagi ni seelok2 eloknya ;)


Dan kalau dah sakit mestila ada ubatnya kan. Nah..hambek ko! Sila makan mengikut tertib. Huu..yang ubat titis tu tak boleh makan la, tu untuk dititiskan kat telinga aku yang comel ni. Alhamdulillah, bila dah 2 kali pkai ubat ni, petang ngan malam tadi, sakit telinga aku ni dah kurang. Tapi still rasa cam ada air dalam telinga ni. Berdengung je. Harap sok lusa sembuhla penyakit telinga aku ni. Aminnnn..






P/s: Niat dihati tadi nak mintak mc esok, doktor tu siap dah tanya nak mc ke tak. Tapi memikirkan sok aku ada test. Aku hapuskan je la niat suci murni aku tu.

6 comments:

paiseh said...

gua syak lu kena letak pantang ni.. dilarang bercuti sambil bersukaria ria mandi laut.

*yay! akhirnya. gua bulih drop komen dgn mudah. thanx bebeh!!

Anonymous said...

ishh...ishh siannya....
jgn lupa mkn ubat mengikut tertib...
jgn selalu mandi laut.. kalu nak mandi gak pastikan air x masuk telinga n hidung...hihhiihi

Fadhlee Fitri said...

kuang kuang kuang...eardrum tu merah sebab mukus tu dah sampai kat the otherside of drum....aku pun pernah kena mcm tu bulan lepas...semuanya gara gara selsema....

pRincESs_N said...

t8 cre yunk....taO...

Erina Asmawani said...

Paiseh:
Xde pantang2..wa pantang pas bersalin je..wakakakak

*same2..kalau lu tak rajin bg komen, jaga lu ( nada ugutan). haha

Pecinta ABC:
Tak selalu mandi laut pon tau..setahun sekali je..2 la pasal..pasni mandi laut kena sumbat tinge ngan hidung jgn bg air masuk..hakhak..

Ptit:
Lorh..ko penah kena ke? Penyakit keturunan rupenye..
uhuk..uhuk..tapi seriously mmg sakit kan bro..rase cam telinga nak pecah ;(

Princess N:
Thanx yunk =)

Unknown said...

hai saya rasa saya mengalami masalah yang sama dengan awak, doktor cakap telinga saya dah luka. just nak tahu, lepas letak ubat tu lama x awak ambil masa nk pulihkan rasa berdengung tu.









Copyright to ERINA ASMAWANI
Designed by UMIESUEstudio 2015